Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, June 30, 2013

Sayangilah Ibu Bapa Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini sudah masuk penghujung bulan June. 30 June juga adalah hari kelahiran mak tersayang. Semoga mak panjang umur, murah rezeki, gembira dan berlapang dada selalu. Walaupun saya masih tak mampu nak beri kebahagiaan dalam bentuk materialistik dan wang ringgit kepada mak, hanya doa yang mampu saya utuskan setiap masa dan saat agar mak berada dalam rahmat-Nya selalu. Kalau boleh bila umur ibu bapa kita semakin tua, dan umur kita semakin meningkat, terasa makin kuat keinginan untuk duduk dekat dengan ibu bapa kita dan terus berbakti kepada mereka selagi nyawa dikandung badan. Apa yang mampu dipanjatkan semoga rezeki saya bertambah supaya saya boleh membalas jasa mereka walaupun kita tahu segunung intan permata pun belum tentu kita boleh membalas segala jasa mereka.

Tambah bila tengah mengandung and bakal dapat anak. Baru kita tahu perasaan sebenar ibu bapa kita terhadap kita dari kecil hingga kini. Rasa menyesal tak mampu nak jadi seorang anak yang baik dan mendengar kata. Bila dah alami sendiri baru kita tahu kan.

Kesimpulannya, sayangilah ibu bapa kita sepanjang masa dan jangan sia-siakan masa yang ada untuk berbakti kepada mereka.

=)

Thursday, June 27, 2013

Mood Pun Dah Macam Jerebu

Mari bermonolog!

Mood malas makin menjadi-jadi,
Tak tahu simptom apakah ini?
Buat apa bende sekali pun, rasa tak bersemangat.
Sebenarnya saya dah takda hati kat sini.
Ya Allah kuatkanlah hati ni untuk sedikit masa lagi.
Kuatkan hati ini untuk menghadapi manusia-manusia itu.

Kadang-kadang rasa down, rasa kosong, rasa sepi dan rasa tak bersyukur.
Perasaan apa ini???

Nyah kau dari sini wahai perasaan negatif...

Ye saya tahu apa yang saya cari....
Allah swt

Saya kene lebih dekatkan diri dengan ALLAH untuk tenangkan hati yang gundah gelana ini.

Sekian

Tuesday, June 25, 2013

MasterBedRoom l Susun Atur Baru (Part 1)

Salam dan hello,

Officially new semester has started this week. Dah start lecture and jumpa students. Argh membosankan. Huhu..tak baik mengeluh kan. 

Yeayy our master bedroom dah siap dengan layout yang baru. Thank you so much to my husband yang susah payah angkat and ubah perabot segala. Gigih kemas bilik sampai 4 pagi.

Yeay jugak sebab baby cot and drawer untuk simpan barang keperluan baby dah siap beli. Sebenarnya tak planning nak beli awal pun. Tapi dah terbeli. Terpergi IKEA minggu lepas so rasanya better la beli dua barang penting ni sementara duit masih ada dalam tangan.

So skang checklist boleh dikurangkan.

1. Baby cot
2. Tilam
3. Baby's drawer

Nanti saya share layout master bedroom yang baru ye. 

P/s: Dah la bilik kami kecil, gigih jugak perah idea nak susun atur perabot supaya keadaan nampak kemas dan tersusun. Terima kasih IKEA sebab men-design perabot yang sesuai untuk rumah kami yang kecil.

Saturday, June 22, 2013

Dah Tahu Gender Baby?

Salam Sabtu,

Bersiaran di opis al maklum tiap Sabtu kene kerja walaupun half day kan. 

Semalam saya mc sebab bangun pagi rasa kepala berat. Angin puting beliung dalam badan ni memang tak dapat nak dibendung lagi. Takpela nak mc sebab kelas tak start lagi. Next week baru start lecture. Semester June ni ada 5 subjek yang kene pegang. Bunyi macam banyakkan. Total students adalah lebih kurang > 50 orang. Memang kali ni memang kene plan kerja betul-betul sebab hujung September saya plan nak start cuti for maternity leave memandang expected due date adalah pertengahan Oktober. Nasib baik memang hujung September tu dah boleh habiskan syllabus semua and siapkan carry forward marks students sebelum mereka final pada tarikh saya dijangka bersalin. Lega sikit cuma saya tak pasti tentang marking final paper exam tu. Nanti kene diskus balik dengan Head of Academic. At least kerja sebelum tu saya akan selesaikan sebelum bercuti panjang.

Semalam alang-alang nak amik mc dengan doktor, saya buat monthly check up sekali. Sepatutnya next week baru jumpa Dr Sukhilmi tapi alang-alang semalam nak dapatkan mc terus buat check up la. Tak sabar nak tengok perkembangan baby and gender sebenarnya. Hehe. Kalau mc senang amik dengan Dr Sukhilmi, cakap je nak mc berapa hari. Kihkih.....mentang-mentang pregnant amik kesempatan plak kan...=p

So semalam buat scan. Dapat tengok baby. Wah baby dah makin besar dalam perut ibu walaupun perut ibu tidak membuncit dengan jayanya walaupun sudah masuk 24 week ++ semalam. Saya tak tahu plak kat Klinik Dr Sukhilmi boleh scan 3D. Semalam saya scan 2D and 3D. Nak tengok muka baby tapi tak berapa jelas sebab kedudukan baby kat bawah. Nampak sikit-sikit je muka baby. Nampak chubby pipi dia. Geram ibu....Doc siap cakap hidung awak tajam macam ayah. Maksudnya hidung ibu tak mancung la...=p

And paling best kami dah tahu gender baby. Sebelum scan dah siap pujuk baby, please show your gender tau...Kihkih...taknak bagitau kat sini dulu. Nak buat surprise la konon. Lepas ni dah lega sikit nak pilih barang baby. Doktor scan kat kaki terus nampak. Rasanya confirm kot gender baby tu. Ibu happy...=))

Berat baby dah 600 ++ gm. Kedudukan baby kepala ke bawah. Patut la sengal-sengal je rasa kawasan bawah. Kedudukan uri ibu pun kat atas. Harap berterusan kat atas.

Semalam husband pergi IKEA cari barang opis dia, sempat lagi belikan baby cot + tilam sekali untuk baby. Tak sabar-sabar kan. Maka tukar plan, tak jadi beli playpen. Untunglah awak baby...=)

P/s: So agak-agak uolss baby gugurl ke boboy???

Friday, June 21, 2013

Teratak Kecil Kami 2013

Alhamdullilah sudah hampir 1 tahun lebih kami menetap di sini. Start tinggal di sini 1 January 2012.

Terasa macam dah lama sangat tak bercerita tentang Teratak Syurga Cinta kami ni. Takda progress yang menarik pun untuk dikongsi di sini. Masih mengekalkan konsep ikut keperluan bukan kehendak. Asalkan rumah kemas dan teratur. Cukup keperluan sudahla. Aksesori tambahan belum difikirkan lagi ditambah pula skang ni hal kewangan perlu difokuskan kepada anak yang bakal lahir.

Walaupun ada beberapa perkara kehendak yang perlu ditahan. Contohnya aksesori tambahan ruang tamu (frame gambar, bunga, langsir baru bla bla), kabinet dapur, set bilik ke 2 dan ke 3, extend dapur dan banyak lagi kalau ditanya hati banyak benda nak kene ubah itu ini. Haha. Tetapi takpela apa yang ada skang pun saya sudah bersyukur. Alhamdullilah.

Ruang tamu kami

Ruang nonton and ruang bergolek

Ruang kerja
(padahal depan tv je)
Sambil buat kerja tengok tv sampai ke sudah kerja tak siap sebab tengok tv lagi banyak dari siapkan kerja.
Tak pun kalau penat tergolek lah kat depan tv tu.
=p

Ruang makan.

Ruang di atas saja yang boleh dikongsi setakat ni. 
Haiii tak sabarlah nak siapkan kitchen kabinet pula.
Wahai duit sila datang berkepuk-kepuk

Amin.

Duit yang ada banyak perkara yang perlu disalurkan perkara lain terlebih dahulu.
Dengan keadaan kerja saya yang masih tidak stabil.
Apa kan daya bertahan sahaja sementara dapat kerja yang baru tahun depan.

Tahun depan??
Eh lama lagi tu. 
Bersalin bulan 10. 
2 bulan cuti sampai Disember then baru fikir kerja baru.
=)

Thursday, June 20, 2013

03 | Catatan Ibu Untuk Awak

20 June 2013 (Khamis)
915 malam

Malam ni kita duduk sorang kat rumah lama sikit sebab ayah awak balik lewat. Bila Khamis malam Jumaat ayah awak ada majlis zikir, cari pahala lebih sikit. Ibu tak halang ayah nak pergi sebab ibu ok tinggal rumah sorang-sorang. Lagipun ibu ada nombor hp jiran kita. Kalau ada apa berlaku insya Allah jiran kita boleh tolong kita tapi dengan syarat ibu mesti ada kredit la. Huhu....

Tadi lepas balik opis ibu terus pergi Jusco, ayah suruh ibu survey harga stroller. Huish awal sangat ayah nak beli kan. Sebab semalam ibu dan ayah pergi Parkson yang ada baby fair tu. Kami berkenan satu stroller untuk awak ada less after diskaun. Ayah kata tengah ada murah baik beli untuk awak. Tapi ibu halang, ibu nak tengok kat Jusco mana tahu lagi murah and still within budget kan. Memang betul tekaan ibu. Memang murah malah lagi murah and berbaloi. So ibu cakap kat ayah tak perlu beli stroller lagi untuk awak. 

Ibu sempat jugak survey barang lain contoh bouncer and baby carrier yang letak dalam kereta. Bouncer tu takpela nak beli masa awak besar sikit dalam 2-3 bulan macam tu tapi baby carrier kene beli awal. Nanti senang kita nak travel. Takdalah awak penat duduk atas riba ibu je kan. Harga pun still within budget lagi. Tu takpe tunggu awak 7 bulan++ dalam perut ibu baru kita beli sekali dengan stroller. Ibu rasa beli sebelum awak keluar senang, ibu boleh fikir perkara lain plak.

Tadi ibu jugak terbeli barang awak sikit. Mana yang nampak ok ibu sambar je dulu. Malas nak delay lagi. Apa yang ibu beli?

1. Selimut yang ada hood sehelai - Total dah ada 2. Nak tambah lagi tak??
2. Sapu tangan 3 helai - cukup kot
3. Bip sehelai
4. Mitten and booties - dah ada 5 psg
5. Boonet, mitten and booties yang 1 set
6. Towel 2 helai - total dh ada 3 helai. Cukup tak??

Bila beli barang awak buat ibu rasa leka. Kalau boleh sampai nak bawah tilam bantal kat sana. Selagi checklist ibu tak setel, ibu takkan lega. Lagi best shopping barang awak dari barang ibu. =p

Check List Keperluan Baby (Part 1)

Assalamualaikum dan hello,

Bila dah nak masuk 6 bulan, baru excited nak fikir beli barang baby.

Semalam sempat lagi keluar lepas husband balik kerja. Itu pun agak lewat, orang dah nak tutup kedai kami sibuk nak pilih barang. Sales kat Parkson tak habis lagi, hingga 23 June 2013. So amik kesempatan semalam survey-survey and beli barang sikit untuk baby. Itu pun dah cecah RM100++. Barang keperluan baby memang mahal uolss. Memang kene beli sikit-sikit.

Persiapan takdalah meriah mana, biasa-biasa saja. Beli barang ikut keperluan dulu bukan ikut kehendak. Bila baby dah keluar nanti baru boleh shopping lagi. Takkan lari gunung dikejarkan.

Check list baby (Part 1):

Baju Baby

1. Baju siang (lengan pendek dan seluar pendek) - belum beli lagi. Nak beli baju lubang-lubang.
2. Baju malam (lengan panjang dan seluar panjang) - dah ada 4 pasang termasuk jumpsuit
3. Romper - dah ada 5 pasang (3 lengan pendek, 2 lengan panjang)
4. Mittens and booties - dah beli 3 pasang
5. Socks - dah ada 3 pasang. Nak beli banyak socks sebab nanti dah 3 bulan baby tak pakai mittens lagi.
6. Bonnet/ topi - belum beli lagi
7. Sapu tangan - semalam terlupa nak grab
8. Barut - KIV, tak pasti nak suruh mak tempah kat kampung atau tak.
9. Bedung - boleh pakai kain lampin and selimut. And nak beli satu yang berpelekat kat online dalam RM30++.
10. Bip - tak beli lagi. Awal-awal beli dalam 2-3 helai pun dah cukup.

Diapering:

1. Napkin - Done. Beli anakku yang printed punya. Nampak comel plak.
2. Diapers - dah 7 bulan ke atas baru terfikir nak beli
3. Diaper wipes - not done yet
4. Safety pin - Perlu ke??
5. Changing mat - petang kang kalau berkenan grab jela kat Jusco.
6. Beg untuk diapers - dah jumpa online. RM 67++. Macam berbaloi sebab dapat 1 set.
7. Detergent - nak beli yang jenama Pureen

Nursering:

1. Selimut - dah ada 1 beli yang ada hood.
2. Bedding set - mungkin nak tempah yang kekabu boleh pakai lama turun-temurun. =p
3. Play pen - dah survey
4. Mosquito net/ kelambu - sekali set dengan play pen.

Bathing:

1. Towel - dah beli satu. Nak tambah lagi sebab boleh tukar banyak kali.
2. Toiletries - beli set kecik-kecik. Nak beli Pureen.
3. Bath tub

Tengah gila dengan romper

Kenapa banyak warna biru je.
Gender tak tahu lagi.
Beli warna selamat je.

Skang ni apa-apa pun kene lebihkan keperluan anak dulu. Untuk ibu dan ayah bila-bila pun boleh kan.

Wednesday, June 19, 2013

Check Up 22 Minggu ++

Salam dan hello,

Semalam pergi rutin check up macam biasa. Seminggu sebelum check up memang mode berdebar sebab kali ni kene amik darah untuk monitor hb. Macam-macam usaha la yang dilakukan supaya hb daku kembali ke paras normal. Paling common pun at least naikla dari previous check up kan. Makan kerang, makan pisang, jambu batu bla bla. Tiap hari makan jambu batu. Nasib baik setiap petang ada abang/kakak lori jual goreng pisang depan opis. Memang tak pernah miss beli jambu batu tiap hari. Plus siap pesan husband lagi belikan jambu batu and pisang buat stok kat rumah. Makan buah jela yang lalu. Nak makan hati ayam....oh no no bagi sejuta ringgit pun saya takkan makan hati ayam. Setiap pagi dan malam jugak saya dah amalkan minum jus buah delima Gulsan satu sudu setiap hari. Bukan saja bagus untuk menaikkan hb tapi bagus jugak untuk perkembangan baby.

Alhamdullilah usaha di atas seperti menampakkan hasil. Walaupun semalam darah keluar sekerat-kerat and nasib baik cukup untuk dapatkan bacaan hb. Masa nurse goyang-goyangkan jarum yang masih tertusuk kat lengan, Tuhan je tahu betapa pedihnya. Tapi positif dalam hati, nak bersalin lagi sakit. Ye saya memang ngilu sikit bab-bab masukkan jarum dalam badan.

Hasil check up:

Urine: Normal
Tekanan darah: Normal
Berat: 64 kg (naik 1 kilo)
Hb: 10.1 (naik dari 9.3)
Baby's heartbeat: 142
Next check up: 2 Julai 2013 (rutin 2 minggu sekali memang akan diteruskan selagi hb tak berada paras normal)

Amatlah melegakan bila ada peningkatan paras hb. Kene usaha kuat lagi so next check up boleh cecah 11. Paling best tak payah refer doktor. Kalau tak bila check up je mesti nak kene refer doktor. Telinga dah naik menanah (tipu mana ada menanah) dengar nasihat yang sama tiap kali appointment.

Next check up kene amik 2nd dose ATT plak. Arghh ngeri lagi nak tahan ngilu jarum cucuk. 

Skang baby makin aktif bila saya tengah busy buat kerja kat opis. Kadang-kadang tergelak sorang-sorang bila dia jentik-jentik and geletek perut kita. Skang masa menaip ni pun saya dapat rasa baby gerak-gerak. Alhamdullilah.

P/s: Selagi belum mampu mendakap dia, dia tetap milik Allah. Ya Allah panjangkanlah jodoh pertemuan kami. Ibu tak sabar jumpa kamu~

Monday, June 17, 2013

Tersenyum =)

Salam dan hello everybody,

Anggaplah ini sebagai satu cabaran hidup yang mematangkan diri untuk menjadi orang yang lebih berjaya kelak,
Mungkin kali ni tiada rezeki tapi insya Allah suatu hari nanti kita akan dapat apa yang kita impikan,
Sentiasa bersangka baik dengan Allah,
Tak mahu mengalah dan mengeluh,
Jadikan ini satu kebangkitan semangat yang baru untuk masa akan datang.
Yang penting jangan diulang kesilapan lalu.
Mungkin kali ni saya menghampakan kalian, dan saya akan pastikan suatu hari nanti saya akan buat kalian bangga dengan saya.

Alhamdullilah hari ni bangun dengan penuh semangat dan muka yang tersenyum.
Alhamdullilah
=)

P/s: Mari mencari topik baru untuk research proposal. =)

Friday, June 14, 2013

MasterBedRoom l Susun Atur Baru

Salam dan hello,

Sudah tiba masa untuk menyusun atur balik bilik Master Bed Room kami,
Dulu berdua kini akan bertiga, insya Allah.
Doakan our junior selamat hendaknya.

Sebenarnya takda perancangan pun nak buat satu bilik khas untuk our junior,
Memandangkan masih kecil rasanya lebih sesuai semua barang yang berkaitan dengan baby diletakkan satu bilik dengan kami,
Lagipun bilik yang ada boleh reserve sementara untuk tetamu,
Walaupun bilik tetamu tu memang tak complete pun perabotnya.

Untuk perabot baby akan datang insya Allah antara barang yang akan dibeli:
~ Playpen (kenapa playpen?? next entry...)
~ almari IKEA yang sama macam almari sedia ada
~ Beberapa storage box untuk organise barang supaya lebih kemas (masih survey)
~ Rak kayu attach kat dinding 

Mari fikir idea macam mana nak susun atur balik supaya semua barang di atas boleh dimuatkan dengan jayanya.

Yang penting perlu kemas dan tak sakit mata nak tengok.
=))

Susun atur sekarang,
Tak suka almari pasang siap sebab nanti susah nak alih-alih kedudukan perabot.

Thursday, June 13, 2013

Nasi Lemak Rendang Feveret Awak Ke?

Update ringkas tentang awak.

Semalam malas nak masak. Dua tiga hari ni balik kerja memang rasa nak tidur je. Ntah kenapa tak tahu la padahal kerja kat opis bukanlah banyak sangat pun. Macam biasa balik kerja saya akan call husband tanya dia balik pukul berapa and perlu saya masak tak?? As usual jawapan husband, kalau saya malas atau tak larat, dia belikan aje. Cakap je nak makan apa?

Semalam mode nak masak masih ke laut. Husband belikan nasi lemak rendang ayam kegemaran saya. Bila bukak polisterene mak aii banyaknya nasi. Tapi sekali mampu ok saya habiskan. Nak dekat pukul 10 malam masa ni. Habislah next check up berat naik berlebihan. Kene amik tekanan darah lagi la jawabnya. Kuikuikui...

Lepas makan melepak depan tv. Nasi dah turun ke perut saya bergolek dengan husband. Tiba-tiba rasa ada orang geletek perut saya. Dah tau dah sapa dia....masya Allah baby sangat aktif lepas makan nasi lemak rendang. Non stop ok dia bergerak, lebih 10 pergerakan dalam masa tak sampai setengah jam. Woooww ibu impressed! 

Sampai tergelak-gelak saya menahan kegelian. Syukur Allah beri saya merasai nikmat ni. Gamaknya baby sangat suka dengan nasi lemak rendang feveret ibu dengan ayah dia. =)

Aktiviti baby dalam perut ibu.
Agaknya semalam yang mana satu la pergerakan awak kan???

Pic Ihsan Google

Sekian~

Wednesday, June 12, 2013

Edisi Baju Mengecil

Pagi tadi pakai baju kurung macam biasa. Alamak kenapa macam dah ketat..Rasanya baru lagi pakai 2 minggu lepas....

Baju saya banyak stok baju kurung moden, yang pakai zip kat belakang tu...baju kurung sangat kurang. Sebab tak berapa into sangat dengan baju kurung biasa. Rasa macam kurang fesyen. Arghh poyo!

Dah siap pakai baju..tanya husband. Ketat tak b??? Husband tanpa menjaga hati dan perasaan membalas...aah..ketat..sambil pegang kat bahagian pinggul saya. Oh mannn...terus sepantas kilat tukar baju lain.

Perut tak naik sangat, so skang ni masih mampu lagi nak pakai baju kurung macam biasa walaupun tang kain memang tak bole zip and kancing sampai atas. Terpaksa pin kan separuh dengan safety pin. Kalau pakai maternity blouse kang orang cakap beria pakai padahal perut nan ado nampak lagi kan.

Nampak gaya dalam 3 4 bulan ni memang dah kene simpan semua stok baju kurung sebab dah tak muat lagi especially bahagian bontot. Nampaknya badan dah makin melebar dan membesar...

Sekian~

Tuesday, June 11, 2013

Tema Baju Raya 2013

Mode: Mencari baju peplum raya.

Raya tahun ni nak pakai baju apa?? 
Nak pakai tema warna apa??
Tahun ni tak tempah pun baju raya. 
Rasanya selesa beli yang dah siap.
Yang tempah sebelum pregnant pun tak ambil lagi kat tailor.
Macam biasa tailor saya di Ipoh. 
Murah dan selesa berbanding tempah baju kat sini.
Baju kurung moden still saya dapat dalam RM30++...

So kali ni terasa tertarik dengan trend peplum.
Orang lain dah berpuluh pasang baju peplum, saya baru sibuk nak merasa beli.
Tengok dekat online boleh rambang mata tapi tak berani nak beli takut tak kene dengan saiz badan skang.
To play safe kene jugak walk-in pergi kedai.
=)

# Paling suka design yang warna purple tu.
Tapi material kain Lycra plak
Confirm melekap kat badan and nampak sexy.
Yuhuuu...

# Tema warna terasa nak warna hijau tu....

Sumber: Devolady

Tips Naikkan Hb

Salam dan hello,

Minggu depan ada check up dengan KK. Minggu lepas tak amik darah, hanya dapatkan suntikan ATT untuk cegah kancing gigi. So next week confirm amik darah untuk tengok hb sama ada ok atau tidak. Oh tidak...sangat berdebar nak tengok hb.

So minggu ni kene pulun makan benda yang berkhasiat untuk naikkkan hb. Risau sangat kalau hb masih tak ok. Harap sangat bila kandungan dan masuk 5 bulan ke atas, hb akan maintain ok. Haishhh....

Bila baca risiko kurang darah ni boleh jadi meroyan. Berdoa jela semoga baby sihat dan sempurna. Salah diri sendiri jugak, selalu skip makan ubat and cara makan ubat salah pun boleh memberi kesan kepada penyerapan zat besi dalam badan.

Tips pengambilan vitamin zat besi atas nasihat nurse and doktor:

  • Ambil vitamin ketika perut kosong, atau terlupa nak amik, tunggu 2 atau 3 jam selepas makan baru makan vitamin.
  • Jangan ambil vitamin bersama dengan produk susu.
  • Makan bersama jus buah atau vitamin C untuk penyerapan zat besi yang efektif.
  • Elakkan minum minuman berkafein contoh teh, kopi dan nescafe.

Selain mengambil vitamin, kita jugak digalakkan mengamalkan diet yang sihat. Makanan yang menambah darah, antaranya:

  • Makan daging lembu atau daging kambing. Tapi jangan secara berlebihan plak, takut banyak kolesterol and berat badan berlebihan.
  • Bijiran seperti cornflakes and coco crunch
  • Sayuran --> bayam merah, brocoli, sawi, lobak, kekacang
  • Buah-buahan --> jambu batu, pisang, kismis, apple, buah delima
  • Kacang ---> kacang almond, kacang tanah
  • Kerang
  • Ikan bilis
  • Hati ayam ---> saya tak galakkan makan organ dalaman. Bole pikir alternatif lain.
  • Kurma
  • Jus delima (ada dalam peti ais tapi nan ado nak minum, mulai harini kene minum!)

Wah banyaknya makanan yang boleh tambah darah. Minggu ni kene pulun mengadap semua ni demi untuk tambah darah. Tambah nak dekat bulan puasa ni. Risau kalau diet and makan vitamin jadi tunggang langgang. Huhu

Doakan hb saya kembali normal kawan-kawan!

P/s: Bila nak ganti puasa?? Eh rasa ada gelombang dalam perut bila kita tengah cakap pasal dia....=)

Monday, June 10, 2013

Kejang Kaki Semasa Hamil

Salam dan hello,

Sebelum ni ada jugak terdengar dari kawan-kawan yang sedang pregnant, yang mereka selalu terkene kejang otot di kaki semasa tidur. For now, diri sendiri yang dah alami macam mana rasanya kejang kaki. Tuhan je yang tahu. Tapi tak kerap. Rasanya sehingga skang baru 2 kali saya terkene kejang otot semasa tidur. Terasa macam kaki nak patah pun ada. Bila cuba nak ubah posisi kaki, masya Allah dia punya urat tarik tu seksa jiwa raga. Walaupun sakit kene tahan jugakla. Nak kejutkan husband sampai tak terkeluar suara, alamatnya tanggung sendirian la kesakitan tu. 

Kaki sebelah kiri memang tak kuat sangat sejak pregnant. Urat sengal-sengal je dari pinggul ke kaki. Kalau kene naik tangga pakai kaki kiri memang seksa sikit la. Mungkin pertambahan berat di perut. And skang ni jugak saya masih boleh baring terlentang masa tengok tv. Tapi bila nak kalihkan badan, rasa nak tercabut pinggang. Sapa suruh baring terlentang kan?? 

Apa pun doakan semuanya ok dan selamat hendaknya. Diri ini rela menanggung segala kesulitan dan kesakitan asalkan dear sihat dan sempurna sepanjang 9 bulan 10 hari.

Sedikit info tentang kejang betis untuk ibu hamil:

Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam?

Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda. 

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil: 
Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?

Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku: 
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan. 

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak: 
  • Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.

Baca artikel kami tentang kaedah rawatan tradisional bagi kejang kaki untuk mendapatkan lebih banyak tip berguna. 
Bagaimana kalau kesakitan itu berlarutan?

Ada satu lagi masalah yang jarang berlaku, yang turut menyebabkan sakit kaki, tetapi bukan kekejangan otot. Ini berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Jumpalah doktor jika: 
  • kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;
  • betis anda membengkak.

http://www.babycenter.com.my/a1043396/kejang-betis#ixzz2VrBjTnFs

Atau boleh rujuk info dari Dr Zubaidi ---> Klik sini [Memahami Kekejangan Otot Kaki]

P/s: Kene amalkan tidur pakai stoking untuk elakkan kejang kaki dan angin masuk dalam badan. Dan tips ni sangat berguna dan amat membantu.

Sunday, June 30, 2013

Sayangilah Ibu Bapa Kita

0 comments

2 comments

7 comments

4 comments

Disable Right Click