Followers

Sunday, June 30, 2013

Sayangilah Ibu Bapa Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini sudah masuk penghujung bulan June. 30 June juga adalah hari kelahiran mak tersayang. Semoga mak panjang umur, murah rezeki, gembira dan berlapang dada selalu. Walaupun saya masih tak mampu nak beri kebahagiaan dalam bentuk materialistik dan wang ringgit kepada mak, hanya doa yang mampu saya utuskan setiap masa dan saat agar mak berada dalam rahmat-Nya selalu. Kalau boleh bila umur ibu bapa kita semakin tua, dan umur kita semakin meningkat, terasa makin kuat keinginan untuk duduk dekat dengan ibu bapa kita dan terus berbakti kepada mereka selagi nyawa dikandung badan. Apa yang mampu dipanjatkan semoga rezeki saya bertambah supaya saya boleh membalas jasa mereka walaupun kita tahu segunung intan permata pun belum tentu kita boleh membalas segala jasa mereka.

Tambah bila tengah mengandung and bakal dapat anak. Baru kita tahu perasaan sebenar ibu bapa kita terhadap kita dari kecil hingga kini. Rasa menyesal tak mampu nak jadi seorang anak yang baik dan mendengar kata. Bila dah alami sendiri baru kita tahu kan.

Kesimpulannya, sayangilah ibu bapa kita sepanjang masa dan jangan sia-siakan masa yang ada untuk berbakti kepada mereka.

=)

0 Kata-Kata Inspirasi:

0 comments on "Sayangilah Ibu Bapa Kita"

Disable Right Click