Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Friday, November 26, 2010

Akad NIkah Preps Part 1

Salam uolss,

Huhu Sabtu yang perlu datang bekerja. I tak buat keje pon, just saje nak tayang satu bende ni. Preview my baju for akad nikah.

Actually kain ni dah lame kami beli. Kalo tak salah dalam hujung tahun 2008 or awal tahun 2009. Dah lame kan. Orang kate kain ni bole out-dated. Saya peduli ape. Huahua....

Saya suke bangat dengan kain ni sebab En Azli yang pilih. Bile saya pilih die cakap pilihan saya mcm DESA. Huhu. Oh lupe nak bgtau, kain ni kami beli kat Jakel Jalan Tar. Masa tu ada promotion kaw-kaw. Masa tu kain ni harga die RM 300 semeter. But then after tawar-mnawar dapatla separuh harga. Sangat berbaloi kan.

So masa tunang aritu, kain ni salah satu barang hantaran la kan. So we have decided to choose silver color for our theme.

Gambar perlu di-kelam-kan ye....Huhu

P/s: Kepada B2B sekalian, skg ni dah hujung tahun, berlambak promotion, so please grab the opportunity ya...jangan lupe berkunjung ke Jakel berdekatan anda. =)

Wednesday, November 24, 2010

Oh Malam

Salam uolls...

Pelik kan tibe saya online tengah malam macam gini. Sebenarnya my best friend akma datang umah saya. Sepatutnya beliau tengah sakan bercuti skg ni. Yela cikgu kan. Time cuti sekolah, cikgu pon cuti jugak. Tak aci kan. Haishh nape la saya tak mcm tu. Yela, kan students saya tengah cuti sem skg ni. Supposedly, i pon kene cuti jugak la kan. Baru btol konsep mcm tu kan. Arghh mrepek sudah. Ampun yaa....

Huhu arini saya terputus hubungan dengan laling saya. Masing-masing kene barred kan. Ni tengah tnggu beliau online la. Harap-harapla online kan. Semalam pukul 1 pagi kol saya. Saya ingat kan alarm saya bunyi. Mak ai copet bonar dah siang. Bile ringtone bunyi saya cancel-kan. Yela selalu pagi-pagi saya memang mcm tu kan. Tak putus asa, beliau kol lagi sampai saya pick up phone. Tu pon sebab akma yang kejutkan saya.

Pelik jugak sebab selalunya kalo die dah kol, then saya tak angkat, jarang sangat la die kol balik kan. Dahla mamaikan. Kalo tak salah saya, die kejutkan saya suh online kot. Gile apa dah pukul 1 pagi masa tu. Nanti kang tak pasal-pasal datang demam kura-kura saya. Anti-body saya ni lemah sikit kalo tak ckup tido and rest. Mula la nak mengada demam kura-kura. Hanya Natrah je yang paham saya. Hehe...

Alhamdullilah arini sume keje saya melibatkan marking paper final and key in dah setel. Huh jenuh nak menghabiskan ber-bundle kertas soalan student. Tapi yang tak bestnya bekalan jalur lebar dh takda. Mungkin nak menamatkn services-nye kot....

Hurmmmm kene cari pembekal yang baru.........

P/s: Minta-mintala En Azli online...sementara tu tgh meng-edit pic tunang nok huda...huhu

Tuesday, November 23, 2010

Cuci Sawang

Salam,

Terasa blog ni bersawang sangat...

Dah lame tak update preparation and ideas wedding kat sini...

Dah lame tak jalan-jalan kat blog B2B...

Dah lame tak update blog secara pukal...

Maklum la takda connection jalur lebar...

Buat masa ni saya "pause" kan untuk sementara waktu keinginan dan keterujaan preps wedding saya...

Tak kisahla lambat lagi ke apa kan...janji saya bersedia dengan segala pilihan yg ada kan...

Nanti tunggu nak grab je...

******

Kawan-kawan doakan saya untuk intebiu tu nanti ye...dalam hati sangat cemas and cuak kalo tak dapat buat yang terbaik...

Walaupon hasilnye nanti akan mengecewakan, saya pasti akan terima sebab sume yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Tugas saya skg ni berusaha-berdoa-bertawakal supaya saya mampu buat yang terbaik...

Monday, November 22, 2010

Catatan Harian

Salam,

Lately saya sangat liat untuk bangun pagi. Ni adalah tanda-tanda org yang tidak sihat ye kawan-kawan. Nampak gayanya jamu saya kurang mujarab untuk meningkatkan tahap kerajinan dalam badan. Ala nak salahkan jamu plak, padahal awak tu yang takda level of motivation yang tinggi. Ntahla wei, dengan mengantuknya, dengan rasa malas yang melampau...buat saya risau plak.

Semalam saya gerak dari Ipoh ke KL dalam 1030 am mcm tu. Saya sengaja bertolak awal sebab saya mahu terus ke Seremban. Naik muntah saya drive lama-lama dalam kete. Sorang-sorang je rasa mcm kesunyian gile-gile. Dah takda sape nak dijadikan teman kan.

Smpai KL dalam 130 pm, saya terus balik umah sewa dulu. Nak memunggah barang yang banyak saya bawak aritu. Nanti sampai malam saya dah tak larat nak mngangkut semua barang tu sorang-sorang. Mandi and solat Zuhur, dalam pukul 230 pm saya terus gerak gi Seremban. Drive lagi kan. Huh meloyakan sungguh.

Smpai kat tol senawang dalam pukul 320 pm. En Azli suh tunggu die kat situ. Nasib baik kali ni saya tak menunggu die berjam-jam kan. Beliau sampai je terus ajak saya gi kawan die masa kat Poli kawin kat Lukut. Laaa saya tak pakai baju yang proper pon masa tu. Pakai T-shirt and jeans je kot. Adoi..suke mcm tu tau. Taknak bgtau awal-awal. Saya park kreta kat Tol Senawang and dengan selamba pergi org kawin dengan pakaian mcm tu. Nak buat mcm mana kan. Lagi pon dah nak dekat pukul 4 pm, pengantin dah nak masuk tido pon. Huahuahua

Sampai pengantin dah tukar baju pon. Huhu orang siap-siap nak tutup kedai pon. Takpe at least kite raikan kawan kite kan.

*#$%^&*(**&^$$$^^##@@$

Dalam pukul 6 lebih baru saya dapat singgah rumah En Azli. After solat Maghrib and makan malam saya terus gerak balik. Cepat jugak la dalam pukul 8 pm. En Azli ade hal dengan kawan die, so saya taknak ganggu die buat keje.

Nasib highway agak lancar. Risau jugak sebab masa kitaorang naik highway dalam petang mcm tu, highway ke KL sangat sesak mcm siput daaa.....

Dalam pukul 930 pm, saya dah sampai umah. Tak sempat nak kemas apa pon. Badan sangat letih. Dah mcm sarang tikus bilik tu. Arghhh rimas....

Tu sahaja catatan harian saya....

Ketemu lagi untuk catatan seterusnya......

Friday, November 19, 2010

My Favourite Food --> Laksa

Eh lupe plak nak bagitau kan, walaupon bende kecik je tapi penting sebagai catatan harian saya ok,

Arini untuk pertama kalinya saya masak laksa uols...for the first time. Selalu nak makan laksa suruh je mak buat kan.

Kali ni mak nak tengok saya yang masak sendiri kan,

Not so bad..rupenya senang je nak masak laksa. Umur 24 tahun baru tau nak buatkan.

Takpe...takpe bile makin dkat nak kawin ni kene rajin memasak ok,

Kalo malas kesian kat laki kau la ye dik non,

Arghhh malas nak merapu pasal kawin plak kan,

Nanti orang tak suke nak dengar....

Huhu

Kalo nak rase laksa air tangan saya sila lah datang ke rumah ye....

Daaa~

Eh eh jgn tertipu...ni bukan pic sebenar. Hasil ikhsan dari google....

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam semua,

Saya masih lagi di Ipoh, ni pon melepak kat Tesco mencari wireless free. Hoho nasib ramai yang baik hati kat sini.

Ahad saya akan balik semula ke KL.

Interview saya di-postpone pada 8 dan 9 Disember bulan depan. Tersangatla lega hati saya. Bole la saya meng-update-kan diri pada apa-apa info yang patut.

Nape la tak ckp awal-awalkan. Kalu diikutkan pada plan asal balik raya haji ni saya nak buat survey apa-apa yang patut for mybigday. Until saat ni, satu bende pon saya tak buat. Yela cuak tersangat nak prepare interview la konon. Huhu satu pembaziran masa ye.

Ahad ni saya akan terus ke Seremban, melawat mak En Azli. Dah lame rasenya saya tak bertandang ke rumah beliau. Erm nak bawak ape ye sebagai buah tangan?????

Anyway lupe nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA ye.

Daaa~

Monday, November 15, 2010

Terasa bodohnya saya

Saya tak pernah rase berdebar mcm ni. Nak makan pon rase tak lalu. Selagi tak selesai selagi tu saya tak senang duduk.

Tula bile kite dah berada di zon yang selesa, kite mudah lupa and feel secure kan. Apa bende la yang saya mengarut ni.

Bile nak pergi dari zon selesa ni mulalah rase meroyan tak tentu pasal. Terasa banyak sangat knowledge yang saya tak tahu. Terasa sangat bodonya saya....

Dah banyak buku yang saya pinjam dari kawan. Mampu ke tidak saya nak tahu sume bende. Ya Allah berilah saya kekuatan.

Tadi saya msg En Ali (my advisor), tanya tips. Die ckp saya perlu faham theory dulu and kemaskan theory. Ampun theory saya dalam cooking skils memang mcm hampagas....lecturer bende mcm gini....hahaha lantakla korang nak ckp saya apa kan...

P/s: Nasib arini mood bos baik...saya nak apply cuti 22 and 23 November dah diluluskan. So saya start cuti 17-24 November la. Lalalala~

Teratak Syurga Cinta

Sabtu lepas saya dah mule kembali kerja mcm biasa. Sebab kelas master saya dah berakhir untuk sem ni. Huhu dah lame rasenya tak datang opis ari Sabtu.

Lepas opis saya terus gi Seremban. Sebab ntah kenapa teringin sgt nak jumpe En Azli.

Lepas makan nasi ayam kenyalang kat ampangan kami terus pergi Bandar Sendayan. Saje nak tengok-tengok teratak syurga cinta kami. Cewah dah mula jadi poyo minah ni.

Setakat ni, teratak ni je yang mampu kami beli. Baru nak mula hidupkan. Lagipon ia hasil titik peluh sendiri, ia lebih memberi makna kan. Thanks to En Azli.

Masa pergi tu, masih lagi under construction. Bahagian hadapan je dah siap sikit-sikit. Rumah contoh takda sebab lots rumah tu telah habis dijual. Dah habis ok. Tapi kami sempat la jugak tengok rumah contoh 2 tingkat bersebelahan dengan teratak yang kami beli. Memang meletup abis. Takpe-takpe....kalo ade rezeki lebih ok.

En Azli memang sesuka hati je masuk kat kawasan yang still under construction ni sebab die one of the staff Matrik Concept kan. Tak tengok lagi kitaorang meredah tanah merah kat kawasan rumah yang sinun. Abis kotor kreta saya. Haishhhh.....nak pergi tempat kotor-kotor bawak kete saya la kan...mcm tu la kaedahnya....

Rumah 2 tingkat yang memang meletop.

Teratak Syurga Cinta kami. Ni bukan rumah sebenar. Tapi kalau dah siap mcm gini la rupenye. Memang sengaja pilih corner lot.

Bahagian hadapan rumah

Kawasan tepi rumah. Kalau nak besarkan sikit rumah nanti senang...kalo den kayo la kan...

Cewah sibuk nak pose jugak kan...

Still under construction..dijangka ni la teratak kami...

Kwasan sekitar yang masih dalam proses...

P/s: Ingat post ni bukan sengaja nak menunjuk ke apa. Takda apa pon yang nak ditunjukkan pon. Hanya sebagai tanda ingatan kepada diri saya.

Alhamdullilah

Salam,

First nak ucap syukur sangat...

Tak tau nak gambarkan perasaan saya pagi ni. Takut? Gembira? Rase nak beri-beri je? Sume ade.

Pagi tadi bukak emel (rutin harian), sgt terkejut sebab dipanggil intebiu as lecturer dalam bidang foodservice kat UiTM Pulau Pinang. Tak sangka plak dipanggil.

Ade temuduga peringkat pertama and kedua. Untuk temuduga peringkat pertama saya dikehendaki untuk memberi syarahan dalam bahasa Inggeris selama 10 minit regarding any topic in my field.

After that ade ujian memasak plak. Yang ini memang saya paling takut sekali. Sebab ni bukan kepakaran saya even study dalam bidang foodservice.

Kalo pass masa first interview, baru la dipanggil untuk second interview.

Ya Allah takutnya, dah lama saya tak mengharungi sesi di-interview....

Sebarang keputusan saya terima dengan hati yang terbuka.

Alhamdullilah....

Friday, November 12, 2010

Sunyinya

"Sunyinya....mcm dalam gua"

Hehe dapat mesej dari En Azli. Hp saya kene barred. So takda sape la yang nak kacau die time die bz, takda sape sibuk nak msg-msg die 2 3 kali walaupon die tak balas. Takda sape nak buat miskol banyak kali kat die. Takda sape nak kol die semata nak ckp i love u. Takda sape nak kol die semata nak dengar die ckp i love u je...

Ahhhaa baru tau bile saya takda. Mule la kate sunyi la apa. Bile saya ade buat tak tau je kan. Hehe

Tengok ye arini saje bape kali die antar msg "sunyinya"

~Saya sedang tersenyum lebar~

Destination 1,2,3,4,5

Bijik mata saya terus celik sebab tadi dalam keboringan saya sempat survey ticket flight kat air asia. Nak tgk kat MAS rase nak tercirit bile tgk harga tiket. Air Asia jela yang saya mampu.

Nak tengok hasil kajian tempat ber-honeymoon saya.

Destination 1: Bali
Date : 21 September - 24 September 2011
Guest : 2
Total (depart and return) : RM 396

Typical place yang orang akan pergi kalau gi honeymoonkan. So saya pon saje la test power. Hurmmm not bad....

****

Destination 2 : Krabi
Date : 21 September - 24 September 2011
Guest : 2
Total (depart and return) : RM 472

Orang kate Krabi Island sgt chantek and sgt sesuai kalau nak berbulan madu. Saya google kat tenet memang chantek pon. Harga die not bad kan. Tak pon mahal. Ntahla bagi saya ok sangat.

****

Destination 3 : Kuala Terengganu
Date : 21 September - 24 September 2011
Guest : 2
Total : RM 136 (Depart and return)

Konon nak pergi dalam Malaysia. Takut takda cuti and masa. Ingat nak pergi Perhentian ke Redang ke. Murah kan.....

****

Destination 4 : Kota Kinabalu
Date : 21 September - 24 September 2011
Guest : 2
Total : RM 140 (depart and return)

Yang ni memang saya sgt impressed. Antara dalam senarai --> Manukan Island. Pilihan saya lebih ke sini sebab saya dengar cite sape yang tak bayar PTPTN tak boleh nak pergi oversea. (Kan dah kantoi, saya tak bayar PTPTN)...so moral of the story, sila bayar hutang anda dengan kadar yg segera. Mase nak apply bukan main lagi kan....

****

Destination 5 : Saigon, Vietnam
Date : 21 September - 24 September 2011
Guest : 2
Total : RM 328 (depart and return)

Tmpat ni saya tak berapa nak into sangat sebab tak tau keadaan die mcm mana. Pakai tengok je.

Antara ni jela yang saya mampu pergikan...so sape-sape yang bercadang untuk bercuti. Sila la booking ticket awal-awal, sgt murah and berbaloi-baloi.....

Malas terlampau

Huahua mengantuk bebenor teman arini. Ntah ape kenenya lately suke bebenor mengantuk di opis. Mungkin sebab darah teman tengah pasang skg ni. Ehem ehem jela.

Arini dah setel 4 kelas yg perlu di-marking. Huh akhirnya selesai satu subjek. Tinggal ROM ni lagi.

Malas nak update panjang-panjang.

Mood: Malas terlampau!

Thursday, November 11, 2010

Geram

Nak bercerita jugak....sebab bile saya menulis setel geram dalam hati.

Arini ade paper final subjek saya--> Restaurant Operation Management. Dalam jadual waktu exam pukul 12.00 hingga 2.00 pm.

Saya dapat satu mesej dari students ckp tersilap tengok waktu. Dah lewat sejam lebih. Tanya saya boleh masuk ke tak??? Saya buat bodo je.

And now kol saya banyak kali, berusaha kol walaupon saya dah reject kol tu. Bab ni pandai plak usaha lebih. Tau plak terhegeh-hegeh. Nak merayu la tu nak amik exam. Geram btol la. Salah tengok jam tu salah lecturer ke???

Haishhh nasibla korang kat sini. Kalo masa saya belaja dulu risau gile kalo lewat and tersilap tengok tarikh. Diorang ni buat sambil lewa je. Lepas tu nak myusahkan orang. Fed up btol.

Saya tak taula sampai bile mereka tu nak kol saya banyak kali. Saya memang malas nak entertain org skg. Dah kol banyak kali saya tak angkat, bagi la mesej. At least saya boleh pertimbangkan perkara tu. Haishhh....

** Nasib la sebab arini mood saya tak berapa nak bagus, period pain akibat bulan mengambang **

Doorgift

Saje pilih kaler ni sebab kene dengan tema saya....huhu

*************************************************

Ehem-ehem,

Salam tuan-tuan dan puan-puan,

Ececece berlagak formal plak,

Arini rase nikmat terlebih plak sebab tokei jalur lebar telah memunculkan diri. So saya akan update secara langsung dari laptop saya. Takda lagi seludup post melalui pc umum kat depan sinun.

So arini tergerak hati nak share mengenai doorgift sempena dengan mybigday. Dari hati tu lagi dok terpikir-pikir nak bagi apa ye untuk tetamu yang datang nanti?? Sampai gado-gado dengan mak nak pilih yang mana. Bukanlah gado betol-betol ok, gado manje gitu...

Korang rase bende apa yang best tapi jimat?? Ingat masih lagi dalam konteks berjimat. No no no, saya tak mahu membazir tak tentu pasal. Ingat kehidupan selepas kawin kan penting. Lagi pon, kan tetamu kite tu dah kenyang perut dihidangkan dengan menu masa tu. Nak bagi lagi doorgift yang best-best lagi. Banyak cengkadak???

Hui sila bertapis ye penggunaan ayat di sini. Tak baik noty-noty mcm ni. Tapi tak betul ke apa yang saya ckp. Tapi kalo korang mampu tak pela. Saya yang tak mampu ni cume mampu bagi bende-bende yang biasa saje.

So sempena lawatan saya ke pameran pengantin kat SACC aritu, saya sempat ketemu dengan sorang tokei cenderahati perkahwinan. Sila rujuk sini ---> berkatdn

So far saya puas hati dengan tawaran yang diberikan. Saya ngn mak mcm dah setuju nak bagi kek marble yang diisi dalam kotak yang agak chantek jugak. Modal pon tak berapa mahal sgt. Dah siap packing. So saya tak payah susah payah nak menyusahkan orang lain tuk isi barang dalam goodie bag saya. Pic kat atas plak. Ade kesilapan teknikal di situ ye. Harap maaf.

Kalau dikire bajet utk barang-barang lain pon sama jugak cost die. So lebih baik saya pilih yang ni. Lebih mudah, jimat dan praktikal.

Setakat ni saya mahu stick to this decision first. Kirenya ni untuk tetamu biasa.

Cume doorgift untuk rombongan pihak lelaki mungkin special sikit la.....dtg dari jauh tu. Ehem ehem....

Tuesday, November 09, 2010

Pasrah

Salam,

Pernah tak korang merasa seperti tidak bebas di rumah sendiri???

Perghhh takda mukadimah pape terus diterjah soalan sebegini...awat Cik Dilla ni meroyan ke ape????

Wei saya memang tengah meroyan menyesal sebab tak dengar ckp En Azli hari tu....

Semalam lepas Solat Asar ntah mcm mana secara automatik niat untuk berpindah menerjah dalam kepala otak ni. Target lokasi saya apa lagi, rumah tumpangan saya la kat Pandan Perdana aritu. Sebelum Natrah menikah die ade offer kat saya. Tapi pada saya masa tu tiada keperluan penting untuk saya berpindah and plus sebab-sebab lain yang saya tak mahu beritahu di sini.

Tapi skg Natrah dah ade pengganti yang baru and nama die sama dengan nama saya--> dila jugak. Tapi budak ni dok main tarik tali dengan Nat. Sampai skg tak pindah-pindah lagi. Tapi sewa bulan ni die dah start bayar. Bile ditanya bile nak pindah selalu bagi alasan busy.....

Hei ko nak pindah ke tak??? Kalo taknak aku nak umah tu?????
(Hahaha sudah desperate gile mahu pindah. Padan muka ko Fardilla)

Saya selalu perasan, saya pasti akan menyesal and ditimpa masalah kalau tak mahu dengar ckp En Azli. Hari tu saya beria mintak pendapat beliau, bile beliau dah bagi pendapat yang bernas, saya tak hiraukan pon. And skg saya sudah terima akibatnya.

Alasan lain saya memang nak sangat pindah selain dari tidak merasa bebas di rumah sendiri and tidak berapa into dengan budak rumah ialah start bulan disember ni saya dah start buat part time guru tuisyen kat Bandar Sri Permaisuri berdekatan dengan opis and rumah tumpangan saya tu. Kalau dpt pindah sedap sikit saya nak ulang alik kan. Plus kadar penjimatan pon dapat dipertingkatkan.

Hurmmmm mahu mengeluh panjang. Kalau ada rezeki saya, ada la. Kalau takda saya terpaksa pasrah mahu meneruskan kehidupan di rumah yang tiada kebebasan. Tengokla nanti jangan sampai saya angkut TV balik raya haji ni.....padan muke bil elektrik melambung tinggi. Bayar sama-sama kan.....hahahahaha (gelak jahat)

Monday, November 08, 2010

Checklist secara pukal

Tadi masa ckp jage exam saya sempat buat checklist secara pukal. Buat check list kat atas resit watson yg saya jumpe dalam pencil box je. Takda kertas la. Huhu jadila. Walaupon lambat lagi saya tak kire, nak jugak pikir. Selagi tak setel selagi tu otak ni sentiasa berfikir perihal tu.

Jom kite tengok sama-sama ye.

  1. Katering + menu
  2. Kanopi
  3. Marhaban
  4. Kompang
  5. PA system
  6. Seleksi lagu
  7. Pelamin + persalinan baju + aksesori
  8. Deko bilik pengantin
  9. Deko meja makan beradap
  10. Tentatif majlis
  11. Pengapit + baju
  12. Susun atur kanopi utama
  13. Door gift biasa
  14. Door gift VIP/ pihak lelaki
  15. Bunga pahar
  16. Bunga manggar
  17. Pulut kuning + rendang
  18. Hantaran pihak lelaki
  19. Lokasi outdoor
  20. Videography
  21. Photographer
  22. Mak andam + mekap
  23. Emcee utama
  24. Skrip emcee
  25. Honeymoon

Ada yang terlepas pandang tak????

Krim Kecantikan Safi Balkis

Sebelum uols meneruskan pembacaan untuk post yang ini, saya mohon jangan membuat sebarang spekulasi yang tidak diingini ya.

Saya hanya ingin share apa yang saya tahu je ok.

Saya terpikir nak post crita ni rentetan kisah semalam, Cik Yana mesej saya minta pendapat moisturiser apa yang best tuk kulit kering. Huhu yela beliau all out gile-gile sempena big day beliau yang tinggal bape ari lagi ni. Harus stay pretty kan di hari persandingan.

Saya takda pon produk yang menarik untuk dikongsi. Cume saya ade satu produk yang baru saya jumpe 2 3 bulan nie. Nampak gayanya serasi la. Ala krim murah je, kt kedai ubat Ah Chong pon ade jual --> Safi Balqis Lidah Buaya yang penutup hijau tu.

So far okla. Bole diharap jugakla untuk memhilangkan parut muke saya yang mengerutu ni. Kalau pakai siang, bole djadikan sebagai foundation. And kalo malam tepekla tebal-tebal. Saya ade seketul jerawat kat dagu, alhamdullilah malam nak tido saya tepek tebal-tebal kat situ, esoknya jerawat tu kering.

Mungkin kesesuaian produk ikut kulitkan. So saya hanya pakai tanaka white untuk pencuci muka. And krim ni untuk krim siang dan malam. Huhu patutla still banyak pori-pori besar. Huhu....

Sila lihat muke saya yang dok paling kanan sekali tu. Masya Allah, takda nur langsung. Masa ni form 3.

Muke sememeh ni di awal-awal perkenalan saya dan En Azli. Ade sebekas parut di dagu. Tu memang port jerawat ok.

Ni boleh dikatakan gambar latest saya bersama Mun2 masa gi Melaka aritu. Masa ni dah start pakai safi kalau nak kuar gi mana-mana. So far saya agak puas hati walaupon masih ade kecacatan di situ.

Ni die. Saya guna ni je. Murah and agak meresap baik dalam kulit saya. Kalau nak try pon tak membazir sangat sebab die murah je. Hehe

** pic di atas tanpa sebarang edit ye. Tu memang gambar asal **

Update Pantas

Salam Senin sume,

Tak banyak yang saya nak update skg ni, maklumla menggunakan pc umum. Huhu memandangkan pembekal jalur lebar tiada arini.

Ok saya terus buat short post jela. Taknak panjang berjela. Make it simple ok.

Jumaat:
My mummy and Debab datang KL sempena lawatan ulung Debab ke KL. Tengahari saya amik mereka kat KL Sentral memandangkn mereka naik tren ke KL. Huhu debor jugak sebab saya jarang ke KL Sentarl. Tapi saya pakai hentam je. Ape da...kate dok KL. Huhu. Saya hanya mnunggu di lobi utama berhadapan dengan Hiton and Le Meredian Hotel. Nak parking sangat membazir. Nasib Allah permudahkan segalanya, yela sebab mak and Debab tak penah menjejakkan kaki ke KL Sentral tu.

Kami terus shoot ke Midvalley. Orang tak payah nak ckp sgt ramai. Kami sekejap je kat situ. After makan and solat Zuhur terus ke Nilai 3. Padahal tu tiada dalam agenda langsung. Niat asal mahu ke KLCC terus. Tapi memandangkan KL pada hari tersebut sangat jem and saya dah mula naik angin, saya batalkan hasrat ke KLCC and terus ke Nilai 3.

Wah perjalanan relaks je. I like. So sampai Nilai 3 kami memulakan pencarian. Pencarian apa lagi, perihal mybigday la. Setelah di-survey barangan yang dicari agak tidak berbaloi harganya. So misi mencari akan diteruskan menjelang cuti raya haji nanti. Buat masa ni saya tidak terpikir untuk ke Nilai 3 untuk mencari barangan mybigday.

Sabtu:
Pagi-pagi lepas breakfast kami menunggu sang lelaki yang bernama En Azli. Seperti yang dijangka kami perlu menunggu beliau. Lambat. Huhu.

Kami terus shoot ke SACC Convention Centre kat Shah Alam memandangkan ada karnival pengantin kat situ. So far saya amat berpuas hati. And saya and mak dah bersetuju dengan satu vendor goodie bag. Weeee~ Solve satu misi.

Perjalanan seterusnya ke KLCC.

After KLCC terus shoot ke Putrajaya.

Then sebelum keberangkatan En Azli, kami sempat dinner kat kedai asam boi feveret En Azli. 2 cawan kot beliau minum. Kalo tak ditahan mau 10 cawan beliau menghadap air asam boi tu.

Ahad:
Mak and Debab sudah mahu pulang. Saya hantar beliau di Hentian Duta.

Petang sikit, akma mesej ajak gi karok lagi. Saya on je memandangkan mahu mengubat kesunyian di rumah.

**Itu sahaja dari saya**

** Sekian terima kasih**

Thursday, November 04, 2010

Misi seterusnya

Saya dah ade idea kan tuk bunga pahar. Tak banyak yg saya nak buat, cume dalam 100 bijik je. Tapi kalo tgk pada pic previous post, kaler purple bunga ros tu tak sama dengn yang real. Pakai camera hp cabuk je kan. Huhu...

Thanks ye Cik Sarah coz sudi memberi ideas....bagila lagi idea yang banyak-banyak. Hehe...

So skg ni saya mahu list down kan antara item yang perlu saya beli tuk setelkan bunga pahar ni cepat-cepat. Hope after raya haji ni ada peningkatan dari segi kuantiti yang dihasilkan. Cewahhh....

  1. Batang lidi - ok ke..tak pon ade alternatif lain
  2. Riben besar - dalam satu gelung tu mungkin bole dpt dalam 20 ketul bunga ros kecik tu. Kat KK Homedeco segulung RM4.50...kene survey yang murah lagi....
  3. Riben kurus - kene cari kaler yang matching lagi and menaikkan seri bunga telur yang tak berapa nak berseri
  4. Renda net - nak cari 2 kaler. Light purple and putih. Eh putih ke silver lagi better ye??? Hurmmm....
  5. Sarung net bunga telur - kaler purple jugakla kan...

Rasenya tu je kot buat masa ni. Agak-agak kalo saya nak tambah manik ok tak. Tapi kene tgk kat kedai dulu. Kot-kot ade yang sesuai tuk enhance bunga telur ni.

Any idea jangan segan-segan bagitau saya ok. =)

P/s: Setiap harikan kenangan...=p
So jangan muak la bile saya asik post pasal kawin.....

DIY lagi part 2

Salam semua,

Post ni rentetan daripada post semalam ye. So arini saya nak crita sikit hasil yang saya dpt semalam ye. Ntah kenapa semalam idea bertubi-tubi datang dalam kepala otak ni. Huhu..

And sebelum tu nak ckp thanks pada Cik Syafa...kerana sudi menjenguk blog saya tak seberapa ni. Lepas ni kite bole tukar-tukar idea ye. Hehe

Ok sambung balik cite DIY tadi. Semalam pas layan cite Chinta yang dah semakin mengarut tu saya dah cube-cube untuk hasilkan bunga pahar dengan hasil tangan yang tak seberapa ni. Sila-sila la skrol ke bawah ye. And pada Cik Sarah...tunggu kan video dari saya cara nk buat bunga ros dari riben ni ye. Ala cilok kat youtube je. Tu pon idea yang tak disengajakan lepas tgk member sebelah meja, Cik Huda dok browse youtube tengok bunga hiasan tuk hantaran tunang beliau. Thanks to her jugak kerana memberi idea ni pada saya.

Dengan rase rendah hati, lihatla hasil tangan saya yang tak seberapa ni....zaaassssss...

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Tengok dah hampir penuh kotak saya buat. Tapi jangan silap ni baru cukup tuk 9 batang bunga je. Mati saya kene siapkan tuk 300 bijik bunga ros cm gini. Dari duduk elok smpai baring-baring saya mengetel riben jadi bunga ros cm gini. Hehe

Antara item yang diperlukan. Riben + gunting + benang ok...

First step tuk buat bunga ros tu ye...

Pandangan bunga pahar secara kasarnya...perlu dikemas kini lagi ye tuan-tuan dan puan-puan...

Dari pandangan atas. Riben kurus purple tu mungkin perlu ditukar kaler supaya match dengan kaler bunga ros tu. Btol tak???

Close up pandangan atas. Macam gini la rupanya...perlu di-improve-kan lagi kan???

Saya rase sangat bersemangat bile saya dah jumpe design bunga pahar yang saya nak. Konon dulu poyo je saya nak hasilkan bunga pahar dari kain stokin. At last mcm gini je hasil bunga pahar saya.

Harap saya mampu untuk hasilkan bunga ni dengan jayanya. Lambat lagi kan. So saya punye masa yang panjang untuk siapkan.

Chaiyok chaiyok Fardilla.

Wednesday, November 03, 2010

DIY lagi

Haha saya cube untuk DIY dengan menghasilkan bunga ros ini daripada riben. Saya dah ade idea nak buat ape dengan bunga ros ni. Student dah mule cuti, so saya bole menambahkan aktiviti saya di opis.

Abaikan kalo anda terasa bunga ros ni seperti buruk kan. Janji saya dapat rase puas hati dapat menghasilkan sesuatu dengan menggunakan air tangan yang tak seberapa nak kreatif ni. Tapi uolls maklumla kadang-kadang saya ni hangat-hangat taik ayam je. Sume bende saya nak buat sendiri. Jeles tengok bile ada org buat bunga pahar dengan air tangan sendiri. Sila rujuk yang ini.

Korang tak rase bangga ke nanti bile orang tanya mana beli ni. "Eh bukan beli, buat sendiri je"...pergh bangga gile bile dapat jawab mcm tu. Silap aribulan orang tu mintak korang buatkan tuk majlis die. Dah bole menambah income....btol tak??? Saya dah mule memoyokan diri. Ampunnn...

Cube jangan tak cube...

Kalo nak cube pakai riben besar mcm ni...

Ni hasil tuk kaler lain plak...

P/s: Ntah kenapa arini semangat terlebih nak buat preparation. Mungkin fening bile memikirkan duit yang tak berapa nak ckup.

Bunga purple hilang

Tadi masa rest tengahari saya sempat singgah ke Home Deco. Konon dah tekad nak beli sejambak 2 bunga purple tuk hiasan hantaran saya. Tapi sungguh hampa hatiku. Bunga purple sume dah abis. Sebab semalam ada orang borong dengan banyaknya tuk dibuat hiasan bunga pelamin. Lorr wahai Home deco, nape la anda tak top up bunga-bunga berkenaan.

Saya sedih.

Fening

Saya terasa pening la bile memikirkan hal preparation kawin nie. Bukan apa kalo banyak duit tak payah nak berkire-kire and pikir-pikir. Beli sekali harung je. Kalau berkenan grab je. Tak payah berkire-kire beli barang ikut bulanan.

So skg ni saya mahu list kan barang-barang yang mahu saya beli:

Hantaran:
  1. Bunga hiasan hantaran- mahu survey kat home deko
  2. Bekas dulang hantaran bulat, nak 7 dulang je - kat home deko ade tapi mahu survey kat jalan kuala dulu
  3. Manik
  4. Perfume - beli time Krismas
  5. Telekung

Bilik pengantin:
  1. Lampu meja
  2. Langsir

Goodie bag:
  1. Untuk rombongan pihak lelaki - kuantiti 150. Saya ade survey kat home deko and berkenan kat satu paper bag ni tapi harga mahal la RM 1.50. Huh tak jadi. Bajet saya below RM 1.00.
  2. Sedara mara, kawan-kawan and tetamu lain - kuantiti 500??? cukup ke???
  3. Bekas letak muffin - kuantiti 1000. Mampus nak buat 1000 bijik muffin.
  4. Bekas telur - kuantiti 800. Cukup ke????

Malasnye nak pikir.....bole beli pakai daun kat pokok tak??? Haishhhhh...

Desperately need more more more money rite now???? Huhuhu

Yang saya listkan ni baru 1/5 tau...berlambak lagi nak kene setel....

Post Simpan 2 November 2010

2 November 2010

Semasa saya menulis post ni, saya sedang berehat di rumah. Wohooo...

Arini dalam sejarah saya terkena demam selsema. Dari semalam (Isnin) lagi saya dah rase tak sedap badan. Suara pon dah garau semcam. Mungkin akibat aircond yang kuat dalam dewan kuliah masa jawab paper finance ahad lepas. Pergh jarang saya sakit mcm ni. Bangun pagi kepala berdenyut. Tapi bile alarm berbunyi saya gagahkan jugak untuk bangun. Masa tu 630 pagi. Kepala terasa berdenyut, kaki rase lemah longlai. Tapi niat kat hati memang nak pergi keje, memandangkan students tgh final skg nie. Sebab time students final, lecturers akan ditugaskan untuk monitor students masa exam. Risau jugak kalau saya tak datang tak pasal-pasal saya dah susahkan lecturer lain plak.

So saya kol Nurul, rakan seofis. Masa tu belum pukul 7 lagi. Risau jugak nak ganggu orang lain kan. Saya tahu Nurul memang bangun awal. Saya pergi tanya soalan bengong kat die. “Bole ke mc kalau students tgh exam?” Macam tak biasa plak nak mc kan. Huhu... So Nurul kata bole jela. So saya amik keputusan tuk tidak pergi keje arini. Kalu pergi pon risau plak kalau saya benti tgh jalan masa drive. Pagi-pagi kan jem. You ouolss tahu la KL kan. Tak larat nak tekan pedal clutch tu banyak kali.

Duduk rumah sangat memboringkan. Jenuh jugak saya nak ilangkan sakit pala ni. Tgh dok sedap tido jiran depan umah ni tgh renovate umah. So memekak la bunyi mesin pengerudi tu. Tuhan je tau. Tapi saya paksa jugak diri untuk tido. Mungkin akibat kesan makan panadol acti-fast tu saya jadi lalok and tido tanpa pikir bunyi bising tu. And alhamdullilah bangun dari tido saya dah tak rase pening kepala lagi.

Pagi-pagi En Azli suh saya gi klinik. Tapi saya malas. Ni cume demam biasa saje. And now semasa saya sedang menulis ni pon saya dah terasa makin ok. Esok bole datang bekerja seperti biasa. Rupenye sangat boring bile dok kat umah tanpa membuat apa-apa kan. Takkan nak tido seharian kan. And malam ni belum tentu saya bole lelapkan mata dengan cepat. Pagi tadi dah tido sampai tengaharikan.

Pagi tadi Natrah msg saya. Die ingat saya ade problem memandangkan status fb saya yang bunyi seperti orang tgh jiwa kacaukan. Takda apa-apa la uolss..jangan cube-cube untuk membuat sebarang spekulasi. Saya akui saya ade sedikit salah paham dengan En Azli. Saya and beliau jarang gado, so saya mcm down gile bile kami tibe-tibe jadi tak sefahaman. And saya respect En Azli, beliau NEVER marah saya seperti lelaki lain yang selalu marah tunang die bile salah paham kan. Memang la bukan sume. Ada yang baik kan. Saya bukan nak puji die tapi tu kenyataan. Die sabar bile dengar saya mengarut tak tentu pasal. Tak taula plak kalau lepas ni die berubah kan. Who knows?? And now saya SAYANG beliau sampai mati. And saya berani kerat jari saya takkan jumpa lelaki mcm ni sampai saya mati pon. Bukan nak bangga diri tapi geram dengan setengah pihak yang cube memandang serong pada beliau.

Sgt annoying. Huh!

Friday, November 26, 2010

Akad NIkah Preps Part 1

0 comments

2 comments

1 comments

7 comments

3 comments

5 comments

Disable Right Click