Salam sejahtera,
Harini saya ingin bercerita tentang kerja. Al kisahnya...
Hari Isnin lepas saya dijemput untuk lunch di restoran kolej untuk subjek Restaurant Operation. Sama macam subjek yang saya pernah ajar di Cybernetics cuma nama subjek berbeza iaitu Food and Beverage Service Skills. Expectation saya memang sangat tinggi. Rasa rendah diri takut lecturer sini lagi hebat skills tentang subjek ni.
So saya pergilah menerima jemputan daripada students sebab saya Ketua Program DCA kot, tu yang mereka invite saya. So dapatlah saya merasa menu western yang bakal dihidangkan. So dalam hati mesti hebat presentation and rasa makanan mereka. Di Cybernetics juga saya pernah mengajar subjek Western Cooking Skills walaupun saya sedar diri skills tentang masakan takda la hebat mana. Saya hanya masak ikut hati saje and follow resepi kat internet.
Di sini tempat skang, pensyarah yang mengajar subjek Western adalah background dari Culinary. Mesti hebat ni kan. Mesti akan keluar presentation yang pelik-pelik.
Sampai kat restoran, saya sangat terkejut dengan keadaan restoran praktikal mereka. Tempat lama yang kami dulu selalu komen tak cantik, tak cat, paip bocor, sinki besar dalam restoran 10 kali ganda lebih baik keadaannya. Bukan mahu compare. Ye saya tahu setiap tempat management berbeza. Saya hanya ingin meluahkan betapa tidak bersyukurnya saya ketika itu dan sering complaint itu ini.
Ok saya nak cerita cara servis plak. Saya dalam kelas memang sangat fussy and akan bising kalau students skip steps and procedures yang saya tetapkan semasa serve dalam fine dining. Rupanya semalam flow and steps student hancus. Sorry to say bro. Saya tak tahu mcm mana cikgu dia mengajar. Mungkin saya yang cerewet. Ye saya tahu kita adalah kolej swasta. Tapi saya kesian bila students tidak mendapat input yang sepatutnya sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan. Cara serve lintang pukang. Saya tak tahu la plak kalau style of service iaitu table service depends on individual. Mungkin saya yang skema terlalu rigid mengikut setiap teori dalam buku.
Ok now move to menu plak. Macam biasa saya ada pilihan untuk pilih set A and set B. Ada ayam and ada beef. Saya pilih beef sebab saya suka makan steak. Dalam hati kalau servis tak bagus maybe makanan superb kot. This is the western menu so the types of menu is table d'hote which means they serve us course by course.The first course is appetizer. If I'm not mistaken the name of the menu is Chicken Fritters. And I was really impressed with the presentation. Hanya ada 5 ketul chicken yang di coat dengan tepung seolah macam makan jemput-jemput time petang minum kopi. The presentation sangatla worse. I segan plak nak amik gambar semalam.
Second course is soup. Potato soup. Quite ok and the taste still can be accepted.
Sampailah ke Main Couse iaitu Beef served with bla bla...... kalau uolss yang bukan background Culinary pun akan berkata dalam hati. Daging sangat la keras. Presentation out. In term of nutrition aspect memang takda. I wonder macam ni ke students dari Culinary Arts. Saya bukan dari bidang itu and I'm from Foodservice. Ye saya tahu barang mentah kat sini memang sangat limited and bajet gila-gila. But can u think something creative in term of presentation before u serve that menu to the customer....
Sama jugak dengan ayam. Overcooked. Presentation macam tak sudi nak kasi makan. Alahai.
Tapi sebelum ni saya tak pernah la lagi test makan. Yang ni first time. Tak tahula plak kalau before this the menu sangat bagus and bombastik. Wallahualam.....
Dulu i memang sangat down kalau bercakap tentang skills masak. Selepas tengok keadaan semalam saya boleh bangga dengan diri sendiri even though saya takda hebat mana. Bukan nak bangga diri tapi at least saya tahu di mana letaknya diri saya sebab saya suka sangat tak confident dengan diri sendiri.
Di kolej baru ni saya tak pegang Western tapi terpaksa ajar Baking. Kelas yang paling saya tak pandai. Tak banyak basics tapi sedaya upaya untuk belajar. Yang pensyarah Culinary ni mentang-mentang dia hebat selalu jugak skodeng products saya. Lagi la bertambah tidak yakin dalam diri.
So selepas peristiwa hari Isnin, saya bertambah yakin dengan potensi diri sendiri. Hahahaha....
Yang ni antara menu ikut suka saya yang pernah saya produce semasa kelas Western di Cybernetics:
Spaghetti Bolognese.
Saya rasa ni presentation bodo je tapi kalau nak tahu yang ni lagi better dari yang itu.
Roasted Chicken,
Supposely dalam satu plate main course perlu ada karbohidrat, protein, lemak, mineral, vitamin,
Perlu ada starch, ikan/ayam/daging and sayur
Ni satu lagi presentation hampeh,
Ikut suka,
Tapi i can say this is much more better than dari beef yang i order.
P/s: Mungkin saya yang terlalu fussy kot.....sekadar luahan perasaan
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment