Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Permata Hati. Show all posts

Friday, January 04, 2013

Imbasan 2012 Part 1

Salam dan hello everybody!

Dah 4 hari kita memasuki tahun baru 2013. Rasanya tak sah kalau saya tak buat satu post untuk summarize apa yang telah berlaku sepanjang 2012. Kalau dilihat pada post sebelum ni memang bila masuk tahun baru memang akan ada satu post khas saya akan mengimbas kembali apa yang berlaku tahun lepas dan tidak lupa juga dengan new year resolutions. Cuma tahun ni saya kurang excited untuk menceritakan azam 2013 sebab masih sama seperti 2012 dan saya mengambil pendekatan konsep "go with the flow" dan "cuba bertahan". Rasanya pendekatan itu yang lebih sesuai setakat ini.

Januari 2012
  • 1 Januari 2012 pertama kali kami bermalam di rumah sendiri walaupun takut-takut al maklum masih tak ramai lagi jiran yang ada. Secara rasminya kami menetap di rumah sendiri. Happy tak terkata. Tak kisah rumah kosong tiada langsir tiada perabot, asalkan matlamat kami, di sini kami mahu memulakan kehidupan sebagai suami isteri dengan bahagia dan harmoni.

Macam ni keadaan rumah semasa kami pertama kali pindah.

  • Berita saya keguguran di hujung Januari semasa usia kandungan 8 minggu. Saya dapat rasakan baby saya tak mampu survive ketika itu akibat keadaan saya yang stress kerja dan urusan pindah rumah. Kami redha dengan ujian ini. Semoga Allah gantikan yang lebih baik. Rezeki semua dari Allah. Kalau nak tahu kisah lebih lanjut boleh tengok post Januari dan Februari.

Februari 2012
  • Urusan berpantang di Ipoh. Alhamdullilah saya memang berpantang secara ketat. Mak saya memang strict bab pantang. Saya berpantang lebih kurang 2 minggu. Saya minum akar kayu, bertungku, berurut dan tidak bersama suami selama sebulan. Huhu
  • Alhamdullilah Allah mudahkan urusan saya. Semasa ni semester sedang berjalan. Kalau ikut prosedur jika saya mc selama 2 minggu saya perlu menggantikan kelas yang dibatalkan. Kalau ikutkan memang banyak kelas yang perlu diganti. Kejadian berlaku ketika students sedang menduduki mid-term selama seminggu dan seminggu kemudian adalah semester break.

Mac 2012
  • Short vacation bersama husband dan kawan ke Cameron Highland. Harap boleh pergi lagi tapi berdua. Insya Allah March 2013 ada satu lagi trip bersama kawan husband lagi. Can't wait!

  • Birthday suami. Pertama kali sambut birthday sebagai husband and wife. Takda celebration yang gempak. Konon nak hadiahkan sesuatu yang istimewa di hari jadi beliau tapi Allah masih tidak mengizinkan.
  • Masih serabut memikirkan life ulang alik kerja KL Seremban setiap hari.
  • Pertama kali husband tunjuk bakat masak untuk saya sebab kesian tengok saya balik kerja penat setiap hari. Not bad masakan husband. =)

April 2012
  • Masih busy melengkapkan rumah.
  • Masih merungut tentang kerja. Kadang-kadang terpaksa berjauhan dan menumpang di rumah opismate. Saya rindu kawan-kawan di Cybernetics. =(
  • Masih berusaha untuk pregnant semula

Mei 2012
  • Bulan paling best sebab birthday sendiri. Husband bagi hadiah walaupun bukan on that day. =)
  • Dapat interview kedua untuk jawatan PPPT DH41 setelah interview pertama pada November 2011 dihalau sebab tiada skrol ijazah yang asal. =p
  • Angah, satu-satu adik lelaki dalam keluarga saya menikah dengan pasangan pilihannya di Penang. Ke Penang la kami satu keluarga. Part yang paling best, bila my BFF pun turut serta!

My BFF, Akma, can't wait to see u in March babe!

  • 21 Mei 2012, saya nekad menghantar notis perletakan jawatan. Tawakal. Saya nekad mengakhiri kerja gila saya setiap hari atas nasihat husband walaupun saya tiada back up kerja semasa notis perletakan jawatan dibuat! Satu keputusan yang sangat sukar untuk dibuat.

June 2012
  • 16 Julai 2008- 23 Jun 2012 berakhirnya khidmat saya di Cybernetics. Ini keputusan yang terbaik.
  • Saya dipanggil untuk bekerja di tempat sekarang. Perancangan Allah yang terbaik. Saya menerima offer berkenaan walaupun hati 50-50 untuk terima atau tidak.
  • Kerja kawen Angah di Ipoh. Jadi tuan rumah, wajib saya bertungkus lumus bersama family yang lain. Rasa nak patah kaki. Tapi enjoy sangat! And tak pasal-pasal husband jadi pengapit bidan terjun. Terus lupa saya and melagak macam bujang..=p

Me and pengapit bidan terjun

Me and pengantin yang diraikan.

  • Persiapan serba sedikit untuk house warming. Pertama kali uruskan perihal kenduri sendiri tanpa melibatkan mak dan ayah. 

To be contiued ---> Imbasan 2012 Part 2

Wednesday, August 29, 2012

Saya Dah Pregnant?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bulan depan dah masuk September. Bermakna 9 September 2012 kami akan sambut first anniversary. Ya Allah kejap sangat masa berlalu. Rasa macam baru lagi kami pegang title pengantin baru. Tak sangka dah sampai stage yang pertama.

Bila dah masuk setahun pasti ada yang bertanya tentang zuriat. Alhamdullilah masa raya hari tu takda yang bertanya tentang tu. Bukan nak cakap saya sentap bila ditanya soalan tu. Tapi saya tak tahu nak bagi jawapan apa sebab saya sendiri pon tak tahu bila Allah akan kurniakan zuriat kepada kami. Kami hanya menunggu dengan sabar dan dalam pada masa yang sama perlulah berusaha hingga segalanya tercapai.

Perasaan trauma masih melekat dalam jiwa. Takut sejarah lama berulang lagi. Tapi rasanya segalanya pasti berubah sebab life saya sudah kembali tenang selepas berhenti kerja di KL. Alhamdullilah. Dulu saya akui dari segi dalaman saya tertekan dengan rutin harian yang memenatkan. Mungkin masa tu badan belum bersedia untuk menerima orang baru dalam hidup. 

Tapi kali ni rasanya dah bersedia. Pernah jugak saya bertanya dengan seorang hamba Allah. Dia ada ilmu yang boleh lihat benda yang tak boleh nampak dengan mata kasar. Percaya kepada benda ghaib salah satu rukun iman bukan? Saya bertanya apa masalah saya hingga susah jugak mahu mengandung. Risau takut ada sesuatu yang menghalang dalam diri saya. Jawapannya, badan saya penat dan tak cukup rehat. Insya Allah suatu hari nanti Allah akan kurniakan zuriat jugak. Cuma saya perlu bersabar. Lega saya dengar jawapan beliau. 

Puasa tahun ni saya tinggal 2 hari je, gara-gara period lewat. Dalam hati menidakkan sebab sebelum ni pernah terjadi kes sebelum ni. Kali ni saya tak nak berharap dan biarkan period delay hingga 2 minggu. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau takda takpela. Allah lebih tahu yang terbaik. Saya terima dengan redha.

Sepatutnya saya period pada 11 Ogos, memandangkan kitaran saya memang tetap antara 28-29 hari. Memang sangat jarang period delay so bila delay saya berjaga-jaga. Tapi dalam hati kuat mengatakan yang saya tak pregnant. Saya tunggu hinggalah pada hari Jumaat 17 Ogos, period datang macam biasa. Tapi musykil jugak kenapa lewat. Dan period pon tak banyak macam selalu. Legalah jugak sekurang-kurangnya saya hanya tinggal puasa 2 hari. =)

Musykil jugak adakah perubahan hormon masa bulan puasa. Atau kesan saya menggunakan krim Lumiglow. Ok untuk pengetahuan semua, saya menggunakan krim ini untuk menguatkan rahim dan memperbaiki sistem peranakan. Al maklum sebelum ni pernah melakukan DnC. Ini jugak salah satu usaha. Dah habis pon satu botol. And nak beli lagi... =)

First period saya terus berjumpa doktor Sukhilmi. Saya dah jatuh hati dengan servis Dr Sukhilmi. Masa kes yang dulu doktor pernah pesan kat saya, kalau masih tak mengandung lepas raya jumpa dia masa first period. Lagi beberapa hari nak raya, tak sempat sebelum raya saya dah berjumpa doktor. Tu pun atas desakan husband. Thanks B!

Ini jugak merupakan salah satu usaha. =)

Doktor bagi satu pil hormon untuk dimakan pada hari kedua period. Ubat dia masya Allah pahit gila walaupun kecik. Saya amalkan selama 5 hari. Dan husband jugak ada makan pil untuk kesuburan lelaki. Saya bersyukur sebab husband sama-sama berusaha untuk mendapatkan zuriat. =)

Dan harini saya ada appointment dengan doktor untuk check kematangan telur (ovum). Risau jugak. Dan mengikut doktor ada kes jugak bila makan ubat ni, dia akan merangsang telur dan boleh jadi mungkin lebih dari satu telur yang akan keluar. Dan adik ipar pun saya ada bercerita tentang ini. Ada sorang kawan dia, setahun lebih tak dapat anak and bila dia makan pil hormon, dia dapat anak kembar. Walhal dia memang takda keturunan kembar. Subhanallah. Kuasa Allah tiada siapa mampu melawan. Sekali Allah bagi rezeki double tu. Dan untuk pregnancy yang kedua, alhamdullilah Allah dah permudahkan. =)

Saya takdalah sampai berharap kembar. Yang penting saya dan husband sihat untuk mendapat anak. =)

Kat opis ni pun takda siapa lagi yang bertanya tentang anak. Mungkin mereka takut nak bertanya secara direct. Bagus jugak kalau takda siapa yang kepochi kat sini. Aman dunia.

Kepada ibu yang sudah melahirkan, tahniah diucapkan. Semoga tabah mengharungi stage yang berikutnya. =)

P/s: Ada satu lagi kes yang saya belum diceritakan di sini untuk dikongsikan. Saya simpan dulu hingga tiba masa untuk saya kongsikan. Jangan salah faham dengan title diatas. Belum masanya lagi untuk khabarkan berita gembira tu. =p

Saturday, July 28, 2012

Merancang Jantina Anak

Mari merancang jantina anak. Tapi jangan plak bila tak dapat jantina anak yang dinginkan terus lupa bersyukur pada Allah tentang kurniaan yang tidak terhingga ini.

Kita merancang ALLAH jua yang menentukan segala-galanya.

MERANCANG ANAK LELAKI 

  • Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. 
  • Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. 
  • Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting sebab sperma yang membawa kromosom lelaki sangat pantas dan mati dengan cepat. Sebab tu kene bersama tepat pada hari subur.

MERANCANG ANAK PEREMPUAN

  • Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. pantang memakan makanan laut
  • Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur

INFO

1) Ovum adalah pembawa kromosom X, manakala sperma pula adalah pembawa kromosom X dan Y. 

2) Jantina lelaki ditentukan oleh kromosom XY, manakala jantina perempuan ditentukan oleh kromosom XX.

3) Sperma pembawa kromosom X pecutan lebih lambat berbanding sperma kromosom Y tetapi kromosom ini boleh tahan lama dalam sistem pembiakan perempuan selepas proses persenyawaan. Sebab itu sesiapa yang merancang mahukan anak perempuan digalakkan melakukan persenyawaan sebelum telur keluar atau waktu subur.

4) Sperma pembawa kromosom Y sangat aktif dan pecutan lebih pantas berbanding kromosom X dan dapat menuju sasaran dengan lebih tepat jika disenyawakan tepat pada wakti subur; tetapi ia tidak tahan lama dan cepat mati. Oleh itu kepada yang mahu merancang anak lelaki sangat digalakkan melakukan persenyawaan pada hari subur iaitu pada hari ke-14 jika kitaran period anda 28 hari.

Owh begitu rupanya.....

Bila kita tahu sifat-sifat kromosom benih dari lelaki lebih mudah untuk kita merancang jantina anak. =)

Thursday, June 21, 2012

Krim Kesuburan LumiGlow

Saya percaya ramai antara anda sekalian yang memang sangat mahukan cahaya mata untuk menghiasi rumah tangga kalian. Pelbagai teknik dan usaha telah dibuat tetapi rezeki itu masih belum berpihak lagi.

Apa kata saya kongsikan satu lagi usaha yang boleh kita lakukan untuk mendapat cahaya mata. Mungkin ada yang mudah untuk mengandung tetapi mungkin akibat beberapa faktor seperti rahim tidak kuat dan ketidakseimbangn hormon boleh menjurus kepada kes yang menyedihkan iaitu keguguran. Ada testimoni yang membuat saya teruja di mana seorang hamba Allah ini sudah keguguran 8 kali tetapi selepas menggunakan produk ini dengan berkat Allah, beliau mengandung semula tanpa ada masalah sama yang berulang. Alhamdullilah.

So saya terpanggil untuk share satu produk ini dan mungkin anda juga sudah tahu tentang kewujudan produk ni. So kepada sesiapa yang sudah like page Senang Hamil kat facebook mesti tahu produk apa yang saya cuba kongsikan di sini.

Maklumat lanjut:

Mana tau dengan berkat usaha, anda boleh hamil tanpa sebarang masalah. Produk ni bukan sekadar untuk senang hamil saje, pelbagai lagi kebaikan dan "magik" produk ni yang boleh kita gunakan.

P/s: Sekadar berkongsi, saya bukan agen produk ni pon... ;-p

Tuesday, June 12, 2012

Tentang Cahaya Mata

Kita akan mendapat cahaya mata jika kita benar-benar bersedia ke arah itu

Ayat ini saya copy paste dari page Senang Hamil.

Saya sangat bersetuju dengan kenyataan itu. Tapi macam mana plak kalau kami sudah menunggu 7, 10 tahun? Adakah kami masih tidak bersedia untuk menerima kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga kami? Saya pun tidak pasti jawapan itu. Yang pasti Allah Maha Mengetahui apa jawapan di sebalik soalan itu. Kita manusia sebagai hambanya perlu bersabar dengan setiap ujian yang diberikan dan tidak putus untuk berusaha dan berdoa.

Lepas keguguran ada jugak hamba Allah yang suruh saya cuba itu ini untuk menguatkan rahim bagai. Tapi mengikut pembacaan saya, saya tidak mempunyai masalah rahim yang lemah. Saya keguguran akibat daripada kandungan saya yang tidak berkembang secara sihat. Salah satu masalahnya mungkin berpunca daripada ketidakseimbangan hormon semasa mengandung dan kecacatan pada kromosom. Saya banyak refer blog doktor Zubaidi selepas kes itu.

Masuk bulan ni dah 3 bulan kami mencuba tolak Februari. Tapi rezeki masih belum berpihak. Sekurangnya saya tahu saya boleh mengandung dan mungkin pada masa itu Allah hanya pinjamkan nikmat itu untuk sementara waktu. Mungkin Allah mahu memberi rezeki yang lebih dari apa yang saya dapat sebelum nie. Kami redha je.

So skrang ni bila nak bersama, kami tak set pun dalam kepala ni untuk dapatkan baby. Taknak menaruh harapan. Kalau ada, adalah. Kalau takda lagi kami masih menunggu. Bila terlalu pikir sangat pun boleh jadi stress bukan?? Lebih baik enjoy dulu dengan nikmat yang ada skrang. Saya percaya ada sebab kenapa Allah tak beri rezeki anak pada kami dalam masa terdekat.

Kepada pasangan yang masih mencuba seperti saya. Teruskan usaha kita. Jalan penyelesaian luas terbentang. Sentiasa positifkan diri.

Yang pasti saya bahagia dengan apa yang saya lalui skrang. =)

P/s: Jangan tanya kenapa saya masih tidak lekat, seolah-olah kita menyibuk dengan urusan Allah. Kenapa mesti nak sibuk dengan urusan orang lain, padahal diri sendiri belum tentu terurus....minta maaf. Saya jelek dengan soalan tue...peace no war

Kadang-kadang orang tak sensitif dengan keadaan sekeliling tanya soalan seperti kita tidak pernah berusaha. Pasangan mana yang tidak mahukan anak. Fikir-fikirkanlah sebelum tanya soalan macam tue. Suh kita cepat-cepat pregnant tapi kalau Allah belum mahu rezeki lagi macam mana??? Hurmmmm

Friday, May 04, 2012

Tanya Diri Sendiri Dulu Bole???

Salam dan hello,

Selepas keguguran haritu saya dan husband masih belum dikurniakan rezeki anak lagi. Saya keguguran pada 27 Januari 2012. Bulan Februari saya dan husband langsung tak bersama. Memang sengaja sebab terasa ngilu lagi disitu. Lagi pun buat apa nak gelojoh. Takkan lari gunung dikejar. Then bila dah period bulan Februari, masuk bulan Mac dah lepas sebulan baru saya berani menyerah diri pada husband...=p

Masa ni takdalah desperate sangat nak baby. Kalau ada, ada la kan. Tapi saya berusaha jugakla nak jaga pemakanan bagai. Supaya senang balik nak pregnant. Yang terasa geramnya bila ada yang tak sayang mulut sibuk nak tanya dah ada isi ke belum. Soalan-soalan tu yang buat saya meluat sangat nak dengar. Elok-elok saya dan husband tak stress pikir pasal anak, jadi macam emo plak bile orang tanya macam tu. Dah macam takda soalan lain ke nak tanya??? Huh....!

Lagi pun skang ni saya enjoy life macam ni. Berkepit 24 jam.... nak enjoy sebelum pregnant and ada anak nanti. Orang lain boleh tunggu bertahun-tahun kenapa tidak saya kan. 

Frankly speaking saya amat bersyukur dengan apa yang dirancang oleh Allah untuk saya. Ada hikmah yang tersembunyi disebalik apa yang berlaku. 

Ikutkan rasa dalam hati rasa macam tak bersedia je tapi bila Allah nak bagi maknanya saya dah bersedialah tu dalam segala aspek. =p

P/s: Skang ni saya dikelilingi dengan ramai mak-mak buyung. Macam penyakit berjangkit plak. Tahun ni ramai plak yang akan terima orang baru dalam family. Tapi yang saya salute mak-mak buyung ni sumenya macam tak pregnant. Sebab rajin sangat and bersemangat mengalahkan anak dara uolsss. Kalau nak saya listkan mcm banyak la plak kan...Ain (kwn sekolah), Siti (kwn sekolah), Kak Shima (kwn opis), Kak Yati (kwn opis), Kak Siti (kwn opis), Ayu (biras), Farah (kwn UiTM), Hanie (Kwn opis), Nur (wife kwn husband), Kak Sanirah (wife kwn husband) & rakan blogger......weiiii penuh kot nak list down kan sape yang tengah pregnant...ni sume bakal deliver 2012.......

Saya dah tak sempat nak kejar uolsss....tunggu 2013 la jawapnya....insya Allah kalau ada rezeki... =)

Wednesday, April 25, 2012

Tips Dapat Baby Cepat

Petang ni rasa malas sangat nak sambung marking paper. Padahal tinggal sikit lagi, sepatutnya kenelah lebih semangat nak menghabiskan secepat mungkin. Tapi memandangkan tengok jawapan students yang semakin petang semakin meloyakan, saya tutup sekejap and continue reading artikel. =)

Dapatlah share dengan readers sekalian. Selain diri sendiri dapat info jugak.

Saya rasa artikel ni sangat berguna bagi orang yang berkahwin and sedang merancang untuk mendapat cahaya mata. Rupanya nak "buat" anak ni tak seperti dalam drama atau filem. Rasanya nak plan baik punya tapi masih belum lagi dikurniakan rezeki anak. Tak apalah itu semuakan kuasa Allah. Bersabar jela menunggu anugerah tu. Suatu masa pasti akan tiba jua. =)

Kepada sesiapa yang berjaya untuk hamil, jagalah kandungan, jaga pemakanan, jaga pertuturan, jaga tingkah laku, buat kebaikan. Insya Allah apa yang kita lakukan sepanjang kehamilan pasti akan memberi kesan kepada anak dalam kandungan. Nampak macam tahyul atau tak logik tapi terpulang pada diri masing-masing sama ada ingin percaya atau tidak.

Saya pasti tips dibawah mesti ada antara kalian yang sudah tahu dan sedang praktikkan tips ini untuk mendapat cahaya mata...

****

Kat sini ada 10 tips yang boleh dikongsi bersama:-

Sekiranya anda merancang untuk hamil, di sini terdapat 10 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat dan selamat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di saluran peranakan (saluran fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

Tapi bagaimana kalau kita dah melakukan hubungan pada waktu subur tapi gagal juga nak memperoleh cahaya mata?? Saya cuba memahami kitaran haid saya. Dan alhamdullilah kitaran saya pada setiap bulan memang tetap antara 28-29 hari. 

2. Jumpa doktor anda

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan kesukaran hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat di peringkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan saluran fallopian anda tidak tersumbat.

Kadang-kadang tak perlu tunggu sehingga setahun untuk buat pemeriksaan. Lakukan sekarang. Biar nampak gelojoh asalkan kita tahu apa masalah dalaman kan... =p

Tapi buat masa ni takdalah saya dan husband berjumpa dengan doktor. Selepas keguguran saya cuba untuk bagi masa pada sistem peranakan untuk kembali normal semula.

3. Dapatkan berat badan yang ideal

Sekiranya anda mempunyai badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI di antara 20-24 menunjukkan berat optimal.

Rasanya berat badan saya dah normal. Cuma bentuk badan je tak normal. Besar kat bawah. Takpe senang nak beranak nanti. Eh yeker??? =p

4. Ketahui waktu subur anda

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

Saya rasa saya dapat agak bila waktu subur saya. Kadang-kadang masing-masing terlupa nak ON bila telur sepatutnya muncul kat tiup filapio tu. Padahal masing-masing dah saling mengingatkan tapi bila landing je kepala atas bantal...mood ON ke laut...=p

5. Hubungan seks yang lebih kerap

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada di atas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan bahagian servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal di bawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

Ok mungkin posisi yang tak berapa nak betul. Practices make perfect...and part yang saya bold-kan tu harus dipraktikkan lepas ni. Sori ni bukan entry lucah je. Ni salah satu usaha ok. I takda cite details kan pasal hubungan intim i dengan husband. Tak baik berdosa uolsss.....

6. Tingkatkan kesuburan suami 

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mengamalkan cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elakkan dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin juga menjadi penyebab anda sukar hamil.

Ok sila pesan kepada husband masing-masing.

7. Mengambil multivitamin

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran sperma.

Kalau nak merancang hamil takpe ke makan? Mana tahu masa kita teruskan pengambilan multivitamin kita dah hamil masa tu. Tak menjejaskan kandungan ke?? 

Skang ni memang setiap hari saya consume asid folik untuk mengurangkan kecacatan kromosom yang saya alami sebelum ni...

8. Bersenam secara rutin

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

Bersenam dalam kereta setiap hari bole??? Tekan minyak..tekan cluth....exercise mulut ..=p

9. Mengambil makanan yang seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin di mana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semula jadi.

- Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan segera).

- Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan memakan daging.

- Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.

- Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.

- Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. kurangkan Tekanan

Life is so stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walau bagaimanapun, terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti :

- Memasak.
- Bersenam.
- Mendengar muzik.
- Membaca dan mendengar audiobooks.
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri.
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga.
- Beromantik dengan suami.

Ni la yang paling penting. Kurangkan tekanan. Husband selalu cakap saya stress and penat sebab faktor tempat kerja yang jauh. Padahal saya rasa saya ok je. Bukanlah all the time saya tunjuk muka masam kan. Boleh dikira dalam sebulan ok.

Tapi saya perasan lepas kawen muka saya macam muka tak siap. Dah macam makcik beranak 10. Hilang keserian diwajah. No no no please bangkit serlahkan kembali kesegaran dan keserian muka walaupun dah kawen 100 tahun...=p

Jom merancang dapatkan cahaya mata. Catatkan tarikh mula period anda. Kira waktu subur. "Buat" On time.

Dan yang paling penting jangan lupa berdoa dan bertawakal selepas pelbagai usaha dilakukan. Amalkan surah Maryam dan surah Yusuf. Dan setiap hari amalkan doa Nabi Zakaria. Insya Allah....

Allah Maha Mengetahui yang terbaik.

P/s: Semalam baru bersembang dengan husband tentang anak...=)

Sumber artikel : 10 Tips MudaH HamiL

Thursday, April 19, 2012

Bahagia & Nikmat Hidup

Assalamualaikum dan hello homo sapiens sekalian,

Minggu ni minggu bulan mengambang. Ye..saya masih lagi belum berjaya untuk pregnant selepas beberapa kali percubaan. Nampaknya masih belum ada rezeki.

Perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia bukan? Mungkin kite menganggap bahawa kita telah bersedia dan sedia merancang untuk dapat apa yang dirancangkan. Tetapi pengetahuan kita sangat terhad. Allah lebih Mengetahui Yang Terbaik.

Jangan stress-stress. Jangan jadi hilang kewarasan. Jangan post yang bukan-bukan.

Berusaha dan berdoa kepada Allah.

Saya bersyukur dengan nikmat yang saya miliki harini. 
Saya gembira dengan kehidupan yang saya dilalui.

"Wahai Tuhanku, Kurniakanlah kepada kami dari sisiMu keturunan yang baik. Sesungguhnya Kau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah al-Imran, ayat 38)"

P/s: Dulu masa dapat tahu saya pregnant, ada sorang hamba Allah tak dapat nak terima kenyataan. Saya sendiri pun tak paham kenapa dia bertindak sedemikian. Moral of the story, tak baik ada perasaan macam tu sebab Allah itu Maha Adil. Berasa iri hati tentang kejayaan orang lain untuk dijadikan inspirasi diri sendiri adalah lebih baik bukan? 

Saya nak post tentang deko Idaman rumah contoh. Tapi semua pic dalam Tab yang tak boleh ON tu. Boleh share dengan uollss yang suka hiasan dalaman rumah. Frust.

Wednesday, February 22, 2012

Petua Untuk Dapat Baby Cepat

Comelkan dia.
"Tengah imagine pegang baby sendiri."

Masa ni Adnin kecik lagi.
Now dah ada adik dah.
Masa ni tak bole berlari
Skang ni dah bole lari lintang pukang.

Adnin ni baby boy kepada Kak Ija.
Ex Cybernetics dulu.
=)

I tak stress pon pasal anak.
Cuma mahu amik berkat bila letak pic pegang baby.

Petua apakah yang saya pakai??
OooOoo kalau letak pic pegang baby bole lekat terus ek...

Apa salahnya psycho minda sendiri...
=p

P/s: Tengah bulan mengambang. Time untuk kira waktu subur. Ok saya sudah over limit..
=p

Wednesday, December 28, 2011

Good News Part 3

Perubahan yang berlaku sebelum disahkan pregnant:

  • Saya teringin sangat nak makan sup kaki ayam. Nak buat sendiri tapi cari kaki ayam tak jumpa. Husband ckp takkan seawal tu dah mengidam. Nampak nau menipunya. Huhu. Tapi saya dapat jugak melunaskan hajat nak makan sup kaki ayam yang adik saya buat. Masa ni mak dah siap tanya adik saya, saya dah ade ke belum. Saya tak syak langsung sebab kalau period pon saya akan ada teringin nak makan sesuatu.
  • Saya cepat marah, habis semua orang saya nak marah termasuk husband saya. Haiiipppp tak baik marah husband. =p
  • Perasaan sangatla sensitif. Tambahan kalau lepas kene tegur dengan husband automatik akan menitik air mata. Pelik.
  • Kalau terlalu letih pon air mata akan keluar dengan sendiri. Semalam saya sampai rumah agak lewat sebab traffik sesak walaupun saya dah kuar awal dari opis. Jangan anak saya lembik asik nak menangis je kerjanya dahla...=p
  • Dahaga yang tahap kritikal. Makan kurang. Tapi saya cepat rasa dahaga.
  • Tekak rasa lain macam tapi simptom muntah tak terasa lagi.
  • Sakit dibahagian ari-ari yang jarang-jarang. Kadang rasa sakit kadang rasa takda pape.
  • Sakit pinggang lepas bangun dari tido.
  • Kerap buang air kecil. Masa on da way balik Ipoh tiap kali hentian saya suruh husband berhenti untuk buang air kecil.
  • Badan rasa macam nak demam. Suhu badan meningkat waktu pagi.
  • Breast terasa makin membesar and lembut. Kadang-kadang rasa berdenyut. Dalam hati saya risau takut simptom kanser. Masya Allah.
  • Badan rasa letih and malas. Rasa nak bersenang lenang je...=p

Buat masa ni simptom inilah yang saya alami. Setiap orang tak sama perasaan dan pengalaman dia. 

" Ya Allah, kau peliharalah kandungan ku....."

P/s: Lepas makan vitamin warna pink (Obimin) yang doktor bagi saya rasa bertenaga.

Good News Part 2

Masih ingat dengan post yang semalam tentang good news. So post yang ini adalah sambungan post yang semalam...=)

Alhamdullilah syukur tu ungkapan yang wajar saya ucapkan saat ini. =) (Senyum lagi)

Ingat lagi dengan post saya yang ni ---> Rezeki Masih Belum Berpihak

Saya ada bagitau sebelum ni yang saya langsung tak pernah try pregnancy test. Rupanya bila saya pikir balik first test saya aritu adalah positif. Then kenapa plak saya cakap negatif?? Dalam pikiran saya kalu kite nampak satu garisan je yang terang maknanya negatif la. Padahal masa ni saya nampak satu garisan lagi yang kabur. Saya assume walaupun negatif kita masih boleh tengok garisan yang satu lagi. Huhu. Lagi pon masa ni saya try belum masa saya delay period.

Sepatutnya ikut perkiraan period akan muncul hari Khamis. Then Jumaat saya masih menunggu. 90 peratus perasaan dalam hati mengatakan saya akan datang bulan sebab saya dah terasa sakit di bahagian ari-ari macam senggugut. Yup saya memang ada senggugut tiap kali datang bulan. Masa di Penang saya masih lagi pelik sehingga hari Ahad masih tak datang bulan lagi. Amatla jarang period saya lewat 3 4 hari. Husband saya dah mengharap yang saya pregnant. Tapi saya sentiasa ingatkan dear supaya jangan terlalu mengharap.

Then hari saya balik Semban, Isnin husband suruh saya beli pregnancy test untuk buat 2nd test. Selasa pagi saya buat test dan resultnya masih sama. Satu line sangat terang yang satu line lagi kabur. Saya simpan test tu and sempat snap pic untuk tunjuk pada kawan yang berpengalaman. Masa ni hati saya 50-50 mengatakan ia adalah positif. Then sampai Kak Shima and Siti cakap tu maknanya positif. Saya masih tak percaya sehingga saya dapat sahkan dari doktor.

Mula-mula ingat nak hold dulu sampai bape hari sebab dalam pikiran masih baru lagi. Mungkin kalau pregnant pon dalam 2 3 minggu. Tapi atas desakan husband and kawan sekolah saya pergi check jugak malam tu di Klinik Iman kat Paroi Jaya. Masa nak menunggu dipanggil masuk husband dah berdebar tapi saya relaks and bersedia menerima apa jua keputusan. Bila doktor panggil masuk, terus doktor cakap positif. Kelegaan...akhirnya....saat yang paling ditunggu....

Saya disahkan pregnant 4 minggu 5 hari (tambah 1 hari untuk harini)...

Patutla saya perasan perubahan dalam diri saya. Saya ingatkan ia adalah simptom nak datang bulan..rupanya tak.....

Continue......

Thursday, December 22, 2011

Rezeki Belum Berpihak

Semalam buat julung kalinya saya terbeli pregnancy test. Sebelum ni memang tak pernah try and tgk mcm mana rupanya pregnancy test ni. Nak cari kat celah mana pon saya tak pasti. Nak tanya pada staf amatlah segan. Nasib baik saya ada kawan yang berkaki lebar....

Tibe-tibe je terbeli sebab smlm melepak di Jusco Maluri. Ada J Card Day uollss. Hari ni last day. Sape yang dah bergaji tu pergilah serbu. Pergi la awal sikit senang nak cari parking.

Ok sambung cite pasal pregnancy test. First i survey kat Guardian. Agak mahal, RM 8++ adalah mahal ye uolss. Harap maklum. Huhu. So taknakla beli..membazir baik saya membeli set twister kat KFC. Kaedahnya la...=p

Then saya ke Watson. Yang ni murah below RM 4. Huhu kedekut weiii minah ni...

Saje je mahu membeli walaupun hakikatnya saya memang tahu 100 percent saya akan datang bulan. Esok adalah hari Miss P saya.....

So pagi tadi saya test. And resultnya seperti yang dijangka adalah negatif. Sangat pantas result kuar. Ok pasni beli cap ayam je..murah dan tak membazir. Kalu membazir part lain takpekan...=p

First tengok result, saya takda perasaan. Perasaan sedih jauh sekali. Sebab saya tahu kenapa Allah belum memberi rezeki anak kepada kami. Jangan berasa simpati pada saya. Saya ok dan masih boleh menerima hakikat rezeki masih belum berpihak pada kami. =)

Yang penting saya perlu meneruskan perjalanan kehidupan berumah tangga yang panjang ni dengan penuh kesabaran. Masih banyak lagi hasrat kami yang belum ditunaikan. Semoga tahun 2012 memberi satu kenangan manis buat saya, suami dan keluarga. 

=)

P/s: Hasrat masih belum tertunai nak makan sup kaki ayam yang dimasak sendiri. And nasib baik ada orang willing nak masakkan. Thanks to my sister!

0 comments

1 comments

2 comments

4 comments

Disable Right Click