Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, January 31, 2010

Testing

Testing post (En Azli nak try jadi blogger plak)

Lokasi skg berada di rumah Kak Yati di Ampangan. Malam ni aku tido kat sini. Esokkan cuti sempena Hari Wilayah. Huhu...

P/s: Padahal keje berlambak tak disetelkan lagi. Apa nak jadi ntah...Huhu

Saturday, January 30, 2010

Film Legion

Aktiviti di ari Sabtu...

Tgk wyg filem LEGION...bersama En Azli...

Filem yg menarik dgn aksi dan watak2 yg pelik. Dialog yg disampaikan sgt bermakna dan mempunyai mesej yg tersendiri. Yg paling aku ingat dialog dalam watak Percy dimana die ceritakn balik semasa die kecil, time nak tido ayah die akan temankan sampai die tidur. Dan ayahnya ade bckp mengenai "apa sesuatu yg kita bole banggakan sepanjang kite hidup" Erm lebih krg la ayat die kan. Kalo nak tau lebih lanjut tgkla sendiri ye. Erm bile dgr ape yg die ckp buat aku terpikir smpai skg. Hurm...

Ermm sepanjang aku hidup 23 tahun ni apa perkara yg aku lakukan yg boleh dibanggakan????

Sinopsis (dipetik dari Berita Harian):

Kisahnya berkisar kepada kehilangan kepercayaan Tuhan ke atas manusia dan malaikat Michael (lakonan Bettany) yang ingkar kini menjadi penyelamat umat manusia di muka bumi daripada penghapusan. Kali ini, menggunakan malaikat sebagai ejen pemusnah, kemurkaan Tuhan diturunkan ke muka bumi untuk menghapuskan penghuni dunia. Dalam keadaan terdesak, Michael cuba mengubah nasib dengan mengerah sekumpulan manusia yang kebetulan terperangkap di restoran tengah-tengah padang pasir di New Mexico, milik Bob Hanson (Quiad) untuk berjuang.

Michael dan kumpulan terbabit berusaha menyelamatkan perempuan muda, Charlie (Palicki) dan bayi dalam kandungannya. Namun, apabila menyedari Michael mengingkari perintah, Tuhan menurunkan malaikat Gabriel bagi menyempurnakan tugas asal. Namun, Michael sanggup mengorbankan dirinya demi mempertahankan si bayi. Michael percaya, manusia mampu berubah untuk mencari kehidupan lebih sempurna.

Overal mmg best. Starting aku agak keliru and blur sikit sebab kami masuk lewat 15 minit. At last aku dpt agak jalan cerita yg cube dismpaikan. Suke tgk watak Micheal yg macho tu. Huhu

Tapi yg tak bole diterima akal, terer gile perempuan yg bernama Charlie tu. Lepas je bersalin bole plak lari2 and panjat gunung tinggi. Hebatmu! Nampak sgt tak logik kan. Tak pon atas bantuan si Michael die ade kekuatan ajaib mcm tu. Hahaha

P/s: Masuk2 je part nenek tua tu...teruja nk tgk sebab dlm the making mcm menakutkan je..huhu

Thursday, January 28, 2010

1 Malaysia

Takut dgn apa yg berlaku di Malaysia skg...

Terbaru mengenai isu kemunculan kepala babi di depan masjid...

Apakah maksud perkara tu berlaku???

Isu yg cuba dibangkitkan menyentuh mengenai sensitiviti agama dan perkauman. Erm adakah tragedi 13 Mei 1969 akan berlaku lagi???

Kes penemuan 2 kepala babi tu btol2 berdekatan dengan rumah aku, Taman Medan. Sgt terkejut mendengar berita tu. Patutla masa tu jalan jem nak masuk simpang tu.

Harap sangat sumenya baik-baik saja. Janganlah ada isu yg melibatkan rusuhan or sewaktu dgnnya.

Ya Allah amankanlah Malaysia. Jauhilah dari perkara yg tidak diingini. Amin.

P/s: Seperti hasrat Dato Najib berkaitan 1 Malaysia, tidak tercapai sepenuhnya sebab wujudnya golongan yg bertindak tidak menggunakan akal dan fikiran yg waras yg mencetuskan isu agama dan perkauman ni...

Hallooooo

Manusia ni sangat unik...dilahirkan dengan bermacam perangai. Kalo sume manusia ni sama je sifat and tingkah laku die. Suram and tak berwarna warni la dunia ni kan.

Tapi aku tak paham dgn setengah perangai manusia yg sangat menjengkelkan. Kalo org buat die pandai plak nak marah, tak setuju, bangkang.

Tapi...

Bila die buat orang bole plak ye. Banyak chanteekkk muka ko. Seriusly tak paham. Aku bukan nak menghina org kg yg berfikiran kolot. Aku bukan nak menghina org yg tak berpelajaran. Tapi sorry to say la. You are so annoying and irritating.

Ntahla, ada je isu yang aku nak ckp pasal ko. Smpai thn dpn pon takkan abis la. Ko selalu ckp org lain tu nak melepaskan tengkuk die jer kalo mintak tlg kat ko. Tapi ko tak sedar kdg2 ko pon mcm tu. Amik cermin besar2 letak kat depan muka ko.

Erm tak tau la bile nk sedar. Ingat ko best sgt. Halooooo tgk la nanti. Jangan nak dengki plak nanti bile tgk aku lg best dari ko. Erm malas la nak layan org mcm ni. Buat sakit hati jer.

P/s: Hanya sekadar luahan perasaan....

Penat

Melalui hari yg sangat memenatkan...

Balik opis smlm tgk zai dah angkat sume brg die. Keadaan umah tak perlu la nk mention. Kekotoran sgt tersalah. Si lipas berkeliaran sebab markas dah dimusnahkan. Padan muka!

Amik inisiatif bersama Ana and Kak Lin (housemate). Kemas dapur, sapu sampah, basuh pinggan, lap kabinet, mop bla bla...sampai pukul 1030 pm baru setel sume and 1030 tu baru dpt mandi. Arghhh disaster....Terasa lapang and tenang bile umah dah kemas and terhindar dari barang2 yg tak berguna. Jarang En Azli kol, aku ckp dalam keadaan yg sangat mamai. Sowi. Huhu...

Di opis....

Arini ada launching lab restoran and kitchen tuk program DHC. Damn kata under operation at last lecturer DHC gak yg terlibat bersusah payah dari awal hingga akhir. Aku terpaksa in charge bahagian restoran and serve VIP. Sngt penat. Takda work plan. Sangat kelam kabut. Biasala keje last minute. Banyak sgt miscommunication.

Anyway thanks a lot students yg banyak beri kerjasama...

After this please la avoid masalah buat keje last minute nie...tlg la organize btol2...avoid miscommunication sebab yg letihnya paham-paham sendiri la...

And 430 pm sat lg ade training lagi. Wah penat tak abis lagi. Bermula 830 am meninggalkan opis, pukul 3 pm baru masuk opis. Kaki dah sangat lenguh. Bayangkan pakai wedges ke hulu ke hilir...

Balik ni tak tau la bala apa plak yg ade untuk memenatkan badan aku lagi coz Zai tak abis lagi angkat barang. Cpt la weekend tak sabar nk berehat sepuasnya....

P/s: Balik ni confirm pengsan...

Tuesday, January 26, 2010

=)

Terasa sangat bertuah and beruntung sebab memiliki seorang lelaki yang sangat memahami dan menyayangi saya sepenuh hati,

Monday, January 25, 2010

Penat

Huh penat baru pas kemas bilik...

Zai dah mula angkat barang2 die cikit2..maybe weekend ni die angkut sume kot...

Yeah tinggal brg aku je..and bilik ni aku tido sorang la selamanya. Anyone interested nk sebilik??? Huhu

Tergendala segala keje rutin aku. Erm badan dah penat nie. Macam tak larat je nak wat keje. Sigh~

Isnin

Baru abis kelas praktikal Food and Beverage Service Skills 2...

Tenangkan fikiran jap sambil mengupdate my zone...

Dalam kelas tadi sibuk ade student sem 4 sibuk nak mintak emel konon nak add kat fesbuk. Wow sgt bahaya kalo student add. Abisla rahsia terbongkar. Takut tersalah anggap. And takut diorg terlepas access my zone plak. Luahan hati aku ni kadang2 tak agak2 plak kan. Tak bole...cannnot2...biarlah rahsia...

**********

Minggu lepas aku tak jumpe En Azli pon. Malas la nak dtg. Minggu ni baru nk jumpa. Dapat dating lame sikit sebab ari Isnin cuti coz Hari Wilayah. Yahoo...

Tapi best jgk bile dah lame tak jumpa. Sebab En Azli akan dihinggap satu penyakit yg aku sendiri suka nak tgk. Sabar ye mggu ni kite jumpa puas2.

" walaupon beberapa minit berlalu bagaikan berabad lamenya....."

Saturday, January 23, 2010

Teratai

My location rite now is at Hostel Teratai..

"Bagai sirih pulang ke ganggang"

Huhu hostel lame tmpt menginap di dahulu kala.

Not so many changes here, still the same even though hampir setahun lebey meninggalkan bilik and hostel ni...huhu

You know what, i used to stay in hostel until final year. And the best part is I did not have to made any payment. Free jer.

Sebab only those yg aktif in badan uniform je stay in Teratai (name of the hostel). And I was active in Brass Band. And paling tak bole blah, mcm mane la aku bole terjebak jadi Komander Brass Band.

Komander tu ape? Erm kalo kat UiTM komander ni paling tak disukai time ari Sabtu. Because every Saturday sape yang sem 1 and 2 have to take Kokurikulum as one of the subject. Meaning that this Ko ade kaitan dengan our CGPA. Kalo tak pegi Ko dpt fail la ko. Then kene repeat balik.

Komander ni yg terjerit pekik panggil baris and bg command kpd budak2 nie. Salah sikit abisla ko kene marah dgn komander2 ni. And aku adalah salah seorang daripadanya. Hahaha jangan tak pecaya. Komander ni yg akan bantu and facilitate bebudak ni smpai diorang abis sem. Huhu..Tu la serba sedikit citernya. Tapi smpai arini aku masih musykil cmni aku sangat eager to be a komander. Seperti yg diketahui aku mmg sgt tak berminat dgn aktiviti lasak.

Bile ingat balik sape yg berminat jadi komander ni first die ade selection by kompeni. Then akan dihantar training selama 10 hari. Fuhh kalo citer mmg disaster. Tak tau mane aku dpt stamina tu sume. Still wondering....

And now skg tgh menunggu kelas Research kul 6. Kalo ponteng rugi plak rase. Banyak bende yg akan di diskus kan. Huhu till then~

Thursday, January 21, 2010

Monolog

Erm setiap ari menjalani rutin harian yang biasa. Sampaikan satu masa rase terasa bosan bile perkara yang sama dibuat setiap ari. So cmne nak elakkan kebosanan tersebut. Senang jer. Cubela cari sesuatu yang baru. Erm ckp pakai air liur mmg mudahkan. Hurmmm

Otak ni tak kreatif untuk memikirkan perkara baru yg lain dari rutin harian. Bole tolong pikirkan tak?

Hurmmm (sigh)...tak baik mengeluh la. Tak bole nak elak la. Bosan sangat. Skg ni dalam kepala otak berkaitan perkara baru tu nak gi bercuti and merehatkan diri jer.

Tapi aku cume ade ari Ahad saje untuk rest sepuasnya. Macam2 kekangan. Ala ponteng je kelas tu. Hurm tak bole. Sem ni aku dah janji taknak ponteng kelas kalo takda perkara yang penting. Bagus2..teruskan ye.

Ermm ape kata gi mandi laut hujung minggu nie. Ahhaaaa good idea jgk...

Tapi kene tanya En Azli dulu..takkan nak gi sorang2 plak...

Hurm hope bole la...(crossing fingers)

Tuesday, January 19, 2010

Ayah & Ibu

Pagi ni ade sikit isu yang aku nak sentuh, mengenai anak yang membuang ibu bapa kandung sendiri. Sangat tragis bile dengar radio era pagi tadi. Aku bukan minat sangat dgr era tapi masa dok sedap2 alih channel tibe2 terdengar topik yg dibincangkan arini. Pak Nil mmg pandai bermain ngn emosi. Pandai die mainkan tone suara die ngn situasi yang berlaku. Hebat!

Erm nape dalam masyarakat Melayu skg ni bole berlaku kejadian yang sedemikian. Melayu kan terkenal dengan adat Timur yang konon bersopan santun. Tapi bile kite tgk realiti skg, kaum Melayu jugak la yang menyumbang kepada beberapa perkara yang negatif yang tidak elok untuk didengar. Bukan nak memperlekehkan kaum sendiri. Tapi tula hakikat sebenarnya arini.

Berbalik kpd topik tadi, kenapa perkara ni boleh berlaku. Si bapa yang sendiri yang membuat pengakuan die dihalau oleh si anak. Alasan si anak kerana mendengar telunjuk si isteri. Ya Allah. Wahai kaum isteri sedarlah diri anda yang sebenarnya. Si anak pon satu nape la bengap sangat dgr ckp isteri yang bukan2 tu. Tu kan bapa kandung sendiri. Yang bersusah payah membanting tulang membesarkan ko, bagi makan ko, bagi pendidikan yang secukupnya. Aku tak rase si anak itu org yang tidak berpelajaran. Memang lupa daratan btol.

Untuk kaum isteri seMalaysia, janganlah besar kepala sangat. Anda hanyalah seorang isteri yang harus mendengar kata suami. Bukannya memberontak dan menyuruh perkara yang bukan-bukan. Sangat melampau perempuan itu. Fikirlah bagaimana perasaan ibu bapa sendiri bile ipar sendiri buat mcm tu pada ibu bapa die. And lebey tragis lagi, bile die dah tua menantu die plak yang buat mcm mane die lakukan pada bapa mentua die. Subhanallah.

And yang paling best sekali, bapa malang ini memaafkan perbuatan si anak tadi. Tetapi tidak sesekali akan memaafkan si menantu yang tak sedar diri ni. Padan muka ko. And tak lame lagi mungkin akan terima pembalasan. Aku menasihati orang lain and diri sendiri jugak supaya tidak sesekali bertindak sekejam ini pada org tua kita walaupon pada mentua sendiri. Mak aku selalu pesan, anggapla mak mentua tu mcm mak sendiri. Layanlah die mcm mane aku layan mak sendiri. Jangan pilih kasih. Aku akan ingat pesan tu smpai bile-bile.

My mum and my mum-to-be

Syg mak and ayah jgk...

Monday, January 18, 2010

:: Sangat rindu ngn En Azli ::

Monday Blues

Rase tak sedap badan

Terkene simptom selsema

Haishh rimasla

Not in the mood

Sleepy jer

Come on cpt sembuh~

Haishh

Ermm hanya padamu tempatku mengadu...

Org lain taknak dgr takpe janji you paham masalah i kan...

Pagi2 masuk dah ade masalah. Tak abis2 sal jadual waktu kelas. Bosan dah berapa minggu menghadap masalah yg sama. Kalo dari dulu lg tak buat tindakan yg bodo nie takda la myusahkan aku smpai arini.

Meluat + Benci.

Sunday, January 17, 2010

OMG

OMG...you know what...Justify FullDulu sblm wujudnya facebook, ramai org layan friendster. Hurm btol tak??

Aku still tak close account kat friendster. And satu hari saje la gatai tangan browse ex-bf. Seperti yg diketahui die mmg ade friendster tapi sedikit buta IT. So tak bajet pon die tau view org yg tgk page die. Tup tup die nak add aku. Nasib dah tukar profile pic. Kalo tak sah2 die tau sape miss wanda tu.

Erm masa dulu die mmg tak bagi kalu aku bukak account friendster ke myspace ke. Takut aku ter-exposure pada jantan lain. Punye la sempit pemikiran die. Lantakla. Tapi aku tak tau nape skg ni aku sibuk2 nak tau sal die. Bodo sgt.

And baru kejap tadi aku dah close account friendster. Baru puas hati.

Kim Kardashian

Wow so hot

Gorgeous

Beautiful

Perfect (in term of muka and body jela)

Sgt admire wif her beauty

Nak jadi mcm ni jgk!

Huh motif??

Sunday

Sunday~

Arini jer dapat berehat sepuasnya. So arini decide untuk dok umah sepenuh masa. Malas la nak memenatkan diri lagi. Nk claim tido ms yg ari Jumaat yg tido kul 330 am tu. Kelas malam mmg terasa sgt flat. Bawak kete mcm org mabuk. Haish nasib masih selamat lagi hingga ke saat ini. Pukul bape aku bangun arini. Pukul 5 pm baru sibuk nak cari nasik isi perut.

Aktiviti arini gi basuh kete je. Kancil super power ku sangat kotor. Kesian die. Asik tau bawak je. Huhu. Yes dah set masa ngn En Ali (my advisor). Lebey kurang cm En Azli je. Tambah Z je. Huh motif?

At least lepas beban kat hati ni. Asik delay je kalo bab nk arrange masa ngn die. Hope aku dpat defense proposal sem nie. Doakanla ye. So cpt cikit aku abis blaja. Then bole tumpukan pada perkara lain plak.

Brg berharga Part 2

P/s: Untuk pengajaran diri sendiri

Brg berharga

Semalam aku hampir kehilangan barang paling berharga dalam hidup nie.

Tak dapat digambarkan perasaan dalam hati. My mistake. Terlalu careless sgt. Tu la pengajaran yg aku dpt. Sebelum ni aku selalu buat mcm tu. Tapi tak ilang. Tapi semalam memang aku terkene penangannya.

Malas nak mengarut panjang. Janji aku dah jumpe. The moral of the story, tlg berhati-hati ye pasni.

P/s: Mesti tertanya-tanyakan barang ape yg ilang. Hurmm

Friday, January 15, 2010

Mengarut je~

Izinkan aku untuk mengarut sekejap~

Wei aku tak siapkan lagi slide tuk presentation esok. Product pon kejap2 bertukar. Idea last minute. Adoi....ditambah dengan perasaan yg malas..

Setelah sekian lama tak pedulikan hal umah, semalam pas keje amik kesempatan sapu sampah and kemas apa yg patut. Baju dah sebakul tak basuh. Punyela pemalas. Kain baju selambak tak berlipat. Sampai satu tahap rimas tengok keadaan yg mcm tu. Gi pasar malam sekejap. Tengok tv.

Mandi and setelkan and kemaskan sumenye. Lebey kurang pukul 915 pm baru siap sumenya. Wah pnat je rase. Erm cmne nk jadi bini org. Agaknya ni la perasaan org yg bergelar isteri yg punye tanggungjawab. Ni baru keje cikit, badan rase penat. Bile badan dah penat. Mengantuk pon mula la dtg. Dapat bertahan sekejap je depan laptop. Baring atas katil. Tersedar 2 pg. Tu pon tersangat mamai. Laptop pon dah abis bateri.

So amik kesimpulan sambung tido la. Ermm sok jela buat. Huhu

Wednesday, January 13, 2010

Serabut

Skg ni life aku depan laptop jer.

Kalo nak tgk kat umah keadaan diri sendiri pon dah tak terurus. Kesiannya. Kene amik maid nie. Haha..hidup sendiri terumbang-ambing nak bayar gaji maid plak. Huhu.

Balik umah lepak depan tv sekejap. After Maghrib mula la operasi. Skg ni rase mcm tak cukup masa jer. Risau perkara lama berulang kembali. Huhu...

Kalo dok umah dok relaks rase mcm bersalah sangat. Skg ni kene sentiasa update keje. Taknak simpan buat pekasam. Bukak laptop. Cari information.

Baju sebakul tak berlipat. Keadaan bilik yg agak aku tak puas hati. Tapi aku pejamkan mata sebelah jer. Mana nak mengadap keje kat opis lg. Baju nak gi opis pon iron lepas mandi pagi tu. Umah yang kene sentiasa kemas. Mane tak serabut. Tu sebab akhir-akhir ni aku asik kuar lambat jer dari umah. Kalo dulu 720 am tu dah dikire sangat lambat. Bayangkanlah skg ni aku kuar umah 740 am. Kalo ujan masakla aku dalam kete. Keadaan umah pon aku malas nak amik pot sgt. Lantakla ape nak jadi pon. Huhu...

Dah tak reti nak arrangekan masa dah. Tapi yg peliknya update blog and berfesbuk ade masa plak. Opsss no comment.

Kerja Bertambah

Kerja bertambah. Yes!

Sy tak berjaya untuk fight balik subjek tu. So i have to start all over again. Find the syllabus, notes, prepare the mid term exam questions, arrange the class...

Ok fine the issue is we as lecturers yg ade pengalaman nie have to tolong lecturer yang baru masuk nie. Sebab diorg masuk waktu kelas dah berjalan. Ok fine for this time I will accept any reason from your point of view.

Tapi aku tak nampak pon ape2 kelebihan untuk aku. Malas nak panjang citer. Sumenye dah clarify semalam. Cik Dilla memang tegas dan garang. Sampai org pon meluat. Fine tak baik tunjuk sikap tu depan lecturer yg baru masuk. Ok fine my mistakes. Terlalu emosional. Setiap staf baru mesti ade expectation yg tersendiri. But ape yg kami dapat. At the end beban tu kene balik atas bahu nie.

I keep telling myself...that fine..okay..nothing to worry about. Jangan pikir terlalu complicated sgt. Semalam sorang student merungut. "Nape miss tak ajar kitaorang. Kitaorang dah selesa ngn miss..tak best la org lain ajar.." What to do my dear. Terima jela ape pon sebarang perubahan yg dah dibuat. Sume lecturer sama jer.

The most important now, buat keje sendiri sudah. Harap sume akan hepi. Taknak lagi masalah yg melanda. Nampak mcm mudah. Boleh diselesaikan. Tapi sesiapa yg kene akan tau mcm mane rasenya.

Ok fine, we are not the asset..again my mistakes. Fine fine fine!

Taknak serabutkan lagi keadaan, skg ni aku dah terimanya dgn redha. Positif positif positif!

Tuesday, January 12, 2010

Peace

Jom bukak buku baru

Semoga sumenya telah berakhir

Semoga sume org mampu menjadi satu team yg hebat

Hidup DHC

Nyahkan kami dari dilema ini

Peace!

Monday, January 11, 2010

Banyak bende nak kene buat nie.

Lepas layan Cinta Balqis terus mandi. Bukak laptop. Arini terasa sangat mengantuk sebab semalam tido pukul 3 am. Mane tak ngntuk. Siang ko penat berjalan ke sana ke mari. Pastu tido lewat plak. Semalam smpai umah pon agak lewat. Tapi dalam kepala otak ni asik pikir 2 3 assignments yg perlu diselesaikan. Lepas siap sume bukak laptop. Tu yg pukul 3am baru tido.

Skg ni pon tgh sibuk nak cari information kat tenet lagi. Bak kata Prof Toh, nowadays internet is our library. Erm tak payah sibuk2 gi library cari buku. Google jer.

Tapi rase mcm tak berdaya jer. Hurm~ Need a rest badly~

Bengang~

Macam sial. Buat keputusan yg ntah ape2. Apa masalah meraka ni??

Serius mcm celaka and melampau. Buat keputusan tanpa membabitkan perbincangan dgn org yg sepatutnya.

Aku dah penat2 buat soalan, pikir syllabus yg nak di ajar, dah pikir program untuk students, dah prepare sume notes untuk diorg. At last bende bodoh ni yang jadi. Kau ingat aku sape? Bole ikut sume jari telunjuk ko tu. Kali ni mmg takda berselindung lagi.

Dari dulu lagi aku mmg banyak bende tak puas hati ngn banyak hal. Teruskanlah. Tengokla sampai bile aku mampu bertahan.

Best~

Yes pukul 12 am sampai umah...

Arini jenuh meletihkan badan yg sememangnya perlukan rehat yg secukupnya. Tapi org tersyg punye pasal takda hal la. Asalkan hati hepi and berbunga-bunga cinta.

Erm arini smpai Seremban dlm tghari. Agak lewat sebenarnya dari mengikut perancangan yg sepatutnya. Terus gi umah En Azli dulu. Tapi En Azli takda. Gi amik Amer and Adha coz kami nak tgk movie Avatar bersama.

Terus book tiket kat MBO, tempat biasala. Tiket 330 pm. Kene utamakan Kak Long dulu. Die buat besday party tuk anak die. After beli tiket pusing-pusing kat Sendayan nak tgk rumah contoh kat sana. Sangat teruja.

Then terus gi umah Kak Long. After makan-makan terus gerak gi MBO. Movie Avatar yg best plus hero yg bernama Jack yg sgt hensem. Atau nama sebenar beliau Sam Worthington. Huhu

Jom tgk Avatar ramai-ramai. Memang berbaloi!

Sunday, January 10, 2010

Sunday~

Wah pagi ni baru dpt update...

Semalam kelas dari pagi sampai malam. Sampai umah dalam kul 10. Balik umah flat gile. But after bukak pintu rumah as usual keadaan yg tak sedap aku nak tgk. So dalam keadaan penat nie terus kemas, sapu sampah, basuh baju. What to do. I have to do all that things. Kalo tak sape nak buat. Walaupon penat tabahkan la jgk hati ni. Zai, I need you. Huhuhu...

Sem ni again sem yg tough lagi. I have to take 4 subjects for this semester. You know why, coz I got B- for last semester subject which is Research Method. Therefore, I have to repeat that subject again. That is the UiTM's policy for the master students who got B- for their subject will consider as fail and have to repeat that subject again. Damn! First time in my life!

However, Dr. Sallehudin will use the another approach, better than Dr. Rahmat's way. Huhu. Maybe becoz of my topic about the food safety that make me failed for this subject. Dr Rahmat wanted me to change that topic and look for the another perspectives. Huhu but then, that my interest and I proceed that topic jugak...so ni la akibatnya...huhu. By the way, I got a lot of information from the yesterday class. Theoretical framework, objectives, the writing and so on. For me bukan satu kerugian besar bile kene repeat balik. Untuk sem nie, we have to defense our research proposal. So that is my advantage untuk study balik and produce the quality one.

Fardilla, please be serious for this semester. Huhu. Don't you ever skip the class okay. And prepare for the assignments given to you. No last minutes okay. And now you have to think 3 food products that you need to innovate. Blurrr... Plus the issues that you need to address for your topic....this coming saturday you have to present it. Jangan bertangguh lagi!

Erm arini dah janji ngn En Azli nak datang umah die. 2 minggu tak jumpe. So arini spend masa sekejap dengan En Azli. So nak bersiap la dulu. Chow~

Friday, January 08, 2010

Scholarly

Yeah,

My class has started today. After working hour trus shoot gi Shah Alam. Fed up babe setiap ari drive.

Erm the best part is Prof Datin Dr. Toh Poh See is teaching us for 2 subjects. Erm very excited becoz I love the way she treat us as a student. She is very professional and always use the "modern approach." Modern approach??? Huhu watever...

P/s: I will keep your word 'scholarly' in my mind.... in order to produce good assignments and thinking like master level.

Nak beli kain pasang??

Jangan salah paham sy bukan menjaja kain pasang di sini,

Cume agak konfius untuk membuat pilihan,

Banyak org aku tanya nak tanya pendapat,

At last dah decide nak pilih yg mane,

Tapi bukan untuk sy tp untuk org lain,

Tu sebab konfius takut tak kene taste dgn si penerima,

P/s: Suke gile ngn ungu kelabu tu....

Thursday, January 07, 2010

Think wisely

Tak kenal maka tak cinta...

Cik Dilla kalo tak kene gaya mood die pagi2 mmg teruk abis. Org tgk muke die yg masam tu bole takut. Dah muke roman mcm tu nak buat mcm mane. Bertambah plak ngn mood yg tak betul bayangkanlah sendiri.

Pagi tadi kuar umah lambat alasan bgn lambat. Cis same je mcm alasan student yg aku tegur pagi tadi. Huhu ibarat ketam mengajar anak ketam berjalan. So arini aku masuk kelas pagi lambat. Thumb in 8.33 am. Damn lambat 3 minit jer. Tersangat rugi. Kalo nak lambat biar lambat gile. Baru puas hati. Jalan jem benci btol.

Erm sejak 2 3 hari ni takda mood sbb asik memikirkan beberapa perkara yg perlu diselesaikan. 1230 tghari ade kelas satu jam. Bayangkan kelas tghari buta tu. Bear in minds this is Cybernetics ok. Huhu. Wah budak2 ni pandai buat aku tersenyum. Memang agak happening tadi.

Kerana kalian sume Cik Dilla masih di Cybernetics. Tak sabar nak tggu kalian sume grad. Insya Allah pertengahan 2011. Cik Dilla sntiasa mendoakan kejayaan kalian sume. Amin.

Saat mendengar beberapa tambahan masalah mengenai DHC rase nak hilang sabar. Ntahla. Terasa nonsense. Tapi siapalah aku untuk mengatakan bahawa itu adalah salah. Dan kami adalah benar. Letih, penat, sesak....

Masalah tak penah putus dalam hidup manusia. Mana ade manusia yg tak dilanda dengan masalah. Sume terpulanglah bagaimana kite mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah tersebut. Banyakkan bersabar. Ni baru masalah kecik. Think wisely~

Haish

: Otak berdenyut kesakitan :

:: Adoi nape tambah lagi kekusutan ::

::: Cukuplah ape yang dah ade skg :::

:::: Keje, keje, keje ::::

Wednesday, January 06, 2010

Konflik~

Bosan,

Musykil dgn perasaan sendiri,

Ntah ape yang aku tgh pikirkan skg,

Konflik sungguh,

Bole tak nak jadi mcm dulu balik,

Tak pon aku yg terlebih emosi,

Tapi aku rase aku dipihak yang benar,

Konflik,

Dilema,

: : :Hasutan semata-mata: : :

Kelebihan Surah Yaasin

Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wasalam.

~Sebagai tatapan untuk kaum muslim~
~Copy from ipislam~

Adoi~

Jom luahkan perasaan...

Erm arini first day..as usual mesti mood tak berapa nak baik..

Semalam aku free satu hari takda plak. Erm arini ade kelas. Agak ssh nak menghadapi keadaan ni sambil mengajar. Rase nk tercabut urat perut nie. Muka nampak sangat tak bermaya. Serious aku takleh nak lawan di saat kesakitan ini melanda. Tapi cube mencari kekuatan untuk abiskan kelas satu jam ni. Untuk selamatkan keadaan brief mengenai tugasan yang perlu diselesaikan sebelum mid term exam.

Mengenai lawatan sambil belajar ni plak. Risau plak aku kalo tak berjaya. Ni sume atas usaha students aku. Kalo rajin mereka berjaya la lawatan yg akan dibuat nie. Adoi kene mengadap management sume. Sume nak tgk bajet yg dikeluarkan. Tak banyak pon. Sian mereka ni. Asik dok dalam kelas mengadap kelas teori sesekali kene expose jgk tentang realiti yg sebenarnya. Hope kalian sume berjaya. Tengok sume memang excited. Kelas ni agak komited and bersemangat berbanding ngn group yg satu lagi. Good~

Erm cmne ek nak menghadapi saat-saat mcm ni dengan tenang. Berikanlah aku semangat tuk aku meneruskan tugas aku arini. Adoi~

Tuesday, January 05, 2010

Weee~

Tidak sabar...

Sangat teruja untuk buat preparation...

Lalala~

Rase mcm dah lame tak bukak my zone.

Semalam pagi2 lagi dah ade kelas. Sesi pengajaran dah start so memandangkan kelas takda LCD terpaksa bawak sendiri and bawala sekali my laptop. So tak bukak langsung laptop kat opis. After kelas 2 hours diorng nie ajak gi Jalan TAR plak. Huhu best2 menghabiskan duit.

Jumaat ni kelas master dah start balik. Erm bosannya. Kalo taknak blaja bole tak. Tapi memandangkan aku dah mulakan so aku kene abiskan jugak. Erm tak abis bersenang lenang lagi. Pasni masa dah semakin sikit. Kene bajet tuk nie ckit tuk tu cikit. Hurm...

Banyaknyer kene pikir. Sakit otak and sesak nafas sekejap. Apa yang aku plan skg nie tak taula berjaya ke tak. Dalam dilema skg. Kalo aku buat bende tu takut masa tu akan bertambah kurang. Kadang-kadang buntu jgk nak buat keputusan. Takut bende yang dikejar tak dapat yang dikendong plak berciciran. Tapi bile difikirkan balik ade yang positif. Bukannya negatif. Negatif mungkin dari segi masa.

Hope ade sesuatu yang miracle yang akan terjadi.
Crossing fingers

Senyum kontrol

Hasil belian di Jalan TAR

Saturday, January 02, 2010

Sikap Ambil Kesempatan

Soalan
SAYA adalah penuntut tahun akhir di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur. Saya kini berhadapan dilema bagaimana menegur sifat rakan serumah yang sentiasa meminjam barang tanpa kebenaran terutama broadband.

Pada mulanya, saya tidak berapa kisah, tetapi lama kelamaan dia menggunakan broadband itu seperti hartanya sendiri.

Saya bukanlah seorang yang kedekut tapi kadangkala dia seperti tidak memahami bahawa saya juga mempunyai hak untuk menggunakan broadband itu.

Dia ada mengatakan akan berkongsi membayar broadband berkenaan tetapi sehingga ke hari ini, belum ada sesen pun yang diberinya.

Bagaimana cara terbaik untuk saya memberitahu dia berkaitan perkara ini? Saya tidak mahu kehilangan seorang kawan hanya kerana perkara ini.

PELAJAR KELIRU,
Kuala Lumpur
(Dipetik daripada Harian Metro)

Sikap ambil kesempatan ni paling aku menyampah nak dengar and benci nak tau. Ade jugak manusia yang mcm tu kan. Jangan tak tau. Manusia seperti ini pandai mempergunakan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Janganlah kite menjadi seperti manusia itu. Seperti post yang lepas, aku ade bercakap mengenai jika kita inginkan sesuatu yang kita sangat ingini, cubalah dapatkannya dgn cara bermaruah. Bukannya dengan menggunakan org lain untuk dapatkan apa yg kita ingini. Tak kisahla bende ape pon.

Manusia ni pandai berlakon. Kalo depan kite bukan main lagi tunjuk baik. Sebab ape? Senang nanti nak mintak tolong. Aku tak kisah kalo ade unsur-unsur give and take. Bukan nak berkira bukan nak kedekut. Tapi berpada-padalah.

Kalo ko gune teknik ni alamatnya parahla hidup ko nanti. Mungkin manusia ni akan hdup berbahagia kerana mampu capai apa yang die inginkan. Tapi kalo dah banyak kali korang gune teknik nie. Sendiri mau ingatla. Cube pikir balik kalo orang lain gunakan ko untuk kepentingan diri sendiri. Tak ke menyirap bile korang dapat tahu hal tu. Ntah-ntah satu dunia korang nak canang mengenai penganiayaan yang korang terima.

Wasalam~

Friday, January 01, 2010

Penderitaan Kesakitan

Gmbr yg agak kabur

Nie la penderitaan yg terpaksa ditanggung untuk masa skg. Pergh nak ckp pasal sakit. Tuhan saje yg tau. Dah pegi klinik sgt takut. Rela menanggung kesakitan dari bende ni dipecahkan.

Actually bende ni kat pinggang belakang. Dah 4 kali bende ni jadi kat tempat yg sama. Ingat lagi masa konvo, die pecah and darah mengalir tak benti-benti. Gile kan aku nie tak amik inisiatif langsung untuk gi check. En Azli dah marah and siap perli-perli lagi. Huhu tgkla keadaan nanti.

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Yeah first entry for new year 2010...

My location now is at my home sweet home...

Pic ni di amik sebaik sahaja aku masuk highway NKVE. Macam mana la bole terbalik mcm nie. Rasenya baru lagi tergolek kot lori nie. Coz polis and sewaktu dgnnya tak sampai lg. Tiada melibatkan kenderaan lain. Memandangkan time pagi lagi so takdala menyesakkan lalu lintas.

Ape pon aku dah selamat sampai di rumah jam 1130 am tadi. Bertolak dalam 930 am. Alhamdullilah~

Sunday, January 31, 2010

Testing

0 comments

2 comments

Disable Right Click