Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Friday, October 30, 2009

Seronok!

Arini rase sangat seronok. Terasa nak terbang balik Ipoh skg jgk. Tapi tak bole.
Petang ni ade final exam leadership. Sok ade presentation RP. Wish me luck.

Then terus pecut balik Ipoh. Wah rase sangat tak sabar. Gelojohnyer.

P/s: Rindu gile sama En Azli

Thursday, October 29, 2009

RP!!!!

"Research that you know what will the results banyak sangat dah di buat- Countless readings on this topic"

"As far as I’m concerned, you should take another perspective and approach as an attempt to understand the phenomenon better. Much has been studied on the issue. However, statistics have shown that the more we understand the issues the more cases of food poisoning have been reported. This has shown that the issue and problem need to be handled differently. This will definitely attract the attention of the reader, if not this will be another trivial research exercise."

**********************************************

Haish susahnyer nak bace ape yang ade dalam minda Dr Rahmat. Minda?? Skemanyer perkataan. Huhu. Takkan nak gune pala otak plak. Tak seswai.

Tu la antara komen yang aku terima dari Dr Rahmat pasal research proposal yang nak aku buat. Huh sabo jela.

Malam ni harusla bertungkus lumus nak siapkan sumenyer and try to emel him back wif new research objectives and title.

Cepatla otak berfikir. Cergas~

P/s: Ni la adalah salah satu proses pembelajaran. Sigh~

Straight face

Esok dah start cuti. Plus sok ade final exam tuk subjek leadership. Exam after Maghrib dalam 2 jam. Sabtu ade presentation for research proposal. Aku terus berjuang untuk menghabiskan sisa-sisa yang tinggal. Plus menyiapkan complete report research proposal.

" Wah tinggal bape ari je lagi"

Ramai yang tanya ape perasaan. Bole tak kalau aku nak cakap aku takda perasaan. Macam kejam jer bunyinya. Takda kaitan pon ngn En Azli. Sampai Ipoh pon mungkin dalam Sabtu petang. Masa tu baru rase feel kot sebab tgk bilik, tgk persiapan, tgk rumah...

Kekasih yang tak dianggap

"aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah

sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah"

Feeling sangat lagu nie. Cik Dilla sedang melayan perasaan.

Tuesday, October 27, 2009

Crita Sedih

Cik Dilla nak story suatu crita yg mungkin bole dijadikan pengajaran tuk sume org. Tapi ni kisah cinta, kisah yang patut Cik Dilla tau...

Sangat sedih mendengar masalah kawan aku sorang nie. Bukan nak malukan die or buat citer bukan-bukan pasal die. Tapi aku rase ni patut di jadikan pengajaran buat semua orang especially yang dah ade pakwe dah ade tunang and dah ade suami.

Lelaki memang cepat berubah ker? Lelaki memang suke buat hal ker? Tak pun pompuan yang tak penah paham diri lelaki? It's so complicated rite? Nak memahami perasaan org lain plus perasaan kite pon perlu di ambil kira.

Tipah (bukan nama sebenar) telah bertunang dengan pilihan hatinya. Masa perkenalan sangat singkat dan dalam masa tidak sampai setahun perkenalan mereka telah mengambil keputusan drastik untuk bertunang. Dan masa bertunang tidak terlalu lama konon untuk mengelak perkara yang tidak diingini. Persoalan skg apakah tempoh perkenalan itu penting dalam menentukan keserasian pasangan tersebut? Sudah cukup ke si kedua pasangan memahami perangai masing-masing? Di awal perkenalan sumenye indah kan? Tapi lepas tu....

Pasangan ini akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Lebih kurang sebulan. Segala persiapan telah dilakukan. Barang hantaran, cameraman, baju pengantin, pelamin and bla bla banyak yang telah di sediakan. Hanya tunggu kawin jer. Persoalannya perlu ke kiter terlebih sedia untuk buat segala persiapan ni sebab bukan nak mendoakan sesuatu yg buruk but siapa tau kan, hanya Allah yang Maha Mengetahui?

Perasaan dan hati lelaki memang sukar difahami. Dan lelaki pon amat sukar untuk memahami hati perempuan. Di saat-saat akhir datang masalah yang tidak dijangka. Si lelaki cube membuat onar dan menuduh si perempuan cemburu buta. Cuba mengongkong dan menganggu hak privasi. Banyak perkara yang cube disorokkan dari si perempuan. Adakah ini yang dikatakan pasangan yang ingin sehidup semati.

Si lelaki disyaki telah melayan perempuan lain melalui ym, call dan sms. What da hell? Ko tau tak ko dah nak kawin. Perempuan mane or isteri mana yang sanggup tengok laki die main ngn prempuan lain. Tu ko cakap ko tak bebas. Ko nak bebas yg mcm mane. So stupid.

Skrg ni si perempuan sangat merana dengan sikap si lelaki. Tak taula nak salahkan sape. Setiap hari nak bersedih. Sampai melibatkan kedua belah famili. Sian mak ayah nak pikir masalah anak-anak meraka. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Penglibatan pihak ketiga dalam sesuatu hubungan sangat menyakitkan. Apa yang si lelaki nak dari seorang perempuan?

Cik Dila sangat takut untuk tempuh masalah yang mcm nie. Yang penting masing-masing jangan lupe diri. Saling percaya. Yang penting ruang untuk diri sendiri tu pon amat penting. Tak bole nk expect si lelaki akan melayan si perempuan setiap saat. Ni yang Cik Dila belajar dari En Azli. Setiap orang mungkin berbeza.

Kalau ade jodoh, insya Allah mereka akan bersama. Kalau takda mungkin ada hikmah di sebaliknya mengapa Allah temukan mereka. Semoga Tipah tabah dalam menghadapi dugaan dan sentiasa bersabar.

P/s: Doakan Cik Dilla and En Azli supaya berkekalan hendaknya. Masa akan datang tiada siapa yang dapat jangkakan apa yang akan berlaku. Harap happy ending story~

Monday, October 26, 2009

En Azli

Semalam moment yg indah bersama En Azli even sangat sekejap. Tak kisah pon En Azli datang lambat and menunggu lama. Janji dapat jumpe En Azli tersayang.

Teman die gi Midvalley. Shopping baju. Kalau shopping ngn En Azli paham-paham la. Kalah Cik Dilla bershopping. Beli baju kat British India. Coz design kat situ yg sangat kene dengan taste En Azli.

Dah la tak makan dari pagi. Huhu Cik Dilla sangat lapar ditambah menunggu En Azli memilih baju. Nasib masa tu dah lewat so rushing and direct to British India terus. Kalau masa lame lagi mungkin satu Midvalley die pusing. Cik Dilla la yang tak larat nak follow kehendak die. Huh terbalik kan. Tapi best dapat lelaki macam En Azli. Banyak idea senang nak tanya apa saje. Yes tula En Azli saya. =-)

Tapi lupe la nk snap pic tuk kali terakhir sebelum ahad ni. Huhu

Sigh

Pagi ni kelas Serving. Tak susah nak facilitate students ni sebab diorang dah biasa and expert. Huhu. So Cik Dilla membawa laptop ke kelas dan menyiapkan sedikit kerja yang perlu disetelkan arini. Teks ucapan Ketua Eksekutif untuk Majlis Konvokesyen nanti. Plus dengan Secupit Gambir. Secubit Gambir ke seulas pinang ker. Wateverla. Janji sama jer.

Bile kelas arini Isnin terlalu banyak sangat masalah and masing-masing tak penah nak amik kesilapan yang lepas sebagai pengajaran. Rase sangat terbatas.

Sigh sigh sigh~

Sunday, October 25, 2009

Gedikzzz

Wink wink..tengah tunggu En Azli datang.
Jumpa seminggu sebelum bergelar tunang En Azli.
Wah sangat gedik..

P/s: Terfikir apa bestnyer status tunang tu. Rase mcm sama jer. Lainla kawin kan~

7 hari lagi

Yes 7 hari lagi. Ahad depan la kan. Macam takda perasaan plak. Bodonyer Cik Dilla. Bukan ape terasa tak release abis lagi. Macm ada bende yang halang tuk aku merasa betapa bestnya aritu. Tunggula aku complete kan exam and research proposal tu. Whatever it is, I still can manage my time right? Nothing to worry about. Best bile dapat hidup dalam cabaran + jadi manusia yang kelam kabut. Baru terasa adventure. ;-p

P/s: Still thinking about my study. Huhu sowi En. Azli.

Susah nak puaskan hati semua orang

Manusia ade macam-macam perangai sendiri. Aku sendiri pon ade perangai aku jugak. So tak bole expect la kiter dapat puaskan hati semua orang. Manusia jugak berubah-berubah. Kejap die okay kejap die tak okay. Macam-macam perangai. Ade yang suke mengutuk belakang, ade yang dengki, ade yang rase tak puas hati, ade yang ikhlas bla bla. Yang paling menyampah kalo nak minta tolong bukan main lagi die jadi baik. Pijak semut pon tak mati. Tula lumrah manusia.

Bila dah keje dah banyak bergaul dengan ramai orang. Kiter dapat bace dah perangai masing-masing. Bukan sume tu ikhlas. Ade segelintir jer. Ade jugak yg tak suke tengok kiter ni senang and berjaya. Mula la buat crita bukan-bukan and menjauhkan diri. Normal la tu kan. Huh wateverla.

Masing-masing dah ade life sendiri. Buatla hal masing-masing. Sejak dah keje hidup aku bertambah busy plus ngn study lagi. Takda masa nak pikir bende-bende yang remeh temeh.

P/s: Crite takda kaitan dengan sape-sape yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Speechless

Bz..bz..bz..so that why la blog ni sepi sekejap without any post from Cik Dilla. Huhu...

Minggu lepas terasa sangat serabut sebab menyiapkan sisa-sisa assignment yg perlu disetelkan. And alhamdullilah dah setel sumenyer. Walaupon tak berapa puas hati ngn hasilnya. What do you expect kan. Buat keje last minute. Tu la hasilnyer.

So skg nie cume tinggal nak siapkan research proposal. Sepatutnya Sabtu dah kene present, Tapi memandangkan slide presentation tak siap. Bajet nak siapkan Jumaat after class. But then terlalu letih and mengantuk. So i cannot force myself to finish that slide malam tu jugak. I need rest!

Sabtu tu class Dr. Rahmat tak datang coz nk tido puas-puas. Gile kan Cik Dila ni. Tido lagi penting dari class. Agak rugi jgk sebenarnya bile tak datang kelas smlm. Huhu.

This coming Friday dah start final exam for leadership subject. So please do the preparation.

Thursday, October 22, 2009

Musykil

Geram nape aku tak bole nak bagi comment and tulis ape-ape kat facebook. Nape ek bole jadi macam tu. Tu pasal la facebook aku mcm sunyi jer. Banyak bende nak komen kat page org lain. Langsung tak bole. Emm mungkin sebab aku pakai laptop En Azli kot.

Tapi pelikla nape tak bole. Apa yang tak kene. Sigh~

Wednesday, October 21, 2009

Tensen

Tengok jam. Alamak dah pukul 10 p.m. Banyak bende kene setel:-

  • Intebiu 2 orang leaders tuk subjek leadership. Baru dapat sorang Prof Naza. Lagi sorang sape????
  • Prepare soalan tuk di tanya kepada Prof Naza-personality traits, leadership styles and leadership skills. Tu die punyer key points. So how to structure kan soalan yang bernas mengikut key points tu.
  • Dah siap intebiu kene buat report
  • Pastu kene present plak
  • Presentation book review pon tak setel lagi
  • Presentation research proposal apatah lagi
  • Research proposal tak siap sepenuhnya
  • Final exam leadership 30 okt ni bersamaan dengan ari Jumaat selepas waktu Maghrib
Malas!!! Malas!!! Malas!!!!

=)

Haha..terasa nak gelak dulu.
Arini konon nak protes tapi tak jadi. Selalu macam tu,
Sebab pagi-pagi die dah bagi mood ceria,
So tak jadi...

Hahaha~

Tuesday, October 20, 2009

Jangan Pernah Berubah

Jangan Pernah Berubah – ST 12

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas tuk bertahan

Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya

Monolog

Sejak akhir-akhir ni terasa kosong. Tapi sedaya upaya untuk tepis perasaan tu. Anggap mcam mainan perasaan jer. Untuk elakkan rase kosong, aku akan cuba untuk sibukkan diri walau sebenarnya tak berapa nak sibuk. Malam nie pon terasa kosong.

Nape terasa kosong?

Terasa mcam nak ulang balik waktu yang lepas-lepas. Waktu yang terisi dan tak pernah kosong. Tapi rase macam takda harapan.

Nape manusia cepat berubah?

Cepatla sibukkan diri, gembirakan hati supaya aku lupe yang aku sebenarnya kosong.

Tak cukup memahami ke aku nie? Tak cukup bersabar ke aku nie?

Di waktu dan saat memerlukan, jarang nak ada. Aku sendiri berdikari. Yes aku banyak berdikari. Cube jadi seorang perempuan yang mampu lakukan apa saje tanpa harap bantuan sape-sape.

Perlu ke aku lakukan sesuatu?

Aku benci perasaan macam nie. Sekian terima kasih.

P/s: Ntah apela Cik Dilla mengarut malam-malam buta nie.

Geram

Apa ye cara yang terbaik tuk mengajar budak-budak nie?

Tadi kelas buat kuiz then ade beberapa orang yang datang agak lambat. Memang lambat. Kelas satu jam jer. Tapi lagi setengah jam nak abis kelas baru sampai. Bile ditanya kenapa lambat. Jawapan yang menyakitkan ati yang diorg bagi. Alasan paling bodoh (sorry ayat kasar), lambat bangun. Sebabkan kelas aku kelas pertama diorg tuk arini. So bangun lambat and lambat datang kelas. Ingat aku sape agaknya bole menjawab mcm tu. Biler dah baik ngn diorg, bagi kebebasan, buat sempoi dalam kelas, jangan ingat bole pijak kepala. Geram rasenyer. Ade masa bile dah terlampau jadi melampau sangat, Cik Dilla bole hot tau.

Nak jadi garang?? Oh tidak semestinya sepanjang semester perlu buat muka singa betina lapar. Dah sehabis lembut aku dalam kelas. Bengang jgk pada segelintir pelajar yang tidak pernah bersyukur and tau nak amik kesempatan jer. Sigh~

Apa itu cinta? Apa itu perkahwinan?

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta…

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan…….

Monday, October 19, 2009

Preparation

Hasil dapatan setakat ini:-

* Nak siapkan sikit-sikit hantaran tuk bakul buah and kotak baju melayu

----> DONE

* Nak langsaikan bayaran tuk duit butik pengantin tu
----> Setelkan after sume setel

* Nak setelkan hal bilik
----> DONE

* Nak gi jumpa mak zai nak amik dulang
----> DONE. Sewa jer senang

* Nak confirmkan balik berapa hantaran and kuih ape yg perlu di order
----> DONE. Tapi takut plak masa hari kejadian berubah

* Nak confirm balik perlu tak aku sewa alas dulang atau nk pinjam jer
----> DONE. Sewa

* Kalo sempat nak gi wat facial jap
----> Kalo sempat

* Perlu ke nak buat manicure??
----> Tak perlu. Tangan i memang dah lembut pon. Full stop

* Nak gi confirm balik butik tu nak tengok baju, kalo ade yg cntik nak tukar. Pastu nak fitting sekali sebab nanti aku balik ari Sabtu so tak sempat nak fitting baju ikut badan aku
----> DONE. Dah amik ukuran plus dh tukar baju

* Nak beli barang-barang tuk lengkapkan hiasan hantaran
----> DONE. Just tunggu hari kejadian jer

p/s: Hope everything berjalan dengan lancar walaupon masa itu Cik Dilla sedang busy ngn final exam plus sedikit assignment yg perlu disetelkan plus abiskan syllabus students ni sebab diorang pon nk final jugak. Cepatla berakhir~

Penat

Bile pikir masuk ari isnin,

banyak bende kene buat,

rase runsing plak,

penat menghadap bende yang sama setiap hari,

rase nak lari dari sume nie,

aku dah bosan,

aku rase menyampah,

bole tak aku nak dok bersenang lenang jer,

malas, malas, malas, malas, malas,

Geram jer rase!!!!

Sunday, October 18, 2009

Hepi Deepavali

First of all, Hepi Deepavali...---->

Wah terasa lame jer tak update blog nie..Huhu padahal semalam jer tak post pape pon. So arini terasa nak post something la.

Location Cik Dilla skg berada di Ipoh. Huhu ari Jumaat after keje terus bergegas balik. Tak pegi kelas pon. Biarla kan. Malas nak pikir. Dari opis trus gi Putrajaya. Amik angah. Sebab nak balik ngn die.

Sampai dlm lebih kurang 630. Dari Putrajaya ke Ipoh sampai lebih kurang pukul 10. Plus jem plus berenti plus watever la.

Kat umah berpikir-pikir perkara ape yg perlu diselesaikan sebelum majlis nanti. Semalam gi butik pengantin konfirm balik ngn akak tu. Amik ukuran badan. Tukar baju. Baju yg sebelum nie aku agak tak berapa berkenan sgt. Pastu beli skit brg tambahan tuk hantaran.

Petang ikut mak ayah gi Parit. Gi tempah kuih. Plus mejemput sedara mara terdekat. Gi umah zai nak pinjam dulang. Tapi rasenyer macam kene sewa jer kat akak kedai pengantin tu.

Semalam jgk En Azli wat open house and kenduri. So komunikasi antara kami sangat berkurang sebab die sangat sibuk. Aku tak kisah pon. As long as masing-masing tau sape ada dalam hati masing-masing. Huhu perlu ker???

Hari ni pagi-pagi dah pegi pasar. Balik pasar tolong mak masak. Arini menu tengahri sangat sedap. Tempoyak ikan patin, ayam goreng kentucky, sayur campur goreng, ulam, and kerabu darat. Huhu sedapnya.

Pasni nak gi beli barang lagi. Huhu tak taula nak balik KL pukul bape nie. Tak terasa nak balik. Padahal sok keje. Ada kelas pagi-pagi lagi.

P/s: Mood nak bertunang dah sampai. Wink wink

Thursday, October 15, 2009

Nak ke Taknak

Cik Dila sedang berfikir-fikir

Sok nak balik Ipoh ker atau balik pagi Sabtu

Macam rase nk ponteng lagi kelas Jumaat tu

Ermmm

Pls decide now~

Wednesday, October 14, 2009

Swing Mood

Arini time pagi jalan raya sangat jem teruk. Pelik sangat. Pastu ditambah dengan hujan yang tak berapa nak lebat. Ntah mana datangnya kete banyak-banyak tu. Semalam ok jer. Saya sangat benci traffic jem. Nasib baik pakai kete angah sebab auto. Tapi kete auto ni buat aku tambah ngantuk. Bayangkan time kete banyak nie aku bole mgantuk. Sebab darah kat kaki kiri tak berfungsi dengan lancar. Huh wateverla Cik Dilla.

Arini kat kelas students pon buat perangai. Tersangatla geram dengan perangai diorang arini. Bising mcam kat pasar malam. Lagi teruk dari pasar malam. Larat ke aku nak menjerit sampai takda suara. Last-last nak balik aku blah mcm tu jer. Takda ucapan kata-kata terakhir dah. Padan muka korang. Esok siapla. Time presentation aku balun korang cukup-cukup.

Balik opis sangat letih. Mata sangat mengantuk. Sakit belakang. Lenguh pinggang. Lepas jer makan nasi goreng paprik aku terus terbaring and tido-tido ayam. Tak kira la dah nak dekat Maghrib ke ape. Sebab letih bangat. Zai dah bape kali kejutkan aku sebab tido time Maghrib.

Skrg ni Cik Dilla berada pada paras celik semata-mata untuk menyiapkan research proposalnya yang tak siap-siap dari aritu lagi. Apa nak jadi la. Presentation 24 Okt. Kalo tak bagi Dr Rahmat check skg alamatnya time presentation kene kondem + balun teruk. Huhu.

P/s: Skrg Cik Dilla tengah PMS tu sebab die asik nak marah-marah and cakap merapu jer. Harap maklum. ;-)

18 hari lagi

Lagi 2 minggu 4 hari atau bersamaan dengan 18 hari. Tak lama jer lagi rasenye. Tak sabar nak tunggu hari tu. Tak payah nak pikir-pikir and rase cuak mcm ni lagi.

Minggu ni balik Ipoh nak setelkan hal sikit-sikit lagi. Nak buat ape ek:
  • Nak siapkan sikit-sikit hantaran tuk bakul buah and kotak baju melayu
  • Nak langsaikan bayaran tuk duit butik pengantin tu
  • Nak setelkan hal bilik
  • Nak gi jumpa mak zai nak amik dulang
  • Nak confirmkan balik berapa hantaran and kuih ape yg perlu di order
  • Nak confirm balik perlu tak aku sewa alas dulang atau nk pinjam jer
  • Kalo sempat nak gi wat facial jap
  • Perlu ke nak buat manicure??
  • Nak gi confirm balik butik tu nak tengok baju, kalo ade yg cntik nak tukar. Pastu nak fitting sekali sebab nanti aku balik ari Sabtu so tak sempat nak fitting baju ikut badan aku
  • Nak beli barang-barang tuk lengkapkan hiasan hantaran
Banyaknyer kene buat. Sempat ker..Wah takutnyer. Walaupon takut tapi rase best. Wink wink.

Tuesday, October 13, 2009

Adapter buat hal lagi

Tadi balik ofis terus gi Seremban, umah En Azli. Arini laptop aku buat hal. Adapter rosak tak bole pakai. Macam tut. Masuk kali ni kalo beli baru dah 3 kali. Bengkek jer rase. Ntah ape kenenya ntah. So tu pasal la gi umah En Azli nak pinjam laptop die buat sementara waktu. Tak bole hidupla kalo tak laptop. Rase mcm takda life. Huhu.

Pastu nasib baik tak kene tahan tadi kat opis. Tak bole balik selagi tak buat moderasi soalan final secara kumpulan. Orang tu punyer pasal tak pasal-pasal sume lecturer DHC terlibat. What da hell. Rase angin satu badan. Skg ni malas nk ikutkan sgt. Skg ni aku ikut pala otak aku sendiri jer. Banyak sangat bende yang tak betul. Ni kalo ade yang terbaca and sampaikan pada org itu, dengan segala hormat sangat di alu-alukan. Biar die sedar diri ckit.

Huhu tak baikla kutuk-kutuk org nie. Menambahkan cas negatif dalam badan nie jer...Syuh syuh aura negatif.....

Monday, October 12, 2009

Sunday

Semalam ahad gi Seremban. Pegi umah En Azli. Jumpa En. Azli. Aku sampai umah En Azli dah petang. Sian plak mak En Azli tunggu. Haishh bodonyer rase. Aku bole plak berlengah-lengah. En Azli sibuk urus hal kematian rumah jiran die. Sampai umah En Azli mak die bersiap nak gi Giant beli barang dapur. Sementara tunggu kat luar tu, mak En Azli bersembang dengan jiran sebelah rumah. Sempat mak En Azli memperkenalkan aku ngn jirannya itu.

"Ni la bakal tunang Azli...."

Wah malunyer rase. Wink wink.Rase merah padam muke. En Azli yang ade kat situ pon turut terasa malu. Huhu...Lepas jer mak En Azli kuar, aku and En Azli pon kuar jugak. Hehe

****************

Kuar bersama kawan-kawan En Azli. Huhu no time tuk berdua. As usual. Makan- makan minum minum. Then gi tgk wayang. Surrogates. Best gak. Mood En Azli arini kureng sebab die letih kot. Tak pela. Tapi macam tak patut plak aku gi tgk wayang. Sepatut aku nak bersembang ngn mak die pasal kenduri.

Balik dari tgk wayang. Terus gi umah En Azli. Tapi mak En Azli gi majlis tahlil plak. So tak sempat lagi nak jumpa. Jam dah nak dekat pukul 10 malam lebih. Sigh...

p/s: Research proposal tak siap bole plak bersuka ria.

Friday, October 09, 2009

09-10- 09

Arini di ofis agak relaks cikit coz pg tadi cuma ade perjumpaan penasihatan pelajar untuk distribute borang pendaftaran kursus kepada pelajar melalui penasihat masing- masing. Disebabkan ada perjumpaan PP semua kelas pada hari ini di batalkan. Yes dapat relaks sekejap. Penatla ari-ari buat keje non stop. Haishh...

Tapi arini ade kelas kt UiTM. Nape la Dr. Artinah tak penah batalkan kelas. Huhu..Esok submission tuk Research Proposal plus ngn presentation strategic marketing. Huh stress betul.

Yang tinggal (Wall of Tension):
  • Research proposal (tgh pikir nk submit esok or next week)
  • Interview Leader plus presentation (mnggu depan submit)
  • Presentation research proposal
Ermm rasenyer tinggal tu jela kot yang perlu disiapkan sebelum bersedia tuk final.

Thursday, October 08, 2009

Beron~

Wah tensionnyer rase nak siapakan sume assignment nie. Sume rakan seangkatan ku tengah pulun abis plus tension buat assignment di saat-saat akhir nie. Arini dah ari Khamis. Sok ari Jumaat and lusa ari Sabtu. Assignment tuk ari Jumaat aku da setelkan and satu subjek ari Sabtu aku dah setelkan. Yang tinggal cuma Research Proposal jer lagi. Nampak gaya macam tak tido jer malam nie. Dr. Rahmat tak patut dera kami semua mcm nie. Huhu bgtau last minute. Sume study part time bukan full time. Kalau full time bole consider lagi. Mana nak kejar ...study lagi keje lagi. Pening.

Ape pon try to be cool. Buat keje ikut priority. Berani amik risiko. Nape nak amik risiko plak.Hurm taknak cakap pasal nie. Coz sensitive issue. Wink wink.

And now tengah bersedia tuk buat research proposal. Bersedia tuk jadi mereng dan sawan. Bak kata Syaquif tadi. Huhu...

Wednesday, October 07, 2009

Bencana alam

Adakah Malaysian 10 tahun akan datang selamat untuk di duduki??

I'm always thinking that question sejak kebelakangan nie. Tadi on da way gi opis bukak Hot FM, and the topic for that morning is about berita yang diterima dari sms berkaitan dengan ribut yang akan melanda Sabah. If I'm not mistaken la coz aku suke sangat tukar-tukar channel.

Baru-baru nie bencana alam sering berlaku. Gempa bumi di Indonesia and banjir dan ribut di Manila. The problem is bencana tu berlaku di negara jiran. But why Malaysia mesti terkene tempias dari bencana tersebut.

Still ingat lagi masa belajar Geografi form 1-3. Cikgu Zul yang ajar masa form 2. Wah Cik Dilla still remember la nama cikgu die. Hehe. Emm Cikgu Zul cakap Malaysia terletak di garisan khatulistiwa dan selamat dari bencana alam seperti gempa bumi, letupan gunung berapi and bla bla. Tu lebih kurang 10 tahun yang dulu. Then tibe-tibe Malaysia turut terkene tempias bencana alam contoh paling dasyat masa Tsunami aritu.

Tapi apa pon bencana alam yang berlaku pasti ade akibatnya kan. Ntahla tibe-tibe aku jadi takut plak. Dunia semakin tua, bencana alam kerap berlaku....

Monday, October 05, 2009

Direction~

Aku adalah anak dari keluarga yang sederhana. Aku bukan anak dato atau anak orang kaya yang suka-suka hati nak abiskan duit mak bapak pada perkara yang tak tentu hala. Mak ayah aku selalu bagi nasihat supaya kami sume belaja pandai-pandai setinggi yang bole. Alhamdullilah sume adik beradik aku still lagi mendengar nasihat yang diberikan oleh mak dan ayah.

Walaupon banyak sangat dugaan aku harus terus tabah dan bersabar. Harungi apa jua halangan dan cabaran sebelum berjaya sampai ke situ. Orang selalu tanya nape ko sibuk-sibuk macam ni sampai nak menyusahkan diri? Sukati akula kan. Aku nak ubah diri dan keluarga. Nak senangkan mak dan ayah yang telah bersusah payah besarkan aku mcm mana aku arini.

Biarla aku menangis sekarang sebab kepayahan yang terpaksa ditanggung. At the end aku akan dapat balasan atas sume nie. I hope so. Amin.

P/s: Cik Dilla cube mencari semangat yang semakin tipis. Huhu...

Sunday, October 04, 2009

Sunday

Starting for today activities, invitation from Liyana. Pergi rumah die makan-makan. Konon nak suh kitaorang siapkan bunga telur die. Huhu. For your information, Liyana is the first person yang kawin antara kami semua. I mean 1B-3B batch 1999-2001. Siapa sangka die akan kawin dulu dari kitaorang sume. Haha. Congratz my friend. You are getting married soon. Huhu

Then gi open house umah member opis Zai. Boring dok kat umah. Padahal keje berlambak sangat-sangat.
Dapat makan laksam yang sedap. Walla..

Kelas semalam sangat berpuas hati. Coz aku dah lepaskan geram and I did well for my presentation than my other group members. Who's saying that I'm not contribute ideas and not give good cooperation to finish the group project assignment. Thank you guys for your emel yang pedas. I will keep it and will learn from my mistake. Whatever it is, I don't care. The most important things I will get the marks and pass for this subject. And finish this semester as soon as possible. No hurt feeling guys. I don't bother at all.

Friday, October 02, 2009

Tensi

Arini balik kelas aku menangis. Pelikkan sebab terlalu letih plus tension. As usual ari Jumaat kuar opis 5 pm (dapat pelepasan kuar awal). Then terus gerak gi Shah Alam. Siap berlumba lagi ngn Natrah and Murni. Sape sampai dulu akan dibelanja KFC. Seperti sebelum-sebelum ni aku akan sampai dulu dari mereka even akulah orang paling lambat kuar opis. Well you know me. Haha..But today Murni sampai dulu sebab Cik Dilla gi melencong ke Sek 2 konon nak cari pisang goreng. Lapar gile. Breakfast roti canai telur plus roti kosong. Bajet bile makan 2 keping roti canai akan kenyang sampai esok. Tengahari tak makan. Rupanya takda sape pon jual pisang goreng kat situ. Em takpe takda rezeki. Bergerak ke UiTM...

Dalam kelas tak dapat nak fokus ditambah dengan mata yang mengantuk. Dr Artinah dah pesan siap-siap due date tuk submit all the assignments. Bertambahla ketensionnan ku. Kelas start pukul 6 pm until 10 pm. Break for solat Maghrib jer. Sangat letih. So that why la aku tak dapat kawal perasaan ni lagi. Selalu mampu bertahan but today I cannot resist that.

And now still have to stay up to finish my presentation slide for tomorrow class. Tak tau la nak tido pukul bape nie. And because of this problem, I have decided not to take more than 3 subjects per semester. Full stop. Memang nak cepat abis tapi badan dan otak ni terlalu letih and padat. Tak mampu rasenya. Biarla masa dan keadaan yang menentukan. The most important things is I am happy + badan tak letih + I have enough time to pamper myself + happy + happy....+ happy +............

Thursday, October 01, 2009

=)

Supposely today kene bayar bil broadband. That why la connection macam hampeh. Asik disconnect jer. Pada kebiasaanya bile working hour aku and En Azli akan berym. Tapi arini sebab terasa menyampah bile connection internet asik terdc jer aku decide and kol En Azli cakap aku taknak online arini. Lagi pon pukul 230pm-430pm aku ade lecture. So malas la nak on ym.

Start pukul 2pm sampai abis kelas aku tak sms or call En Azli pon. Then tibe-tibe En Azli sms. Masa tu aku ade meeting untuk Sekreteriat Protokol untuk Konvokesyen. Start 430 pm. Disebabkan kelam kabut aku takdala pedulikan En Azli.

Tibe-tibe...tut tut (bunyi msg alert)

En Azli : Walaupun awak hilang beberapa jam tapi rasakan beberapa hari awak hilang...

Wah sangat touching bile En Azli bagi msg mcm tu. Terus senyum sampai ke telinga kat dalam meeting room tu. Haha..Best best...

Wink Wink

Jangan salah paham dengan post di bawah ini. Aku bukan nak kawin dalam masa terdekat ni tau. Jauh lagi perjalannanya. Biar masa yang menentukan.

Hari ni 1 Oktober 2009. Genap sebulan lagi untuk aku menempuhi hari bahagia itu. Takut..tak sabar...berdebar...

Sesuai Untuk Orang Yang Bakal Nak Kahwin

ADA banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam hubungan anda sebagai pasangan kekasih kerana ia akan mempengaruhi masa depan kehidupan anda bersama.

Perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata. Jika cinta yang dijadikan asas, besar kemungkinan perkahwinan yang didirikan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Pandangan keluarga, perancangan masa depan, persamaan dan perbezaan antara anda dan teman perlu dibincangkan bersama sebelum anda mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

Bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia membabitkan banyak pihak dan isu. Ketika bercinta semuanya indah, tetapi apabila sudah melangkah ke alam perkahwinan barulah tampak kepincangan masing-masing.

Tanpa perbincangan, anda akan mengalami pelbagai masalah kelak, justeru tetapkan hala tuju anda dan pasangan sebelum mengambil langkah lebih serius. Persoalan berikut mungkin boleh dijadikan pertimbangan.

Pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga.
Apakah pengalaman duka masa kanak-kanak akan menjejaskan perkahwinan anda?
--->
Rasenyer macam takda jer.

Kasih sayang daripada ibu bapa.
Apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering berselisih faham?
---> Ibu bapa saya memang sangat penyayang dan mengambil berat. Until now mereka sangat bahagia even anak sume dah besar panjang. Aritu mak ayah saya kene puji. Ada orang cakap muka meraka 10 tahun dulu sama je sampai skg walaupon anak dah besar panjang. Huhu

Latar belakang agama.
Adakah anda seorang yang beriman dan bertakwa?
---> Insya Allah

Pendidikan.
Apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? Apakah anda berasa tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? Apakah anda bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?
---> Tiada masalah dalam hal ni.

Latar belakang budaya dan sosioekonomi.
Bandingkan latar belakang masing-masing - lebih besar perbezaan antaranya maka lebih besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga, harapan tradisi dan sebagainya.
---> Lebih kurang samo jer...

Kepintaran.
Apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? Apakah ini mungkin mencetuskan rasa iri hati?
---> Saling melengkapi.. En Azli memang seorang yang pintar.

Hubungan dengan mentua.
Apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana hubungan anda dengan mentua?
---> Pasti mereka suke dengan pilihan saya ini. Haha. Hubungan dengan mentua??? Ok takda sebarang masalah. Mak En Azli memang seorang yang baik hati.

Sikap dari segi kewangan.
Apakah anda akan berbincang mengenai cara menguruskan kewangan selepas berkahwin?
---> Semua dalam kepala masing-masing. In planning..

Bilangan anak.
Apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan perancangan keluarga? Apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak?
---> Anak?? Takutnya...Emm biar masa yang menentukan. Kalau bole nak setelkan study dulu baru nak buat anak banyak-banyak. Sangat tidak senonoh Cik Dilla ni.

Masalah seksual.
Apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? Anda berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan tiada masalah seksual.
---> Ha??? taknak cakap pasal nie. Serammmm...Kesiannya jadi perempuan kan..

Pemilih tempat tinggal.
Di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin - di rumah sendiri atau mentua. Jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan mereka?
---> Mahu tinggal di rumah sendiri bole...maybe cari rumah kat Seremban kot even though aku masih mencari makan di KL.

Anda Bersedia Untuk Menjadi Ibu Bapa?
Dalam perkahwinan, pasangan biasanya akan merancang untuk mempunyai anak. Perkara ini wajar dibincangkan ketika anda merancang untuk berkahwin. Ada banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dulu. Adakah anda benar-benar mahukan anak? Berapa ramai? Bila? Anda dan pasangan wajar membincangkan tahap persediaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, juga sama ada anak akan melengkapi kehidupan berkeluarga serta beban kewangan yang bakal dihadapi.
---> Setiap pasangan yang berkahwin mestila nak anak kan. En Azli kan dah makin dewasa mestila die nak anak cepat-cepat. Tapi ape pon bergantung kepada keadaan, masa dan rezeki.

Friday, October 30, 2009

Seronok!

0 comments

1 comments

3 comments

Disable Right Click