Hai ingat lagi tak pada short update saya tentang dugaan.
Meh sini saya terangkan serba sedikit apa sebenarnya yang berlaku. Tapi janji dengan saya, jangan bagitau sape-sape. Huhu dah ko publish kat sini, nak rahsia apa ke bendenya. Mengong...
Penetapan tarikh memang suatu keputusan yang bagi saya sangat susah untuk ditetapkan. Banyak pihak dan kekangan yang perlu kita tapis sebelum kita nak pilih sesuatu tarikh tu. Hakikatnya memang susah untuk kita puaskan hati semua orang. Tapi apa pun kita perlu lakukan yang terbaik ok.
Macam saya sebelum ni, first tarikh yang dipilih ialah bulan Jun. Tapi famili saya tak berapa nak setuju. Ok takpe, so kami tukar tarikh ke September. Time raya. Rasenya time raya la sesuai untuk kumpul semua ahli kerabat masing-masing. Tapi tetap jugak dugaan tetapkan tarikh ni datang.
Kalau bole saya tak mahu tarikh tu clash dengan event penting famili saya dan si die. Tapi apa yang merisaukan saya selama ni akhirnya muncul jugak. Sah event tu memang clash dengan tarikh saya. Apakan daya saya takda kuasa untuk ubah tarikh itu ini. Apa yang bole saya lakukan, kene pinda tarikh la uolss.
Setakat ni takda kata putus dari kedua belah pihak. Tapi kami dah rangka and cadangkan beberapa tarikh sebelum dibawa berbincang bersama famili masing-masing.
- Sama ada tarikh rumah saya dilewatkan seminggu dari tarikh sebenar
- Atau dipercepatkan ke bulan Julai
- Atau diperlambatkan ke bulan Oktober
Apa pun saya perlu bersedia dari segi hal preparation. Kene inform vendor siap-siap. Contoh macam fotografi, saya dah sempat inform die awal-awal. Harap urusan saya dipermudahkan.
Apa pun preparation yang lain perlu dijalankan seperti biasa. Biar setelkan cepat, nanti bole goyang kaki. Huhu.
Kesimpulan: Jangan cepat melatah kepada problemo....peace
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment