Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, June 29, 2010

I'm back!

Saya telah kembali ke opis seperti biasa setelah bercuti sehari tuk pulang ke kg halaman di Ipoh, Perak. Weeee~

Erm ade sesuatu yang mencuit hati saya ketika ini. Hurmmmmm

Takpela biar saya yang pikirkan. Ia tiada kene mengena dengan anda semua.

Okla. Da~

Friday, June 25, 2010

Lelaki lagi~

:: Berjaga2lah dengan keikhlasan insan yang bergelar lelaki...sebab diorang ni mmg banyak hidden agenda. Kat depan baik..tp kat blakang buat taik ::

Wah bunyinya seperti melepaskan geram di sini. Tapi yang nyata bukan melepaskan geram kepada En Azli. Tapi kpd lelaki yang tak penah merasa cukup dgn kasih sayang sang gadis yang seorang. Mesti nak menduakan atau menggandakan kasih sayang tersebut. Macam la hebat sangat untuk membahagi-bahagikan kasih sayang tersebut. Yang pasti bende baru mesti kasih sayangnya lebih. Mcam org kawin 3 la. Bini yang ke-3, kasih sayangnya mesti dilebihkan berbanding bini pertama. Btol atau btol??? Nak taknak kene jugak pilih btol.

Maaf kepada kaum lelaki sekalian termasukla En Azli sebab saya mengutuk kaum awak. Ntahla bende nie kerap sangat jadi. Yang kasihan dan merana adalah perempuan. Perempuan pon satu yang sibuk sangat nak merana disebabkan lelaki yang tak guna tu nak buat ape. Pegi "M" la dengan lelaki tersebut. Awk septutnya bole jumpa lelaki yang lebih baik lagi.

Haish nape la aku terlalu emosi bile bercakap mengenai isu nie. Huhu maaf ye kawan-kawan saya memang akan emosi bile melibatkan situasi mcm nie bile teringat balik satu cerita yang penah diceritakan kpd sy oleh tukang cerita yang bole dipercayai. Huhu. Ntahla kadang-kadang lelaki nie konon buat baik je depan perempuan sebab taknak create situasi yang memakan diri sendiri atau untuk menjaga kepentingan diri sendiri atau lebih tepat menjaga poket sendiri.

Kat belakang bukan main cite lagi..".aku dah takda hati lagi la dgn minah nie sebab aku dah jumpe org yang lagi bagus, lagi lawa, lagi mantap....." Tengorak ko! Ko tu bagus sangat ke? Ensem sgt ke? Mantap sgt ke? Aku nak tanya sikit. Jangan harapla nak dapat yang lagi bagus/lawa/mantap kalo diri tu pon memang taknak jadi bagus/lawa/mantap. Wah wah beremosi nampak Cik Dilla nie. Relak relak relak....

Ok ok sy relaks sambil menarik nafas dalam-dalam. Erm kite sambung balik perbincangan kite nie. Erm mcm mane dengan kalian, mcm mane dengan pacar kalian?? Suke buat onar dalam hubungan?? Erm saya bukan nak menghasut kaum perempuan yang lain. Saya cume nak bagi peringatan je. Termasukla diri saya nie. Sila alert pada setiap perubahan sikap pada pasangan kalian masing-masing?? Buka mata hati tu. Tengok dengan mata hati bukan dengan mata kasar.

P/s: Dulu cita2 nak jadi pakar motivasi cinta.

Thursday, June 24, 2010

Comfort Zone

Hampir sebulan terasa seperti makan gaji buta. Nape saya berkata begitu?? Yela datang opis pon bukan wat keje yang berfaedah pon. Datang cume bawak diri. Sampai time tet tet balik. Haishhh tak suke bile keadaan mcm nie. Rasenya Cybernetics la tempat keje paling cool. Kalo tak pecaya sila buat survey. Mesti rata-rata staf akan setuju dngan kenyataan saya. So tu sebab saya sangat sayang tuk tinggalkan Cybernetics. Sebab memang telah terbukti, kawan-kawan saya yang meninggalkan opis ni merasa hampir menyesal dengan keputusan mereka. Lihatla kes saya, setiap masa saya ade masa utk update my zone nie. Saya ada mase utk berym. Saya ade mase untuk berfacebook. Saya punya makan tengahari yang lama. Waktu breakfast saya pon agak lama. Sampai opis terus breakfast, bukan terus buat keje. Sebetulnya, bile masuk je opis bertimbun keje depan mata. Tapi berbeza dgn situasi saya disini.

En Azli pon jeles dgn saya. Die kat opis nak sembang ngn saya kat fon tak bole. Tapi kadang-kadang saya curi-curi 3G die. Nak tgk die watpe. Asik menghadap keje je. Waktu lunch pon cume sejam je. Penah saya lunch ngn die mase die keje. Bile sampai time die dah mengelabah. Cube push saya makan cepat, sebab takut nanti ade org bising.

Tapi sampai bile kite mahu berada dalam comfort zone. Btol atau btol??? Mesti btol la. Macam saya penah cakap aritu, saya masih mencari kepuasan dalam bekerjaya. Huh tapi apa pon setakat ni saya memerlukan comfort zone ni untuk saya meneruskan kehidupan seterusnya.

Okla. Natrah dah sampai. Saya menumpang belas ihsan (bukan En Ihsan) laptop dan propeknya.

Berjumpa di post seterusnya.

Rahsia Cinta Lelaki

Erm sibuk mengoogle untuk mengetahui beberapa perkara. Dan mungkin apa yang saya jumpa nie bole membantu untuk kite menguji atau melihat sejauh mana hubungan kite. Maksud saya hubungan cinta ye. Erm arini mood sedikit jiwang. Harap maklum.

*******

Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yg dilakukan lelaki utk anda..

Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:

  1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
  5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  10. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)

Apa yang saya bold di atas memang telah terbukti keberkesanannya. Anda pula bagaimana????

Credit to : tentangcinta.com

Sayang ke??

Macam mana nak tau kalo suami @ tunang @ pakwe kite betol2 sayang kat kite. Sebab tak semua lelaki pandai menunjukkan rase kasih dan sayang tu. "Hai Cik Dilla nape awk tanya soalan mcm nie. Macam terkene batang hidung sendiri je". Erm takda kaitan pon. Sebab saya terperasan suatu bende kat facebook. Tengok kes kawan sendiri.

Memang la kite tak perlu nak tunjukkan rase kasih sayang tu kat depan semua orang. Lame-lama nanti org meluat...muntah darah. Payah plak nanti kite nak pulihkan. Tapi manusia ni suke tersalah memahami sesuatu situasi. Nape saya bercakap mcm tu. Yela masa bercinta bukan main lagi nak tunjuk i syg u...u syg i....smpaikan tak kisah pandangan org. Nak berpegangan tangan depan org. Nak bercium depan org. Mcm-mcm la perkara seumpama tu. Tapi bila dah kawin taknak plak buat perkara sebegitu depan org ramai...konon malu...tau plak malu kan.. Eh takpe..kat umah pon bole buat. Lebih dari tu pon bole buat........ehem ahhhaaa...

Tapi saya ni bukan baik pon. Tapi cume pandai berkata-kata je. Kui Kui...ntah apa la yang saya merepek nie. Geram la dengan sesetengah perkara yang saya bace kat facebook sejak kebelakangan nie. Minta maaf la ye.

Erm bukan ape, kite kalo dah kawin buatla cara dah kawin kan. Nape perlu nak berperangai mcm tu. Kesian anak bini ko kat umah. Nampak sangat mcm tak puas enjoy. Ntahla susah nak ckp. Sebab saya belum lagi diuji sedemikian rupa. Yela manusia lebih suke mngata perihal org lain. Mcm apa yang saya buat skg ni la. Huhu. Ehhh tapikan sy tak tipu tau. Kalo tak pecaya cube tengok facebook die. Kalo laki saya la buat mcm tu....memang dah kene baling periuk kuali senduk sume la.

So kalo rase sayang, tunjukkanla rasa sayang tu. Sebab sebenarnya kesungguhan yang cube ditunjukkan tu lebih penting. Bukan setakat tau dalam hati...i syg u..u syg i....ia mesti ditunjukkan. Jangan nak bagi alasan...saya tak pandai. Dah tau tak pandai nak tunjukkan, blaja la. Google je. Pokok pangkal hati dan keikhlasan.

Wednesday, June 23, 2010

Ingin Kembali

Erm susah jugak sebenarnya jadi orang dewasa ni. Kalo tak pecaya cube jadi org dewasa. Mesti terasa cabarannya. Adoi. Bila makin dewasa makin banyak lagi bende yang nak dipikirkan. Ala tak payah la beria nak pikir sangat bende tu. Buat relak sudah. Ewah ko ckp senang la. Cube try test tgk mcm mane rase kalo terasa ade cabaran depan mata.

Skg ni tak kawin lagi. Banyak juga bende yang nak dipikir. Nanti dah kawin mcm-mcm nak pikir. Bukan nak salahkan bakal suami saya, bukan nak ckp die pencetus cabaran. Banyak lagi cabaran yang bakal ditempuhi.Huhu. Ishhh senang citer cabaran tu sesuatu perkara yang unexpected. Kite tak jangka pon cabaran tu akan datang. Yang penting cara kite menangani cabaran tu. Saya lebih suke menggunakan perkataan cabaran berbanding masalah. Bila sebut saje perkataan masalah, mesti akan terasa sesuatu yang sgt membebankan. Okla pasni jgn sebut masalah tapi sebut sebagai cabaran ok.

Saya seperti mahu kembali kepada zaman kanak-kanak yang meriangkan. Takda masalah. Opss bukan masalah tapi cabaran yang perlu dipikirkan. Ermmmm ingin kembali kepada zaman comotku...........

Sigh. Sigh. Sigh.....

Monday, June 21, 2010

Bole diam tak!

Haishhh serabut la...

Opis underconstruction plak...serius pening dgr bunyi bising sana sini. Ntah bile nak selesai sumenya. Skg ni pakai headphone pon tak bole jalan jugak. Terasa sangat serabut. Adakah musim mencandat sotong akan tiba??? Mungkinla kot. Dah akhir bulan kan...

Haishh yang diorang ni pon taknak ke dok diam kat tempat. Dgr suara manusia...dgr bunyi mesin grilll....sume nak memekak....adoiiiii....

Rase nak kuar dari sini tapi tak tau nak gi mane.......

Sunday, June 20, 2010

Ujian Allah

Huh dalam masa 24 jam berapa banyak update saya disini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Natrah kerana meminjamkan propeknya kepada saya. Sangat jeles kerana beliau balik Johor. Turn saya insyaAllah dalam mggu nie.

Saya baru selesai membaca satu artikel yang mungkin boleh dijadikan panduan atau pedoman untuk kite. "Cik Yana, saya rasa artikel ini mungkin sesuai untuk anda, walaupon saya tak tau apa masalah yang melanda anda. Just read your feelings from your blog"

Dan artikel ini, amat memberi kesan yang mendalam terhadap diri saya. Saya sangat bersetuju dengan apa yang cuba disampaikan. Saya berasa saya juga antara insan yang diuji oleh Allah. Bersabar adalah kunci segalanya. Apabila kita bersabar, pasti Allah akan melihatnya dan memberi balasan yang setimpal terhadap kesabaran kita. Dan yang paling penting, kita tidak keseorangan dalam menempuh ujian ini tetapi Allah sentiasa bersama kite. Kepada Allah saje tempat kite mengadu. Dan Die tak pernah jemu mendengar segala rintihan hambanya.

:::::::: `BUAT INSAN YANG DIUJI`
Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyadarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah. ::::::::

Credit to: iLuvislam.com

Saturday, June 19, 2010

Kerinduan

Di awal-awal berdating-KFC kat Times Square

Terasa seperti dah lame saya tidak bertemu En Azli. Dalam bulan Jun ni hanya 2 kali perjumpaan dibuat. First 2hb- saya ke Seremban selepas ofis hour sebab ingin meminjam kereta beliau untuk ke Terengganu. Second 7hb- beliau dtg ke KL sebab nak amik kreta beliau plus memasang lampu bilik air saya sebab starter dah terbakar. Bila jumpe selepas ofis hour alamatnya masa perjumpaan terlalu singkat. Erm masuk minggu ni hampir 2 minggu saya tidak berjmpa beliau. Rindu wei.

Untuk makluman jugak, minggu depan 26hb tak dapat jumpa jugak sebab nak balik Ipoh. Awal bulan 7 pon mungkin tak dpt jumpe jgk. Sebab ade family day cybernetics kat Port Dickson. Kalo bole menyelinap mungkin bole jumpe kejap. Minggu satu lagi kelas master dah start. Huhu kesiannya saya dan beliau. Masing-masing ade hal. Takpe.

Hp plak kene barred. Petang tadi je kol. Skg dah masuk pukul 10 lebih. Mana la beliau nie tak kol-kol saya pon. Adehhh...saya kerinduan~

Hijrah Part 2

Tak cukup korum..ibu mengandung ade kelas aka kak Shima...

Rakan sebelah...tidak lagi duduk di sebelak Nok Nat...

Kemas sudah....

Lihatla 3 kain pasang yang tak dijahit-jahit. Tak tau bile nak gi antar tailor tu...haish

Update Part 2

Sesi bergambar bebas...

Sesi bergambar skema...

En Norlizan si tukang photographer yang terer mengambil gambar dari pelbagai sudut. Ni dari sudut bawah...

Tajuk kulit album :: Kami dalam kebosanan ::

Reef knot, salah satu aktiviti. Yeah kami tidak tersenarai di dalam kumpulan yang tidak berjaya walaupon tidak berjaya mengejar masa terpantas. Hidup SHS!

Cpt la bos, bila nak berjaya menghabiskan aktiviti reef knot nie...

Kami adalah pensyarah SHS...sekali imbas sperti student kan..huhu

Aktiviti paling best, water confidence..berenang bersama-sama ikan...iyark~

Masa ni aktiviti treasure hunt-black box...

Peace no war~

Semua pic diatas telah diciplak dari Kak Shahliza memandangkan saya tidak mengeluarkan kamera saya walaupon saya membawanya. Huhu.

Whatever it is. This kind of activity should be organized regularly for the sake of our relationship and motivation level.

Hijrah Part 1

Hye there!

I'm very happy rite now. All the stupid things that come to my life, has been solved. Syukur alhamdullilah. There is no conflict between us. And one more thing, this morning we were moved to a new place. Bukanlah satu opis yang baru, tapi jabatan kami telah berkembang selaras dengan pertambahan staf. Hopefully, dengan perpindahan ini membawa sinar baru pada saya dan supaya saya lebih bermotivasi untuk meneruskan perjuangan saya disni. And the best part is, my new partition sgt selesa and sedikit privasi.

Tak sabar nak pergi opis sebab nak dok kat tempat baru. Tgh ade semangat nak siapkan nota student nie. Huhu

Sila tengok smpai bila semangat saya ini akan berterusan.

Friday, June 18, 2010

Update Part 1

Salam semua,

Arini saya telah masuk ke opis semula setelah 2 ari meninggalkan opis. Dengan alasan satu jabatan telah pergi ke Kursus Teambuilding di Lembah Azwen, Hulu Langat. Kursus yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah persahabatan antara kami. Alhamdullilah selepas kursus tersebut hubungan antara kami telah bertambah baik. Dan satu masalah saya telah selesai. Tidak lagi menganggu mental dan emosi saya.

Badan terasa sengal-sengal terutama di bahagian kaki. Galak sangat bersuka ria. Jumaat masuk opis terus diarahkan untuk berpindah tempat. Bertambahla kekejangan di bahagian badan. Huhu. Tapi semuanya telah siap dikemas. So untuk menghilangkan kebosanan update blog sikit. Semua tempat di opis telah di renovate. Nasib lab masih berfungi seperti biasa. Saya keseorangan di sini. Masing-masing sibuk mengemas. Huhu~

Okla. Tunggu update yang seterusnya.

Tuesday, June 15, 2010

Sweet

Talian postpaid saya di sekat atau dalam bahasa Inggeris telah dibarred. Kesiankan saya. Tak cukup duit untuk bayar walaupon hanya RM50. Jangan nak tagih simpati kat sini.

Seperti biasa saya akan menunggu panggilan dari En Azli. Setakat ni panggilan tetap hanya pada waktu pagi on da way die nak gi opis dalam 8 lebih, on da way die balik opis, dan sebelum die tido antara 10-12 pm. Jika die kerap kol, bersyukur la saya kepada Allah. Die trlalu busy dengan life die di sinun. Saya tak kisah pon. Asalkan panggilan tetap tu wajib. =)

Erm saya nak citer sesuatu yang sweet semasa die kol on da way nak balik opis tadi. Lebih kurang begini la ye perbualan itu.

***********

Saya : Cube teka esok saya nak pergi mane??
En Azli : Pergi mane?
Saya : Ala saya dah bgtau abg pon. Mesti abg tak ingat. Ei tak concern la....
En Azli : Erm gi Shah Alam...??
Saya : Watpe plak saya nak gi Shah Alam....
En Azli : Erm gi Seremban???
Saya : Watpe plak saya nak gi Seremban. Kan ari bekerja nie....
En Azli : Jumpa abg....
Saya : Hehe (ketawa)...owh rindu ke???
En Azli : Rindu....

Hoho En Azli jarang meluahkan perasaan begitu...

Macam serabut

Mode serabutkah???

Macam ya?

Erm taknak cakap bende yang memberi impak negatif dalam diri...

Saya tak serabut pon...

Cobaan hidup semata...

Baik saya senaraikan check list supaya saya boleh lihat dengan jelas bende yang cube muncul untuk serabutkan saya....

  • Research proposal. Terlalu lemah lagi dalam mengulas isu. Adoi saya bukan journalist. Banyak bende yang kene touch up. Selagi tak submit btol2 selagi tu banyak kesalahan yang perlu diperbetolkan
  • Nota students Restaurant Operation Management. Mintak tolong sangat siapkan at least 3 chapters.
  • Saving duit kawen...Cari duit kawen...nape la aku bukan orang kaya??? Dah mula tu...cakap yang bukan-bukan.

Sunday, June 13, 2010

Ahadku

Harini bersamaan ari Ahad, tidak tercatat dalam diari untuk bertemu En Azli. Arini adalah hari untuk kami menjalankan aktiviti sosial masing-masing. Macam biasa semalam saya agak tertekan mendengar satu berita panas di opis, so saya mengambil keputusan untuk menetap di rumah tumpangan saya di Pandan Perdana. So disini saya boleh berbicara lebih rancak perihal perempuan yang kononnya ayu di mata si mulut manis. I don't care kalo sesiapa yang berkenaan terbaca statement saya di sini. Berani kerana benar, takut kerana salah. Saya telah lama bersedia untuk menerima sebarang risiko akibat luahan saya di sini. This is my place ok. Get lost sape yang tak bole terima segala penulisan disini. Bunyinya seperti kanak-kanak yang berebut barang mainan atau perempuan bodo yang sedang marah apabila pakwenya dirampas oleh perempuan lain. Tapi hal ni adalah lebih daripada situasi yang digambarkan.

Ok stop talking about that stupid thing.

Arini saya bersama Huda Soda (Penghuni rumah Pandan Perdana aka rakan sejawatan) pergi merayap menghilangkan kebosanan di rumah. Masing-masing tiada perjumpaan bersama ehem-ehem. Agak puas hati berjalan dengan menggunakan LRT dan berjalan menuju ke Sogo, Jalan TAR, dan Maju Junction kononnya mencari Chicken Rice Shop. Seperti biasa tu hanyala imaginasi saya sahaja. Huhu...Sekurang-kurangnya dah berapa banyak kalori dah terbakar akibat berjalan kaki tadi. Seperti mahu menukar imej bertudung...dengan membeli banyak tudung ber'owning'. Senang dan mudah. Dengan syarat kene pandai pilih 'owning' yang sesuai supaya tidak nampak seperti pembantu rumah Indonesia. Huhu

Okla..mahu segera mandi. Nanti saya kembali dengan cerita perempuan kononnya ayu dan si mulut manis. Da~

Friday, June 11, 2010

Entahla...

Entahla...bunyinya seperi saya sedang mengeluhkan..Yup sentiasa mengeluh dan bile la keadaan ini akan berubah demi kegembiraan masing-masing.

Sejak akhir-akhir ni saya kerap mendengar cerita yang kurang enak untuk di dengar. Cerita yang boleh bikin hati saya panas. Manusia pada abad nie mempunyai pelbagai sikap yang negatif yang sukar digambarkan. Semua berkajar-kejar untuk menjadi musang berbulu ayam. Depan kita bukan lagi baik, pijak semut pon tak mati. Tapi belakang kite penuh dengan agenda sendiri demi kepentingan dan kedudukan diri sendiri. Ntahla, manusia ni mungkin bole saya anggap dikurniakan dengan sikap licik, mampu memanipulasi apa jua keadaan, janji selamat. Selamat di dunia tapi bukan di akhirat.

Terlalu banyak bende yang mahu dibincangkan di sini. Tapi keadaan tidak berapa mengiziknkan untuk saya ceritakan kesemuanya. Cukupla sekadar "on the surface" sahaja. Hampir saya mengalah dan berputus asa untuk menghadapi situasi seperti ini. Tidak tahu dimana silapnya dan siapa yang memulakan. Dendam di hati memang ada. Tapi sampai bile nak menyimpan dendam tu. Sampai mati? Tidak. Dendam yang disimpan akan merosakkan diri.

Peranan sebagai ketua amat penting dalam apa jua keadaan. Sikap kite juga akan mengambarkan tingkah laku kita seharian. Kalo masing-masing ego dan tidak mahu untuk mengakui kesilapan masing-masing, bagaimana kes macam ni bole diselesaikan. Bekerja di bawah satu bumbung, bersua setiap hari, tambah plak tugas kite mulia untuk menjadi pendidik. Napa perlu kita teruskan sikap yang seperti ini. Saya tak pasti sampai bile situasi ini akan berakhir? Mungkinkah selamanya? Mungkin sampai hayat saya di sini?

Saya akui, dimana-mana tempat pon mengalami situasi yang sama. Ni bukanlah satu situasi yang pelik dan tak masuk akal. Tapi kite sebagai manusia, ditambah dengan majoriti MELAYU yang begitu sinonim dengan sikap begini, mengapa kite dibelengu oleh pemikiran yang seperti ini. Sangatla tidak wajar? Kenapa kite tak memberi peluang kepada diri sendiri terutamanya orang MELAYU untuk mengubah pemikiran yang negatif ini? Tidak bolehkah kita menjadi seperti bangsa lain yang saling tolong-menolong untuk bangunkan bangsanya?

Apa pon saya amat sedih bila keadaan seperti ini berlaku dikalangan kita dan MELAYU. Dan yang paling tak sedap didengar, bangsa lain yang cube untuk menyatu padukan kite. Renung-renungkanlah wahai manusia yang EGO.

P/s: Sampai bila saya mampu bertahan?

Thursday, June 10, 2010

Hallo everybody!

Hye everybody!

Sekrang ni saya sedang gile untuk menyiapkan pertandingan teka kata di berita harian. Setiap pagi ni la rutin harian saya. Datang opis buat personal tasks. Huhu. Erm makin lama soalan yang diberi makin mencabar. Untuk arini saya hampir tak daya untuk menjawap satu pon soalan. Berbanding dengan hari sebelum ni at least saya hampir menyiapkan 90 percent. Haishhh. Mesti ade yang tertanya-tanya teka kata tu binatang ape plak. Ala simple je, kata mudah teka silang kata. Cuba padan kan jawapan pada semua kotak mngikut clue yang diberi. Ayah saya sangat minat buat teka silang kata nie. So anak die ni pon terpengaruh sekali la. Kalo murah rezeki dapatla habuan setelah mengerah otak mencari jawapan yang btol.

Tapi arini sikit frust kerana soalan makin susah. Adoi tinggal esok jela last pastu hantar. Tamat untuk minggu 1. Ade 2 minggu lagi. Come on Fardilla, teruskan usaha anda!

Oh ya arini saya masih lagi berpose untuk menggantikan pose yang tertinggal. Yang bestnya dari semalam saya berada di rumah tumpangan Pandan Perdana. So saya bole masak apa yang saya teringin nak makan. Semalam masak simple je ayam goreng kentucky plus sayur goreng kailan. And KaK Ija buat sup ayam memandangkan takut tercekik makan nasi takda kuah. Huhu.

Oh ya Kak Ija dan Adnin pon tido di rumah Natrah. Sangat hepi berjumpa baby Adnin yang sangat comel. Kalo tak pecaya tengok la sendiri. Confirm awk pon akan terasa nak culik die bila mama die takda. Huhu sowi Kak Ija. Mane papa Adnin? Lupe nak bgtau papa die kene gi outstation kat Penang. Erm sibuk plak Cik Dilla nie. Huhu.

So arini nak masak ape plak. Dalam pikiran nie nak blaja ngn Kak Ija masak tomyam yang putih tu. Bagus-bagus blaja masak molek-molek na. Mesti En Azli senang hati nanti. Okla cukup la merepek, nak gi barang untuk masak nanti. Opssss...wei tak keje ke????

Tuesday, June 08, 2010

Wedding Cik Farah

Hanya ni je yang mampu di edit. Kalo ikutkan ade dalam 3 ratus keping gambar. Tu pon tak tangkap sepanjang majlis, malas nak mengusung kamera yang berat tu...
Layan jela~

Monolog

Hampir saya terlupa yang sebenarnya kita dah pon masuk ke setengah tahun. Terasa cepat sangat masa berlalu. Terasa diri tidak mencapai target yang diimpikan. Hampir 2 tahun bekerja, saya masih tidak temui kepuasan yang saya cari. Tak tau di mana silapnya. Saya masih lagi mencari-cari hala tuju kerjaya saya yang sebenar. Tapi apa pon saya perlu bersyukur kerana saya mempunyai kerjaya yang saya inginkan walaupon saya belum temui titik kepuasan dalam bekerjaya. Mungkin mode kematangan diri tak sampai lagi. Tapi mcm tak logik plak. Tahun depan dah masuk 25 takkan tak temui kematangan dalam diri. Macam mana plak rasa graduan lain yang masih tercari-cari kerjaya yang sesuai dengan diri mereka? Bila memikirkan perasaan itu, saya perlu tingkatkan rasa bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana telah panjangkan rezeki saya di sini. Alhamdullilah.

Tapi apa pon saya masih lagi tercari-cari titik kepuasan dalam bekerjaya. Semoga saya temuinya. Amin~

Thursday, June 03, 2010

Dugaan

Terasa diri ini tak sedar di untung. Saya seorang yang "bekeng" maksudnya kuat marah, kuat merajuk, kuat nak naik angin. Senang citer serba sikit kuat. Berbanding dengan En Azli, tahap kemarahan dan kebekengan memang sangat jauh berbeza berbanding saya. Kalo dua2 api bole kebakaran jadinya. Huhu...

Huh terasa banyak sangat dugaan melanda. Cepatla kawen~

Wednesday, June 02, 2010

Terpikir~

Arini saya perlu segera menyiapkan fail subjek. Esok due date. Seperti biasa kalo nak tercirit baru nak gali lubang. Mule terasa ego taknak siapkan. Tapi malas la plak nak cari pasal skg nie. Susah plak nak cari makan pasni. So dalam tgh busy menyiapkan keperluan yang diperlukan sempat plak terpikir nak tulis sesuatu di zone selesa saya.

Esok saya akan ke Terengganu bersama rakan yang lain- Natrah, Nurul dan Huda untuk menghadiri majlis perkahwinan Cik Farah. Saya memang jarang pergi ke Pantai Timur. Seingat saya, last saya ke Tregganu dan Kelantan masa saya Darjah 6. Tu pon saya ikut opah saya pergi rombongan. Kelakar masa tu. Budak kecik lagi. Keterujaan tu tak terserlah lagi. So kali nie saya nak serlahkan sifat keterujaan saya. Huhu

So petang nie, saya akan terus ke Seremban untuk berjumpa En Azli. Hehe sebab pinjam kreta die lagi. Kreta kami sume comel belaka. Thanks to En Azli sebab beri kami pinjam kreta awk. Nanti saya belikan ole-ole utk awak sefamili ok.

Diharap kami semua selamat pergi dan balik.

:: Bertolak malam dan akan melalui highway Karak~ ::

Tuesday, June 01, 2010

Kebahagiaan dalam perpisahan Part 2

Sudah dengar lagu kebahagiaan dalam perpisahan?

Saya memang tak penah tau kewujudan Shahir dalam AF8, maklumlah kat umah mana ade Astro kan. Again orang miskin yang perlu jadi kedekut. First time dengar lagu ni dari mulut En Azli. Die dok asik nyanyi tang chorus. Tapi agak tak berapa btol la lagu yang di nyanyikan tu. Tapi saya ni kan gatal, apa yang die suke automatik saya akn suke. Huhu.

Masa tu dalam kete. Dalam tengah2 die nyanyi tibe2 lagu tu kuar kat radio Era. Erm saya terus dengar lagu tu sebtolnya. Hehe. Terus jatuh cinta.

Kesimpulannya saya suke lagu nie.

Kebahagiaan dalam perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Sesuatu

Terlalu banyak bende yang kita mahukan dalam hidup ini. Jika kite inginkan SESUATU kita haruslah berusaha sehingga kite berjaya memilikinya.

Terlalu banyak bende yang berada dalam pemikiran saya sekarang nie. Apa pon saya perlu fokus untuk mengejar "SESUATU" yang saya mahukan tu.

Tekadkan hati, kuatkan semangat. Saya takkan berputus asa sehingga saya berjaya mencapai apa yang saya hajati selama nie. Anda juga begitu, jika ingin kan SESUATU perlulah berusaha semaksimum mungkin. Bersama kite berdoa supaya kita semua berjaya mendapatkan "SESUATU" yang kite inginkan.

Berdamping dengan org yg positif akan membuatkan anda terus bersemangat untuk mengejar "SESUATU" yang diinginkan.

Post Simpan 29 Mei 2010

Sabtu yg lepas bersamaan 29 Mei 2010

810 pm

Semasa tuan puan membaca post ini, saya telah pon menulis post ini 2 hari yang lepas iaitu hari Sabtu. Memandangkan saya tidak lagi menggunakan perkhidmatan jalur lebar, saya pn namakan post ni sebagai post simpan. Yup saya suke menulis. Saya suke menulis tentang apa yang saya rasa, tentang apa yang berlaku pada sekeliling saya dan senang citer saya suke menulis tentang kehidupan saya. Dengan menulis saya tak perlukan kawan untuk saya luahkan apa yang saya rasa. Cukupla sekadar laptop kesayangan saya atau pen dan kertas untuk saya bercerita tentang apa yang berlaku dan apa yang saya rase. Skg ni saya cube untuk mengubah cara penulisan saya supaya ia nampak lebih matang dan agak sedikit sopan berbanding saya menggunakan kata ganti nama aku. Mungkin sesetangah post saya bole menggunakan perkataan itu. Tapi post yang ini saya ingin menggunakan pendekatan sopan dan sedap didengar dengan menggunakan kata ganti diri “saya.”

Arini Sabtu merupakan minggu bekerja. Tiada apa yang menarik untuk diperkatakan tentang kerja. Cume menghabiskan masa untuk menyiapkan proposal kerja dan proposal thesis saya. Diharap siap menjelang Isnin nanti. Semoga sifat rajin tu timbul dalam diri.

Petang, aktiviti saya berjumpa dengan orang-orang yang HEBAT. Berkongsi pengalaman dan ilmu buat bekalan saya meneruskan perjuangan menjadi orang yang HEBAT seperti mereka juga. Apa yang menarik untuk diperkatakan disini ialah semasa perjalanan balik umah, mcm biasa saya ikut jalan berhadapan dengan Summit meghala ke Taman Medan. Jalan memang sesak teruk di simpang menghala ke Kesas Highway. Dan yang tak best hujan masa tu, so siput pon banyakla di jalan raya. Sometimes, saya akan bertukar menjadi seorang yang tak sabar bile berhadapan dengan siput-siput berkenaan. Teragak-agak bawak kreta, tu memang pantang saya. So saya telah membuat belokan yang drastik di mana saya telah di horn apabila membuat belokan begitu. Saya peduli apa. Selagi tak langgar kereta jangan nak sibuk-sibuk horn. Yang mengelikan hati saya, si bini yang bukak tingkap and buat muka tak puas hati dengan saya. Mungkin tak sangka saya adalah orang perempuan yang bawak kreta mcm orang gila tu. So what! Nak gado? Taknak plak berhenti kan. Takpela orang tua memang mcm tu. Orang tua yang lain jangan terasa. Saya cume tujukan untuk orang tua berkenaan sahaja. Mungkin tercabar bila kreta kancil cube menghalang perjalanan kereta die. Sampai skg saya teringat muke makcik yng tak puas hati tu. Siap bukak tingkap walaupon masa tu hujan renyai-renyai konon nak tunjuk tanda protes pada saya. Peduli apa, janji saya selamat sampai umah.

Okla mungkin itu buat masa ini.

:: Ingin jadi orang yang HEBAT ::

Tuesday, June 29, 2010

I'm back!

0 comments

2 comments

Disable Right Click