Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, March 31, 2011

Mahu Pindah Seremban!!!!




Rasa tak sabar mahu tunggu rumah kat Seremban siap. Rasenya kalau rumah tu dah siap skg, rela kot saya ulang-alik. Dari sakit hati menumpang kan. Hahaha....

Insya Allah mengikut En Azli, bulan 6 ni siap. Kalau bulan 6 siap, bulan tu jugak saya mahu berambus dok Seremban. Biar la pokai ke apa. Janji hati aku ni tak sakit.

See ya....

Wednesday, March 30, 2011

Design Baju Nikah



Tak mahu cite-cite sedih yang mengecewakan.

Mari ubati perasaan terluka dengan design untuk majlis akad nikah.

Agak-agak over tak??? Sukati uolss la nak cakap over ke apa. Janji i memang berkenan sangat dengan konsep and design baju mcm ni.

Masa aritu dah diskus dengan tailor and buat masa ni takda masalah. My tailor paham dengan apa yang saya mahukan. Tapi tak tahu la hasilnya macam mana nanti. Harap-harap takdala masalah yang mengecewakan perasaan ni.

So untuk elak masalah yang tak diingini saya mahu hantar tempah awal.







Credit to Butik Idaman Jelita
Orang baju nikah selalu buat baju kurung modern or yang simple-simple je.
Saya poyo nak buat mcm ni.
Abaikan




Credit to Butik Idaman Jelita.
Hanya bahagian atas sahaja yang ada kain lace.
Yang bawah kosong.
Make it simple and tak mahu over labuci bagai.


Apa pun tertakluk kepada perubahan.
Ini hanyalah gambar rujukan.
Hasilnya bukanlah exactly mcm dalam gambar.
Perlu buat sedikit alteration untuk sesuaikan mengikut keadaan.




Contest Innershine



Hello readers sume,

Promo promo....

Adila (jiran sebelah partition) baru bagitau saya dalam paper metro ada contest menarik. Innershine buat contest. Tajuk contest pun sama mcm contest Linda Onn and CST Production tu. Thanks ye jiran sebelah...

Senang je. Just tulis impian perkahwinan. Tapi yang ni bukan tepek kat blog tapi kita kene submit manually. Dengan syarat mesti disertakan dengan 12 botol innershine.

Hooray. Mahu mencuba nasib.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web ni....




P/s: Agak-agak boleh recycle balik tak post yang dulu
=p


Baju Sanding Tak Tempah Lagi



Tadi saya baru dapat sms dari Butik Oh Sayang

Dia tanya bila saya mahu tempah baju sanding

Yela lagi 5 bulan

Tak siapkan sape yang harus dipersalahkan

Bagus jugak aunty ni remind saya

Huhu



Nasib baikla saya balik Ipoh Jumaat ni

Tak sabarnya mahu pulang



P/s: Tak mahu jadi anak derhaka. Dah lama den tak balik kampung




Pose Wajib Ada!


Part nak posing ni memang mengusarkan hati saya.
Mana taknya saya bukan fotogedik.
So saya perlu mencari-cari idea untuk pose ape yang sesuai untuk big day nanti


Mungkin pose-pose yang ini boleh membantu saya




The Perfect Day

Auwwww...mmg gedik uolsss



wedding-photography-composition-2.jpg

Suke suke suke...eh kemain gedik lagi kau ye...





Mahu lompat-lompat macam ni bila sah jadi kawan sejati yang halal



Kalau mahu lebih tips posing
Boleh rujuk di sini




Sentap



Saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tahu saya dah besar. Saya dah dewasa. Buruk benar kalau masih lagi berfikiran seperti budak hingusan.

Skg ni saya dah banyak belajar banyak perkara. Apa yang berlaku saya hanya simpan dalam hati. Biar saya yang menjeruk rasa walaupun pada hakikatnya amat pedih bila diperlakukan mcm tu. Takpe. Biarlah orang nak buat kita. Janji saya tahu apa yang saya lakukan. Yela saya hanya menumpang. Orang yang menumpang ni memang menyusahkan. Ye saya dah menyusahkan banyak pihak.

Rasenya tak sabar saya mahu tunggu si dia bawa saya pergi jauh dari sini. Saya mahu bina kehidupan bersama "kawan sejati" saya. Kami akan berkawan sampai mati. Kami akan jadi kawan yang sama-sama susah dan senang. Kami akan hargai perhubungan kami. Kami kawan sejati. Kami takkan tikam belakang masing-masing dengan pisau. Kami perlu saling membantu. Sebab saya dan si dia "kawan sejati"

Saya tak pasti apa yang perlu saya lakukan buat masa skg. Bila hati dah kecik susah untuk saya kembali seperti asal. Susah untuk saya berpura-pura.


Sebab ternyata dia bukan kawan saya.

Susahnya mahu cari insan yang bernama kawan......




Tuesday, March 29, 2011

Tinggal 1 hari lagi...



Esok birthday orang yang paling sayangi (selain dari famili la, kang uolss ingat i ni lebihkan tunang plak...huhu)


Takda hadiah yang mahal-mahal. Hanyalah rasa sayang yang semakin menebal dari sehari ke sehari (Padahal memasing tengah gigih kumpul duit untuk preps kawin yang tinggal hanya 5 bulan).

Kalau tahun lepas i delivery bunga, rase ni tahun ni tak kot. Taknak pakai taktik yang sama lagi.

Untuk menambahkan tahap keloyaan post ini.

Kirenya tahun ni, tahun last celebrate besday as a single. Lepas ni apa jua cabaran dan pancaroba yang mendatang akan ditempuhi bersama. Cewah muntah uolss.


Post khas sempena besday Bumblebee 2010...
(Confirm muntah sambil cirit after baca)
Kepada sesiapa yang tak mahu menanggung risiko tidak digalakkan untuk membaca post ini.
Sekian, terima kasih.
Pesanan khas khidmat masyarakat.


Nak recycle balik bole tak post tu...huhuhuhu


Mahu cari idea untuk tulis surat cinta buat Bumblebee....



Petua: Exercise Muka



Salam dan hai,

Kali ni saya nak share satu tips yang amat berguna untuk sesapa yang memiliki muka bak belon yang bakal meletop atau erti kata lain muka comel (sedap sikit dengar..lega mak nok).

Post ni jugak ditujukan khas untuk diri sendiri.

Ok sebenarnya tips ni saya dapat dari Huda Soda. Memandangkan Cik Huda ni dah lama menyepi dari dunia blogging, kirenya elok benar la saya share kan petua ni untuk tatapan kalian.

Saya pasti mesti ada antara kita (termasukla diri sendiri) memiliki bentuk muka yang tembam. Senang cite takda ciri kelangsingan pada muka. Ingat apa??? Body je nak langsing....Muka pun nak jugak ok.....And jangan tak tahu bahagian pipi jugak mengandungi lemak yang terkumpul (Eh ye ke??? smbil garu-garu kepala)

So mcm mana mahu dapatkan wajah langsing persis Kak Ziana Zain...



Tengok...kan ada shape tu....


Caranya mudah saje. Tak perlu belanja yang beribu-ribu.

Hanya perlukan chewing gum. Nak buat apa dengan chewing gum???

Nak buat apa lagi....kunyah la nok.....bila kita makan chewing gum sekaligus ia memyebabkan otot di bahagian pipi bergerak atau ayat lebih best exercise muka.

Bole amalkan setiap hari and insya Allah pasti muka akan kelihatan langsing dalam masa 2 minggu. Betol tak Huda????


Ok apa lagi kepada sesapa yang berminat, jom waktu lunch ni beli chewing gum berpeket-peket buat stok untuk exercise muka.




Saya & Mak





Love u mum...
(Resolusi gergasi)

Pic credit to: 1001kenangan


Orang cakap muka saya fotostat muka mak,

Masa kecik dulu muka saya tak ikut mak tapi bila dah makin membesar rupa tu lebih kepada muka mak,



Pernah suatu hari jiran datang rumah, ingatkan saya adik mak,

Musykil saya yang nampak tua or mak yang nampak muda,

Huhu



So nanti kalau saya ada anak perempuan,

Saya mahu muka dia fotostat muka saya,

Bila mengikut pengiraan Kak Jaya (Ofismate),

First baby saya ialah anak perempuan



Arghhh minah ni sudah over
Adios


Monday, March 28, 2011

Perihal Inai


Apa hukumnya memakai inai yang bercorak-corak mcm picture di bawah.

Ok tang tu nanti saya akan google sendiri and cuba share kat sini



Apa pun saya memang suka sangat dengan design inai Ayu Raudah.
Nampak kemas dan chantek.


Saya memang banned dengan corak inai yang carca marba yang bole bikin sakit mata tengok.
Biarla corak tu simple asalkan ia nampak kemas dan tidak serabut



Corak 1




Corak 2
Kat kaki pun boleh buat jugak kan




Corak 3
Yg ni bole tengok kat blogspot yang tertera
Saya grab dari google je


Thanks to Mr. Google



Agak-agak kat mana nak buat inai nanti ye.
Lagi satu inai corak ni kalau buat awal-awal nanti time majlis dah hilang.

So harusla cari berdekatan dengan rumah
Sehari sebelum majlis baru nak buat
Tu pun kalau ko tak mengelupur bizi masa tu


Sekian


Ada org request jadi suri rumah



B : U watpe...
Saya : I wat keje la. Malam ni ada 2 kelas tuisyen. Hurmmmm....
B: Sian syg. Kawin nanti berenti la. Jadi suri rumah je....



Hui kalau Puan Rodziah and En Mohd Fawzi dengar ni, maunya menjerit satu Pengkalan Pegoh (Kg saya).

Huhu mak dah siap pesan, buat apa belaja tinggi kalau takat nak dok rumah jadi suri rumah,

Lain orang lain pendapat
tapi....


Kalau dah ketentuan saya jadi suri rumah nak buat mcm mana
Huhu





Takda Mood



Hari ni mood malas makin menjadi-jadi. Sume bende rasa takda mood nak buat. Ntah bila mood rajin nak datang.

Rase nak balik rumah and berehat. Saya bad mood takda sebab. Jauh sekali bergaduh dengan bumblebee.


Arghh keje banyak nak dibereskan.

Tapi perasaan malas tak hengat.


Kalau saya takda mood, saya lebih suka berdiam diri and kalau bole bila orang tanya malas gila nak jawab. So jangan terasa hati la kalau datang tebiat saya yang mcm tu.



Diari Ahad



Salam dan hai,

Semalam seperti yang dijanjikan saya date bersama Bumblebee...

Mula-mula saya yang nak gi Semban, tengok beliau yang nak datang. So saya layankan aje. Memandangkan En Azli ada urusan kat Gombak.

Lagi 2 hari besday bumblebee...Jumaat ni saya balik Ipoh. Tak sempat nak celebrate sesama. Bukan celebrate sangat pun, just belanja makan. Bumblebee kan suka makan.....

Lepas ke Gombak, kami ke IKEA jejalan. Tak tahu nak gi mana. Bumblebee cadang mahu ke IKEA untuk tengok-tengok barang. Bee cakap design perabot IKEA tak bestla. Better cari kat kedai perabot lain. Itu hanya pendapat. Kalau kebulur sangat nak beli barang IKEA, mungkin bole beli set peralatan rumah yang lain. Contoh mcm periuk kuali senduk bagai. Tu memang saya berkenan nak beli compare dengan set katil sofa tu. Ok enuf tentang IKEA.

Ingat lepas pergi IKEA nak tengok wayang..tapi kesian plak kat bee..dah mcm penat sangat coz tak cukup tido. Nanti kalau tengok wayang pukul bape plak bee nak sampai Semban kan.

Ok takpe, saya terus bawak bee makan kat Sentul. Kat sini port selalu saya and Murni makan-makan. Agak-agak kalu tengah malam after balik tuisyen terasa lapar, rela la kami ke sini walaupon agak jauh sikit dari rumah. Makanan kat sini memang terbaik plus agak murah la jugak.

Semalam kami order menu biasa

Nasi putih
Tomyam putih
Kailan goreng ikan masin
Ikan masak stim
Air epal asam boi



Apa kes kangkung goreng belacan....typo...




Terbaekkk....



Api hampir menyambar ke muka.
Kurang duit hantaran i,
Dan org tu boleh menjawab...
Tinggal RM100 je...
Sungguh kejam
Tu pun nak berkire ke bee...










And last but not least...
Pic bikin muntah










Satu jam dah siap tapi bumblebee tak sampai-sampai lagi....



:: Petua hubungan berkekalan ::
Sabar itu separuh dari iman






Saturday, March 26, 2011

Canvas Printing :: Potraits Part 2



Ntah tak tahu kenapa saya suka pic ni,

Agak-agak kalau tak jadi tangkap gambar pre-wedding, saya grab je pic ni untuk hantar canvas printing

Then tambah easel, letak depan pintu gerbang




Saya dan B......
=p

Masa jadi pengapit Zai and Shah
Disember 2009


(Abaikan resolusi gambar yg terlalu besar, malas nak upload so saya copy paste je from facebook)




Diari Sabtu



Saya suke bila tiba hari minggu. Sape suka angkat tangan macam saya....

Hari ni mcm biasa, saya semangat datang kelas. Hari Sabtu bekerja. Macam biasa hari Sabtu bukan hari bekerja tapi lebih kepada aktiviti santai breakfast sampai lunch. Hahaha

Saya tipu je. Propa je lebih. Saya balik awal sebab kelas kan start pukul 1 petang. Sempatla jugak saya menyiapkan sisa assignment yang tak sempat buat semalam. Dah tepu wei otak ni pikir semalam. Pukul 3 lebih saya tido semalam. Nasib la sempat jugak saya siapkan tadi.

Tadi kat kelas pun bukanlah fokus sangat. Tapi lebih kepada mahu mengisi attendance sebab taknak di-cop kaki ponteng. Huhu...yang saya tau tadi ada 2 presentation training proposal. Tu pun saya tak fokus. Saya sibuk dok msg Murni, Akma and B (nama panggilan baru En Azli =p)...

Setel part presentation, Dr Hamdin bukak slide plak. Ingatkan kelas dah abis. Ada sedikit masalah dengan pen drive die. Saya dah ingat tak jadi nak belajar. Tengok-tengok berjaya jugak bukak slide tu..huhu..jangan tiru aksi saya. Tu pun saya tak fokus jugak. Yang saya tahu, tajuk topic baru tu career management. Nanti saya baca sendiri la. Huhu

After kelas...(hip horay)...saya dah set dalam kepala otak mahu pergi karaoke. Pergi dengan sape?? Memandangkan takda geng, saya pergi sorang-sorang je. Huhu lega mak nok bila terpekik mcm orang gila sensorang tadi. Peduli apa suara mcm katak ke apa kan. Janji i puas hati oulss. Lepas gian ok. Stess hilang bersama suara sumbang i tadi. Huhu =p

Ok mahu berehat sepuasnya malam ni. Esok mahu dating dengan B....agak-agak kalau nak muntah, muntah jela uolss...i paham dari tadi uolss tahankan..=p




Friday, March 25, 2011

Deco Bilik Pengantin


Sangat suka dengan idea ni.

Main letak-letak gantung gambar dalam bilik pengantin.

Hanya perlukan frame bingkai putih untuk sedondonkan dengan warna perabot dalam bilik

Thanks bebanyak pada pencetus idea ni. (Klik source gambar)




Pic source



Tapi dah kalau kat kepala katil letak kelambu bulat,

Kat mana tempat yang sesuai saya nak gantung frame ni.

Ermm jap rasenya saya tahu nak letak mana.


Ok mahu cari gambar yang sesuai


Daaa
selamat berkreatif


Checklist April



Cuti untuk Jumaat minggu depan dah diluluskan. Banyak perkara yang perlu saya senaraikan. Bila ada peluang balik kampung ni, sila la gunakan sebaik mungkin.


:: Butik ::
Tempah baju sanding
Tempah baju nikah
Design and bunga pelamin
Tambah deposit
Test make-up
Tukar tarikh
Bunga walkways


:: Lain-lain Part 1 ::
Tempah langsir
Karpet merah
PA system
Kompang
Cendol
Mintak ayah lukis pelan rumah
Tema baju famili
Pasukan marhaban
Pasukan silat
Perjalanan majlis



:: Catering ::
Confirm tarikh
Confirm menu
Hiasan meja pengantin
Meja makan beradap
Mintak person in charge kanopi utama



:: Khemah ::
Finalise berapa khemah
Scallop
Kanopi utama
Pelantar kanopi utama
Sarung kerusi
Meja bulat
Warna tablecloth
Warna scallop
Susun atur kanopi
Hiasan kanopi utama




Ok itu saje yang teringat buat masa ni


Hepi holiday!





Stay Tune




Bukan masa saya untuk melayan perihal bapuk terlampau tu....


Tengah kumpul idea and material for my big day...


Stay tune

=)

Bapuk Terlampau




Salam Jumaat....


Argh mood geram datang balik. Ntah mcm mana hari ni bole jumpa lagi dengan student bapuk terlampau yang kurang ajar tu...

Yang geramnya i bukak je pintu terus terpandang muka die, then die bole jeling i. So i cakap la "menjeling-jeling...."

Then die bole plak berdiri lama and pandang i atas bawah muka tak puas hati. Bole uolss bayangkan betapa kurang ajarnya. Masa tu i dah lambat nak gi kelas. Kelas 1 jam je. So i malas nak drag masa pepanjang melayan bapuk bodoh tu.

Kali ni saya malas nak jaga kredibiliti sebagai seorang pensyarah bagai. I pun ada hati dan perasaan. Sakitnye hati bile students melampau kurang ajar mcm tu. Dah macam tak ingat sape diri die sebenarnya.

Kau kalu setakat belajar kat sini tak payah nak berlagak mcm diva. Kalau nak up lagi pergi masuk IPTS lain la. Yang bayar beribu yuran satu sem. Bukan harap pada duit PTPTN semata. Ni belajar pun pakai PTPTN pastu nak berlagak mcm orang ada-ada.


Pergi "M"





Thursday, March 24, 2011

Penat :: Sakit Hati

Letihkan bila asik cakap bende yang sama 2 3 kali. Saya dah tak larat nak marah-marah and membebel bende yang sama. Membebel berkilo-kilo pun kesalahan yang dibuat tetap sama.

Skg ni saya masih lagi dalam kelas praktikal kitchen. Ntahla saya dah ulang banyak kali bnde yang sama pun still buat silap lagi. Padahal kelas teori last week saya siap bagitau lagi method apa nak kene buat.

Penat penat penat penat.....




Hari ni kelas western clash dengan baking class. Ada sorang student tu Masya Allah sangat kurang ajar. Tak padan yang bapuk. Minta maaf la bapuk sekalian. Saya ada je student yang lembut mcm gitu tapi takdala tahap esktrem macam student tu.

Mulut kurang ajar. Cuba uolss bayangkan lecturer die bole menjeling and buat mcm kawan sendiri. Kalau student i dah lama kene lempang kot. Tahan marah je ni.


Sakit hati dengan perangai student hari ni.

Canvas Printing :: Potraits






Pic credit to Perfect Canvas



This is awesome...

Thanks to tuan punye blog....cheqmoomoo....

Dah lame i cari mana nak buat canvas printing.

Mahu decor bilik pengantin and walkways


Mahu amik gambar or grab gambar mana yang ada???

Belum dipikirkan lagi,

Kene tanya Mr Busy dulu


Thanks again to cheqmoomoo
=)



Further information



Saya B2B dari Perak


Saya B2B Perak

Huhu semangat tak

Thanks to Eija coz cipta logo ni

Bagus tau memeriahkan blog B2B ni, bole share ideas and info yang berguna,

Bila buat blogwalking kat blog-blog B2B yang dasat tu confirm akan menaikkan semangat and membuak-buak perasaan untuk buat preps big day,

Sesuai untuk dijadikan sumber inspirasi




Anyway thanks to Eija for this post

Sila rujuk sini


Bebelan Pepagi Buta



Haishh letihnya tapi kene bertahan. Kerja sekolah tak siap lagi. Sabtu nak kene hantar. Malas nak buat. Padahal dah tahu lame dah kene antar kerja sekolah ni. Ni la padah kerja bertangguh.

Tapi sempat plak saya update kan. Kalau la buat kerja sekolah semudah update blog kan senang. Bagi saya kerja sekolah bebanyak pun takpe.

Tadi rasenya mata tak ngantuk kot. Tapi bila start dok depan laptop and mahu karang ayat bunga-bunga mata saya jadi kuyu. OMG banyak lagi saya tak siap. Esok kelas saya full. Pagi praktikal and petang teori plak. Memang takda masa nak buat. Plus esok tuisyen berderet 2 kelas sekaligus. Balik confirm terbongkang atas tilam. Badan pun dah lemau. Ntah bila mahu siap.

Ya Allah kuatkan hati ku untuk siapkan assignment ni.


P/s: Tak sabar nak balik Ipoh Jumaat depan. Banyak bende yang perlu disetelkan.


Wednesday, March 23, 2011

DIY bunga pahar



Mode tengah meroyan DIY bunga pahar

Will update soon

Tata

Sogo & Cadar



Salam dan hai uolss,

Hari ni hari Rabu, kat kolej ada event sukan menyukan. Bende paling fobia dalam hidup. Saya memang benci sukan dari kecik lagi. Teringat masa sekolah dulu, bila bab suruh masuk lumba lari bagai mesti saya orang pertama yang akan menyorok. Tak kuasa ok nak berlari. Kesian jantung i kene pam darah banyak kali. Padahal malu taknak masuk sebab tiap kali lari mesti dapat nombor last. Huhu =p

So arini sume staf and students tak masuk kelas and ofis. Sume wajib berkumpul di Kompleks Sukan Kg Pandan. Yang tak bestnya staf tak sume yang terlibat. Sukan ni lebih kepada students je. Acara balapan yang banyak. Kalau ada badminton ke bola jaring ke bole la menyumbangkan tenaga ni.

So saya and Huda amik kesempatan. Bila saya bagitau ni jangan la ada yang pandai-pandai nak pergi repot dengan bos kitaorang. Bosan kot melangut tak buat apa. Baik kami cari kerja berfaedah.

Saya and Huda sempat pergi terjah Sogo. Nok Huda memang dah ada contact dengan mamat jual cadar. Ni bukan mamat bengali ok. Ni memang jual cadar-cadar yang agak berkualiti tapi harga promotion. Mereka buat tour. Skg ni mereka berada di Sogo sampai hujung bulan ni. Kalau sape-sape yang tengah nak cari cadar untuk bilik pengantin sila la merajinkan diri ke Sogo berhampiran anda.

Harga asal mmg cecah 7 8 ratus but after less dapat RM 180. Tu cadar yang saya beli la. No cadar rambu-rambu ok. Ni cadar cotton je. Bole pakai sampai akhir hayat.

Tapi yang tak bestnya, arini saya merayau kat Sogo dengan seluar track suit. Ya Allah sungguh nampak selekeh. Agak-agak kalau i nak try perfume or kasut jenama bagai confirm takda sape yang akan entertain i. Hahaha...

Tahan muka je tadi. Sampai ke Jalan TAR kot merayau. Mencari idea tudung yang seswai.

Hurm okla..banyak kerja sekolah nak kene buat.


CADAR BILIK PENGANTIN

Hoorayy


Tuesday, March 22, 2011

5 months to go



OMG hari ni rase lemau kaw-kaw. Kelas Kitchen back to back. Plus arini panel MQA masih menjalankan siasatan. Fuh nasib la panel DHC tak se-skema panel DKS. Amin...


P/s: Mode kawin semakin menjadi-jadi, makin hari makin tak sabar and bertambah rasa sayang. Ko mmg dah tahap miang kan.

~ 5 months to go ~


Monday, March 21, 2011

En Azli Tetap Menjadi Pujaan Hatiku



Salam and selamat malam,

Auww dah malam sangat ni. Tak hengat esok ada misi penting. MQA nak datang!!! OMG mengucap panjang and bak kata En Ihse baca bismillah banyak-banyak. Huhu. Fail subjek pun saya tak belek-belek lagi. Mana la tau kot-kot esok kene panggil intebiu tanya pasal method bagai. Tak kuasanya rasa.

Arini proses mengangkat barang tak abis lagi. Kire arini finale ok. Asalnya saya mintak tolong kat cinta hati memandangkan beliau nak ke Gombak. Saya ingatkan dalam pepagi buta la die datang. Tup tup rupanya tengah malam jgk baru setel. Ni baru abis kemas sikit-sikit la. Ampun la uolss (Nok Murni, Huda, Dila and Nurul) sebab rumah korang dah penuh barang. Next month i start bayar sewa ok.

Sementara fed up dok menunggu cinta hati datang, saya and Nurul pergi angkat mana yang patut dulu. Thanks sesangat to Nurul coz memudahkan kerja saya. Sampai je rumah saya terus cari port baik untuk parking. Mahu dekat dengan lif. Ntah mcm mana dok leka mencari parking saya ternampak mamat semalam. Dan die nampak saya. Mampus bencinyaaaaa.....

After dapat port baik saya terus ke rumah mengangkat apa yang patut. Masa first trip mamat tu lalu naik moto kot. Sibuk tegur lagi. Saya mcm biasa buat pekak. Terus loading barang. Then saya turun 2nd trip. Tengok-tengok ada note tulis atas kertas kat wiper. Saya dengan Nurul gelak guling-guling baca


Salam
Gadis kancil merah AFQ 199
Saya orang yang tegur awak semalam
Saya nak berkawan dengan awak

Amir
017-XXXXXXX


Ingat saya nak kol ke??? I ada En Azli ok. Yang sepuluh juta kali lebih best. Cewah. Kalau En Azli dengar kembang-kembang la die. So baik jangan cakap kat die. Huhu

So tadi saya jumpa En Azli. Saya pass kertas tu kat die. Huhu. Siap tak bagi balik kertas tu kat saya. Die dok simpan sendiri. Huhu. Jangan risau laling, i love u so much. You are my everything. Pergh malam-malam jiwang gituw...


Ok ok mahu tido. Saya dah dapat tilam best saya.

Tata~


Saturday, March 19, 2011

Pindah Barang Hooray



Salam dan hai uolss,

Adeih badan penat-penat ok after mengangkut satu-satu barang kat rumah Taman Medan. En suami Azli pesan tak payah angkat lagi. Tunggu esok je die datang. Tapi niat hati tak tergamak nak menyusahkan beliau. So saya angkatla sikit-sikit. Masa dok sedap angkat barang loading ke kereta super power saya, ada la sibuk mamat sekor ni dok usha. Pastu sibuk nak offer diri nak tolong angkatkan barang. Tapi cakap dari jauh la, tak berani datang dekat. Saya memang dah perasan mamat ni lama dah. Dari dulu lagi die dah sibuk-sibuk skodeng saya. Ni bukan syok sendiri ok. Kalau uols nak muntah silakan.

So masa second trip saya angkut barang, die dah turun dari moto konon nak pergi kat saya. Saya terasa macam ada orang nak datang terus saya pandang. Uolss pahamla kan muka bekeng saya. Terus mamat tu tak jadik nak datang. Patah balik kat kawan die. Pastu dari tempat die saya dengar sibuk dok nak offer diri nak tolong angkutkan barang. Saya buat pekak je. Saya rela menyusahkan diri angkat barang sorang-sorang ok. Malas nak semak otak menjawab segala pertanyaan bagai.

Trip yang last sekali saya angkut barang terus masuk dalam kereta. Saya perasan mamat tu dah datang dekat. Belum sempat saya tutup pintu dah terpacul kat tepi pintu kereta. Buat-buat tanya soalan bodo...

Mamat : Eh nak pindah ker??
Saya : Takla...
Mamat : Owh ingtkan nak pindah...
Saya : (Bengong)....nak pindahla...abis buat apa saya angkut barang bebanyak ni....
Mamat : (Tersengih)...owh nak pindah mana???
Saya : Kat Pandan Perdana kat Cheras...
Mamat : Owh...dah lama ke duduk sini...duduk ngn sape...berapa orang.....(bape banyak soklan la)
Saya: (Malas nak tulis)
.............
Mamat : Ok jumpa lagi..drive elok-elok


Huh menyibuk kan. Saya perasan masa dulu tiap kali saya pergi pasar malam sibuk dok nak skodeng. Tapi mcm biasa saya mesti akan buat muka masam and bekeng. So die takkan berani tegur saya. Nasib baik tips saya berjaya. Baru arini die berjaya cakap dengan saya. Nasibla saya dah nak pindah dari situ.......



Friday, March 18, 2011

Deco Meja Makan Beradap



Perkara yang tak confirm sampai skg.

Butik Oh Sayang tak sediakan pakej untuk hiasan meja makan beradap. Risau jugak bila meje makan beradap nanti jadi carca marba. Makcik Katering cakap die boleh hiaskan. Tapi tak sahih lagi kebenaran kata-katanya.

Balik ni kene confirm betol-betol. Rasenya lebih baik kalau hiasan diserahkan kepada Tuan Butik.

Perkara wajib ada
- Background -
- Bunga-bungaan -
- Kerusi pengantin -
- Scallop -
- Skirting -


Presentation atas table saya serahkan bulat-bulat pada Makcik Katering
Saya mahu
- ada lipatan napkin -
- Centerpiece (sendiri sediakan) -
- Waiter/waitress -






Cantikkan deco meja makan beradap ni
Credit to: Suri Malai Ali


Risau la plak, rasa mcm banyak lagi tak siap
5 bulan lagi






Pelamin Impian





::.. Deco Pelamin ..::

Pelamin impian,

Ntah dapat ke tak saya pun tak tahu,

Balik ni mahu request kat Butik,

Kalau tak dapat bersanding atas pelamin mcm ni dalam mimpi pun takpe...

Sob Sob Sob.....









Credit to Butik Idaman Jelita.


Kat butik ni dari make-up sampai la ke pelamin bagai memang tip top,

Kalu sape berminat bole terjah di Banting ye,

Google je

=)


Thursday, March 31, 2011

Mahu Pindah Seremban!!!!

3 comments



Rasa tak sabar mahu tunggu rumah kat Seremban siap. Rasenya kalau rumah tu dah siap skg, rela kot saya ulang-alik. Dari sakit hati menumpang kan. Hahaha....

Insya Allah mengikut En Azli, bulan 6 ni siap. Kalau bulan 6 siap, bulan tu jugak saya mahu berambus dok Seremban. Biar la pokai ke apa. Janji hati aku ni tak sakit.

See ya....

Wednesday, March 30, 2011

Design Baju Nikah

1 comments


Tak mahu cite-cite sedih yang mengecewakan.

Mari ubati perasaan terluka dengan design untuk majlis akad nikah.

Agak-agak over tak??? Sukati uolss la nak cakap over ke apa. Janji i memang berkenan sangat dengan konsep and design baju mcm ni.

Masa aritu dah diskus dengan tailor and buat masa ni takda masalah. My tailor paham dengan apa yang saya mahukan. Tapi tak tahu la hasilnya macam mana nanti. Harap-harap takdala masalah yang mengecewakan perasaan ni.

So untuk elak masalah yang tak diingini saya mahu hantar tempah awal.







Credit to Butik Idaman Jelita
Orang baju nikah selalu buat baju kurung modern or yang simple-simple je.
Saya poyo nak buat mcm ni.
Abaikan




Credit to Butik Idaman Jelita.
Hanya bahagian atas sahaja yang ada kain lace.
Yang bawah kosong.
Make it simple and tak mahu over labuci bagai.


Apa pun tertakluk kepada perubahan.
Ini hanyalah gambar rujukan.
Hasilnya bukanlah exactly mcm dalam gambar.
Perlu buat sedikit alteration untuk sesuaikan mengikut keadaan.




Contest Innershine

0 comments


Hello readers sume,

Promo promo....

Adila (jiran sebelah partition) baru bagitau saya dalam paper metro ada contest menarik. Innershine buat contest. Tajuk contest pun sama mcm contest Linda Onn and CST Production tu. Thanks ye jiran sebelah...

Senang je. Just tulis impian perkahwinan. Tapi yang ni bukan tepek kat blog tapi kita kene submit manually. Dengan syarat mesti disertakan dengan 12 botol innershine.

Hooray. Mahu mencuba nasib.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web ni....




P/s: Agak-agak boleh recycle balik tak post yang dulu
=p


Baju Sanding Tak Tempah Lagi

0 comments


Tadi saya baru dapat sms dari Butik Oh Sayang

Dia tanya bila saya mahu tempah baju sanding

Yela lagi 5 bulan

Tak siapkan sape yang harus dipersalahkan

Bagus jugak aunty ni remind saya

Huhu



Nasib baikla saya balik Ipoh Jumaat ni

Tak sabarnya mahu pulang



P/s: Tak mahu jadi anak derhaka. Dah lama den tak balik kampung




Pose Wajib Ada!

0 comments

Part nak posing ni memang mengusarkan hati saya.
Mana taknya saya bukan fotogedik.
So saya perlu mencari-cari idea untuk pose ape yang sesuai untuk big day nanti


Mungkin pose-pose yang ini boleh membantu saya




The Perfect Day

Auwwww...mmg gedik uolsss



wedding-photography-composition-2.jpg

Suke suke suke...eh kemain gedik lagi kau ye...





Mahu lompat-lompat macam ni bila sah jadi kawan sejati yang halal



Kalau mahu lebih tips posing
Boleh rujuk di sini




Sentap

1 comments


Saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tahu saya dah besar. Saya dah dewasa. Buruk benar kalau masih lagi berfikiran seperti budak hingusan.

Skg ni saya dah banyak belajar banyak perkara. Apa yang berlaku saya hanya simpan dalam hati. Biar saya yang menjeruk rasa walaupun pada hakikatnya amat pedih bila diperlakukan mcm tu. Takpe. Biarlah orang nak buat kita. Janji saya tahu apa yang saya lakukan. Yela saya hanya menumpang. Orang yang menumpang ni memang menyusahkan. Ye saya dah menyusahkan banyak pihak.

Rasenya tak sabar saya mahu tunggu si dia bawa saya pergi jauh dari sini. Saya mahu bina kehidupan bersama "kawan sejati" saya. Kami akan berkawan sampai mati. Kami akan jadi kawan yang sama-sama susah dan senang. Kami akan hargai perhubungan kami. Kami kawan sejati. Kami takkan tikam belakang masing-masing dengan pisau. Kami perlu saling membantu. Sebab saya dan si dia "kawan sejati"

Saya tak pasti apa yang perlu saya lakukan buat masa skg. Bila hati dah kecik susah untuk saya kembali seperti asal. Susah untuk saya berpura-pura.


Sebab ternyata dia bukan kawan saya.

Susahnya mahu cari insan yang bernama kawan......




Tuesday, March 29, 2011

Tinggal 1 hari lagi...

0 comments


Esok birthday orang yang paling sayangi (selain dari famili la, kang uolss ingat i ni lebihkan tunang plak...huhu)


Takda hadiah yang mahal-mahal. Hanyalah rasa sayang yang semakin menebal dari sehari ke sehari (Padahal memasing tengah gigih kumpul duit untuk preps kawin yang tinggal hanya 5 bulan).

Kalau tahun lepas i delivery bunga, rase ni tahun ni tak kot. Taknak pakai taktik yang sama lagi.

Untuk menambahkan tahap keloyaan post ini.

Kirenya tahun ni, tahun last celebrate besday as a single. Lepas ni apa jua cabaran dan pancaroba yang mendatang akan ditempuhi bersama. Cewah muntah uolss.


Post khas sempena besday Bumblebee 2010...
(Confirm muntah sambil cirit after baca)
Kepada sesiapa yang tak mahu menanggung risiko tidak digalakkan untuk membaca post ini.
Sekian, terima kasih.
Pesanan khas khidmat masyarakat.


Nak recycle balik bole tak post tu...huhuhuhu


Mahu cari idea untuk tulis surat cinta buat Bumblebee....



Petua: Exercise Muka

0 comments


Salam dan hai,

Kali ni saya nak share satu tips yang amat berguna untuk sesapa yang memiliki muka bak belon yang bakal meletop atau erti kata lain muka comel (sedap sikit dengar..lega mak nok).

Post ni jugak ditujukan khas untuk diri sendiri.

Ok sebenarnya tips ni saya dapat dari Huda Soda. Memandangkan Cik Huda ni dah lama menyepi dari dunia blogging, kirenya elok benar la saya share kan petua ni untuk tatapan kalian.

Saya pasti mesti ada antara kita (termasukla diri sendiri) memiliki bentuk muka yang tembam. Senang cite takda ciri kelangsingan pada muka. Ingat apa??? Body je nak langsing....Muka pun nak jugak ok.....And jangan tak tahu bahagian pipi jugak mengandungi lemak yang terkumpul (Eh ye ke??? smbil garu-garu kepala)

So mcm mana mahu dapatkan wajah langsing persis Kak Ziana Zain...



Tengok...kan ada shape tu....


Caranya mudah saje. Tak perlu belanja yang beribu-ribu.

Hanya perlukan chewing gum. Nak buat apa dengan chewing gum???

Nak buat apa lagi....kunyah la nok.....bila kita makan chewing gum sekaligus ia memyebabkan otot di bahagian pipi bergerak atau ayat lebih best exercise muka.

Bole amalkan setiap hari and insya Allah pasti muka akan kelihatan langsing dalam masa 2 minggu. Betol tak Huda????


Ok apa lagi kepada sesapa yang berminat, jom waktu lunch ni beli chewing gum berpeket-peket buat stok untuk exercise muka.




Saya & Mak

0 comments




Love u mum...
(Resolusi gergasi)

Pic credit to: 1001kenangan


Orang cakap muka saya fotostat muka mak,

Masa kecik dulu muka saya tak ikut mak tapi bila dah makin membesar rupa tu lebih kepada muka mak,



Pernah suatu hari jiran datang rumah, ingatkan saya adik mak,

Musykil saya yang nampak tua or mak yang nampak muda,

Huhu



So nanti kalau saya ada anak perempuan,

Saya mahu muka dia fotostat muka saya,

Bila mengikut pengiraan Kak Jaya (Ofismate),

First baby saya ialah anak perempuan



Arghhh minah ni sudah over
Adios


Monday, March 28, 2011

Perihal Inai

2 comments

Apa hukumnya memakai inai yang bercorak-corak mcm picture di bawah.

Ok tang tu nanti saya akan google sendiri and cuba share kat sini



Apa pun saya memang suka sangat dengan design inai Ayu Raudah.
Nampak kemas dan chantek.


Saya memang banned dengan corak inai yang carca marba yang bole bikin sakit mata tengok.
Biarla corak tu simple asalkan ia nampak kemas dan tidak serabut



Corak 1




Corak 2
Kat kaki pun boleh buat jugak kan




Corak 3
Yg ni bole tengok kat blogspot yang tertera
Saya grab dari google je


Thanks to Mr. Google



Agak-agak kat mana nak buat inai nanti ye.
Lagi satu inai corak ni kalau buat awal-awal nanti time majlis dah hilang.

So harusla cari berdekatan dengan rumah
Sehari sebelum majlis baru nak buat
Tu pun kalau ko tak mengelupur bizi masa tu


Sekian


Ada org request jadi suri rumah

4 comments


B : U watpe...
Saya : I wat keje la. Malam ni ada 2 kelas tuisyen. Hurmmmm....
B: Sian syg. Kawin nanti berenti la. Jadi suri rumah je....



Hui kalau Puan Rodziah and En Mohd Fawzi dengar ni, maunya menjerit satu Pengkalan Pegoh (Kg saya).

Huhu mak dah siap pesan, buat apa belaja tinggi kalau takat nak dok rumah jadi suri rumah,

Lain orang lain pendapat
tapi....


Kalau dah ketentuan saya jadi suri rumah nak buat mcm mana
Huhu





Takda Mood

2 comments


Hari ni mood malas makin menjadi-jadi. Sume bende rasa takda mood nak buat. Ntah bila mood rajin nak datang.

Rase nak balik rumah and berehat. Saya bad mood takda sebab. Jauh sekali bergaduh dengan bumblebee.


Arghh keje banyak nak dibereskan.

Tapi perasaan malas tak hengat.


Kalau saya takda mood, saya lebih suka berdiam diri and kalau bole bila orang tanya malas gila nak jawab. So jangan terasa hati la kalau datang tebiat saya yang mcm tu.



Diari Ahad

0 comments


Salam dan hai,

Semalam seperti yang dijanjikan saya date bersama Bumblebee...

Mula-mula saya yang nak gi Semban, tengok beliau yang nak datang. So saya layankan aje. Memandangkan En Azli ada urusan kat Gombak.

Lagi 2 hari besday bumblebee...Jumaat ni saya balik Ipoh. Tak sempat nak celebrate sesama. Bukan celebrate sangat pun, just belanja makan. Bumblebee kan suka makan.....

Lepas ke Gombak, kami ke IKEA jejalan. Tak tahu nak gi mana. Bumblebee cadang mahu ke IKEA untuk tengok-tengok barang. Bee cakap design perabot IKEA tak bestla. Better cari kat kedai perabot lain. Itu hanya pendapat. Kalau kebulur sangat nak beli barang IKEA, mungkin bole beli set peralatan rumah yang lain. Contoh mcm periuk kuali senduk bagai. Tu memang saya berkenan nak beli compare dengan set katil sofa tu. Ok enuf tentang IKEA.

Ingat lepas pergi IKEA nak tengok wayang..tapi kesian plak kat bee..dah mcm penat sangat coz tak cukup tido. Nanti kalau tengok wayang pukul bape plak bee nak sampai Semban kan.

Ok takpe, saya terus bawak bee makan kat Sentul. Kat sini port selalu saya and Murni makan-makan. Agak-agak kalu tengah malam after balik tuisyen terasa lapar, rela la kami ke sini walaupon agak jauh sikit dari rumah. Makanan kat sini memang terbaik plus agak murah la jugak.

Semalam kami order menu biasa

Nasi putih
Tomyam putih
Kailan goreng ikan masin
Ikan masak stim
Air epal asam boi



Apa kes kangkung goreng belacan....typo...




Terbaekkk....



Api hampir menyambar ke muka.
Kurang duit hantaran i,
Dan org tu boleh menjawab...
Tinggal RM100 je...
Sungguh kejam
Tu pun nak berkire ke bee...










And last but not least...
Pic bikin muntah










Satu jam dah siap tapi bumblebee tak sampai-sampai lagi....



:: Petua hubungan berkekalan ::
Sabar itu separuh dari iman






Saturday, March 26, 2011

Canvas Printing :: Potraits Part 2

0 comments


Ntah tak tahu kenapa saya suka pic ni,

Agak-agak kalau tak jadi tangkap gambar pre-wedding, saya grab je pic ni untuk hantar canvas printing

Then tambah easel, letak depan pintu gerbang




Saya dan B......
=p

Masa jadi pengapit Zai and Shah
Disember 2009


(Abaikan resolusi gambar yg terlalu besar, malas nak upload so saya copy paste je from facebook)




Diari Sabtu

0 comments


Saya suke bila tiba hari minggu. Sape suka angkat tangan macam saya....

Hari ni mcm biasa, saya semangat datang kelas. Hari Sabtu bekerja. Macam biasa hari Sabtu bukan hari bekerja tapi lebih kepada aktiviti santai breakfast sampai lunch. Hahaha

Saya tipu je. Propa je lebih. Saya balik awal sebab kelas kan start pukul 1 petang. Sempatla jugak saya menyiapkan sisa assignment yang tak sempat buat semalam. Dah tepu wei otak ni pikir semalam. Pukul 3 lebih saya tido semalam. Nasib la sempat jugak saya siapkan tadi.

Tadi kat kelas pun bukanlah fokus sangat. Tapi lebih kepada mahu mengisi attendance sebab taknak di-cop kaki ponteng. Huhu...yang saya tau tadi ada 2 presentation training proposal. Tu pun saya tak fokus. Saya sibuk dok msg Murni, Akma and B (nama panggilan baru En Azli =p)...

Setel part presentation, Dr Hamdin bukak slide plak. Ingatkan kelas dah abis. Ada sedikit masalah dengan pen drive die. Saya dah ingat tak jadi nak belajar. Tengok-tengok berjaya jugak bukak slide tu..huhu..jangan tiru aksi saya. Tu pun saya tak fokus jugak. Yang saya tahu, tajuk topic baru tu career management. Nanti saya baca sendiri la. Huhu

After kelas...(hip horay)...saya dah set dalam kepala otak mahu pergi karaoke. Pergi dengan sape?? Memandangkan takda geng, saya pergi sorang-sorang je. Huhu lega mak nok bila terpekik mcm orang gila sensorang tadi. Peduli apa suara mcm katak ke apa kan. Janji i puas hati oulss. Lepas gian ok. Stess hilang bersama suara sumbang i tadi. Huhu =p

Ok mahu berehat sepuasnya malam ni. Esok mahu dating dengan B....agak-agak kalau nak muntah, muntah jela uolss...i paham dari tadi uolss tahankan..=p




Friday, March 25, 2011

Deco Bilik Pengantin

0 comments

Sangat suka dengan idea ni.

Main letak-letak gantung gambar dalam bilik pengantin.

Hanya perlukan frame bingkai putih untuk sedondonkan dengan warna perabot dalam bilik

Thanks bebanyak pada pencetus idea ni. (Klik source gambar)




Pic source



Tapi dah kalau kat kepala katil letak kelambu bulat,

Kat mana tempat yang sesuai saya nak gantung frame ni.

Ermm jap rasenya saya tahu nak letak mana.


Ok mahu cari gambar yang sesuai


Daaa
selamat berkreatif


Checklist April

0 comments


Cuti untuk Jumaat minggu depan dah diluluskan. Banyak perkara yang perlu saya senaraikan. Bila ada peluang balik kampung ni, sila la gunakan sebaik mungkin.


:: Butik ::
Tempah baju sanding
Tempah baju nikah
Design and bunga pelamin
Tambah deposit
Test make-up
Tukar tarikh
Bunga walkways


:: Lain-lain Part 1 ::
Tempah langsir
Karpet merah
PA system
Kompang
Cendol
Mintak ayah lukis pelan rumah
Tema baju famili
Pasukan marhaban
Pasukan silat
Perjalanan majlis



:: Catering ::
Confirm tarikh
Confirm menu
Hiasan meja pengantin
Meja makan beradap
Mintak person in charge kanopi utama



:: Khemah ::
Finalise berapa khemah
Scallop
Kanopi utama
Pelantar kanopi utama
Sarung kerusi
Meja bulat
Warna tablecloth
Warna scallop
Susun atur kanopi
Hiasan kanopi utama




Ok itu saje yang teringat buat masa ni


Hepi holiday!





Stay Tune

0 comments



Bukan masa saya untuk melayan perihal bapuk terlampau tu....


Tengah kumpul idea and material for my big day...


Stay tune

=)

Bapuk Terlampau

0 comments



Salam Jumaat....


Argh mood geram datang balik. Ntah mcm mana hari ni bole jumpa lagi dengan student bapuk terlampau yang kurang ajar tu...

Yang geramnya i bukak je pintu terus terpandang muka die, then die bole jeling i. So i cakap la "menjeling-jeling...."

Then die bole plak berdiri lama and pandang i atas bawah muka tak puas hati. Bole uolss bayangkan betapa kurang ajarnya. Masa tu i dah lambat nak gi kelas. Kelas 1 jam je. So i malas nak drag masa pepanjang melayan bapuk bodoh tu.

Kali ni saya malas nak jaga kredibiliti sebagai seorang pensyarah bagai. I pun ada hati dan perasaan. Sakitnye hati bile students melampau kurang ajar mcm tu. Dah macam tak ingat sape diri die sebenarnya.

Kau kalu setakat belajar kat sini tak payah nak berlagak mcm diva. Kalau nak up lagi pergi masuk IPTS lain la. Yang bayar beribu yuran satu sem. Bukan harap pada duit PTPTN semata. Ni belajar pun pakai PTPTN pastu nak berlagak mcm orang ada-ada.


Pergi "M"





Thursday, March 24, 2011

Penat :: Sakit Hati

2 comments
Letihkan bila asik cakap bende yang sama 2 3 kali. Saya dah tak larat nak marah-marah and membebel bende yang sama. Membebel berkilo-kilo pun kesalahan yang dibuat tetap sama.

Skg ni saya masih lagi dalam kelas praktikal kitchen. Ntahla saya dah ulang banyak kali bnde yang sama pun still buat silap lagi. Padahal kelas teori last week saya siap bagitau lagi method apa nak kene buat.

Penat penat penat penat.....




Hari ni kelas western clash dengan baking class. Ada sorang student tu Masya Allah sangat kurang ajar. Tak padan yang bapuk. Minta maaf la bapuk sekalian. Saya ada je student yang lembut mcm gitu tapi takdala tahap esktrem macam student tu.

Mulut kurang ajar. Cuba uolss bayangkan lecturer die bole menjeling and buat mcm kawan sendiri. Kalau student i dah lama kene lempang kot. Tahan marah je ni.


Sakit hati dengan perangai student hari ni.

Canvas Printing :: Potraits

0 comments





Pic credit to Perfect Canvas



This is awesome...

Thanks to tuan punye blog....cheqmoomoo....

Dah lame i cari mana nak buat canvas printing.

Mahu decor bilik pengantin and walkways


Mahu amik gambar or grab gambar mana yang ada???

Belum dipikirkan lagi,

Kene tanya Mr Busy dulu


Thanks again to cheqmoomoo
=)



Further information



Saya B2B dari Perak

1 comments

Saya B2B Perak

Huhu semangat tak

Thanks to Eija coz cipta logo ni

Bagus tau memeriahkan blog B2B ni, bole share ideas and info yang berguna,

Bila buat blogwalking kat blog-blog B2B yang dasat tu confirm akan menaikkan semangat and membuak-buak perasaan untuk buat preps big day,

Sesuai untuk dijadikan sumber inspirasi




Anyway thanks to Eija for this post

Sila rujuk sini


Bebelan Pepagi Buta

0 comments


Haishh letihnya tapi kene bertahan. Kerja sekolah tak siap lagi. Sabtu nak kene hantar. Malas nak buat. Padahal dah tahu lame dah kene antar kerja sekolah ni. Ni la padah kerja bertangguh.

Tapi sempat plak saya update kan. Kalau la buat kerja sekolah semudah update blog kan senang. Bagi saya kerja sekolah bebanyak pun takpe.

Tadi rasenya mata tak ngantuk kot. Tapi bila start dok depan laptop and mahu karang ayat bunga-bunga mata saya jadi kuyu. OMG banyak lagi saya tak siap. Esok kelas saya full. Pagi praktikal and petang teori plak. Memang takda masa nak buat. Plus esok tuisyen berderet 2 kelas sekaligus. Balik confirm terbongkang atas tilam. Badan pun dah lemau. Ntah bila mahu siap.

Ya Allah kuatkan hati ku untuk siapkan assignment ni.


P/s: Tak sabar nak balik Ipoh Jumaat depan. Banyak bende yang perlu disetelkan.


Wednesday, March 23, 2011

DIY bunga pahar

0 comments


Mode tengah meroyan DIY bunga pahar

Will update soon

Tata

Sogo & Cadar

0 comments


Salam dan hai uolss,

Hari ni hari Rabu, kat kolej ada event sukan menyukan. Bende paling fobia dalam hidup. Saya memang benci sukan dari kecik lagi. Teringat masa sekolah dulu, bila bab suruh masuk lumba lari bagai mesti saya orang pertama yang akan menyorok. Tak kuasa ok nak berlari. Kesian jantung i kene pam darah banyak kali. Padahal malu taknak masuk sebab tiap kali lari mesti dapat nombor last. Huhu =p

So arini sume staf and students tak masuk kelas and ofis. Sume wajib berkumpul di Kompleks Sukan Kg Pandan. Yang tak bestnya staf tak sume yang terlibat. Sukan ni lebih kepada students je. Acara balapan yang banyak. Kalau ada badminton ke bola jaring ke bole la menyumbangkan tenaga ni.

So saya and Huda amik kesempatan. Bila saya bagitau ni jangan la ada yang pandai-pandai nak pergi repot dengan bos kitaorang. Bosan kot melangut tak buat apa. Baik kami cari kerja berfaedah.

Saya and Huda sempat pergi terjah Sogo. Nok Huda memang dah ada contact dengan mamat jual cadar. Ni bukan mamat bengali ok. Ni memang jual cadar-cadar yang agak berkualiti tapi harga promotion. Mereka buat tour. Skg ni mereka berada di Sogo sampai hujung bulan ni. Kalau sape-sape yang tengah nak cari cadar untuk bilik pengantin sila la merajinkan diri ke Sogo berhampiran anda.

Harga asal mmg cecah 7 8 ratus but after less dapat RM 180. Tu cadar yang saya beli la. No cadar rambu-rambu ok. Ni cadar cotton je. Bole pakai sampai akhir hayat.

Tapi yang tak bestnya, arini saya merayau kat Sogo dengan seluar track suit. Ya Allah sungguh nampak selekeh. Agak-agak kalau i nak try perfume or kasut jenama bagai confirm takda sape yang akan entertain i. Hahaha...

Tahan muka je tadi. Sampai ke Jalan TAR kot merayau. Mencari idea tudung yang seswai.

Hurm okla..banyak kerja sekolah nak kene buat.


CADAR BILIK PENGANTIN

Hoorayy


Tuesday, March 22, 2011

5 months to go

3 comments


OMG hari ni rase lemau kaw-kaw. Kelas Kitchen back to back. Plus arini panel MQA masih menjalankan siasatan. Fuh nasib la panel DHC tak se-skema panel DKS. Amin...


P/s: Mode kawin semakin menjadi-jadi, makin hari makin tak sabar and bertambah rasa sayang. Ko mmg dah tahap miang kan.

~ 5 months to go ~


Monday, March 21, 2011

En Azli Tetap Menjadi Pujaan Hatiku

0 comments


Salam and selamat malam,

Auww dah malam sangat ni. Tak hengat esok ada misi penting. MQA nak datang!!! OMG mengucap panjang and bak kata En Ihse baca bismillah banyak-banyak. Huhu. Fail subjek pun saya tak belek-belek lagi. Mana la tau kot-kot esok kene panggil intebiu tanya pasal method bagai. Tak kuasanya rasa.

Arini proses mengangkat barang tak abis lagi. Kire arini finale ok. Asalnya saya mintak tolong kat cinta hati memandangkan beliau nak ke Gombak. Saya ingatkan dalam pepagi buta la die datang. Tup tup rupanya tengah malam jgk baru setel. Ni baru abis kemas sikit-sikit la. Ampun la uolss (Nok Murni, Huda, Dila and Nurul) sebab rumah korang dah penuh barang. Next month i start bayar sewa ok.

Sementara fed up dok menunggu cinta hati datang, saya and Nurul pergi angkat mana yang patut dulu. Thanks sesangat to Nurul coz memudahkan kerja saya. Sampai je rumah saya terus cari port baik untuk parking. Mahu dekat dengan lif. Ntah mcm mana dok leka mencari parking saya ternampak mamat semalam. Dan die nampak saya. Mampus bencinyaaaaa.....

After dapat port baik saya terus ke rumah mengangkat apa yang patut. Masa first trip mamat tu lalu naik moto kot. Sibuk tegur lagi. Saya mcm biasa buat pekak. Terus loading barang. Then saya turun 2nd trip. Tengok-tengok ada note tulis atas kertas kat wiper. Saya dengan Nurul gelak guling-guling baca


Salam
Gadis kancil merah AFQ 199
Saya orang yang tegur awak semalam
Saya nak berkawan dengan awak

Amir
017-XXXXXXX


Ingat saya nak kol ke??? I ada En Azli ok. Yang sepuluh juta kali lebih best. Cewah. Kalau En Azli dengar kembang-kembang la die. So baik jangan cakap kat die. Huhu

So tadi saya jumpa En Azli. Saya pass kertas tu kat die. Huhu. Siap tak bagi balik kertas tu kat saya. Die dok simpan sendiri. Huhu. Jangan risau laling, i love u so much. You are my everything. Pergh malam-malam jiwang gituw...


Ok ok mahu tido. Saya dah dapat tilam best saya.

Tata~


Saturday, March 19, 2011

Pindah Barang Hooray

0 comments


Salam dan hai uolss,

Adeih badan penat-penat ok after mengangkut satu-satu barang kat rumah Taman Medan. En suami Azli pesan tak payah angkat lagi. Tunggu esok je die datang. Tapi niat hati tak tergamak nak menyusahkan beliau. So saya angkatla sikit-sikit. Masa dok sedap angkat barang loading ke kereta super power saya, ada la sibuk mamat sekor ni dok usha. Pastu sibuk nak offer diri nak tolong angkatkan barang. Tapi cakap dari jauh la, tak berani datang dekat. Saya memang dah perasan mamat ni lama dah. Dari dulu lagi die dah sibuk-sibuk skodeng saya. Ni bukan syok sendiri ok. Kalau uols nak muntah silakan.

So masa second trip saya angkut barang, die dah turun dari moto konon nak pergi kat saya. Saya terasa macam ada orang nak datang terus saya pandang. Uolss pahamla kan muka bekeng saya. Terus mamat tu tak jadik nak datang. Patah balik kat kawan die. Pastu dari tempat die saya dengar sibuk dok nak offer diri nak tolong angkutkan barang. Saya buat pekak je. Saya rela menyusahkan diri angkat barang sorang-sorang ok. Malas nak semak otak menjawab segala pertanyaan bagai.

Trip yang last sekali saya angkut barang terus masuk dalam kereta. Saya perasan mamat tu dah datang dekat. Belum sempat saya tutup pintu dah terpacul kat tepi pintu kereta. Buat-buat tanya soalan bodo...

Mamat : Eh nak pindah ker??
Saya : Takla...
Mamat : Owh ingtkan nak pindah...
Saya : (Bengong)....nak pindahla...abis buat apa saya angkut barang bebanyak ni....
Mamat : (Tersengih)...owh nak pindah mana???
Saya : Kat Pandan Perdana kat Cheras...
Mamat : Owh...dah lama ke duduk sini...duduk ngn sape...berapa orang.....(bape banyak soklan la)
Saya: (Malas nak tulis)
.............
Mamat : Ok jumpa lagi..drive elok-elok


Huh menyibuk kan. Saya perasan masa dulu tiap kali saya pergi pasar malam sibuk dok nak skodeng. Tapi mcm biasa saya mesti akan buat muka masam and bekeng. So die takkan berani tegur saya. Nasib baik tips saya berjaya. Baru arini die berjaya cakap dengan saya. Nasibla saya dah nak pindah dari situ.......



Friday, March 18, 2011

Deco Meja Makan Beradap

0 comments


Perkara yang tak confirm sampai skg.

Butik Oh Sayang tak sediakan pakej untuk hiasan meja makan beradap. Risau jugak bila meje makan beradap nanti jadi carca marba. Makcik Katering cakap die boleh hiaskan. Tapi tak sahih lagi kebenaran kata-katanya.

Balik ni kene confirm betol-betol. Rasenya lebih baik kalau hiasan diserahkan kepada Tuan Butik.

Perkara wajib ada
- Background -
- Bunga-bungaan -
- Kerusi pengantin -
- Scallop -
- Skirting -


Presentation atas table saya serahkan bulat-bulat pada Makcik Katering
Saya mahu
- ada lipatan napkin -
- Centerpiece (sendiri sediakan) -
- Waiter/waitress -






Cantikkan deco meja makan beradap ni
Credit to: Suri Malai Ali


Risau la plak, rasa mcm banyak lagi tak siap
5 bulan lagi






Pelamin Impian

0 comments




::.. Deco Pelamin ..::

Pelamin impian,

Ntah dapat ke tak saya pun tak tahu,

Balik ni mahu request kat Butik,

Kalau tak dapat bersanding atas pelamin mcm ni dalam mimpi pun takpe...

Sob Sob Sob.....









Credit to Butik Idaman Jelita.


Kat butik ni dari make-up sampai la ke pelamin bagai memang tip top,

Kalu sape berminat bole terjah di Banting ye,

Google je

=)


Disable Right Click