Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, February 29, 2012

Deco: Living Area

Isnin lepas sofa sampai. Saya tak tahu menahu langsung tentang sofa ni. Sume B yang order. Cuma sebelum proses penghantaran B bawak saya ke kedai untuk tanya sama ada saya suka atau tak dengan pilihan dia. Ternyata taste kami sama. First time tengok terus saya suka. Rupanya dah lama B order, kononnya nak buat surprise pada saya. Konon sweet la tu...huhu...

Sebelum ni ada jugak survey sofa. Survey je tak beli pon. Masa ni takda plak B bagitau saya tentang sofa yang dia dah booked. Pada fikiran saya, saya hanya mahukan konsep L-shape saje sebab keadaan ruang rumah kami yang agak terhad. Tak sangka plak B pilih 3 seaters. 

Alamatnya penuh la ruangan depan tu. Tu pon saya pakai letak dulu. Nanti baru adjust ikut kesesuaian. 

Kalau ikut plan ruang TV takkan sama dengan ruang letak sofa ni. Konon nak jaga sofa daripada kene lenjan la kan. Pening jugak nak set-up sebab ruangan terhad. Ni pon kami dah pening. Belum masuk meja makan dengan kabinet TV lagi or perabot extra.

La ni umah tunggang pecah sebab ada sofa la. Kalau sebelum ni rumah lapang je. Kalau bersepah pun takda la nampak sangat kan.

Malam ni kene gotong-royong dengan B. Kami dah sakit kepala tengok keadaan rumah yang tak terurus. Weekend ni mahu bercuti. Kalau bole nak tinggalkan rumah dalam keadaan kemas. =)

Kalau dah siap deco baru best kan??
La ni carca marba lagi...

P/s: Semua benda perlukan mata wang Malaysia...

Masam Manis Pengantin Basi

Bila dah kawin secara automatik kehidupan akan berubah 360 darjah. Belum lagi ada anak. Kalau ada anak mungkin akan 360 darjah tu akan berputar banyak kali. Huhu..

Lain la sapa yang ada bibik. Kehidupan mampu diruruskan walaupun bekerja. Tapi tak sepenuhnya kepercayaan kita boleh serahkan pada pembantu rumah.

Tapi bagi isteri yang memang ingin menguruskan rumah tangga sendiri pasti terasa kelam kabutnya dunia ni. Besarnya pengorbanan seorang wanita. Bekerja dan dalam pada masa yang saya mampu untuk menguruskan rumah tangga dengan jayanya. Yang had pemalas tu tolak tepi la. Bekerja tak semestinya nak membiarkan rumah dalam keadaan yang tidak terurus. Nasihat penting untuk diri sendiri.

Bila dah kawen....

  • Kalau sebelum ni tak perlu pikir untuk uruskan orang lain, hanya pentingkan diri sendiri. Baju tak berlipat and berlonggok atas tilam pon takpe. Tido dengan timbunan kain pon takpe. Takda sape nak peduli. Tapi bila dah kawen dah tak bole nak hidup dengan perangai tak senonoh tu. Tempat tido kene sentiasa terjaga walaupun hanya beralaskan tilam single. Sayalah orang tu. Katil kat rumah mertua tak loading lagi kat rumah. Akibatnya berhimpitla atas tilam yang kecik tu. 
  • Kalau dulu stok iron baju tak banyak. Nak iron baju kurung pon senang. Kadang-kadang datang mood malas, iron tang bontot dengan depan je. Had mana kedut je. Skang ni saya perlu spend satu hari untuk iron baju kerja stok seminggu. Selalunya saya akan cari peluang hari Ahad untuk iron semua baju. Tambah baju kemeja, lecehnya nak iron. Kalau saya tak praktikkan macam ni, alamatnya flat la saya di hari bekerja.
  • Masak?? Masa bujang saya jarang masak. Memang malas nak masak kalo takat nak makan sorang. Cuma kalau dulu yang saya duduk dengan Murni, kami rajinla praktis masak. Lepas tu haraaam. Malas! Laa ni dah kene rajinkan diri untuk asah bakat masak. Dah kene pikir selera suami. Suami suka makan apa?? Yang itu yang saya cuba akan masak. Tapi nasib baik suami jenis tak cerewet. Makan je apa yang ada, asalkan kenyang. Penah satu hari, masa ni saya masak cincai je sebab banyak barang basah takda kat umah. Yang masak cincai tu la suami puji sedap. Huhu...ikan keli masak cili api....al maklum orang nogori....
  • Kalau sebelum ni takdanya nak solat berjemaah dengan kekawan. Tapi bila dah kawin adalah jugak masa-masa yang terluang kami solat berjemaah. Solat Maghrib la. Rasa bahagia lain macam bila dapat solat berjemaah dengan suami. Mendengar alunan suara dikala dia membacakan al-fatihah dan surah-surah...memang hati kecil saya tersentuh. Nikmatnya perkahwinan....
  • Bila dah kawen sentiasa ade peneman ke mana saja saya pergi. Kecuali pergi keja la. Huhu. Banyak aktiviti yang dilakukan bersama. Takda aktiviti yang menarik pon. Tapi ke mana ada saya disitu ada B dan kemana ada B disitu ada saya.....kadang-kadang atas urusan kerja pon saya sibuk juga nak ikut.
  • Rumah nak kene kemas. Saya manusia yang tak bole hidup dalam keadaan serabut pada kadar masa yang panjang. Bila dah kawen rumah kenelah sentiasa kemas walaupun rumah boleh diibaratkan seperti gua. Kalau sebelum ni takda sapa yang nak buat sepah. Tapi bila datang mood husband buat sepah. Masya Allah. Al maklum keje husband bermain dengan kertas sana sini. Dokumen sana dokumen sini. Lelaki mana kisah sangat part berkemas ni. Tambah storage kat rumah tu nan ado lagi. So satu kerja yang mencabar bagi saya bila dah kawen ni. Kene pikir cara supaya segala kertas and dokumen kerja B berada di tempat yang betol dan dalam keadaan kemas.
  • Kene bangun pagi! Sebelum ni bukan tak biasa nak bangun pagi. Cuma skang ni bangun pagi automatik kene pikir, jauhnya saya nak drive ke tempat kerja. Sebelum kawen tempat kerja sekangkang kera. Bayangkanlah hari-hari travel KL-Seremban. Buat kerja gila namanya. Harap-harapla ada rezeki dalam masa terdekat ni. Tak sabar nak benti keje. Den dah tak sanggup menanggung lagi.
  • Lepas kawen badan saya kerap flat sebelum tempoh masanya. Sebab life sebelum kawen and lepas kawen dah berbeza. Mungkin sebab rutin travel saya setiap hari yang menjadi penyumbang besar kepada kesihatan saya. Datang opis memanjang je stress. Bukan stress sebab husband or kehidupan rumah tangga. Tapi sebab lokasi tempat kerja and rumah yang tak bole diterima dek akal fikiran saya. Huhu...
  • Bila dah kawen saya dah ada pengomen tegar. Segala masalah dibawa berbincang. Segala keputusan perlu dirunding dan perlu mendapat persetujuan bersama. Sebelum ni i gerak solo je. Ikut kata hati. Bolos saje dinding itu. Arguments tu memang ada. Cara lelaki dan perempuan berfikir memang berbeza, Lelaki lebih berfikir ke arah long term tapi perempuan tak nampak apa yang takda depan mata. Contohnya nak beli peti ais and mesin basuh pon jadi isu jugak. Saya nak beli mesin basuh yang had 6-7 kg je tapi husband nk beli yang 10 kg ke atas. Pada pandangan saya buat apa nak beli yang besar sebab tinggal berdua. Tapi husband pikir lain, bila dah beli besar tak perlu nak tukar untuk 2 3 tahun akan datang. Akhirnya saya ikut kata husband sebab bukan saya yang bayar. Huhu. Tapi bila dipikirkan balik, memang betol pilihan husband. Skang ni keja saya yang senang. Ye dak??? Benda-bnda macam gitu pon nak jadi isu kan.....haruslah....

P/s: Rumah saya skang ni macam tongkang pecah. Masa sangat mencemburui saya. Alahai..

Wednesday, February 22, 2012

Petua Untuk Dapat Baby Cepat

Comelkan dia.
"Tengah imagine pegang baby sendiri."

Masa ni Adnin kecik lagi.
Now dah ada adik dah.
Masa ni tak bole berlari
Skang ni dah bole lari lintang pukang.

Adnin ni baby boy kepada Kak Ija.
Ex Cybernetics dulu.
=)

I tak stress pon pasal anak.
Cuma mahu amik berkat bila letak pic pegang baby.

Petua apakah yang saya pakai??
OooOoo kalau letak pic pegang baby bole lekat terus ek...

Apa salahnya psycho minda sendiri...
=p

P/s: Tengah bulan mengambang. Time untuk kira waktu subur. Ok saya sudah over limit..
=p

Wordless Wednesday

Roasted Chicken Served With Cream Gravy Accompanied With Breaded Potato and Poached Vegetables

Prepared by my students during the Western Cooking Skills class

P/s: The presentation of food should be improved for next time.

Tuesday, February 21, 2012

Saya Hamba Yang Lemah

Saya takut pada peningkatan umur,
Adakah peningkatan umur sejajar dengan pencapaian saya harini,

Masih banyak lagi kekosongan dalam hidup yang belum terisi,
Tahun ni umur dah menginjak 26 tahun,
Sudah melepasi Jubli Perak.

Bergeraklah wahai minda dan hati untuk perubahan seterusnya!

Pagi tadi saya dengar ceramah dari radio IKIM,
Dengar pon masa nak dekat habis,
Rugi plak rasa.

Apa yang saya ingat kenyataan Ustaz berkenaan ialah...

"Kejayaan seseorang itu bukan diwarisi dari keturunan. 
Tidak semestinya bila ibu/bapa kita berjaya, kita akan berjaya.
Dan tidak semestinya bila ibu/bapa kita bukan dari golongan yang berjaya, kita tidak mampu untuk berjaya.
Setiap manusia berhak untuk mengecapi kejayaan"

Macam yang diceritakan satu kisah dalam ceramah tu,
Seorang usahawan restoran yang berjaya yang punya banyak cawangan kat England,
Beliau tak abis bersekolah dan tidak punya pendidikan yang tinggi,
Bermula bekerja sebagai pencuci pinggan di restoran tapi berjaya untuk usahakan restoran sendiri sehingga bergelar Jutawan.

Berkat usaha dan keberanian beliau berjaya.
Dan hasil kejayaan beliau menjadi pendorong kepada manusia yang lain,
Saya tertarik dengan satu kenyataan bahawa beliau tak pernah masuk ke Universiti and now bila dah berjaya banyak Universiti panggil beliau untuk bagi talk and kongsikan resepi kejayaan beliau selama ni. Padahal beliau juga bukan dari golongan yang berpendidikan tinggi.

Allah Maha Kaya dan Maha Adil.

Sama-sama kita jadikan cerita ni sebagai sumber inspirasi untuk terus mencari pencapaian yang membanggakan dalam hidup kita!

Monday, February 20, 2012

Review Teratak Kecil

Assalamualaikum dan hello semua,

Rasa macam dah lama tak update sesuatu disini untuk dijadikan kenangan hidup buat tatapan di hari mendatang, menilai sejauh mana kita pada hari ini. 

Jauh sekali untuk bermegah, berasa bongkak, mengutuk atau meraih simpati daripada orang lain dengan setiap post yang ditulis. Cukup sekadar benchmark kepada diri sendiri atau kronologi hidup saya sebagai Fardilla Fawzi sebelum diambil nyawa oleh yang Maha Berkuasa.

Alhamdullilah sudah masuk bulan ke-5 saya bersama dear mengharungi hidup sebagai pasangan suami isteri. Dah pelbagai cabaran dalam kehidupan yang telah and bakal ditempuhi bersama. Moga dear sentiasa bersama saya dikala susah mahupun senang.

Masuk bulan ni jugak dah 2 bulan kami mengharungi hidup sendiri berdua. Kalau sebelum ni saya kerap merungut di awal perkahwinan kerana kurang betah tinggal di rumah mertua. Bukan tidak suka tapi saya mahukan kehidupan sendiri. Mahu sediakan segala kelengkapan suami tanpa mata lain memandang secara dekat. Tidak mahu ada orang yang salah anggap dengan sikap saya. Al maklum kalau dulu ada mak mertua lain....

Alhamdullilah berkat kesabaran awal tahun haritu kami dah berpindah di rumah baru. Biarlah kecil atau seburuk mana rumah itu, asalkan ia adalah rumah sendiri. Keluarga nak datang pon senang tanpa rasa segan. Saya bebas di rumah sendiri. Rasa seronok sangat bila dah tinggal berdua. 

Dah 2 bulan tapi rumah tu hanya ada barang basic sahaja. Peti ais, dapur, mesin basuh, tv...itu sudah memadai bagi kami. Perabot dan peralatan barang yang lain masih berdikit-dikit mahu membeli...masih dalam pending list lagi. Tak mengapalah asalkan saya tak perlu untuk membasuh kain pakai tangan....huhu =p

Pending list barang yang perlu dibeli masih panjang lagi. Al maklum kami bukan orang kaya yang boleh habiskan 10, 20 ribu dalam masa satu hari.....

Takpelah buat masa ni, ini yang terdaya dan termampu.

Saya bahagia bersama suami walaupun keadaannya macam ni... =)

Living area. 
Hanya ada karpet dan tv sahaja.
Tu pon tv kabinet tak beli lagi sebab tak muat kereta.
Dah jmpa kat IKEA, nama je IKEA tapi harga tv kabinet yang kami nak beli tu lagi murah dari Wescourt, Cavenzi dan sewaktu dengannya.
Kualiti berbaloi dengan harga.
Kalau dah beli lori bole la kot tunjuk kat uolsss 
=p

Dry kitchen.
Kitchen kabinet pon takda lagi. 
Alahai segala perkakas dapur saya letakkan atas lantai je.
Minta maap kalau pic ni menyakitkan mata.
Ni je yang saya mampu susun untuk nampak kemas.

Wet kichen.
Ni kitchen khas untuk saya kotorkan. 
Disebabkan takda proper storage buat masa ni pakai sangkut je macam tu. 
Takda semak sangat atas lantai macam kat dry kitchen.
Cuba tengok dapur kat tepi tu.
I oolsss terpaksa mencangkung or bersimpuh kalau nak masak.
Tu la resepi utama kalau nak masak sedap.
=p

Bilik air 1.
Bilik air ni letaknya di luar.
Ada satu lagi dalam master bedroom.
Yang master bedroom punya tak payah nak tengok la ye.

Inilah review sedikit sebanyak Teratak Syurga Cinta kami untuk 2 bulan pertama. Tak sabar rasanya nak deco-deco rumah macam blogger yang lain. Idea dah berkepuk tapi tak mampu nak direalisasikan dalam masa terdekat ni.

Doa-doa la moga ada rezeki kami, bole la menambah barang-barang dalam gua kami tu. =)

Bila dah kawin automatik perasaan nak menghias and mencantikkan rumah datang.

P/s: Rumah kami kecil je tapi saya bersyukur dengan rezeki yang Allah dah berikan. Alhamdullilah. =)

Monday, February 13, 2012

Semangat Sungguh Saya Ke Opis!

13 Februari 2012

Harini Monday Blues saya dah mula kerja setelah 2 minggu beristirehat di rumah. Heaven sangat bila melepak kat rumah tanpa pikir bebanan kerja walaupun tahu kerja kat opis ni takdalah seteruk kerja B kat opis.

Pagi ni konon bangun dengan mood yang semangat. Tapi jauh disudut hati merungut kenapalah saya kene kerja arini. Kenapa tak suke pergi opis --> sebab saya terpaksa drive jauh 1 jam 15 minit. Bayangkan keluar rumah 630 pagi lebih kurang and sampai opis tadi pukul 810 pagi. Rasa macam jauhnya perjalanan saya arini. Apa nak buat....dah nasib badan.

Tambahan plak kebiasaanya kalau hari Isnin highway PLUS memang sangat banyak dengan kete tapi trafik masih berjalan lancar sampai la saya tiba di Tol Sg Besi. Sapa pengguna Tol Sg Besi pagi tadi memang tahu la keadaan trafiknya. Macam mangkuk bertingkat-tingkat. Kereta bersusun kalau tak salah saya sampai ke Desa Petaling menuju ke Pusat Bandar!

Tambahan plak pagi tadi AFQ buat hal. Tak bole start plak sebab dah 2 hari tak bawak dia. Terpaksa pakai NCB. NCB banyak telan minyak plus susah nak menyelit! Dikala trafik jem macam tu lebih afdal drive kete kecil molek mcm AFQ...

First tasks kene buat bila masuk opis, of course la marking paper midterm exam. Alhamdullilah dah selesai dalam satu hari. Kelas mak sikit nolks semester ni... =)

Now fokuslah menyiapkan carry marks and fail subjek mungkin dikala nak resign nanti senang kerja sume dah siap. Kaedahnya la...

Tata. Sekian untuk laporan harini.

Sunday, February 05, 2012

Dia Sumber Kekuatan

Antara kenangan yang tersimpan rapi.
Biarkanlah ia berlalu pergi.
Jangan ditangisi apa yang terjadi kerana ia memang sudah tertulis.
Anggap ini suatu ujian Allah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran dan keimanan hambaNya dalam menerima setiap ujian-Nya.

Moga suatu hari nanti Allah kurniakan kami rezeki yang baru.
=)

Pengalaman dan kenangan!

Sumber kekuatan --> Suami tercinta!

"Setiap hari Dia memberi rezeki yang melimpah ruah kepada kita dan sesekali Dia akan mengambilnya semula, bukan kerana Dia tidak sayangkan kita tetapi kerana Dia mahu melihat sehebat mana kita berhadapan dengan ujian-Nya. Maka kita perlu redha.... "

Review Dugaan Takda Rezeki (Part 5)

27 Januari 2012 (Jumaat)

  • Pagi-pagi nurse datang untuk check tekanan darah dan suruh saya mandi dan bersihkan diri. Pagi-pagi jugak masa tu dalam 5 pagi, doktor call nurse untuk tanya condition saya. Serius Dr Sukhilmi memang sangat bagus.
  • Saya diberitahu doktor akan datang check condition saya dalam pukul 9 pagi. Saya siap bersarapan bagai. Makan tu harus untuk tenaga. Kalau tak kene bebel dengan husband. Pagi ni hospital just bagi milo and biskut kering je.
  • Dalam pukul 9 pagi doktor scan perut untuk lihat sisa ketulan darah yang tinggal dalam perut. Masa ni doa je harap takda apa yang tertinggal. 
  • Bila doktor scan kantung dah keluar abis tapi yang tinggal hanya sikit lagi ketulan darah. Doktor bagitau dia akan cuba keluarkan guna teknik sedutan. Kalau tak berjaya kene la buat proses cuci.
  • Saya dan husband diarah untuk menunggu di Wad Bersalin. Doktor datang dan masukkan satu alat. Sakit memang sakit. Rasa senak. Saya mengalirkan air mata untuk tahan kesakitan. Husband usap kepala saya untuk tenangkan saya. Alahai....
  • Tak berjaya untuk keluarkan dan saya perlu jalani proses cuci jugak. Muka dah cuak sebab saya dah dimomokkan dengan proses cuci ni menyakitkan.
  • Saya diberi bius. Nasib baik sekali cucuk dah bole cari urat. Beberapa saat kemudian saya tak sedar apa. Hanyut dan tenggelam tak tahu kemana.

*****

  • Husband bersama saya sepanjang proses cuci walaupon saya langsung tak sedar apa yang berlaku.
  • 2 jam kemudian lebih kurang baru saya tersedar.
  • Masa hampir tersedar tu saya terasa macam ada orang yang bercakap-cakap dengan saya. Saya kenal itu suara B! Dear bacakan kalimah Allah di telinga saya dan usap muka saya untuk kejutkan saya.
  • Bila saya tersedar terus B cium saya berkali-kali. Masa ni saya agak mamai. Tak sedar apa yang berlaku. Saya tanya B...dah selesai ke??? Alhamdullilah Allah masih panjangkan umur saya.....
  • Takda rasa sakit apa pon. Saya masih boleh berjalan walaupun berjalan perlahan. 
  • Petang lepas solat Jumaat saya dah boleh keluar wad. Alhamdullilah...
  • Rupanya proses cuci ni takda sakit seperti yang saya gambarkan. =)

Berakhir sudah review dugaan takda rezeki. Moga-moga lepas ni Allah kurniakan lagi rezeki yang tidak terhingga ini. 

Terima kasih Ya Allah kurniakan saya anugerah yang tidak terhingga ini walaupun sekejap dan suku jalan sahaja.

Lepas ni kene berdoa dan jaga diri dengan lebih baik supaya saya dapat merasai perjalanan yang terindah ini sehingga ke garisan penamat.

=)

Review Dugaan Takda Rezeki (Part 4)

26 Januari 2012 (Khamis)

Kali ni saya nak recall apa yang terjadi pada saya selepas doktor masukkan ubat yang ke-2 secara pantas dan mudah untuk difahami. Hope so...=)

  • Ubat yang pertama tidak berjaya mengeluarkan baby dalam perut. I mean bukanlah baby. Bentuk fizikal masih tidak kelihatan. Apatah lagi jantung dan otak. Saya relakan dear pergi jika ini telah tertulis. Jika dear survive mungkin akan berlaku komplikasi yang agak serius. 
  • Ubat yang ke-2 dimasukkan di bahagian alat sulit menjelang 5.30 petang if I'm not mistaken. Maksudnya malam ni saya perlu bermalam di hospital. Pertama kali dalam hidup setelah usia menginjak 25 tahun. Dulu saya selalu terpikir mungkin first time saya akan masuk hospital diwaktu melahirkan anak nanti. Tapi lain pula apa yang saya fikirkan sebelum ni. Allah Maha Mengetahui...
  • Perut dah mula memulas seperti sengugut. Saya tak kisah sangat perasaan sakit tu sebab sebelum ni saya dah biasa menahan sakit senggugut bila datang bulan. Doktor tanya sama ada saya mampu tahan sakit atau tidak, sebab doktor akan bagi ubat penahan sakit jika saya tak mampu menahan sakit tu. Alhamdullilah saya mampu menahan sakit...
  • Sakit tu datang kejap-kejap, boleh dianggap macam contraction masa nak bersalin. Kadang-kadang rasa ok, kadang-kadang rasa sakit sangat. Sampai berguling atas katil sorang-sorang. Sebab masa ni husband and parents dah pulang ke rumah. Lepas Isyak baru husband datang hospital balik untuk temankan saya malam ni.
  • Bila sakit datang, makan pon tak lalu. Bercakap pon tak larat. Semua rasa serba tak kene.
  • Masa saya ke toilet, terasa macam ada sesuatu yang keluar dari bawah.  Mungkin ketulan darah. Tidak terlalu besar. Agaknya sebab ni la saya rasa sakit perut sangat.
  • Alhamdullilah malam ni saya masih lagi boleh tido lena. Mungkin terlalu penat seharian tak tido dan menahan sakit.
  • Saya berharap dear mampu keluar semua tanpa meninggalkan apa-apa dalam rahim/ perut saya. Berharap sangat saya tidak menjalani proses DnC.

Prosedur D & C.
Ihsan Google

Saturday, February 04, 2012

Happy Holiday!

  • Maafkan saya sebab tak sempat nak habiskan kronologi cerita dugaan takda rezeki tu. Mencari masa yang sesuai untuk recall apa yang terjadi.
  • Dah hampir seminggu lebih saya di Ipoh, saya sudah mula merindui rumah and husband.
  • Tak sabar nak peluk husband esok. Over!
  • Agak serabut memikirkan study. Hampir give up. Kalau tak disebabkan semangat and bebelan B tiap hari......dah lama dah...dot dot..huhu
  • Dah lama tak drive! Macam mana nak bawak kete. Ampun saya dah lupe. Over again!
  • Minggu depan dah mula tugas dan rutin yang membosankan!
  • Mencari masa yang sesuai untuk produce anak semula. Hope ada rezeki! =p    --> Over lagi...!
  • Selamat Menyambut Maulidur Rasul and last but not least happy holiday to all of you!

P/s: 2012 banyak sangat cuti berjela sampai Isnin and Selasa kan??

Wednesday, February 29, 2012

Deco: Living Area

4 comments

0 comments

1 comments

2 comments

Disable Right Click