Happy Sunday,
Sunday yang amat membosankan untuk saya. Huhu dok memerap kat umah tanpa aktiviti ukur jalan. Memang membosankan. Otak pon tibe-tibe mengecil bile dok umah tanpa buat pape. Wei banyak je keje dlm umah ni kene buat. Sidai baju-lipat baju-kemas bilik-sapu sampah-iron baju opis seminggu-pasang cadar and sarung bantal-BUAT RP! Buat rp tu yang paling penting sekali!
Hoho owh banyak ek keje saya kene buat. Adoi takda moodla. Arini En Azli tengah bizi mengemas umah beliau yang lagi 2 minggu nak buat kenduri. Adik beliau nak menikah awal januari depan and kenduri doa selamat diadakan sebagai mukadimah sebelum majlis sanding berlangsung September depan. Sama dengan majlis saya bertandang saya kat Seremban. Januari depan cume majlis untuk keluarga belah pompuan.
Famili En Azli siap beli kain sedondon untuk saya sempena majlis sanding tu. Hoho padahal saya tak officially jadi keluarga mereka. Thanks ya. Insya Allah baju tu dah nak siap dah.. Masa kenduri belah pompuan tu satu famili akan pakai baju sedondon.
Famili En Azli best, tak macam famili tut (taknak sebut nama die) yang memang sombong dengan saya. Mungkin masa tu saya tak berapa pandai untuk beramah mesra kot. Saya ingat lagi first time saya dtg umah tut, masa hari raya puasa. Beria sangat die ajak saya dtang umah padahal saya memang tak bersedia untuk jumpa famili die.
Saya datang jugakla sebab taknak die kecik hati. Tapi sangat frustrated sebab saya tak bole nak get along langsung dengan mak die. Senang cite whole famili die saya tak bole blah. Saya akui saya memang tak banyak ckp and kurang mesra and pendiam. Tapi bile orang pon tak bole nak bagi respon langsung la saya kaku. Saya ingat lagi, masa saya datang tu kakak die ada tengah iron baju, of course la die nampak saya. Tapi pandang sebelah mata pon tak. Hallllooo ko ingat aku hadap sangat nak dtg umah ko...hadap sgt nak kapel dengan adik ko....
Huhu kan dah terkuar kata kesat. Eh napa plak saya nak ungkit kisah lama ni kan. Motif??? Tak da motif cume nak ckp saya syukur dapat keluarga En Azli yang menerima saya dengan seadanya. Syukur sangat.
Yang penting silalah jadi diri sendiri and tak perlu hipokrit untuk memancing hati keluarga si dia.
Simple but sweet~
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment