Alhamdullilah first day puasa mampu dilalui dengan jayanya. Rasanya perasaan tu sama macam mula belajar puasa dulu. Huhu. Satu kejayaan besar bila mampu bertahan hingga dengar azan Maghrib. Walaupun tengahari diserang sakit kepala tiba-tiba tapi mampu juga bertahan. Cik Bunga pun aktif je rasa dalam perut. Ingatkan bila tak makan pergerakan dia kurangla. Tapi okla sebab selalu cakap dengan dia yang ibu dia tengah puasa. Kita kene puasa sama-sama. Nampaknya dia behave. =)
Persiapan sahur pun ok. Kalau tahun lepas sokmo terlepas waktu sahur. Yang paling kesian husband la sebab dia memang kene wajib makan masa sahur walaupun sikit. Macam saya dah biasa sebelum ni tak makan sahur. Bangun minum air makan kurma tidur balik. Bila dah kawen takda lagi istilah sahur macam tu lagi. Setakat 2 hari ni perjalanan sahur berjalan lancar. First sahur tak makan nasi pun, makan roti telur dengan honey star + susu and kurma. Orang kata kene makan nasi kan untuk tambah tenaga tapi first day memang blur nak makan apa and nak masak apa. So start pagi tadi sahur baru makan nasi tapi still nak jugak makan honeystar + susu tu. Nampak gaya kene simpan stok honeystar sebulan la sepanjang Ramadan ni.
Berbuka semalam kami beli je. Saya hanya masak nasi je. Takda mood lagi nak bersilat kat dapur. Harini mungkin beli lagi kat bazaar. =)
Tak pasti sampai bila nak membeli je di bazaar. Tapi suka juga sebenarnya sebab boleh simpan tenaga.
Tapi yang tak best, saya kurang sihat akibat batuk. Sampai hilang suara. Plus dah la kene bagi lecture kat students. So takda alasan untuk tidak bercakap. Paling sedih bila batuk teruk tak dapat nak minum. Semoga cepatla batuk ni berlalu.
Sepanjang pregnant tak pernah lagi la kene demam or selsema. Cuma batuk saja yang menyerang di awal pregnant and skang. Alhamdullilah diberi kesihatan yang baik setakat ini.
Wishlists Ramadan kali ni:
- Taknak terlepas sahur. Kesian kat Cik Bunga and husband nanti mereka tak makan.
- Nak berpuasa penuh kalau diizinkan
- Tingkatkan amalan!
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment