Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, September 25, 2012

Intro Suatu Hari di Merlimau

Nantikan post seterusnya....=)

Lihatlah bakal pengantin yang tersenyum girang!

P/s: Perlukan masa yang sesuai dan panjang untuk menulis entry ini. =)

Carrot Cake with Cream Cheese Frosting

Salam Selasa semua,

Harini mood bagus dah takda rasa nak nangis bila datang opis. Huhu....

Sejak mengajar baking and pastry ni minat semakin menerjah dalam diri. Kalau boleh tiap hari rasa nak buat kek kat rumah. Walaupun saya tahu hanya saya yang akan makan sorang. Tak pun sedekah kat jiran. Husband bukan suka makan kek tambah kalau ada yang cream-cream tu. 

So weekend lepas saya berkesempatan untuk cuba satu resepi --> Carrot Cake with Cream Cheese Frosting. Simple je methods-nya. Bahan-bahan yang digunakan pun senang nak dapat dan murah. Cuba beli kat Secret Recipe dia charge smpai RM 60++ untuk sebijik kek kan?

Kat rumah saya hanya ada microwave oven. Dulu ingat oven tu tak boleh buat kek walaupun nampak ada button untuk bake cake. Al maklum tak berani nak mencuba. Selalu buat roasted chicken, reheat and defrost je. Thanks to my sister dia yang bagi penerangan walaupun oven tu saya yang punya. Hampeh punya tuan kan. I rasa confident sebab dia dah penah try buat kek pakai oven tu sebelum ni. And menjadi!

Ok now saya dah tau cara nak guna. Tekan je button gambar cake and tunggu je siap. Semudah A, B, C je. Ok raya haji nanti nak buat open house kecil-kecilan. Harusla nak bake cake sendiri kan....lalalalalala...

Inilah hasilnya. Nak habis baru terhegeh-hegeh nak snap picture.....

Recipe pun senang nak cari.
Mintak je En Google...
=)

Selamat Mencuba!

Monday, September 24, 2012

Hari Ceria Sedunia. Eh?

Salam Isnin sekalian,

Sumpah bila hari Isnin nak pergi kerja mesti rasa nak menangis. Hari lain takda plak. Pelik sungguh penangan Monday Blues.

Taknak celoteh banyak sebab ada banyak kerja yang mencemburui saya untuk meluahkan isi hati di sini.

Urghhh workloads for today:
  • Siapkan skema jawapan untuk final and submit soalan to Deputy. Kene siap cepat lagi 2 weeks nak final.
  • Semak quiz students. Banyak kelas ok bukan satu kelas.
  • Kemas kini carry marks students
  • Prepare recipe for pastry class
  • Bayar yuran
  • Lagi lagi lagi dan lagi......

Ni baru workloads kat opis belum kat rumah lagi. I am a superwoman! Yeah! Plus multi-tasking!

Next post: Suatu Hari di Merlimau. Lintas langsung sempenan my BFF's engagement day!

Friday, September 21, 2012

Ku Mohon

Salam Jumaat,

Bila baca balik entry yang lepas-lepas, saya tak sangka saya boleh harungi semua tu sehingga ke harini. Saya sangat bersyukur dengan apa yang Allah dah berikan kepada saya buat masa ini.

Saya bersyukur sebab Allah memperbesarkan iman dan cekalkan hati serta semangat untuk harungi semua dugaan dengan penuh sabar.

Harini saya boleh tersenyum gembira. 
Terima kasih Ya Allah.

Masih panjang dan banyak lagi kehidupan yang perlu saya tempuh.

Moga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki, dan kuatkan hati untuk mengharungi segala-galanya.

Mohon Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk setiap permasalahan/kebuntuan untuk saya bahagiakan dan senangkan hati orang yang berada di sekeliling saya.

Kalian juga.

=)

 Ku mohon.....

Thursday, September 20, 2012

Out Of Topic

Dua hari lepas husband belum balik saya dah masuk tido awal. Penat sangat kot and plus nak buat merajuk. Sungguh mengada!

Macam biasa bila husband balik saya tengah tidur mesti dia akan kejutkan nak tengok keadaan saya ok ke tak. And ceritakan gosip terkini untuk harini. Dalam keadaan mamai boleh lagi saya menangkap apa yang diberitahu husband.

Terus segar biji mata. 

Haiishhh manusia yang bernama tuttt memang tak habis-habis nak dengki dengan husband. Sampai sanggup ceritakan bende yang tak betul kepada kawan-kawan semata-mata nak tunjuk bahawa dia lagi "up" dari kami. Bila nak berubah tak tahu la kan...

Nak tahu berita apa yang husband terima....beliau canang pada kawan lain yang beliau sponsor kenduri kawen husband sampai RM 10K....wahhhh terkesima saya mendengarnya. Bila masa pulakkan????

Plus ada la beberapa cite yang mengaitkan kami. Kalau beliau nak cerita yang takda kaitan dengan hidup kami, saya tak amik kisah pun.

Dan seperti biasa bila dengar berita palsu tu kami berdua ketawa berdekah-dekah. Biar la orang lain nak percaya yang pasti kami tak amik kisah tentang apa yang diceritakan tentang keburukan kami kepada orang lain. Ada aku kesah???

Tweet abg Ben baru-baru ni....

Buat apa kita nak kisah dengan kawan yang dengki dengan kita...baik kita kisahkan kawan yang bagi support pada kita...tak gitu??????

Macam-macam lagi kami dengar berita tentang beliau. Bukan kami yang nak korek cerita tapi ada sumber yang beritahu kepada kami. 

Takpe la nokk asalkan kau bahagia... =)

Kalau dah dia rasa bahagia berbuat begitu, biarkanlah. 

Berkatalah apa sekali pun...yang pasti hanya Allah yang mengetahui sejauh mana kebenarannya. 

" Ada manusia sanggup berbohong agar dia senantiasa melebihi orang lain. Tidakkah dia sedar satu hari nanti kebenaran akan terbukti juga? " - Santai Ben Ashaari

=)

P/s: Best plak follow tweet Abg Ben...for uollss jomla follow twitter i...heeee.
Malas sebenarnya nak cite bende-bende macam gini. Tapi disebabkan takda topik nak cite, terpaksa jugak keluarkan cite berbentuk kanak-kanak di alam tadika.......

Tuesday, September 18, 2012

Sang Pelangi Muncul

Salam Selasa homosapien sekalian alam...

Harini datang kerja dengan penuh semangat. Mentang-mentang cuti panjang. Minggu ni 4 hari jela bekerja. Sabtu dah cuti balik. My bestfriend bertunang di Melaka! Pheeewittt akhirnya my BFF nak kawen! Teruja.

Minggu ni saya seperti mendapat satu semangat baru. Tak sabar nak mengakhiri segala-galanya. Moga perjalanan ini dipermudahkan oleh-Nya. Amin...

Alhamdullilah suami sangat bagi sokongan moral dan membantu saya untuk mengakhiri misi ini.

Berjuanglah wahai Fardilla!

=)

P/s: Jom sambung kerja!

Friday, September 14, 2012

Kurus vs Gemuk

Perempuan selalu runsing sebab kalau lepas kawen mesti badan akan naik dengan mendadak. Yela hormon happy meresap dalam diri tapi tak tahu la plak kalau ada yang lepas kawen rasa tak bahagia. I ollss bahagia je. Betol tak??

Tapi agak sedikit musykil...sebab dah ramai yang tegur ni.

Sebelum kawen and semasa tunang, badan saya memang berisi tapi takdalah berat badan sampai 100 pound. Macam chubby la sikit. Berat pun cecah 60 kg ke atas kot.

Tapi bila makin dekat nak kawen, saya buat part time tuition waktu malam plus bulan puasa plak, memang berat badan turun mendadak. Sampai masa nak fitting baju pun aunty terkejut sebab banyak yang nak kene kecikkan balik.

Lepas kawen berat badan maintain lagi mungkin sebab penat ulang alik pergi kerja KL Seremban. Padahal saya memang makan banyak dan habit kami suami isteri makan heavy waktu malam. Makan luar la sebab malas nak masak. Paham-paham jela tahap nutrisi makanan kalau makan kat luar.

Skang ni dah dapat tempat kerja yang selesa and stress pun berjaya dikurangkan still ada yang tegur saya makin kurus. Ni kes kawan Cybernetics yang datang beraya aritu la. Diorang kecoh saya dah makin susut. Padahal diri sendiri tak perasaan plak. Husband pun cakap benda yang sama siap kene paksa makan banyak. Kalau makan dengan dia wajib kene tambah nasi! Alahai punyala nak suruh isteri gemuk. Padahal husband yang makin risau badan dia naik... =p

Berat badan i dah transfer ke husband....sekian

Skang ni mungkin sebab saya jarang keluar makan lunch. Sebab kelas biasa start pukul 2 ptg and waktu lunch hour 1-2 pm. So saya tak sempat nak kejar masa. Kelas pack tiap hari. Tapi kadang-kadang saya keluar jugak bergantung kepada keadaan. Geng ajak makan selalu je ajak kuar tapi saya jual mahal alasan nak prepare kelas. Nampak sungguh berkaliber di situ..

Saya memang tak mengamalkan sebarang tips untuk kurus. Nama je depan rumah ada track joging tapi haram jejak kaki kat situ. Huhu..makan macam biasa tak pernah pantang. Belasah apa ada depan mata. Tolak batu dengan kayu je....

By the way....

Saya suka je orang cakap saya maintain slim. =)
Kurus bukan sebab merana ye. Minta dijauhkan.

Skang ni berat masih maintain lagi kot. Tunggu jela dalam sebulan dua lagi mesti badan naik macam belon. Lepas tu jangan plak nak complain saya gemuk sudahla ye....=p

Thursday, September 13, 2012

Entry Untuk Stalker Lagi?

To: Stalkers

Kadang-kadang bagus jugak kalau dalam hidup ni kita remove certain people/ friends yang tidak memberi manfaat kepada kita. 

Dari kite block die dari stalk wall facebook better kite remove je die dari list friends kan. Senang cite. Dia nak sentap?? Itu dia punya pasal. Memang kejam di situ. Sama jugak macam list followers kat twitter. Tukar terus account baru. Ko nak stalk aku?? Sori tak dapat der! Melainkan ko baca blog aku ni. Yang penting apa yang saya luahkan and ceritakn disini tak sama dengan apa yang saya luahkan di fb and twitter. Sebab kat blog ni ada batasnya. Tak semua perkara kita bole cerita to public especially stalker macam ko. Sentap lagi?

Kalau kita tulis something yang tak best, mesti dalam hati stalker ni akan gelakkan kita habis-habisan. Perasan dia dah menang dari kita. Isu stalker tak pernah habis kan. Saya pun tak paham dengan manusia yang mengjengkelkan ni! Apa yang dia nak tengok sangat and nilai sangat tentang life kita pun saya tak tahu.

Owh lupa takda kerja/dok rumah/ tak bercampur gaul je suka jaga tepi kain orang kan. Huh narrow minded even though belajar tinggi-tinggi! Sorry kali ni i kasi sentap lagi. This is my zone so sukati la nak cakap apa kan.

For your information, now i tengah happy menjalani kehidupan berumah tangga yang indah ini. Ada husband yang sayang seikhlas hati, ada rumah sendiri walaupun kecik (better dari takda), ada kereta titik peluh sendiri, ada pekerjaan yang memang i minat, dah takda life yang serabut sebab episod KL Seremban dah tamat, ada masa spend masa dengan husband everyday, masak untuk husband, sediakan segala keperluan dia plus banyak lagi my journey life yang sweet-sweet/ pahit-pahit yang tak perlu pun nak kongsi kat sini every minutes! So apa lagi ko nak tahu....owh lupa of course pasal anak kan....i dh berjaya pregnant ke lepas miscarriage haritu??

Ye skang memang tengah pregnant pun tapi tak perlu nak ceritakan details journey tu kat sini. Only selected people yang akan tahu. Not you. Oucch sentap lagi...

Aku dah dapat apa yang aku nak dalam hidup...ko plak macam mana?? Makin bahagia???

(Sambil tersenyum sinis)

P/s: Siapa makan nandos, dia terasa kepedasan sos peri-perinya yang extra hot tu...=p

To: Silent Readers

(Tak bermaksud pun nak bertindak kasar sebegini wahai silent reader sekalian)

Wednesday, September 12, 2012

Produk Pastry

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Harini saya ada kelas Baking and Pastry. Skills takda la hebat mana tapi diberi peluang untuk mengajar subjek yang paling saya tak suka. Nak tak nak kenelah develop diri sendiri dengan basic knowledge walaupun dalam hati masa first class sangatla cuak. So bila dah diberi peluang rasa macam semester depan nak pegang lagi subjek ni cuma perlu revise balik resepi yang akan diajar.

Harini students saya ada test yang pertama memandangkan subjek ni takda peperiksaan on paper. Hanya bergantung kepada kelas praktikal semata.

Dah dekat final baru saya berkesempatan nak upload sebarang dua produk pastri yang dihasilkan oleh students sendiri. Alhamdullilah walaupun test tapi semuanya menjadi seperti yang diharapkan.

Al maklum students saya terlalu ramai untuk space yang kecil itu. Bila ramai masing-masing ada kepala sendiri and ragam sendiri. Pening nak handle tapi kuatkan jugak hati dengan syarat kene jadi mak tiri. Tak boleh nak berlembut macam awal kelas haritu.

 Muffin blueberry.
Kalau ada cup muffin yang besar lagi menarik.
Yang macam ni sesuai untuk cup cake je.

 Cream Caramel.
Tekstur agak pecah tapi dari segi rasa sedap.
Terlebih pukul telur.

 Tiramisu cake 
versi kontot.
Kalau layer lebih tebal lagi menarik.

Apple Pie
Dulu ingatkan susah gila nak buat apple pie ni.
Kalau ada oven semua boleh menjadi.

Harini saya berpuas hati dengan performance students walaupun terpaksa jadi runner hantar students beli telur kat Giant.
=p

 Next week cake making pula.
=)

Tuesday, September 11, 2012

Kisah 9 September

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Rasa dah bersawang blog ni bila dah lama tak update. Takdala lama nau kan. Baru 2 3 hari saya menyepi. Rindu sebenarnya nak berblog tapi connection internet tak boleh pakai semalam...the whole day ok..

So tadi masuk pukul 11 am baru boleh online macam biasa. Syukur. Bukan tak boleh nak directly update thru phone tapi feel dia lain and tak sampai. Cewah.

Harini nak share satu story Ahad lepas tentang 9 September.

Macam-macam aktiviti hari tu sampai kami suami isteri tak sempat nak celebrate our first anniversary. Dengan parents datang sebab nak hantar adik ke UPM, Majlis kawen and ada open house jiran. Petang plak ada kawan dari Cybernetics nak datang. Bila menjelang malam confirm saya dah malas nak ke mana.

It's ok i enjoy that day even though takda special celebration. Penting ke nak sambut anniversary tu? Eh...ada plan tapi pending tunggu weekend ni sebab cuti panjangkan. Abaikan story tentang celebration of anniversary....kite continue next post kalau ada rezeki...

Nak bercerita tentang kawan opis lama yang buat kunjungan ke rumah saya yang jauh ni. Tak sangka plak akhirnya plan berjaya. Sampai juga mereka ke rumah saya. Dapatla bercerita panjang and tahu perkembangan masing-masing. Lagi 2 weeks saya plak nak menjenguk mereka di opis. Tu pon kalau plan berjalan lancar. Hopefully cuti approve!

Saya prepare laksa je untuk mereka.
Tak sempat nak buat something special seperti yang diminta -> Masak lemak cili api daging salai and sup tulang,
Busy sangat haritu,
Sorry babe sekalian

Laksa plak terlebih masam sebab tangan sangat gatal campak asam keping lebih.
Huhu

Thanks korang!
Dari kiri Kak Amy, Linda, Nadia, Jane and Lena,
Ni semua geng baik masa kat Cybernetics,
Satu kepala kalau ada masalah share together.
Tak cukup korum mak buyung takda --> Kak Shima and Kak Ira

Nasib ada husband bole bergambar berenam!
Nampak baik tapi kepala gila especially Nadia and Jane,
Haha

Mode Classic

Dah sakan bergambar dalam rumah pergi kat luar rumah plak.

Jangan muntah sebab muka kitaorang lagi.

Eh muka yang sama lagi...

Say cheese...

Suka gambar ni sebab Jane buat love menggambarkan we love each other.
Eh???
=p

Ok dah la. Saya mahu continue study lagi.
Petang ada kelas lagi.
Nape la class saya pack everday.
Tak baik mengeluh.

Sekurangnya bersyukurlah sebab kita masih punya pekerjaan,
Bagaimana mereka yang tiada pekerjaan and masih merangkak mencari pekerjaan.

Saya bersyukur!

Saturday, September 08, 2012

First Anniversary Part 1

Tomorrow is our first anniversary,

9 september 2011 - 9 september 2012
 Time flies isn't it?

Still we don't have any plan to celebrate,
Me and husband are too busy in our own world,
Haha
=p

So just see what is going to happen tomorrow.

 To husband:
No words can express the love I have for you,
Thank you for being my husband, my soul mate, my best friend and my lover!
I love you!
Happy first anniversary.

Ternyata Perasaan Saya Betol!

Hello Saturday,

Harini as usual adalah hari bekerjaya sedunia.

Saya nak sambung entry sebelum ni Confident Level Naik Mencanak.

Kat sini saya agak baik dengan akak yang pegang Deputy of Head Academic. So saya banyak tahu cerita tentang staff kat sini and management kat sini. Kami bersembang time lunch je. Kalau kat opis memang takda sesi umpatan ni. Kami selalu lunch bertiga- KW (bukan nama sebenar), S (bukan nama sebenar) dan saya.

Rupanya apa yang saya rasa selama ni, sama dengan apa yang mereka rasa sama. Mula-mula saya ingatkan saya sorang je yang merasakan perasaan itu dalam hati. Yela time lunch je baru dapat bukak cerita. Saya pula jarang dapat lunch sebab kelas pack. So malaslah nak keluar. 

Mereka juga complaints tentang menu yang dibuat oleh lecturer berkenaan. Sampaikan head of academic bangsa India, dia kadang-kadang terpaksa tipu puasa sebab taknak terima menu yang di-produce lecturer berkenaan. Style kat sini kalau ada kitchen makanan tu akan di-distribute ke staf management untuk testing power la konon.

Rupanya mereka plus head juga tidak puas hati dengan lecturer yang saya mentioned sebelum ni. I mean tentang skills and communication dia di sini. Kat sini pun ada mengamalkan puak-puak juga. Ada satu group anti kerajaan yang ekstrem yang kurang bergaul dengan staf lain yang perasaan mereka lebih bagus. Alah kat mana-mana company pun sama kan?

So skang ni KW suruh saya carikan staf baru untuk tambah lecturer untuk program DCA (Diploma in Culinary Arts). Workloads lecturer berkenaan akan dikurangkan untuk certain subjects sahaja. Maknanya KW taknak terlalu berharap pada dia.

Lepas ni workloads akan bertambah, students makin meningkat jumlahnya. And tak lama lagi saya akan busy dengan MQA's documentation whatsoever. So that's why KW mahu saya cari lecturer yang ada experience untuk bantu saya buat kerja semua tu. Maknanya bukan lecturer berkenaan. Nampaknya macam KW dah tak boleh blah langsung dengan lecturer berkenaan.

Ternyata perasaan saya tidak salah!

Ingat lagi masa first time saya masuk kerja. Dia approach saya and tanya soalan "eh lecturer baru untuk DCA ke?? " dengan nada yang berlagak. At first saya ingat maybe dia dah lama kerja kat sini. So saya layankan aje. Rupanya dia masuk awal seminggu dari saya. Owh patutla bila dia dapat tahu saya pegang head of DCA dia macam terkejut sebab dia jangka dia yang pegang jawatan itu sebab dia masuk dulu dari saya. Tapi saya tak heran pun sangat dengan jawatan tu. 

Ok takpelah dia nak berperangai mcam mana. Janji kedudukan saya di sini berada di paras selamat.

I can say that mana-mana tempat pun sama je perangai manusia yang menjengkelkan ni.

P/s: Walaupun duduk sebelah tapi saya tak bercakap sangat dia, dan dia tak bercakap sangat dengan saya. Hanya bercakap benda yang penting. And dia hanya bercakap dengan geng dia sahaja. Pelik padahal dah besar but stills nak act as a child!

Belum saya cite lagi perangai dia bila cerita bab sensor dengan students. Al maklum baru kawen and baru "dapat". So excited terlebih. Sampaikan ada staf meluat dengar bila mereka bersembang part "laki bini" secara terangan.

 Minta dijauhkan kita berperangai menyakitkan hati manusia lain.

Wednesday, September 05, 2012

Confident Level Naik Mencanak

Salam sejahtera,

Harini saya ingin bercerita tentang kerja. Al kisahnya...

Hari Isnin lepas saya dijemput untuk lunch di restoran kolej untuk subjek Restaurant Operation. Sama macam subjek yang saya pernah ajar di Cybernetics cuma nama subjek berbeza iaitu Food and Beverage Service Skills. Expectation saya memang sangat tinggi. Rasa rendah diri takut lecturer sini lagi hebat skills tentang subjek ni.

So saya pergilah menerima jemputan daripada students sebab saya Ketua Program DCA kot, tu yang mereka invite saya. So dapatlah saya merasa menu western yang bakal dihidangkan. So dalam hati mesti hebat presentation and rasa makanan mereka. Di Cybernetics juga saya pernah mengajar subjek Western Cooking Skills walaupun saya sedar diri skills tentang masakan takda la hebat mana. Saya hanya masak ikut hati saje and follow resepi kat internet.

Di sini tempat skang, pensyarah yang mengajar subjek Western adalah background dari Culinary. Mesti hebat ni kan. Mesti akan keluar presentation yang pelik-pelik. 

Sampai kat restoran, saya sangat terkejut dengan keadaan restoran praktikal mereka. Tempat lama yang kami dulu selalu komen tak cantik, tak cat, paip bocor, sinki besar dalam restoran 10 kali ganda lebih baik keadaannya. Bukan mahu compare. Ye saya tahu setiap tempat management berbeza. Saya hanya ingin meluahkan betapa tidak bersyukurnya saya ketika itu dan sering complaint itu ini.

Ok saya nak cerita cara servis plak. Saya dalam kelas memang sangat fussy and akan bising kalau students skip steps and procedures yang saya tetapkan semasa serve dalam fine dining. Rupanya semalam flow and steps student hancus. Sorry to say bro. Saya tak tahu mcm mana cikgu dia mengajar. Mungkin saya yang cerewet. Ye saya tahu kita adalah kolej swasta. Tapi saya kesian bila students tidak mendapat input yang sepatutnya sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan. Cara serve lintang pukang. Saya tak tahu la plak kalau style of service iaitu table service depends on individual. Mungkin saya yang skema terlalu rigid mengikut setiap teori dalam buku.

Ok now move to menu plak. Macam biasa saya ada pilihan untuk pilih set A and set B. Ada ayam and ada beef. Saya pilih beef sebab saya suka makan steak. Dalam hati kalau servis tak bagus maybe makanan superb kot. This is the western menu so the types of menu is table d'hote which means they serve us course by course.The first course is appetizer. If I'm not mistaken the name of the menu is Chicken Fritters. And I was really impressed with the presentation. Hanya ada 5 ketul chicken yang di coat dengan tepung seolah macam makan jemput-jemput time petang minum kopi. The presentation sangatla worse. I segan plak nak amik gambar semalam.

Second course is soup. Potato soup. Quite ok and the taste still can be accepted. 

Sampailah ke Main Couse iaitu Beef served with bla bla...... kalau uolss yang bukan background Culinary pun akan berkata dalam hati. Daging sangat la keras. Presentation out. In term of nutrition aspect memang takda. I wonder macam ni ke students dari Culinary Arts. Saya bukan dari bidang itu and I'm from Foodservice. Ye saya tahu barang mentah kat sini memang sangat limited and bajet gila-gila. But can u think something creative in term of presentation before u serve that menu to the customer....

Sama jugak dengan ayam. Overcooked. Presentation macam tak sudi nak kasi makan. Alahai.

Tapi sebelum ni saya tak pernah la lagi test makan. Yang ni first time. Tak tahula plak kalau before this the menu sangat bagus and bombastik. Wallahualam.....

Dulu i memang sangat down kalau bercakap tentang skills masak. Selepas tengok keadaan semalam saya boleh bangga dengan diri sendiri even though saya takda hebat mana. Bukan nak bangga diri tapi at least saya tahu di mana letaknya diri saya sebab saya suka sangat tak confident dengan diri sendiri.

Di kolej baru ni saya tak pegang Western tapi terpaksa ajar Baking. Kelas yang paling saya tak pandai. Tak banyak basics tapi sedaya upaya untuk belajar. Yang pensyarah Culinary ni mentang-mentang dia hebat selalu jugak skodeng products saya. Lagi la bertambah tidak yakin dalam diri. 

So selepas peristiwa hari Isnin, saya bertambah yakin dengan potensi diri sendiri. Hahahaha....

Yang ni antara menu ikut suka saya yang pernah saya produce semasa kelas Western di Cybernetics:

 Spaghetti Bolognese.
Saya rasa ni presentation bodo je tapi kalau nak tahu yang ni lagi better dari yang itu.

Roasted Chicken,
Supposely dalam satu plate main course perlu ada karbohidrat, protein, lemak, mineral, vitamin,
Perlu ada starch, ikan/ayam/daging and sayur

Ni satu lagi presentation hampeh,
Ikut suka,
Tapi i can say this is much more better than dari beef yang i order.

P/s: Mungkin saya yang terlalu fussy kot.....sekadar luahan perasaan

Tuesday, September 04, 2012

Lecturer Hotel Diperlukan

Ada sapa-sapa berminat untuk jadi lecturer part time di kolej di Nilai.

Background Degree in Hotel Management. Mengajar 2 subjek je..Restaurant Operation.

Fresh graduate digalakkan jgk untuk apply.

Sesapa berminat boleh directly contact saya ye. Urgent ni..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selepas: Deko Dining Area

 Hai semua,

Ingat lagi dengan post Sebelum Bila Nak Selepas...

Isu hias rumah memang tak pernah nak habis. Banyak lagi mission yang belum complete. Semuanya still in planning. Misi tercapai skang ni di bahagian dining area. Sebelum ni kami memang takda meja makan. Makan di atas lantai beralaskan tikar mengkuang. Biasalah baru kawen. Eh baru kawen ke...cakap macam sebulan dua je kawen..padahal nak masuk setahun sudah.

Kadang-kadang tetamu datang pun kami hidangkan atas lantai je. Dalam hati sedih je tapi kuatkan hati supaya bersabar.

Masa balik raya dari Ipoh sebelum sampai Seremban sempat lagi singgah kat Ikea. Kenapa Ikea? Sebab kami rasa Ikea ada banyak perabot and barang-barang keperluan rumah yang sesuai dengan rumah kami yang kecil. Tak suka perabot yang dempak-dempak ni serabutkan ruang. Lebih afdal pilih yang simple dan tak perlu cost maintenance yang tinggi.

Harga pun jimat. Dekat Ikea kita boleh pilih dari range harga yang rendah hingga la tinggi. Terpulang kepada budget masing-masing dan citarasa sendiri.

Lagi satu saya suka dengan barang Ikea sebab barang-barang dia semua kene pasang sendiri kat rumah. Rasa macam masuk treasure hunt plak bila sama kerah otak dengan husband untuk complete-kan barang tu. Mana taknya haritu sampai rumah pukul 12 tengah malam. Husband nak jugak pasang malam tu, akibatnya pukul 2 3 pagi baru habis and setel. Kami beli meja makan, coffee table, kerusi and stool.

Nak raya ni kenelah jugak kuarkan modal. Nanti orang datang rumah takda la segan sangat. Takkan nak makan kat bawah lagi. Total lost tak sampai 1K pon.

Masa nak pilih meja makan ni pun berlaku perselisihan pendapat jugak. Husband taknak warna putih sebab susah nak jaga. Dia nak pilih hitam. Saya pertahankan jugak nak warna putih. Selagi tak ikut pendapat saya, saya taknak berdiri and berjalan dari situ. Kejam kan.

So bila sampai rumah husband akui pilihan saya tepat smpai la saya jumpa status husband kat facebook yang membuatkan saya tersenyum sendiri.

"Walaupun kita seorang designer tp seketika kene dapatkan juga idea dari isteri"

 Yes saya menang!

 Ni ruangan sebelum ada meja makan.
Bayangkan nak makan kami bersila depan tv tu.
Nak masak pun tak semangat.
Alasan semata!

 Dari pandangan sedang baring.
Meja boleh extend. 
Meja tak berapa besar.

Tapi bila ada 8 orang lepas la jugak.
Tapi kene pakai stool.
Duduk berdua bukan tiap masa ada orang datang makan sampai 8 orang.
Nanti dah ada anak berderet tukarla meja baru.
;-p

Dari pandangan hadapan.
Jadila kan dari takda.
Janji simple dan harga pun murah.
Sebelum diletak table runner.

Bila tengok kat kedai perabot takda yang menepati harga dan design.
Semua design yang saya nak cecah RM 2k
Mana nak cekau duit weiiii...

Imagine kalau meja dan kerusi warna hitam??
Ye saya seorang designer juga walaupun dari background food service.
=p

Ouchh banyak lagi tak ikut piawai,
Bulan depan ada improvement lagi.
Insya Allah.

P/s: Best decorate rumah ikut taste sendiri. Bila balik rumah rasa homey sangat. Takda rumah yang se-best rumah sendiri. =)

Berjaya Jugak!

Salam and morning,

Hari saya rasa happy and puas sebab berjaya siapkan breakfast untuk husband. Sebelum ni kalau weekdays takdo nya rajin nak buat sarapan untuk husband.

Ala English breakfast je...scramble egg dgn sosej. Plus roti bakar. Teh strawberry. Memang sebelum ni husband ada request breakfast yang simple mimple je. Taknak susahkan saya katanya. Tapi disebabkan saya tak pandai nak adjust masa lagi so tak berkesempatan nak sediakan breakfast sebelum saya pergi kerja.

Masa saya sediakan breakfast pagi tadi husband tak sedar sebab dia tidur balik. Kiranya taaadaaaa surprise.... sebelum pergi kerja salam bagai saya tak inform pun saya ada sediakan breakfast atas meja...

So sampai opis saya dapat bbm mesej berbunyi begini....

B: Makanan tu abg nya ke?
Me: Ye sy bt utk abg...habiskan tau
B: Tq syg....  :)
Me:   :)

Ok lepas ni akan bersemangat nak sediakan breakfast lagi...

P/s: Eleh orang lain dah banyak kali prepare breakfast untuk husband tak kecoh pon macam kau...pooodah!

Sunday, September 02, 2012

Datuk K Part 2

Dalam kenangan..

P/s: Tak puas update direct pakai phone..post pon carca marba..esok smpai opis perlu edit..

Bole Dapat Ke Datuk K?

Dear diary,

Nak ke Datuk K kat saya?
Saya pun tak pasti..

Mungkin gambar di atas akan jadi kenangan,
Yang disimpan dalam lipatan sejarah hidup saya..

Ya dia memang kenangan dan masa silam saya.
Tapi saya harus lepaskan dia,
Walaupun hati sangat berat,
Saya sayang dia sangat-sangat,
Dia tak pernah curang dan buat perangai,
Dia tak pernah cari perempuan lain,
Dia hanya sayang saya seorang..

Tapi...(Mengeluh..)

Masalah skang nak ke Datuk K dengan saya?

Maaf husband kasih saya telah terbahagi dua..

Moga Datuk K akan jadi milik saya!

Explore Potensi Diri

Dear diary,

Fuh baru dapat rehat selepas tetamu datang sampai ke senja..tak ramai mana pun. Family Kak Yati, abg abul, Rosno and Akma..

Sempat la jugak masak nasi ayam and chicken boxing. Alhamdullilah saya dah confident masak dan jamu orang. Sebelum ni segan kot. Takut orang berkata dalam hati air tangan saya tak sedap..tapi husband kata dh banyak improve..

Lega bila mereka kata sedap..dan tak pasti la pujian tu nak jaga hati ke apa...

Nape la saya poyo sangat nak tulis post macam ni...

Sebelum kawen masak bukan bidang saya..kalau dulu mak semua yang buat..bila dapat buat sendiri terasa satu peningkatan dalam diri...bestnya kawen..macam-macam perkara dapat di-explore..sebelum ni tak yakin nak buat, bila dh kawen nak tak nak kene bolos saja dinding itu!

Bila lama-lama dah try and error confirm lepas tu kita akan rasa yakin dan improve...

Perkahwinan itu satu perjalanan yg indah!

Chicken boxing

"Ayam serai black pepper sukati saya" untuk nasi ayam

Saturday, September 01, 2012

Sweet September

Dear diary...

Salam Merdeka,

Happy Merdeka Malaysia!

Harini genap 1 September..

Saya suka bulan September.
Sebab September bulan kasih sayang.. :)

Fuh baru balik dari Melaka. Esok kene berjuang lagi. Kawan-kawan husband nak serang rumah. Have to prepare some foods!

Ok mari rehat dulu..

P/s: kawan kat Melaka baru beli rumah. Cantik sgt. Hasil titik peluh sendiri. Cantik..walaupon mcm tu tp sgt humble dan tak pernah nak show off. Bukan mcm sesetengah org yg nak show off tak tentu pasal padahal bukan harta titik peluh sendiri. Moga saya dan keluarga dijauhkan dari berperangai seperti itu.

Ok terasa kan? Sakit hati?
Ok bai!

Sekadar renungan...

0 comments

2 comments

1 comments

Disable Right Click