Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, July 02, 2013

Supplemen/ Vitamin Ketika Hamil

Assalamualaikum dan hello,

Apa supplemen/ vitamin yang saya makan sepanjang hamil? Harap post ini dapat membantu sesiapa yang bertanya kepada saya tentang khasiat Salindah dan cara penggunaanya.

Dan diingatkan saya bukan pengedar Salindah, saya hanya berkongsi tentang kebaikannya saja. Boleh rujuk sumber google yang lain juga.

So berbalik kepada soalan tadi. Supplemen/vitamin apa yang saya makan sepanjang hamil. Saya hanya makan Salindah dan Iberet Folic Acid sahaja.

Pada awal pregnant dulu, saya ada makan 5 serangkai vitamin yang diberi oleh Klinik kesihatan akibat hb saya yang rendah. Tapi skang saya dah stop sebab rasa macam susah sangat nak konsisten makan vitamin lima jenis sekali. Plus ada vitamin yang saya perlu asingkan waktu makan. Contoh macam vitamin C and iron tablet saya perlu makan ketika perut kosong. Kadang-kadang sampai terlupa and leceh nak ikut peraturan tersebut. At the end hb saya masih rendah akibat cara makan yang tidak betul dan teratur. Ye saya memang kurang berdisiplin bila bab kene makan vitamin ni. =p

Then saya minta pandangan nurse untuk consume Iberet Folic plak. Kenapa Iberet? Pada pandangan saya dalam satu pil terkandung banyak vitamin sekaligus. Bila waktu saya makan iberet? Saya akan makan iberet sebiji sehari. Saya akan makan pada waktu malam 2 jam selepas saya makan. Nurse cakap sebaiknya kita makan dalam keadaan perut kosong. Biasanya nak tido baru saya makan. So ia takkan kacau penyerapan vitamin especially penyerapan zat besi. Agak membantu juga cara ini sebab bila saya ubah rutin pengambilan vitamin baru ada peningkatan hb saya. Tapi kita tak boleh terlalu bergantung kepada vitamin sahaja. Perlu juga untuk makan makanan yang boleh menaikkan hb. 

Bila pula saya makan Salindah? Start 16 minggu baru saya start makan B1 hingga minggu ke 24. Seeloknya Salindah juga perlu dimakan ketika perut kosong. Biasanya saya akan makan Salindah B1 pada waktu pagi sebelum bersarapan. Disebabkan saya agak terlewat makan B1 bila masuk minggu ke 24, B1 masih lagi ada. Saya perlu juga habiskan makan B1. So skang ni ada 2 vitamin yang saya perlu makan. Cara makan seeloknya jarakkan 5 minit antara B1 dan B2. Salindah juga boleh dimakan bersama ubat yang lain, cuma perlu jarakkan 2 jam untuk makan ubat yang seterusnya.

Mesti ada yang bertanya apa tujuan ambil Salindah?

  • Ingin lahirkan anak pintar, cerdas, kuat tulang dan gigi, keletah, comel dan cantik kulit
  • Untuk bersalin mudah
  • Untuk mengembalikan tenaga dan kecerdasan selepas bersalin

Walau bagaimanapun, ini hanyalah sebagai satu usaha. Semuanya berbalik kepada ketentuan Allah juga. Yang penting kita berusaha, berdoa dan bertawakal semoga semuanya dipemudahkan.

Cara nak makan Salindah pun ada peraturannya tersendiri. Rasanya perlulah diikut untuk memaksimumkan penyerapan vitamin dalam badan kita.

  • Seelok-eloknya ambil Salindah semasa perut kosong (sebelum makan).
  • Sekiranya lambat mula mengambil B1, ia boleh diambil sekali dengan B2 atau B3, jarakkan 5 minit antaranya. B1 digalakkan untuk dihabiskan walaupun bermula lewat.
  • B3, B4 dan B5 elok diambil selang 30 minit.
  • Salindah boleh diambil dengan vitamin atau ubat lain. Cuma jarakkan 2 jam.
  • Semasa mengambil persediaan homopati (B4, B6, L8 dan L9) hendaklah berpantang minuman berkafein seperti kopi, nescafe dan juga air bergas yang tinggi kaffein; jangan dipegang ubat dan gunakan sudu plastik atau hanya gunakan tudung ubat sahaja; simpan di tempat biasa (tidak panas atau sejuk).
  • Hendaklah berpantang asam semasa mengambil pil biokimia BTS (B1, B2, B3, B5, L10 dan L12).
  • Hendaklah berpantang air kelapa, air asam dan limau nipis semasa mengambil herba L11.

Cara makan:
  • Tuang pil Salindah pada tudung penutup botol, jangan disentuh dengan tangan mahupun pakai sudu besi. 
  • Letak atas lidah dan kemam hingga larut.
  • Jangan simpan dalam peti sejuk dan jauhkan dari peralatan elektrik.
  • Jika loya untuk kemam dalam mulut, larutkan dalam air masak yang telah sejuk menggunakan sudu plastik dan minum.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kelebihan bagi setiap pil boleh rujuk di sini                   {Salindah.com}

salindahb

Satu set Salindah sebelum bersalin dan selepas bersalin
Ihsan Google
Harga satu set RM300++

P/s: Kita berusaha dan merancang, Allah jua penentu segala. Wassalam.

0 Kata-Kata Inspirasi:

0 comments on "Supplemen/ Vitamin Ketika Hamil"

Disable Right Click