Ahad lepas bermalam di hospital Salam Senawang,
Buat pertama kalinya sejak kahwin husband sakit yang dikira kritikal dan mengundang rasa gundah gelana dalam hati.
Sakit sebab cedera masa tengah buat kerja kat site.
Sapa tak risau bila kecederaan tu melibatkan kepala.
Saya tiada di tempat kejadian semasa kecederaan berlaku.
Kalau tak tak tahulah risaunya macam mana.
Siap berjahit lagi tu.
Nasib baik bila buat x-ray, takda yang teruk.
Dalam hati tak henti-henti berdoa and solat hajat agar semuanya selamat and kembali normal.
Kalau tanya setakat mana sayangnya saya pada husband.
Jawapan saya sukar diluahkan dengan kata-kata.
Sayang yang sangat mendalam.
Hanya Allah yang tahu perasaan saya.
Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik kepada kami berdua.
Lindungilah kami dari segala bencana dan malapetaka.
Rahmati dan berkatilah kehidupan kami.
Hanya kepadaMu aku meminta.
Amin.
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment