Followers

Friday, December 31, 2010

Azam Misi 2011

Salam dan hai,

Saya tengah melipat kain. Tapi masih sempat lagi nak update sesuatu kat sini. Bajet bole buat multi-task dalam satu masa. Niat asal nak jadi mcm Ben Ashaari. Blog femes tu. Huhu jangan nak bajet sangat la nok. Macam la catatan diari ko best sangat. Ok what at least mesti ade matlamat. Start meroyan nak jadi femes. Ok senang citer, misi 2011 nak jadi femes. Mari muntah beramai-ramai. =p

Saya sepanjang hari memerap kat rumah. Sibuk claim diri banyak keja. Kuar tadi pon pergi beli nasi ayam wak. Setiap kali cuti memang nasi ayam wak menjadi santapan saya. Dah macam takda menu lain. Den bukan apo, malas nak berebut dengan orang lain beli nasi campur. Bersosak. Den memang alergik sikit.

Owh ya hari ni kan last day 2010. Mesti ada antara kalian yang dah siap planning nak gi celebrate. Macam mana rasenya celebrate new year. Sepanjang hidup saya 24 tahun tak penah pergi celebrate. Rasenya takda faedah pon. Benci tengok orang ramai mcm tu. Menyakitkan mata bila tengok anak muda zaman sekarang yang berpeleseran konon terasa hidup seperti di New York. What da...?? Orang New York pon tak mcam tu. Risau bile memikirkan bile zaman semakin menuju ke era globalisasi. Tapi manusia semakin menuju ke era globalisasi globalibasi. Harap uols paham-paham sendiri la. Memang la sume orang tak macam tu. Harap saya masih punye iman di dada untuk menepis perkara globalibasi tu. Amin.

So ape misi 2011 uols. Kalo set kan azam pon kene betol cara. Kalo ikut saya, saya suke listkan sesuatu yang lebih spesifik. Spesifik yang macam mana? Contoh, azam baru tahun 2011 adalah nak jadi insan yang lebih baik. Ni adalah contoh azam yang tidak spesifik. Sume orang nak jadi insan yang baik bukan. Lebih afdal kalo uols listkan bagaimana cara untuk menjadi insan yang lebih baik. Contohnya kalo uols jenis mulut jahat aka lepas kan. Cakap ikut sedap oren je tanpa pikir perasaan orang lain, konon nak bergurau, tapi gurauan korang kasar kan. So azam baru lebih simple, saya taubat taknak buat keje mcm tu. Nak lebih berhati-hati bile berkata-kata. Misalannya la....(merujuk kepada diri sendiri. At least saya sedar diri kan)

Ok apa misi azam saya. Saya suke perkataan misi instead of azam. Azam dah macam nama orang plak kan. Beruntungla sapa yang nama Azam, setiap masa penuh dengan azam.

Jom zaas misi part 1 saya untuk 2011(ni je yang sempat saya pikir, sepanjang tulis post yang ni. Tu berjela sebab sambil tulis sambil pikir misi. Huhu)

  • Complete master. Ikut plan awal. Saya mahu completekan dalam bulan Mei. Tapi memandangkan ada kesilapan teknikal. Saya rase mungkin bulan September kot. Tapi still dalam 2011 kan. Sama-sama doa la ye.
  • Mencari perkerjaan yang lebih baik. Better offer. Bukan nak cakap tak best keje kat sini. Memang la best. Tapi saya mahu cari peluang baru. Hope di Seremban supaya dekat dengan En Azli plus dah beli rumah kat sana.
  • Mahu avoid last minute preparation for my big day. Ok biarla saya bagi tau siap-siap ye. Tarikh dijangka berlangsung 4 September 2011. Time raya. Hope everything goes well.
  • Nak tamatkan zaman single dengan lelaki yang paling saya cinta dalam dunia ni --> Mohd Azli Bin Mohd Noor @ Ramlee
  • Mahu kejar big salary. Yeah saya memang mata duitan.

Setakat ni je yang mampu saya share dengan uols. Yang lain-lain akan di-update dari masa ke semasa. Saya tak merangkumi keseluruhan hidup pon. Tapi saya mahu semat dalam hati je. Takut nanti ada yang cube-cube nak memperlekehkan saya. Huhu memang saya tak suke orang underestimate saya. Ingat best sangat ke. Huhu.

Okla mahu bersiap-siap bersiram. Perasan macam puteri raja.

Sukati kau la labu.

Serba salah nok

Diluah mati mak, ditelan mati bapak.

Esok kan adik En Azli nak menikah. So skg ni mereka tengah sibuk buat preparation terakhir. Semalam En Azli mesej bagitau saya kalo free esok datangla, tolong buat hantaran. Huhu hasrat dalam hati memang nak. Kalo dah tersayang cakap mcm tu mana bisa mahu menolak kan. Pergh nak cube-cube berbahasa Indonesia.

Bile say no atau cakap ada keje rase bersalah tersangat. Tapi pada hakikatnya memang saya tengah banyak keje. Disebabkan sifat saya yang suke melengahkan keje. Yang suke tunggu last minute baru nak buat. Skg ni tengah meroyan sebab sume nak submit Isnin ni. Padan muke kau saya.

Laling i memang nak datang. Tapi tunggu i siapkan keje i sikit ye. Promise sok i dtang.

P/s: Kate buat keje tapi sibuk plak update kan. Ape kes!!!

Meroyan

Cube tengok jam dah pukul bape? Mentang-mentang esok cuti. Bagus jugak Indonesia Malaysia menang kan. Dapat cuti free. Huhu syok wei. Sape yang kawen new year ni mesti untung. Bestnye. Tak usah nak gedik sangat la bile dengar perkataan kahwin.

Tu pon saya dengar radio pagi tadi, kalo tak sumpah saya tak tau esok cuti. Apa lagi keje meroyan datang tibe-tibe dalam kepala otak ni. Stress after jumpe En Akmar, bos pusat tuisyen. Tengok subjek Geografi, blur tak tau teknik yang sesuai nak ajar nanti. And ade beberapa topic yang saya memang tak pernah atau lebih tepat sengaja taknak amik tau even 9 tahun lepas saya amik PMR kan. Sengal dowh.

Then masa nak balik opis tadi terpikir nak msg rakan seperjuangan buat keje tu. Huhu siapa lagi babe. Cik Akmar. Tengok nama pon sama macam bos pusat tuisyen saya. Apa lagi bile dengar je ade kat Gombak, saya cube-cube untuk menghasut die untuk pergi Karok. Terapi paling best time serabut.

After 2 jam melalak sampaikan ade satu masa tu sume sistem cd benti tibe-tibe. Dah la masa tu saya tengah sedap menyanyi lagu Spoon-Sepenuh Hati. Lagu yang pernah ditujukan untuk saya oleh si polan atau lebih senang ex. Cube-cube mengimbau kenangan lampau ye. Jangan tiru aksi ni ye tuan-tuan dan puan-puan. Bebudak yang lain sume kuar bilik time ni. Kelakar gile. Sebab rata-rata yang pergi situ macam mat samseng je. Saya and Akma je mcm lari tema. Mereka bukan main marah lagi. Sengal btol.

Lagu tu tak sempat nak dihabiskan. Terus tukar next lagu. Malas plak nak nyanyi balik. Petanda tak baik tu. Huhu...whatever. Pukul 1130 pm jgk baru kami kuar then terus cari tempat makan. Kami zaas ke Shah Alam. Mamak Hakim tempat lama untuk melepak menjadi pilihan kami. Mana tak gemuk makan waktu malam. Siap order mee goreng mamak. Ikutkan hati nak order nasi, ayam goreng and kuah campur. Tahan je nafsu tu tadi. Tak pasal-pasal bertambah kembang bontot saya ni. Huh censor!

Wei dah malam bebenor ni. Bukan malam tapi pagi. Ntah bilenya nak tido. Saya and Akmar dok sibuk melayan laptop memasing. Jangan sampai tertido depan laptop dah la. Huhu

Tak suke! Tak suke!

Tak suke...serius tak suke...

Nape la saya rabun dari kecik...haishhhh

Tadi saya dah amik spec. Serius rasa mcm skema gile bile pakai.

Tak suke bile tengok diri sendiri dalam keadaan macam ni,

Rabun saya agak teruk, bayangkanlah power untuk 2 biji mata:

450 -->mata kiri,

425 --> mata kanan

Gile kan..so bile cube pakai spec rase nak pitam sebab tak biasa ditambah plak power kuat,

Skg ni masih dalam proses penyesuaian diri,

Mengeluh lagi,

(tebiat yang tak baik, jgn ikut)

Thursday, December 30, 2010

Videographer Part 4

Salam dan hai,

Firstly tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana menjuarai Piala AFF Suzuki. Semalam kan saya bising housemate saya macam kera kena belacan. Takpela labu asalkan Malaysia menang and esok cuti. Big yeayy...

Pagi tadi En Azli call tanya pasal videographer tu. Beliau suruh saya proceed and grab je. Kan aritu saya ade tanya quotation kat abg Wira. Bole rujuk post yang ini ---> Videographer part 2

Saya kan bakal pengantin bajet so sume bende kene based on budget kami. Bile tengok pada quotation yang dihantar, saya rase saya perlu grab untuk pakej 1 hari. Saya tak mampu nak buat sampai 7 hari 7 malam kan. Oleh itu saya perlu menyusun kembali tentatif majlis untuk big day nanti. Yang ini refer kepada majlis di rumah saya ye. Yang belah sana, saya tak masuk campur sangat. Sebab saya tahu En Azli bole handle sendiri.

Kalo saya nak amik abg Wira, saya kene buat majlis nikah pagi and sanding mcm biasa tengahari la. Aritu masa mak ayah datang umah saya, saya dah hint kat mak, boleh tak saya buat majlis nikah pagi hari kenduri. Famili saya takda masalah cume mak saya mintak saya tanya famili En Azli. Alhamdullilah setakat ni sume positif. Tapi yang menjadi masalah skg ni, jadual tok kadi. Saya tak bole la nak terus booking kat Wira Hidayat coz tok kadi saya tak confirm lagi kan. Buatnye last minute kate tak bole nak nikah pagi. Tak ke spoil mood saya. Sebab apa yang penting ialah hari nikah tu. Saya nak abadikan kenangan masa nikah. Waktu sanding saya tak kisah sangat.

Kalo saya lambat booked bak kata Cik Kina, melepas la saya. Setakat ni saya tak jumpa lagi videographer sehebat abg Wira. Ecece mengampu nampak. Takda discount ok. Huhu

Hurm kite tengok la nanti apa keputusan saya.

P/s: Saya tak suke booking last minute. Takut melepas. Bole ke nak booking tok kadi dari skg. Mcm pelik je rase....haishhh

Wednesday, December 29, 2010

Terpekik la lagi

Somak gilo palo den,

Yela kan skg tgh berlangsung perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia,

Saya tak layan sangat sebab ade misi lebih penting dari join mereka terpekik terlolong menganggu ketenteraman saya,

Ketenteraman orang lain saya tak tahu la,

Ya Allah pening btol saya dalam bilik ni,

Over sangat menjerit, padahal pompuan tu,

Bukanlah nak ckp pompuan tak bole menjerit or tak bole nak bagi sokongan kpd pasukan Malaysia,

Suara tu plak nyaring mcm tercekik berudu,

Eiii...

Masa kurang sesuai untuk saya, mungkin saya yang over,

Haishh cepatla perlawanan berakhir....

P/s: Nak tido pon tak bole...die punye memekak..perghhh rase nak tutup je main suis dalam rumah ni....

Sabar Fardilla...sabar....

Memekak la lagi, memekik la lagi...saya memang suke dengar orang buat bising mcm ni
(smbil kedua tangan letak di bahu dan anak mata memandang ke atas)

Sentap hati mak nok...

Hantu Kak Limah

Yezza baru balik dari merayap. Gila kentang. Mati saya kalo mata-mata Ah Pen bace. Arghh peduli apa. Huhu. Jangan tegar sangat nanti kang tak pasal-pasal kene. Menangis tak berlagu. Credit hours saya semester ini sangatla heaven. Thanks bebanyak la AJK Timetabling. Huhu. Arini langsung saya takda kelas. Bagus. Keep up the good work. Senang saya nak buat projek. Projek baik punye. Jangan meniru perbuatan yang tak bertamadun ni ye. Ala bukan selalu pon saya buat kan.

Justify Full Tadi after Nok Huda setelkan kelas die, kami terus zaas kuar. Dah bincang nak tengok Hantu Mak Limah memandangkan opis saya dekat benor dengan Galaxy Ampang. Sebelum pergi tu check la dulu ada tak cite tu kat situ. Taknak la jadi pak pandir kan. Macam Galaxy Desa Petaling, cite ni tak ditayangkan. Ntah apa reason mereka taknak tayang cite ni saya pon kurang pasti. Mungkin MBO cite memang terhad kot. Gelak memang terbahak-bahak. Terbalas hutang saya nak tengok cite ni. Sorry laling, i terpaksa ketepikan u buat masa ni. Huhu.

Then melepak kat McD kat Petronas area situ jugak. Dari pagi tak makan kan. Kate nak diet tapi saya hentam apa jenis makanan pon. Malas plak rase nak diet melampau. Biarla berpada-pada kan. Alasan semata.

Then dah kenyang terus zaas pergi Tesco Ampang. Sebab minggu lepas saya buat spec. Tapi malangnya tak siap lagi. New look for new year. Mungkin dah taubat asik pakai contact lens. 10 tahun akan datang ntah apa jadi pada mata. Isk risau plak bile pikir. Simpang malaikat 44.

Then (ayat ni lagi) Nok Huda nak gi klinik. Untuk check kulit. Masalah hormon katenya, jerawat semakin bermaharaja lela di muka cik mek ni. Banyak tempat pergi. Memang gile kan. Kate banyak keje. Ntah ape kenenya perasaan malas ni makin menjadi-jadi.

Diharap tahun baru yang bakal menjelma lagi 2 3 hari ni, dapatlah saya mengubah sikap negatif saya ni ke sikap yang lebih positif untuk kebaikan akan datang.

Susah dulu kemudian senang

" bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian "

Ni la antara quote yang bole buat hati saya sedap. Tanpa pikir bende bodo yang bole merosakkan diri. Manusia memang keinginan besar. Kalo bole nak senang je. Part yang susah kalo bole memang nak elak. Tapi sape la kite.

Yang penting perlu usaha keras. Usaha keras tonggang terbalik, muntah hijau sume. At the end di penghujung jalan tu pasti temui sesuatu yang sangat berharga. Terbayar segala penat lelah usaha yang sebelum tu.

Mcam tu yang saya mahu. Skg mahu rase susah. Tapi kemudian hari saya mahu rase senang.

Saya beri tempoh 5 tahun untuk diri saya.

P/s: Bak kata Kak Zila, biar susah tapi berkat, kalo senang tak berkat lagi payah. takda lain melainkan tanggungjawab pada Allah dan ibu bapa, insya Allah senang akan datang dengan sendirinya....

Hot!

Salam dan hai,

Hari ni ade berita panas kat school saya. School tu bukan sekolah ye tapi refer kepada department school of human sciences. Huhu.

Sangat tak secure la kat sini. Orang yang tak dikenali boleh sesuka hati masuk tanpa kebenaran. Yang peliknya masa tu ade 2 3 orang lecturers yang perasan kehadiran mamat gile tu. Mamat ok. Lelaki. Ntah apa faedah yang die dapat. Bangang btol.

Biasa la bile dah nak berak baru nak gali lubang. Masing-masing sibuk la nak menyalahkan orang lain. Nak cakap lecturer plak yang tak alert. Mengong.

Malas nak cakap panjang. Saya banyak keje. Serabut plak. Haishhh...

P/s: Moral of the story, nak pergi toilet pon kene bawak laptop ok.

Tuesday, December 28, 2010

Oh Manusia

Salam dan hai,

Owh yeah post saya yang ke-50 untuk bulan ni. Nampak gayanya bulan Disember 2010 merupakan bulan entri paling terbanyak setakat ni ye sejak saya menjinakkan diri dalam dunia penulisan blog. Cis ayat saya kelihatan sungguh skema.

Hari ni dan semalam saya belajar 2 perkara dari kawan saya. Sorang kawan opis dan sorang lagi kawan yang saya kenal melalui kawan En Azli. Senang cite, tunang kawan beliau. Hai Cik Yana i cite pasal you.

Cite kawan opis:

Bukan nak mengomel jauh sekali untuk merungut. Ni hanyalah lontaran perasaan seorang pekerja bawahan. Cara penulisan perlu dijaga ye. Ni hanyalah mukadimah untuk menutupi segala kemarahan dalam hati. Eh bile sebut marah teringat mamat gile bawak viva biru pagi tadi. Bawak kreta mcm haram. Dok cucuk-cucuk kreta saya dari belakang. Konon tanda protes saya bawak mcm siput. Saya pon apa lagi, lagi slow la saya bawak kereta. Padan muka. Pastu die meradang die potong kereta saya sambil mulut kumat kamit marahkan saya. Mamat gile! Mamat bodo! Ko ingat ko bagus! Jangan nak perasan bagus. Saya gelak dalam hati. Padan muke. Tapi mcm tak sedap la, orang pagi-pagi nak mengalu-alukan mood ceria tapi si setan tu bikin hati saya panas. Urghhh....

Eh nampak saya dah melalut sangat panjang. Ok sambung balik. Kawan opis saya ni ade share satu tips kat saya dan Nok Huda. Ala biasa la politik opis. Sume sanggup nak jilat bontot bos, janji kepentingan diri sendiri terjaga. Maaf ayat kali ni tak bole nak tapis. Bile tapis maksud tersirat tak dapat nak disampaikan dengan jayanya. Sejak dulu lagi saya dah perasan si polan ni mcm mana. Tak boleh nak cari pasal sangat dengan die. Kang sepanjang saya keje kat sini, die akan cube mainkan emosi sampai saya fed up and berambus dari sini. Sapa yang taknak cari peluang yang lebih baik. Tapi kalo dah rezeki tu tak megizinkan saya masih meneruskan perjuangan saya di sini. Walaupon saya tak berapa nak into dengan die, tapi bile depan die sila la kipas baik punya. Nak lebih power cari air-cond, kasi sejuk lagi. Saya takdala sampai tahap mcm tu. Selagi saya bole terima, saya akan terima. Tapi bile melampau saya berbunyi la jugak. Janji gua tak kacau lu, so lu jangan cube-cube main taik dengan gua. Setakat ni takda terlalu melampau.

Hari tu die dok sibuk push kitaorang contribute. Buat projek. Rupa-rupanya ade hidden agenda. Si polan ni siap pesan lagi, sebelum buat paper work, diskus dulu dengan die. So die bole bagi nasihat and idea. Rupe-rupenye bukan setakat tu je, die nak lebih dari tu. Die nak pegang projek yang cube kite buat and claim die as a penasihat. What da.....

Lagi satu perangai keji die, die memang tak boleh tengok orang lebih dari die. Sedaya upaya akan cantas cara halus. Ni la yang dikatakan Melayu jatuhkan kaum sendiri. Kalo bab putar belit boleh serah kat die. Even satu department tahu die keji, still die tetap bertahta kat atas sebab die memang terer dalam menutup segala kekejian die. Gua memang tabik spring....

So kesimpulan, kalo nak dok lama kat sini, tapi saya takdala plan nak bertapa kat sini sampai ke tua, sila la pandai untuk bermuka-muka. Amalkanla pepatah diam-diam berisi. Kene pandai main politik jugak. Kat tempat keje mana-mana pon sama. Saya boleh kerat jari. Enuf cerita si polan.

Cite Cik Yana:

Cik Yana dah tukar URL blog gara-gara ade strangers yang suke bagi komen tak membina. Saya memang salah sorang follower die. Again, cite pasal perangai orang lagi. Takkan nak cite pasal kucing plak. Saya elergik ok binatang berbulu. Al kisahnya ada orang keji cube-cube untuk melontarkan wasiat di tempat yang salah. Ntahla. Kadang-kadang manusia ni hanya pandai untuk memberi pendapat. Tapi dugaan yang sebenar, diri kita yang menanggung. Cube kene kat batang hidung sendiri. Nak tengok sikit mcm mana korang handle. Hebat sangatkah?

Diharap pembaca myzone yg disayangi (Eh ade ke orang yang bace) tak buat macam-macam ye pada hasil penulisan saya. Saya hanya manusia biasa, manusia kerdil yang penuh dengan angan-angan dan impian. Cewah.

Cume kadang-kadang mungkin saya tanpa sedar dah buat korang rasa loya plus muntah hijau bile baca post saya yang sungguh merapu tu.

Siapalah kite untuk berkata itu ini, sedangkan diri sendiri belum cukup sempurna di mata Allah.

Oh manusia. Memang mcm-mcm ragam kan termasukla diri sendiri =p

Monday, December 27, 2010

Oh 2011

Hey lebih kurang seminggu kite bakal menyambut tahun baru 2011. Sungguh pantas masa berlalu kan. 2010 ape kenangan yang dah ditinggalkan. Tibe-tibe blur tak dapat nak recall balik. Huhu...

Arini mood terasa mcm hepi. Tak tau kenapa? Takda good news yang buat hati ni rase gembira. Tapi sumpah tak tipu, hormon kegembiraan jelas terpancar dalam hati. Thanks to Allah.

Mungkin hati lebih selesa melepaskan segala kegundahan kat sini. Bile dapat menulis terasa lega and puas. Bunyi mcm saya propa je kan. Taula saya spesies lidah bercabang..=p

Tapi serius ok sangat lega bile dapat merapu kat sini. Kalo tak caya uols buat sendiri. Kalo rase serabut cube tulis kat blog. Kalo malu bagi orang bace, tak payah la open to public. Buat private sudah. Sebab kalo tulis diari ni bahaya. Buatnye orang terbaca isi hati kite yang kite taknak kongsi dengan orang lain. Kan mengundang malapetaka tu.

Tapi bile ingat balik....masa sekolah dulu saya penah curi-curi bace diari orang. Diari sape??? Huhu secret la. Gile kau nak bagitau kat sini. Uolss jangan tiru saya ok. Tak baik ceroboh privasi orang lain. =p. Hey jangan tak tau diari saya pon orng penah ceroboh. Selamba oren je bace diari saya kan. Nasib saya tak kutuk minah tu dalam diari saya. Huh! Saya sebut minah?? Kantoi..of course la yang bace tu pompuan. Huhu

So lagi bape ari nak ke alaf baru, saya masih kurang jelas dengan hala tuju saya untuk tahun 2011. Yang pasti 2011 saya nak complete-kan master. Tak tahan dah menanggung. Dan yang paling best, bakal menjalani hidup bersama lelaki yang paling saya cintai.

Uwek....amik kau muntah hijau sume orang.

Daaa~

=p

Dugaan

Dugaan??

Perkataan paling elergik nak dengar kan? Semua manusia pasti akan mengalami bermacam-macam dugaan. Tak kisahla dugaan yang mcm mana.

Yang paling penting kite mesti ingat. Dugaan yang datang dari Allah tu pasti ade hikmah disebaliknya. Apa pon tempuhi la dugaan itu dengan tabah. Saya percaya pasti ade kemanisan disebalik dugaan yang datang kepada kite.

Setiap manusia mengalami dugaan yang berbeza-beza. Hanya untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran kite. Jngan sesekali kite berasa kite paling malang dalam dunia akibat dugaan yang mendatang tu. Hadapi dengan tabah.

P/s: Haishh ilang mood menulis bile terdengar suara Squid Wart (Eh btol ke ejaan tu)

Sesuatu yang tak kena

Lately terasa ada sesuatu yang tak kene. Tapi saya malas nak amik pusing. Bila dah makin meningkat dewasa ni saya tak mahu bikin pusing kepala memikirkan perkara yang saya rasa seperti keanak-anakan. Ntahla. Kalo bole saya memang taknak take serious pon. Tapi kadang-kadang terlintas jugak kat kepala otak ni. Pompuan memang mcm tu. Kan best kalo jadi lelaki yang suke amik mudah sesuatu perkara.

Kata orang "kerana mulut badan binasa". Memang sokong 100 peratus orang dolu-dolu punye pepatah. Napa orang skg taknak buat pepatah sendiri ek. Huhu sengal. Mungkin lebih up-to-date and modern. Start meroyan.

Saya memang pantang dengan manusia yang mulut pakai lepas je. Ko ingat ko dah cukup bagus? Cermin diri dulu kalo nak smash orang kan. Then silap orang la kalo ko nak smash aku kan. Memang aku bagi balik. So bile aku dah smash tu tak payah nak terasa hati la. Nak ckp konon aku yang bersalah. Tak pikir hati kawan or what so ever. Aku peduli apa kan.

Dah berpuluh tahun kawan, penah tak aku buat perangai haram mcm tu. Takda kan? Kalo ade yang mintak tolong confirm ringan je tangan ni menolong. Tapi depends la atas bantuan apa kan. Sedih jugak bile jadi mcm nie. Bukan nak jadi budak-budak. Sikit pon aku tak terpikir. Sebab bende bodoh mcm tu, orang dah anggap aku lain. Takpela aku terima.

Cume saya ni memang jenis tak suke bersosial tak tentu pasal. Kwan takdala ramai mana. Kalo saya dah kawan sorang tu, sorang tu jela yang saya kawan. Tak tau nak spread kan tahap sosialisme tu. Eh apa bende yang saya cakap ni. Abaikanlah.

Skg ni apa yang saya harus buat, teruskanlah kehidupan macam biasa. Tak payah nak emosi sangat. Manusia memang mcm tu. Unpredictable. Sikit pon saya tak amik hati. Just anggap mereka tak matang lagi. Macam la saya dah ckup matang. Huhu

Cukupla kalo saya ade Mohd Azli di samping saya, teman dikala susah dan senang. Trima kasih kepada pihak yang pertemukan saya dan Mohd Azli. Jasa uols dikenang sampai bila-bila. =)

Meloyakan

Salam and hai...

Workloads for this week:

  • Fail subjek - kene hantar arini. Please update
  • Nota western - please add more notes as practical class will start on February. Shit. In that case, practical classes will run only 4 weeks during this semester. The rest will be theory class. Baik tukar subjek jadi theory kan.
  • Prepare teks emcee - Khamis ni kene jadi emcee untuk majlis pelancaran C-Shop
  • Cari video for western class
  • Prepare soalan food studies mid-term

P/s: Banyak sangat bende meloyakan berlaku skg ni.

Suke sgt dengan Hanis Zalikha. Even chantek, hot, bijak and sewaktu dengannya...sikit pon tak penah nak tunjuk perangai diva. Orang yang sebaliknya plak perasan terlebih. Tettt! Jom singgah blog die. =)

Sunday, December 26, 2010

Lapar siot

Sumpah tak tipu, saya tengah menahan nafsu nak makan skg ni. Terasa lapar plak dengan tibe-tibe. Bile lapar mule membayangkan makanan yang sedap tuk di makan keesokkannya. Esok ye bukan skg. So kene la bersabar wahai nafsu makan.

Skg ni saya dah start control makan. Tapi kalo tak bole tahan saya bedal je. Tapi selagi bole control saya tahankan je. Jangan mengada nak makan banyak. Al maklum la badan cepat gemuk especially tang tuttttttt. Censor tak bole cakap kat sini. Huhu...

Sejak 2 3 hari ni, rutin harian pemakanan saya dah berubah. Tiap ari saya akan minum susu dutch lady yg full cream tu. Memang kenyang abis. Tapi lebih afdal kalo beli yang low fat ye. Sebab ade unsur-unsur yang tidak enak mengatakan susu full cream bole bikin badan gemuk. Ye ke?? Tak di-sahih-kan lagi keberkesanannya.

Saya memang pengemar susu. So takda masalah nak telan susu berkoyan-koyan asalkan minum susu bole kekal sihat dan jelita. Auwww sungguh meloyakan bile ade perkataan jelita di situ.

Saat tengah lapar ni sedap plak google image pic makanan kan. Nak tengok apa yang saya cuba bayangkan saat ni....

Perghhh char keow teow...banjir siot...menceceh air liur tgk..dah banjir laptop saya =p

Ni seafood paling saya suke sekali. Nak sotong bakar please...

Selain dari lamb..beef steak ni juga menjadi kegemaran saya. Ya Allah sedapnya tengok...mana tak gemuk kan =p

Laksa as uols know kan. Makanan masam-masam macam ni memang i likeeee....

Nasi dagang...eventhough i bukan berdarah Kelantan. Ni memang feveret nasi saya. Marveles!! Nanti nak buat dengan Mun-mun la...

Nyummy kan...

Burrppp....opsss dah kenyang walaupon hanya tengok gambar,

(Tak kenyang..die tipu....damn lapar gile)

Mahu tido awal

Taknak layan perasaan lapar

Train : Mak : Ayah

Salam sunday...

Mak and ayah dah balik. Semalam pukul 9 pm baru smpai KL Sentral. And pukul 6 ptg arini dah nak balik Ipoh nek train jugak. Sejak 2 mejak dah ade train ni, dh tak pandang dah bas. Nak drive sendiri pon malas. Sekali sekala apa salahnya hire drebar kan. Huhu

Rajinkan mak ayah saya datang KL naik train?? Huhu touching sangat. Datang semata-mata nak antar road tax saya. Saya dah suruh pos je. Tapi ayah taknak. Die nak datang jugak. Sebab teruja nak naik train.

Hari tu bile terpikir kesian plak mak ayah susah-susah datang. Then saya ingat nak drive balik Ipoh la Jumaat lepas. Tapi bile kol, ayah dah booking tiket pon. Takpela nk buat mcm mana.

So semalam 1 jam jugak saya tunggu kat KL sentral. Ikut masa sepatutnya pukul 8 pm dah sampai KL. Tapi train jalan mcm siput plak kan. Tapi tak pela saya tunggu jugak la. Lepas tu saya bawak mak ayah gi makan. Then balik umah. Sampai umah pon dah pukul 11 lebih. Sian mak and ayah. Mesti penat.

Pagi tadi after breakfast kat Kedai Mek depan tu, kitaorang direct terus gi Shah Alam. Setiap pagi Ahad kan ade pasar pagi tu kat Stadium Malawati. Plus ade Karnival Pertanian Shah Alam yang ala-ala MAHA tu. Sempatla kami berjalan-jalan kat situ. Rasenya first time kot saya datang pasar pagi tu. Best jugak pergi. Bole shopping tudung. Tak payah nak cakapla. Memang banyak and harga bole tahan. Yang best bole tawar-menawarkan. Next time saya nak pergi lagi. Nak cari tudung banyak-banyak. Kaedahnya la...

After penat berjalan, kami singgah rumah sedara ayah kat Batu Tiga. Mak and ayah kalo datang KL mesti nak singgah umah sedara saya yang ni. Perkara wajib menjenguh sedara bile masa ada peluang datang sini. Ingatkan lepas tu nak pergi jalan-jalan lagi tapi jalan jem plak. Risau sangkut and terlepas train je.

Saya terus gerak ke KL sentral. Tapi malangnya parking sgt susah nak cari. Kalo ade pon 1/2 jam RM 2. 1 jam yang berikutnya RM 4. Gila kau! Takda keje lain ke nak mintak duit rakyat je. Yang ni memang saya angin. Mak suruh drop je die kat situ. Tapi saya tak sampai ati plak kan. Selalu kalo balik naik bas, saya memang akan tunggu sampai bas tu gerak. Tadi saya tak bole nak buat mcm tu. Nak tinggalkan kreta kat situ. Takut plak kene claim kan. Pak polisi pon kerap sangat merayau kat situ. Tension btol.

Jelita kan mak saya?
Ensem kan ayah saya?

=p

P/s: Alhamdullilah, mak and ayah dah selamat naik train. Love both of you!

Saturday, December 25, 2010

Perfume Hantaran

Perfume for hantaran :: checked!

Akhirnya misi mencari perfume untuk hantaran berjaya.

Sgt puas hati sebab saya dapat beli 2 botol perfume 100 ml dengan harga yang sangat berbaloi,

Perfume ape? Erm nanti uols tgk la sendiri. Lagi 8 bulan. Huhu masih jauh lagi perjalanan,

Then saya bole concentrate untuk 2 lagi barang hantaran,

Telekung and jam,

Bukan jam dinding tapi jam tangan ye uolss..=p

Rasenye misi mencari telekung tak se-susah misi mencari jam tangan kan,

=)

Friday, December 24, 2010

Emoci

Lately En Azli sokmo bizi. Tension jugak kadang-kadang. Huhu pompuan biasa la. Nak emosi memanjang. Menyampah ok. Die bukan busy ngn pompuan lain pon kan. Busy ngn keje. Oleh itu saya harus menerima kesibukan yang melanda beliau. Full stop.

Saya : rindula...tak puas jumpa..miss u so much
En Azli : Takpe abg ada. Abg tgh wat keje. Jangan risau i tetap untuk u, i nak cari rezeki untuk kite, tapi i takkan lupe kan u. I akan ada masa untuk u k.

(Kejap abg, kejap i u, huhu kitaorang mmg spesies lidah bercabang =p)

Uols dah muntah ke after bace kenyataan di atas. Ampun. Memang agak meloyakan tapi saya peduli apa. Huhu

Tu message saya bagi thru facebook. Gedikkan. Nasib baik tahu plak ade orang yang bagi message kat die. En Azli masih kurang arif lagi mengenai facebook. Hahaha...selalu mintak saya ajarkan. Main fesbuk pon nak di-ajarkan.

Walau apa pon, i mmg syg u lebey la laling...

Videographer Part 2

Salam pagi uolss,

Just short update pagi ni,

Semalam saya sempat review page Wira Hidayat. I believe that semua B2B sgt familiar dengan nama ni kan. So semalam saya dah emel and ask for the quotation. Kalo nak tengok video bole klik kat nama Wira Hidayat tu. =)

And pagi ni saya dah terima emel tersebut. Bole tengok pic kat bawah ye. Rase mcm nak je kan. Tapi kene tanya tuan besar dulu. Sebab die pon ade kawan yang bole buat video jugak.

Semua video yg dihasilkan oleh Wira Visuals memang tip top. Saya sangat puas hati. Video yang mcm tu la saya nak instead of video slide show gambar.

=)

Alamak kurang jelas la plak....adoi..sowi kesilapan teknikal

P/s: Bile tengok video-video tu rase mcm tak sabar plak. Enuf, jangan nak gedik lebih. =p

Thursday, December 23, 2010

Best!

Salam dan hai uolss,

Perut ku kekenyangan. Al maklum baru lepas makan tengahari. As usual menu setiap hari Nasi Ayam Penyet kat Izi Delight. Marveless ok rase die. Sampaikan saya and nok Huda hari-hari nak makan menu yang sama. Tak jemu ok.

Arini dapat berita best! My besfren nak datang umah malam ni. And paling best sekali ajak gi karok. Wooooowwww ni memang saat yang ditunggukan. Cepatla masa berlalu, rase tak sabar nak berjimba-jimba malam ni. Kalo teman karok sape lagi, kalo bukan Cik Akmar Amon kan. Kaedahnya la....

Kalo berkesempatan bole tgk Kak Limah sekali. Huhu sori laling, i nak tengok dgn laling i no.2.

Karena kucinta kau

Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau

Jika ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau selalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau

Jika kau tak percaya pada ku
Sakitnya aku
Jika kau lebih dengar mereka
Sedih hatiku
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Saat ku ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau selalu ingin denganku
Kau tahu ku juga ingin denganmu

P/s: Saya dan En Azli suka lagu ni. Bestkan. Bole dijadikan seleksi lagu untuk wedding. Teruskan melayan lagu ni bersama. Zaaasss..

Wednesday, December 22, 2010

Contact Lens

Huhu mata i tak cantek. So untuk enhance mata, i mesti pakai contact lens.

So untuk big day nanti saya sudah berkire-kire mahu pakai contact lens kaler grey. Nampak mcm chantek and sweet je kan. Bole tengok gambar kat bawah ni.

Chuppp...saya nak kaler mcm ni. Die tak terang sangat and nmpak sedikit natural. Perlu ke perkataan sedikit tu...huhu

Yang ni terlalu cerah sangat. Takut-takut tak seswai dengan kaler kulit Asia saya ni. Pan-asian kate kan. So kene jaga-jaga dalam memilih kaler contact lens. Takut jadi mcm gambar kat bawah ni... -----> ?

So kalo salah pilih contact lens nanti jadi mcm orang dalam gambar ni. Ni bukan orang nok. Tapi H.A.N.T.U....Hishhh takut plak bile tenung lama-lama.

P/s: Amaran, sila klik butang pangkah jika anda berseorangan ketika ini. Lepas klik pangkah jangan pandang belakang ok....

Barang Hantaran

Salam dan hai uolss,

Setelah petang baru sempat nak post sesuatu kat sini. Wajib ok update setiap hari. Skg ni tgh bz buat notes for students. Kan sem baru dah bukak. Mesti la kene buat-buat busy walaupon takda keje yang nak dibuat. Skg ni tgh sibuk nak prepares fail subjek. Semalam bagi memo, Isnin depan dah sibuk-sibuk mintak. Apa kejadahnya tak inform awal-awal. Huhu padahal diri sendiri yang taknak prepare awal. Nasib kau la labu.

Ok cukupla mukadimah tu. Bukan tu yang saya sibuk nak cite untuk post yang ini.

Saya just nak cite perihal barang hantaran. As i told you ealier, barang hantaran kami beli sendiri-sendiri. I mean barang hantaran saya, saya yang beli. Sebab bagi saya lebih mudah and saya tak perlu nak tunggu beli barang sekali gus. Mana nak korek duit. Tapi sebelum beli kene ade sesi consultation la. Saya kene tanya pendapat En Azli dulu. Ok tak kalo saya amik itu ini? Kalo die approve baru la saya proceed. Eh kate beli sendiri-sendiri napa perlu tanya pendapat die plak kan. Bukan nak beli barang utk die pon kan. Bukan apa idea En Azli ni lebih bernas sikit dari saya. Huhu...

Mengikut plan awal, untuk barang saya, saya mahu sume barang saya dari brand yang sama. I mean kalo handbag brand Liz Clairborne (cthnyala), sume bende pakai brand yang sama, dari perfume ke, kasut ke, baju ke, sume nak standard kan. Sume nak amik Liz Claiborne. Sebagai contohla...saya tak beli pon brand tu. Saya beli yang biasa-biasa je.

Tapi bile saya pikir-pikir balik, malas plak nak ikut mcm tu. Saya nak beli je ikut brand ape yang saya suke. Sape nak tengok. Ada orang kisah barang hantaran ko mcm mana. Janji majlis berjalan lancar kan.

Jom tengok checklist barang yang saya perlu beli:

  • Handbag and purse :: DONE
  • Kasut :: KIV (kalo tak beli pon tak ape)
  • Telekung :: Telekung ade brand Liz Claiborne ke??? Kaedahnya la kan. Kalo sume nak brand standard. Huhu
  • Sejadah :: DONE (En Azli dah tlg belikan)
  • Kain pasang :: DONE (En Azli yang belikan)
  • Perfume :: Dah jumpe. Tunggu nak grab je. Yang ni saya tak beli set pon. Beli satu-satu. Rasenye lebih berbaloi.
  • Jam :: Ni tak tau nak beli yang mcm mana. Bende terakhir yang perlu dibeli. Sebab nak kejar warranty kan. Rugi la kalo saya beli awal. Tapi tak dapat nak pakai.

Mengikut perancangan, saya akan bagi 7 hantaran dan berbalas 5 hantaran dari pihak lelaki. Maknanya saya hanya perlu sediakan 5 dulang sahaja. Rasenya barang kat atas tu dah lebih dari cukupkan???

P/s: Sape nak dapat anak cepat lepas kawin, sebelum kawin kene makan jamu. Baru subur. Ni pendapat dari rakan sekerja. Saya hanya menyampaikan sahaja. =)

Tuesday, December 21, 2010

Taip, print dan tampal

Saya dapat satu idea,

Apa kate setiap perancangan yang kite nak buat, kite taip (untuk nampak chantek), then print, pastu fotostat atas kertas A3,

Pastu tampal tempat selalu kite tengok, contoh dalam bilik atau dalam bilik air,

Kan lebih jelas mcm tu, instead of saya tulis check list dalam blog, =p

Sape nak bace, ade orng lain kisah check list ko, huhu

Tak kisah la perancangan apa pon,

Huh nampak saya sungguh bermatlamat,

Macam ni baru kite panggil orang yang penuh dengan wawasan dan bermatlamat,

Ya Allah dah start la hangat-hangat taik ayam die tu,

Heloo ni bukan cobaan tapi betol-betol ok,

Bile saya dah siap tampal, saya snap and share kat sume orang,

Then bole tengok perubahan hidup saya,

Korang dengar la cakap lidah bercabang mcm ular ni, =p

Saya suke kaedah mcm ni,

sebab saya jenis tak sabar nak potong tanda dah setel,

Ok Maghrib, mari bersolat...

Daaa~

Bunga pahar

Salam uols semua,

Today nak post sedikit perihal my big day. Just nak bagitau satu bende. Ingat tak post mengenai bunga pahar yang konon saya nak buat sendiri tu. Bole refer sini ---> bunga pahar.

Setelah ditolak bahagi and darab, saya sudah decide tak nak DIY bunga pahar. Cakap mcm ular tak?? Huhu kejap ckp lain, kejap ckp lain kan. Terasa seperti lidah bercabang plak kan. Ampun uolss...

Ntahla setelah dipikir kembali. And hasil dapatan dengan mak sebelum ni. Untuk memudahkn saya, better saya beli je. Memandangkan dengan kekangan masa, masalah rumah yang serabut, dengan keje part time saya, lebih afdal kalo saya beli je. Lagipon aritu tengok dah kat kedai sepupu saya tu, bunga pahar banyak yang chntek-chntek and bole dpat dengan affordable price. Kire setel la bunga pahar tu. Malas plak nak bagi pressure pada mental dan fizikal ni. Selagi ade keje mudah lebih baik saya terjah yang tu terus. Tapi kalo nak puas hati memang la nak buat sendiri. Tapi tu la. Janji kene sediakan duit nye je. Kalo ade duit sume bende bole beli kan. Kaedahnya la...

Tinggal kenangan ini bunga. Saya masih simpan lagi. Mahu cari mcm ni jugak. Sebab bole bagi efek meriah pada pahar.

Kat kedai yang saya nk beli tu, yang best partnya...can u imagine bunga telur bunga stokin bole dpat dengan harga RM 1.00 ++. Dan design die pon chantek. Memang berbaloi. Tak payah saya menyiksa tangan saya yang lembut ni kan. Sila muntah skg.

Mak saya pesan jangan susahkan diri. So saya pon dengar ckap mak saya...taknak susahkan diri. Sebab nanti after kawen pon diri saya susah jugak =p....

Susah sebab ape...??? Hahaha tak payah nak gelojoh sgt la wei...kawen pon belum lagi dah kecoh citer bende-bende tak patut. Mengado-ngado!

So bunga pahar can considered done ye....

Benci dengan diri sendiri

Saya tak suke diri saya skg. Awat plak tak suke. Nak propa lagi la tu. Nyampah ok. Hahahaha....

Lagi bape ari je nak masuk 2011 kan. Mesti orang sibuk dok pasang azam baru. Biasala tu kan, bile tahun baru je mesti kite akan di-momok-kan dengan azam baru. Mesti sibuk nak tanya ape azam baru skg. Kat tv, kat radio, kat paper, kat facebook even kat blog pon sibuk dok canang azam baru.

Bile kite ade azam tu menunjukkan bahawa kite sentiasa mempunyai matlamat dalam hidup. Abis saya yang tak decide lagi azam baru ni bermakna takda matlamat dalam hidup la. Huhu...bukan mcm tu la maksud saya. Azam baru ni tak semestinya bile tibe azam baru, baru terhegeh-hegeh nak list kan. List je panjang tapi buek takdo. Tu pon dikire manusia tak bermatlamat jugak .

Lately saya bence dengan diri sendiri. Banyak bende yang saya taknak buat, tapi saya buat jugak. Eh apa saya cakap ni. Harap uolss paham la ye.

  • Lately saya suke sangat bangun lambat. I mean bangun pagi nak gi keje. Serius tak suke lengah-lengahkan bangun pagi. Saya tak tau mana pergi motivasi saya untuk bangun cepat. Bile bangun lambat saya mule kelam-kabut. Nasib baik la cuti sekolah so jalan tak berapa nak jem sangat. Harap saya dapat ubah tebiat buruk ni. Huh!
  • Saya suke melengahkan tido. Maksudnya suke tido lambat walaupon badan kaw letih. Alasan suke buat keje tak berfaedah. Nak tau ape die? Berfesbuk and buat blog walking. Kan keje tak berfaedah tu. Keje yang lebih penting taknak buat kan. Benci bile jadi mcm ni. Rase nk terminate broadband. Hahaha orang lain ade relaks je. Mungkin saya masih tak pandai nak mengawal perasaan lagi. Haishhh. Macam bodo je kan.
  • Seriously saya takda semangat untuk menghadapi sem baru January ni. Semangat study dah ilang. Rase dah fed up and muntah menghadap rutin harian yang dulu. Rase tak sabar nak abis and nak relaks sepuasnya.
  • Until now saya tak sentuh satu ape pon research proposal saya. Serius takda mood langsung. Anyone can boost my motivation level? Nak antar 5 January ni. Saya tak tau la saya sempat buat ke tak. Don't worry saya memang akan submit jugak on that day. Mungkin kene buat keje last minute. Baru otak menjana banyak ideas. Yolahhh...
  • Saya serabut dengan life saya kat rumah. Full stop. Rase nak pindah sendayan cepat-cepat. Tapi rumah tak siap lagi. Tak kisah la kalo saya terpaksa ulang-alik pergi keje jauh asalkan saya hepi bile ade kat umah. I mean bukan tak hepi mcm mana. Terasa nak deco rumah sendiri. Nak beli barang. Rumahku kan syurgaku. Kalo tak macam mana bole kuar pepatah tu kan. Ni nak beli barang pon kene pikir 44 juta kali. Haishhh..rase sgt tak bebas. Even nak ajak mak and ayah datang pon tak berapa nak sedap dngan keadaan tak terurus mcm tu.

  • Nak buat preparation. Tapi blur nak mula dari mana. Napa la saya susah nak ulang-alik balik Ipoh kan. Napa la umah saya bukan kat Seremban. Haishh...mengeluh lagi...

Sebenarnya bende negatif ni bole ubah kalo kite setkan molek-molek dalam kepala otak ni. Cume saya belum temui kekuatan lagi untuk menghadapi realiti yang sebenarnya.

Huhu cukupla tu benci dengan perbuatan sendiri. Mahu bertakafur sebentar.

Yang penting apa pon yang melanda, hadapi dengan tenang and penuh bersemangat!

Monday, December 20, 2010

Videography Part 2

Taknak cakap banyak,

Saya mahu yang mcm ni,

Pengsan tgk byk kali....

Videography

Hai saya sempat nak post sesuatu mengenai big day,

Saya sedang mencari videographer sekitar Ipoh. Agak-agak boleh dapat tak yang murah tapi cantek. Ingat konsep mesti nak murah. Taknak membazir.

Penting sangat ke videographer tu? Erm keperluan ke kehendak?

Bagi saya ia penting. Lagi pon kalo tak dapat nak amik whole kenduri pon takpe. Cukupla detik akad nikah je yang di rakam. Bagi saya detik tu la paling penting sekali. Bila sang suami melafazkan "aku terima nikahnya si polan...."

Wah syahdunya. (Hahaha gediksss). Kalo ade video bole ulang tayang banyak kali kan and bole disimpan sampai akhir hayat. Lagipon ia kan sekali seumur hidup. Tak salah kalo saya mahu membazir untuk hire videographer.

Tapi masalahnya saya masih tak jumpe lagi orang yang dicari. Huhu.

P/s: Kalo nak CST Production, rase melampau plak kan. Hahaha....

New semester

Hepi Mondays,

Hari ni students dah kembali ke kolej,

Sume lorong sesak dipenuhi dengan students,

Alahai bermula la sesi baru Dis 2010-April 2011,

Begitu pantas masa berlalu kan???

Beronok-ronok repunye keje last minute ni,

Otak ligat menjana idea,

Mana button like ni, nak tekan banyak kali,

~ LIKE~

Sunday, December 19, 2010

Check list random

Check list things to be done:

  • RF menu western :: DONE
  • Silibus western cooking skils :: Still in progress
  • Update nota food studies :: only for chapter 6
  • Notes theory western cooking skills :: idea dah ade cume tak convert into powerpoint slide
  • Yuran master :: Check penyata KWSP and amik borang
  • Research proposal :: submit on 5 January 2011
  • Defence proposal on 8 January 2011
  • Contribution :: idea dah ade. Need to discuss first
  • Cari method pengajaran for school students
  • Cari keje kat area Seremban :: kalo rase taknak susahkan diri. Please take serious action.

So far ni jela check list yang perlu saya setelkan ASAP.

Keje Part Time Part 1

Hai saya dah kembali ke pangkuan rumah sewa yang bersepah. Huhu...

Arini bajet nak tido awal. Badan letih-letih. Pagi tadi tido kene bangun awal. Pastu tak berapa nak lena risau kalo terlajak tido sampai tengahri. Kalo terlajak.....Mano den nak lotak muko den ni haaa...anak dara pemalas bangun pagi. Lain la kalo umah mak saya kan.

Plus esok saya ade appoinment dgn En Akmar. Babe mcm nama you, tapi versi lelaki. Hehe. En Akmar ni bos pusat tuisyen wawasan. So by January saya akan start jadi part-time guru tuisyen. Bole la nak dapat income sikit buat belanja hidup kat KL ni. Dari dok umah melopong tak buat apa, baikla saya mencari sebanyak mungkin pengalaman and korek lagi duit buat menampung hidup. Plus untuk keperluan kehidupan akan datang. Weee~

Lagi pon bab-bab mengajar ni memang passion saya kan. So bile kite buat keje yang kite suke buat, of course tak menjadi beban and masalah. Lagi pon kelas cume 1 jam setengah je. Start pukul 7.45 pm sampai 9 pm. For starting die akan bagi upah RM 25/ per class. Saya pegang 6 kelas. So sila kire la agak-agak berapa saya akan dapat dalam sebulan. Tu pon saya tolak kelas weekends. Kalo tak lagi lumayan. Wah saya tersampuk encik crab dalam cite Spongebob. Kelas saya cume weekdays sahaja. Saya cume mengajar Sejarah and Geografi Form 1,2 and 3. Insya Allah kalo students hepi, result ok, upah pon pasti naik la kan...

Gila kan. Keje lagi, study master lagi. Sume bende saya nak buat. Takpe selagi muda ni la kite kene bekerja keras kan. Kalo agak-agak tak daya benti jela. Tak payah nak pening kepala. Saya pon risau jugak sebab takut tak mampu nak handle banyak bende dalam satu masa. Harap penyokong kuat saya (En Azli) akan sentiasa setia bersama saya.

Muffin Part 2

Hepi Sunday uolss,

Sudah 2 hari saya berkampung di rumah En Azli. Rase dah mcm rumah sendiri. Huhu. Berkampung ade sebab ok. Saya tengah sibuk nak bantu mereka buat gift untuk tetamu yang datang nanti. Kenduri minggu depan. So weekend jela yang ada masa. Weekdays sibuk dengan keje. So ni jela yang saya mampu bantu.

Setelah recipe di-modified banyak kali. Tadaaa ni la hasil muffin seperti pic di bawah. Rupenya pakai agak-agak aka bantai pon bole jadi kan. Sgt teruja sebab as you know, saya bab masak masih terkontang-kanting lagi.

Hasil muffin pagi tadi. Sape nak order bole terus tanya saya ok. =p

Close up sikit....yg ni mmg merekah. Big Yeayyyy!!!

Baru kuar dari oven

P/s: Masih lagi dalam proses berkampung. Menunggu En Azli setelkan keje then baru boleh balik KL. Haishhh..Hantu Mak Limah cancel. Hurmmm nak buek mcm mano...terimo jolaa....

Friday, December 17, 2010

Auuwww promo promo

Promo! promo!

Hehe mcm biasa saya memang mudah tertarik dengan produk kecantikan. Tapi saya takdala cantik mana. Huhu.

Tadi masa mandi saya sempat sental badan dengan satu skrub Putri Binari Susu Beras. Serius memang best. Terangkat sume sisa daki maki kat badan ni. Mandi pon rase fresh. Sebenarnya bukan produk tu yang i nak promo kan kat sini.

Sebelum ni i nak tanya satu soalan bodo kalo uolss nak jawab la kan. Huhu. Uolss rase uolss puas hati tak dengan diri uolss? Jawapan i tidak! A lot of improvement need to be done! Ni belum lagi kawin, kalo dah kawin saya tak tau la kan. Jeles tgk pompuan-pompuan yang chantek and gojes cth mcm Hanis Zalikha tu. Nampak sgt perfect. Beruntung sape dpt die kan.

Nape la saya tak bole jadi mcm tu. Isk bukanla saya tak bersyukur dengan apa yang ada. Cube tadi terpikir bile melihat diri depan cermin. Alahai kesian En Azli dapat saya. Mana ade pompuan taknak cantek kan. Sume nak cantek. Sume nak kelihatan sempurna di mata pasangan masing-masing. Pls correct me if I'm wrong ok. Masih banyak lagi cacat sana sini. So i need to do something!

Tadi dalam sibuk cari tips sana, tips sinun saya terjumpe satu bende alah ni. Tu pon kalo uolss tak ngeri nak makanla. Kalo saya, saya prefer produk yang berbentuk tradisional instead of produk yang menggunakan teknologi bagai. Huhu.

Nak tau ape die. Tadaaaa ---> Q-She

Pernah dengar produk ni. Boleh refer kat sini Q-She

Mesti uolss ckp saya meroyan kan. Auwww saya memang nak try ok this product. Boleh diamalkan oleh pompuan yang belum berkahwin jugak.

Helooo sape taknak chantek kan. So better i try this product dulu then nanti i share ngn uolss semua apa hasilnya.

Kalo nak tau lebih detail mengenai produk bole la bace je kat laman web tu. And kalo dah berkenan bole terus order. Then bole share testimoni sama-same.

P/s: Lambat lagi ke gaji????

Love this pic so much!

Love this pic so much

Credit to official photographer for CICT's convocation,

~ Clap clap clap ~

Pipi saya nampak sgt demuk,

Saya suke senyuman yang mcm ni, tak over sgt. Just nice!

Cewah puji diri sendiri, sowi saya tak maksud nak bangga diri,

Sebagai rujukan untuk pic wedding nanti,

Huhu watever....

Thursday, December 16, 2010

Survey Sokmo

Huh tak abis-abis survey. Yang part yang tak best, asal survey je tak jumpe. Haishhh geram jugak. Hei ape ni, nak mengeluh tak tentu pasal. Relaks sudah. Tak payah nak pening kepala. Cari tempat lain sudah...

Tengahari tadi kami (refer to saya, Nok Huda and Nok Lisa) sempat cuci mata kat Home Deco. Singgahnya selalu tapi satu barang pon tak beli. Saje suke tengok-tengok. Orang kate cuci mata kan. Tapi geramla kat situ banyak bunga ros yang cantek-cantek tapi tak kene dengan tema kaler saya. So nak taknak reda jela, takkan tibe-tibe nak tukar theme color kan. Small matter ok.

Jom tengok hasil survey tadi. Mana tau tibe-tibe dapat idea.

Bunga ros ni serius mcm fresh flower. Nak kate mahal takla mahal sgt. Cume sebab tak kene tema je. Kalo tak grab dah (kan saya dah ckp, saya ni cepat benar bertukar-tukar pikiran)

Kaler ni serius mengancam. Nak tukar theme jadi merah la. Amacam? Ada bran?

Banyaknya bunga....weeee

Sekali pandang mcm chantek. 2 3 kali pandang mcm apa ntah. Reject!

Yang ni memang i nak grab. I mean bekas panjang tu. Bunga bole beli sendiri and decorate sendiri. Sgt sesuai untuk bilik pengantin.

Bekas ni pon i suke. Nampak futuristik gitu.

Weee saya jumpe bunga yang diidamkan. Tapi bukan display untuk dijual. Saya jumpa ia tersorok and sengaja disorokkan. Saya sempat snap ok.

Tapi ni mcm spesies yang buruk je. Nampak sgt dull. Huh reject!

Peneman dikala survey. Diorang tak sedar saya candid gambar diorang ni. Balik dengan tangan kosong.

Tu jela hasil tinjauan yang tak seberapa. Mana la nak cari bunga yang saya nak tu kan. Orang kate SSF. Tapi saya tak mau SSF. Mahal kot. Bole cari kualiti yang sama dengan harga yang murah. Al-maklumla saya kan KEDEKUT. Eh bukan KEDEKUT. Tapi yang lebih tepat SAYA TAK BERDUIT. Tettt!!!

Sukan Cybernetics 2010

Eh sempat lagi kan kalo saya nak post satu bende. Tak berapa nak penting cume mahu beritahu badan saya sengal-sengal arini. Bangun tido masya Allah sengalnya. Saya bujang lagi ok atau bahasa tepatnya belum berkahwin. So bile bangun, tido satu badan sengal-sengal tiada kaitan dengan ehem-ehem. Eh mana ko tau kalo dah kawin bangun pagi sengal-sengal kalo malam semalam ade projek??? Hahahaha helooo jangan pikir bukan-bukan ok. Saya tau pon sebab ade orang yang cite ok. Huhu

Almost 80 percent warga Cybernetics berasa sengal-sengal badan arini. Mana taknya sampai opis sume nampak berjalan seperti robot. Jalan slow motion je. Kelakar tengok. Huahua...

Mana tak sengal-sengal, bersukan sekali setahun. So sesiapa yang tiap hari bersukan tu lain cite la kan. Semalam galak sangat bersukan, bola jaring, badminton, sukaneka sume saya bantai. Amik kau balik nangis sorang-sorang (tipu mana ade nangis, propa je lebih). Pening kepala tak ingat, bilik tunggang langgang. Adoii sian saya kan. Balik ni kene kerja keras sikit. Terlampau banyak sangat kerja yang pending.

Rupenye best jugak ek main badminton. Sumpah hampir 10 tahun kot saya tak main badminton. (Propa lagi...haishhh). Ade lagi la sisa-sisa skills yang saya masih ingat. Cewah. En Azli siap dah ckp lagi, nanti badminton salah satu aktiviti berdua bile dah jadi laki bini. Nak joging malas kan. Konon nak fit la kan. Kite tengok jela nanti ok. Jangan salahkan saya kalo lepas kawin, badan kami seperti tong drum. Al maklumla dua-dua ade keturunan demuk. Huhu

Bestnya pada sesiapa yang makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. Sgt jeles ok!

Resepi Muffin Confirm Sedap

Ok arini as requested by beberapa orang, saya nak share kat sini resepi muffin yang confirm sedap. Kalo rase tak sedap sila adu-kan kepada saya. Tak perlu buat aduan sampai ke Karam Singh Walia ok. Eh btol ke ejaan nama die tu. Ampun...

Ok saya bagitau serba sikit ye mengenai resepi ni. Asalnya resepi ni saya dapat dari opis-mate saya, Cik Eda Kartini (sedapkan nama die, saya tak pernah dgr lagi nama mcm ni. Huhu. Sape rase yg nak letak nama anak bole la di-inspirasi-kan dari nama Cik Eda ni. Hehe). Cik Eda ni ajar subjek Baking, so kelas saya selalu la clash ngn kelas baking die. Setiap minggu product yang dihasilkan berbeza. So sampai la satu masa, mereka ni hasilkan muffin. So saya try la. Memang sedap. Saya tak berenti makan ok. Sedap! muffin ni memang kene dengan taste saya.

Kate Cik Eda resepi ni dari lecturer UiTM Dungun yang ajar die pastry mase tu. Best part ialah resepi muffin Eda ni je yang jadi. Sebab ade 2 lecturer yg ajar baking kan. Kelas yang satu lagi tak jadi. Huhu tu la jangan nak tunjuk pandai sgt. Opsssss ok Mak Limah taknak gosip banyak. Nanti kene banned. Terbukti Eda memang terer. Diam-diam ubi berisi ok. Berisi bukan bermakna gemuk ok. Huhu

Thanks ye to Cik Eda bagi resepi ni pada saya. Ok let's look at the ingredients...

Bahan-bahan:

230 gm mentega
250 gm gula kastor
265 gm tepung gandum
1 tsp serbuk penaik
Secubit garam
70 gm coklat chip (Optional)
5 biji telur
1 tsp esen vanila

Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang
  2. Masukkan telur dan esen vanila, kacau hingga sebati
  3. Kemudian masukkan tepung dan kacau rata
  4. Akhir sekali masukkan coklat chip dan kacau sebati
  5. Tuangkan adunan ke dalam kek cawan (cup cake cases) memenuhi 3/4 cawan
  6. Bakar muffin dalam ketuhar bersuhu 180c selama 25 hingga 30 minit.

Coklat chip tu kalo nak digantikan dengan jem pon bole. Macam blueberry jem ke, strawberry ke. Ikut la pada citarasa anda. Serius simple and mudah kan.

Balik ni bole la try ye tuan-tuan dan puan-puan. =p

Asik nak bangga diri je keje kau!

Salam,

Seriusly saya benci dengan orang yang suke sangat nak bangga diri. Idea menulis terdetik al-kisah terbace satu post dari blog dot.dot.

Nape perlu nak riak and bangga diri. Buat kene kutuk dgn orang je kan. Ramai je manusia macam tu skg ni Joyah. Merata-rata. Apa yang nak dibangga sgt pon Mak Limah tak tau. Padahal sume rezeki and bende alah yang die dapat tu datangnya dari Allah. Sekelip mata je Allah bole tarik kan.

Huhu risau jugak kalo orang ckp saya membangga diri and riak. Padahal takda ape yg ade pada saya yang nak di-bangga-kan. Tak baik tau nak riak-riak. Allah tak suke. Lebih baik just jadi humbe gitu kan manis.

Haaa lagi satu ade jugak yang cube-cube nak jadi humble padahal makna tersirat nak membangga diri. Ade jugak kan. Haishh manusia skg ni memang dah terlebih kreatif kan. Bab-bab mcm ni memang otak sentiasa berjalankan. Kaedahnya laa...

"alhamdullilahla anak aku dpt kerajaan, sekali mintak terus dpt. Anak ko keje swastakan. Alah takpe rajin-rajinla isi borang. Nanti mesti dapat punyer"
(Sentap ok. Tak payah nak ajar org isi borang. Aku tau la nak buat mcm mana kan)

"Joyah lepas abis blaja terus nak sambung master. Nanti dah abis terus dpt keje. Sambung terus nanti senang....gaji dpt byk..."
(Tengok-tengok aku yang sambung master dulu. Kau ade??? Tak payah nak propa lebih ok. Ni bukan nak riak diri sendiri. Tapi geram dengan orang yang tak pernah nak kalah bile bercakap.)

Ya Allah mintak jauh la supaya saya tak tergolong dengan manusia yang suke membangga diri and riak takbur ni. Kalo ade terover tu harap dapat bgtau saya dengan secepat mungkin. Mungkin ade "kesilapan teknikal" di situ ye. =p

So moral of the story :: JANGAN NAK BANGGA DIRI SANGAT, NANTI ORANG MENYAMPAH ::

Tuesday, December 14, 2010

Tini Spa

Selamat pagi uols..

Wah pagi-pagi lagi dah poyo update blog. Kaedahnya la kan. Dah abis keje la tu kat opis ni. Ingat janji semalam nak sediakan material pengajaran kan. Ok i tau la. Keje i kan...

Hari Ahad lepas staf Tina Spa call saya. Tanya taknak buat treatment ke. Sebab aritu masa karnival pengantin kat shah alam, saya dapat baucer RM50 dari mereka. Macam rugi plak kalo tak digunakan. Tak pon ade sape-sape yang nak??? Saya bole bagi...uhuk uhuk...mcm takda masa je nak pergi kan. Tarikh last sampai hujung bulan ni je.

Tapi dengan syarat kene amik services above RM 100 baru bole claim baucer nie. Nak pergi ke tak ek????

Masih terpikir-pikir. Teringin gak saya nak test body massage and lulur. Bestnye kalo ade orang tolong manjekan diri kite kan...Wah heaven-nya.....

Tapi tak best plak rase kalo pergi sorang-sorang kan. Babe teman i jom. Tapi you kene quarantine plak kan. Haishhh....

Antara pakej yg ada. Best kan...

Friday, December 31, 2010

Azam Misi 2011

0 comments

2 comments

3 comments

1 comments

Disable Right Click