Salam dan hello,
Pejam celik pejam celik kita dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Terasa Ramadan tahun ni cepat sangat masa berlalu. Sedih plak bila Ramadan bakal meninggalkan kita. Ntah sempat atau tak untuk menunggu ketibaan Ramadan akan datang. Minggu depan nak raya tapi persiapan raya nan ado dari baju raya, kuih raya, langsir raya, semuanya tak terfikir pun dek akal fikiran ni. Senang cite tahun ni tak teruja sangat nak buat persiapan raya untuk diri sendiri tapi lebih teruja untuk siapkan checklist Cik Bunga. Alhamdullilah keperluan Cik Bunga tinggal minor lagi. Tinggal barang untuk feeding je. Yang lain hampir complete. Minggu ni dah boleh start mendobi baju Cik Bunga. Then boleh pack baju masuk beg and bersiap untuk ke hospital. Oh ya lebih kurang tinggal 10 minggu je lagi untuk tunggu kehadiran Cik Bunga. Amatlah nervous and excited. Semoga segala urusan akan dipermudahkan oleh-Nya.
Minggu lepas check up di Klinik Dr Sukhilmi. Berat saya turun lagi kepada 62 kg. Tekanan darah normal. Scan kepala Cik Bunga dah duduk bawah and dalam keadaan bersujud lagi. Bila scan 3D nak tengok muka, memang tak nampakla. Melepas nak tengok hidung and pipi chubby dia. And sempat tengok awak tengah hisap jari. Alahai kesian anak ibu, mesti tengah lapar kan?? Takpe awak strong kan?? =))
Check up di KK sepatutnya Isnin lepas and harini. Tapi dengan selamba saya postpone esok. Takpe nurse kat KK Sendayan semua baik hati. Sepatutnya minggu ni saya dah kene minum air gula and scan 7 bulan. Bila kene minum air gula alamatnya tak boleh puasa la kan. So saya dengan sendiri nak tukar tarikh minum air gula Jumaat ni and boleh amik mc sekali. Kihkih....
Jom tengok keperluan Cik Bunga yang saya dah beli.
Pakaian:
Baju siang- done dalam 5 pasang termasuk baju takda lengan and lubang-lubang. Mungkin kalau keluar shopping lagi nak tambah.Baju malam- dah ada 7 pasang kot termasuklah jumpsuit. Paling suka beli baju malam sebab semua nampak comel!Rompers- dah ada 8 pasang. Port cari rompers yang digemari sudah semestinya kat FOS. B pun cakap rompers kat situ comel dan murah!Mittens and booties- kalau lebih 5 pasang tu kira selamat la kan. Baby dah masuk 3 or 4 bulan dah taknak pakai mittens lagi kan??- Bonnet/ topi - baru ada satu. Nak kene tambah lagi.
Sapu tanganBib- beli satu je. Pakai napkin or sapu tangan pun boleh jugak kan.Bedung- tak beli pun yang zip ke apa. Pakai napkin and selimut hooded pun boleh kan.Barut- Mak cakap nak beli kat kg sebab murah. Orang jahit sendiri.Almari- Dah beli IKEA yang 4 drawer tu.
Diapering:
Napkin- Printed jenama Pureen 1 dozenDiapers- dah beli Pet-Pet for newborn..confius nak amik newborn atau saiz S?? Mungkin nak tambah lagi buat stok jenama murahan je dulu.Wet tissueChanging matDetergent - Pureen A-B-DBotol spray air
Baby Care and Grooming:
Nappy cream- beli jenama Pureen- Minyak telon - tak sempat nak singgah Watson semalam
Set clipper and guntingCotton budSet losyen- sekali dengan set mandian- Baby oil (Johson)
Tungku baby- beli online
Nursering:
Baby cot- beli yang IKEA punya. Murah dan berbaloiTilam- beli kat IKEA jugak- Bedding set - semalam tengok kat Jusco tapi tak berkenan
- Kelambu
Tilamuntuk baby lepak kat bawah (eh paham ke uols)
Bathing:
Towel- Bath tub + pelapik getah untuk elak tergelincir
Toiletries set- tersalah beli carrie junior plak. Padahal nak beli Pureen head to toe tu. Nasib beli set yang kecik.
Travel:
Stroller- husband tak sabar nak beli.Beg baby- Baby carrier - sedang survey
- Car seat - sedang survey. Nak beli yang boleh pakai newborn sampai 4 tahun.
Feeding (antara barang paling penting) :
- Botol susu - kawan suggest brand MAM. Beli online kat One Baby World
- Bottle sterilizer - boleh pakai bottle warmer kan. OBW buat promo warmer RM56. Macam nak grab je.
- Berus botol
- Nipple cream
- Nursing pad - nak beli yang washable
Breastpump- dah bercadang nak beli Medela Harmony Manual kat Kina.- Cooler bag set - borong kat AOW. Beli masa pantang nanti.
- Nursing pillow - rasa macam penting je....
- Nursing bra
- Termos
- Nursing cover
Paling banyak tak complete bahagian feeding. Hopefully bulan depan dah potong semua checklist di atas. Lagi best beli barang Cik Bunga dari beli baju raya. =P
Persiapan kami sederhana saja. Ada masa lagi untuk tambah apa yang patut. Harap Cik Bunga keluar ikut due dia. Amin.
Next: Prepare checklist ibu ke hospital.
P/s: Sedang berfikir-fikir nama yang sesuai untuk Cik Bunga.....
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment