Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, January 31, 2012

Ber-urut Hari Pertama

31 Januari 2012 (Selasa)

Harini pagi-pagi Kak Ros datang untuk berurut. Seawal 7 pagi dah sampai. Segan saya masih tak bangun lagi. Huhu. Nak rehat puas-puas la konon.

Saya jarang berurut. First time urut masa dengan Kak Ira kat Tesco. Konon masa tu nak urut kaki je. Alih-alih satu badan kene urut. Sakit memang sakit sebab terlalu banyak sangat urat yang bersimpul kat badan ni. Sampai lebam-lebam la tangan dan badan saya dikerjakan tukang urut Indonesia tu.

So harini berurutnya berbeza sebab ingin kembalikan kelancaran darah dan urat sendi. Dan yang paling penting untuk naikkan rahim saya yang jatuh teruk. 

Wah bunyi mcm dasat jatuh teruk. Yup tu yang Kak Ros bagitau saya. Peranakan saya jatuh ke bawah. Mungkin akibat daripada proses DnC dan juga seawal mengandung memang dah sedia jatuh. Tu sebab rahim tak kuat and baby keguguran.

Tiba-tiba terus teringat yang saya pernah angkat microwave oven yang berat sorang diri masa nak pindah rumah. Masa B angkat pon dia dah cakap beratnya...apatah lagi saya yang perempuan ni angkat. Skang baru sedar diri dan terasa efeknya.

Actually bukan takat tu je. Sepanjang mengandung pon saya ni manusia degil yang aktif buat keje. Ya Allah tak sedar diri sangat. Skang baru terasa menyesal.

Saya ingin menyeru pada perempuan di luar sana, jaga diri baik-baik. Jangan paksa diri buat kerja yang berat-berat. Biaq pi la dengan keje rumah. Lain tahun bole buat. Huhu. Ingat! bila peranakan jatuh susah mahu mengandung and kalau mengandung akan berisiko.

Skang ni kene bertungku. Nak betolkan peranakan yang jatuh. 

Harap lepas ni kalau ada rezeki, saya nak jaga diri betol-betol. Taknak lagi jadi macam skang.

Seksa jiwa raga!

=)

P/s: Sambungan Part 4 tergendala sementara waktu....

Monday, January 30, 2012

Review Dugaan Takda Rezeki (Part 3)

26 Januari 2012 (Khamis)

Alhamdullilah harini saya berjaya untuk buka hati dengan lapang untuk terima apa yang terjadi dengan redha. Semalam saya dah puas menangis. So mulai harini saya taknak tangisi lagi apa yang berlaku. Perkara yang berlalu biarlah berlalu. Esok masih ada lagi untuk saya jika diizinkan oleh-Nya.

Mak dan ayah sudah berada di rumah. Pagi ni saya bangun agak lewat. Semalam tak dapat tido dengan lena. 

Saya bersiap-siap mahu ke hospital. Sediakan apa yang perlu. Dalam pukul 10 lebih (pagi) kami bergerak ke Hospital Bersalin Sukhilmi, Senawang. Hospital ni agak jauh dari rumah saya. Skang dah tinggal di Sendayan. Kalau sebelum ni tinggal di rumah mertua di Paroi, takdalah terasa jauh sangat. 

Sampai hospital dalam pukul 11 pagi. Mungkin agak lewat. Janji semalam dengan doktor pukul 8 pagi. Huhu. 

Sebelum masuk wad consult dengan doktor dulu untuk tanya condition saya. Then baru masuk wad. Sampai wad saya diarah untuk tukar baju and tak perlu pakai panties sebab doktor nak masukkan ubat ikut "bawah". Saya dah mula memikirkan yang bukan-bukan. Saya ingatkan doktor akan bagi ubat ikut mulut. Macam telan panadol tu. Telan sambil minum air. Tanggapan saya meleset!

Perasaan kecut perut semakin menjadi-jadi. Terbayang-bayang macam mana rasa sakit bila ada sesuatu kat bahagian "bawah" saya.

Bila saya dah ready atas katil, nurse terus ambil tekanan darah saya. Alhamdullilah tekanan darah normal walaupon saya berdebar bagai nak pecah jantung. Masa ni saya memang dah berserah. Apa nak jadi, jadilah. Saya akan berusaha untuk harungi segala kesakitan. Saya masih lagi boleh bergurau dengan B untuk mengurangkan rasa takut. Suami sumber kekuatan saya!

Beberapa minit kemudian doktor dan nurse datang bersama pil yang saya sendiri taknak tengok rupa dan bentuknya. Saya tak pasti berapa biji pil yang doktor masukkan di bahagian bawah tu.

Saya diarah untuk membuka kaki macam orang bersalin tu. Boleh imagine tak?? Dan doktor terus memasukkan ubat yang berbentuk pil di bahagian alat sulit saya. Sakit??? Memang la sakit tapi tahan jela.

Saya tidak dibenarkan untuk bergerak dari katil selama 2 jam. Nasibla ada wireless boleh la saya mengisi masa lapang.

****

Dalam pukul 5 lebih (petang) doktor datang check untuk melihat keadaan saya. Darah masih keluar seperti biasa tetapi ketulan daging masih lagi tak keluar dengan sempurna. Doktor memasukkan lagi ubat untuk kali ke-2....

Saya dah jangka mesti malam ni saya tido di hospital. Ingatkan dalam satu hari dah boleh selesai.

Haishhhh dugaan apakah??

Ubat yang ke-2 memang menguji kesabaran....

...bersambung...

Sunday, January 29, 2012

Review Dugaan Takda Rezeki (Part 2)

25 Januari 2012 (Rabu)
Part 2

Dari KL saya terus ke opis B. Taknak terus balik rumah. Saya mahu segera jumpa dengan B. Konon nak cerita segalanya apa yang berlaku pada saya dan baby. Macam biasa bila B sampai dalam kereta, empangan terus pecah. Air mata saya mengalir tanpa henti. Tiap kali nak bukak mulut nak beritahu apa yang doktor cakap pada saya, saya takda kekuatan. Rasa sangat sebak. Terasa saya dah kecewakan hati B sebab tak mampu untuk bagi zuriat dalam masa terdekat ni. Jauh sudut hati saya berdoa moga ada secebis harapan buat kami berdua.

B terus bawa saya ke Restoran Nelayan untuk makan tengahari. Hampir pukul 3 petang tapi saya masih tak makan lagi. Selera pon hampir takda masa ni tapi saya gagahkan juga untuk makan demi tenaga saya dan baby. 

Selesai makan B ajak lagi untuk ke Klinik Specialist. Tapi saya menolak. Konon mahu tunggu sampai esok hari. Lepas makan B nak hantar saya ke rumah walaupon saya bole drive sendiri. Saya rasa tak sedap hati. Trasa macam ada sesuatu yang mengalir kat bawah. Saya minta B untuk berhenti di Stesen Shell untuk ke toilet. Sah darah masih lagi bersisa kat bawah tu. Perasaan tak sedap hati makin menebal!

Tanpa berlengah B terus bawa saya ke Klinik Pakar. Masa dalam perjalanan B tak berhenti call and sms kawan dia untuk minta pandangan. Macam-macam klinik bermain di pikiran. B tak tahu nak buat kputusan nak hantar saya ke klinik mana. Akhirnya hati kami tergerak mahu ke Hospital Bersalin Sukhilmi, Bandar Senawang. Dengar citer klinik ni bagus. 

Seperti biasa, prosedur yang sama jugak yang saya alami. Doktor perlu scan untuk melihat keadaan baby. Same! Doktor beritahu tak jumpa denyutan jantung. Dah fokus pon masih tak kelihatan denyutan jantung. Doktor mintak izin untuk periksa jantung baby melalui "bawah". Masa ni dah kecut perut. Dan redha jela yang doktor itu adalah lelaki! 

Doktor memasukkan sesuatu yang saya tak pasti namanya. Mungkin ultrasound untuk mncari dengan lebih dekat denyutan jantung baby. Terasa sakit jugak bila alat tu dimasukkan kat "bawah" tu. Harapan...doktor beritahu denyutan jantung memang takda! Saya dan suami pasrah.

Masa doktor kan keluarkan alat dari tempat tu, darah masih lagi banyak. Saya sendiri pon rasa nak pengsan tengok, apatah lagi husband saya yang memang ngeri tengok darah.

Memang takda harapan. 

Doktor ni baik and sangat bagus. Saya sangat suka dengan segala advice yang dia bagi walaupon ni baru first time saya berjumpa dengan dia. =) Maybe kalau ada rezeki saya mahu consult dengan doktor ni lagi....

Doktor bagi pilihan sama ada saya mahu tunggu ia gugur sendiri atau saya ditahan di wad dan doktor akan masukkan ubat untuk mempercepatkan proses penguguran. Saya tidak pasti pilihan yang mana yang perlu saya ambil. B cadangkan untuk saya masuk wad terus. Takut ada perkara yang lebih buruk berlaku. 

Selepas berdiskus dengan kakak ipar husband (Kak long) yang punya pengalaman seperti saya, saya bersetuju untuk masuk wad terus. Tapi kene tunggu esok pagi bagi memudahkan urusan.

Masa ni nak kol parents. Dah takda kekuatan. Takut nak bagitau apa yang berlaku. At first saya minta tolong Kak Long yang bercakap dengan mak untuk bagitau apa yang berlaku. Mak apa lagi bila dengar berita mcm tu...banjir la jugak. Alahai....adakah saya dah kecewakan hati banyak pihak????

Malam tu jugak mak dan ayah bertolak ke Seremban dari Ipoh. Dalam pukul 2 pagi baru sampai di rumah kami. Pengorbanan seorang mak dan ayah!

Balik dari berjmpa doktor... saya mandi dan makan seperti biasa. Nasib ada adik saya di rumah. Dapat jugak membantu sikit-sikit kerja rumah.

Pendarahan masih berlaku. Risau jugak jika "daging" tu terkeluar di bilik air. Tak tahu apa yang perlu saya lakukan...

Lepas makan saya terus baring di depan tv. Mahu merehatkan diri. Beberapa jam lepas tu saya diserang sakit kepala yang sangat teruk. Memang menangis saya menahan sakit kepala tu. Nasib baik ada suami yang tolong untuk urutkan kepala. Kepala rasa macam nak pecah! Agaknya ni memang petanda orang yang nak keguguran.....

Tido pon tak lena. Suhu badan dah makin panas. 

Dalam tido berpikir-pikir apa yang akan berlaku pada diri saya keesokkan harinya......

...bersambung...

Review Dugaan Takda Rezeki (Part 1)

25 Januari 2012 (Rabu)
Part 1

Saya bekerja seperti biasa. Sempat lagi untuk breakfast bersama Kak Shima dan Kak Ira. Makan keutiau goreng dan milo ais. Milo ais itu minuman feveret saya sejak 2 3 hari lepas. Memang saya sengaja kurangkan pengambilan air teh. Sebab melalui pembacaan saya dapat tahu bahawa teh mengandungi asid tanik yang tak baik untuk perkembangan bayi. Sebelum ni teh ais merupakan minuman yang wajib saya order untuk breakfast.

Harini saya rasa badan saya lemah dan perasaan malas menyelubungi diri. Mungkin sebab penangan cuti raya cina yang agak panjang. Terlalu asyik memerap di rumah tanpa perlu untuk bangun pagi, meredah jem dan drive dalam jangka waktu yang panjang. Kadang-kadang saya terasa simptom seperti mahu pitam. 

Berbekalkan buku Amalan Mengandung Ustazah Siti Norbaayah yang baru saya beli, saya hanya duduk berehat di partition. Memang malas mahu memikirkan hal kerja. Yup sejak disahkan mengandung saya memang suka sangat mahu membeli buku untuk menambahkan pengetahuan. Konon mahu menjaga kandungan. =)

Dalam pukul 11 lebih (pagi) kalau saya tak salah, saya terasa mahu pergi ke toilet untuk membuang air kecil. Sangat terkejut bila saya selesai membuang air kecil ada kesan pendarahan di toilet bowl dan seluar kecik saya. Jantung saya berdegup kencang. Perasaan tak sedap hati mula menyelubungi diri. Terus saya berjumpa Kak Shima untuk mendapatkan nasihat. Sebelum ni saya ada terbaca tentang bleeding yang bakal dialami oleh sesetangah orang akibat daripada proses penempelan di uterus. Saya mahu pikir yang baik-baik sahaja...Kak Shima menasihatkan saya untuk terus pergi ke klinik. B pon sama paksa untuk saya ke klinik secepat mungkin.

Dengan ditemani kawan opis, Roslinda..saya ke Klinik Azizah. Masa perjalanan perasaan dalam hati ni tak payah nak ungkapkan. Rasa sangat tak sedap hati! Dan dalam pada masa yang sama saya berdoa agar takda apa yang bakal berlaku pada anak saya.

Masuk ke dalam bilik doctor saya terus diminta untuk scan. Ini pertama kali saya scan untuk melihat perkembangan baby saya. Masa ni jantung rasa mcm nak pecah!

Saya agak tak sedap hati masa doktor meletakkan alat scan pada perut saya, agak sukar untuk doktor mencari kedudukan baby saya. Doktor cakap baby saya terlalu kecik dan tidak padan dengan usia 8 minggu. Pada mulanya doktor ingatkan saya tersalah bagi tarikh last period. Tapi saya pasti saya tak silap!

Doktor beritahu yang baby saya tidak berkembang seperti 2 bulan. Terlalu kecik. Saya sendiri akui. Bila saya lihat di monitor memang hanya titik putih sahaja.  Denyutan jantung pun tidak kelihatan. Sepatutnya baby dalam masa 2 bulan, otak dan jantung sudah mula berfungsi. 

Harapan hanya 50-50. Jika baby kuat dia akan survive. Kalau tak dia akan gugur dengan sendiri. Itu kenyataan doktor pada saya. Jika dia survive pon saya risau tentang kesempurnaannya. Mungkin akan cacat sebab dari awal baby tak berkembang dengan baik. Saya pasrah....

Saya diberi mc untuk harini. 

Saya terus balik ke Seremban dan terus pergi ke opis suami. Dalam perjalanan saya tak henti mengalirkan air mata dan berdoa yang terbaik. Moga Allah beri yang terbaik untuk saya dan suami. Di sudut hati saya mahu baby survive tapi dalam pada masa yang sama saya risau jika dia survive mampukah dia jadi seperti manusia yang lain. Masa ni saya dah paksa hati saya untuk terima apa jua dengan hati yang terbuka. Redha dengan apa yang bakal berlaku.

Sempat saya sms B 

"B kalo takda rezeki kite, b kene redha ye..."

Saya seperti dapat menjangkakan sesuatu yang bakal berlaku.......

...bersambung...

Friday, January 27, 2012

Dugaan Takda Rezeki Lagi

Sedih bila tengok ticker pregnancy kat atas tu. Alahai Allah dah tentukan saya takda rezeki lagi untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat ni.

Skang ni saya masih di wad menunggu doktor untuk scan perut. 

Nanti bila ada masa yang panjang saya akan cuba coretkan pengalaman saya di sini.

P/s: Ikutkan harini baby dah masuk 9 minggu. =(

Friday, January 20, 2012

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Ada

Bersyukurlah dengan apa yang ada...

Perkataan tu yang cuba saya tanamkan dalam hati ni. Kalau boleh taknaklah asik nak merungut dengan apa yang kerap terjadi dalam diri. Memang orang lain tak merasa apa yang kita rasa dan kita pon tak merasa apa yang orang lain tengah lalui skang ni. Tapi kita sama-sama manusia yang dikurniakan hati dan akal fikiran yang waras.

Kadang-kadang terlepas jugak anasir yang negatif tu bila bebanan terasa dipuncak. Sampai tak mampu nak berpikir yang mana buruk and baik. 

And sedarkah kita bila kita pikir, kita paling teruk, ada manusia yang di luar sana yang lebih menanggung keburukan dari kita. Kenapa bila kita ditimpa sedikit kesusahan dan kepayahan kita terus nak mencela, merungut dan tak pernah bersyukur dengan segala kebaikan yang telah Allah berikan pada kita.

Saya sendiri pon kadang-kadang terlupa dengan seribu kebaikan yang telah Allah kurniakan buat saya. Anak yang saya kandung skang antara anugerah yang saya sangat ditunggu-tunggu. Biarlah susah payah mcm mana pon saya mengandungkan dia, tapi bila dipikir itu adalah kurniaan Ilahi yang sangat bernilai. Biar saya terpaksa bangun diawal pagi untuk bersiap pergi ke opis and dalam keadaan diawal kehamilan saya perlu untuk drive jauh...tapi saya harus laluinya dengan penuh sabar. Itu semua lumrah kehidupan. Walaupon merungut macam mana sekali pon saya harus laluinya. Harus....

Padahal ada orang yang kat luar sana sepanjang mengandung terpaksa jalan kaki atau bersesak dalam kenderaan awam untuk ke tempat kerja. Bukan itu lagi payah dari saya yang hanya selesa memandu kenderaan sendiri. At least sejauh mana pon perjalanan, saya tetap duduk dengan selesa. Come on carilah kedudukan yang selesa semasa memandu kan...=)

Saya juga perlu bersyukur saya punya husband untuk share susah senang..pahit manis. Husband sentiasa disisi saya disaat memerlukan. Cuba pikir orang mengandung yang terpaksa berjauhan dengan husband. Jumpa time weekend je. Tak ke sedih macam tu. Syukur husband disisi saya...=)

Saya punya rumah untuk berlindung. Cukuplah rumah yang selesa untuk kami bina kehidupan. 

Saya punya keluarga yang penyayang. Mak ayah dan adik beradik. Orang yang hidup sebatang kara tu mcm manalah agaknya kan....

Saya punya pekerjaan untuk menanggung hutang saya...=p At least ada pekerjaan walaupon saya merungut jauh. Memang jauh pon tapi ku tahan Jebat!..Rasanya kalo jadi suri rumah macam otak kurang berkembang plak. Maaf suri rumah yang lain. Saya yang akan jadi tak berkembang kalau tak bekerja. 

Eh Tuan Laptop dah abis kelas..saya kene tamatkan post yang merepek ni secepat mungkin.

Kesimpulannya saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Syukur Ya Allah....

Misi Buku Pink

Harini baby dah masuk 2 bulan dalam perut ni. Baru 2 bulan. Rasa mcm tak sabar nak tunggu badan dan perut membesar dan membesar dengan jayanya.....=)

Tak banyak lagi pengalaman sepanjang pregnant yang ingin diceritakan sebab saya tak dapat simptom and alahan tu lagi. Saya stresskan perkataan lagi ye. Jangan cakap saya berlagak tak terkene alahan yang teruk tu. Mungkin belum sampai masa lagi nak merasa kan. Kandungan baru nak membesar. Mana tau 2 3 bulan lagi smpai tak larat nak bangun dek alahan yang teruk tu. Huiisshh mummy taknak jadi macam tu dear baby...

Akhir bulan ni dah boleh bukak buku pink. Masa pergi amik mc kat klinik Iman aritu doktor ada cakap. Dah bole buat buku akhir bulan ni atau awal bulan Februari. So ingatkan nak cuti satu hari. Tapi skang ni saya tengah pening sama ada nak pergi klinik kerajaan kat area opis or kat Seremban. Tak decide lagi. Tapi dengar cite kalo nak bukak buku kat KK kene buat appointment dulukan?? Takpe-takpe nanti kemudian pikir. 

Kalo pergi KK area opis saya tak pasti sama ada staf kat situ nak terima saya atau tak sebab alamat tetap saya di Seremban. Kalau saya buat di Seremban menjadi halangan pada saya plak nak ulang alik berkali-kali. Beginilah nasib tempat kerja "sekangkang kera" dari rumah. Nak buat macam mana...bersyukur jela dengan apa yang ada. Dari takda keje langsung kan....=)

Takpe ada masa lagi untuk buat research tentang ni....

Monday, January 16, 2012

Produk Salindah Baik Semasa Mengandung??

B sangat mementingkan kesihatan saya bila dapat tahu saya dah pregnant. Tiap hari ada je pesanan untuk saya makan itu ini.

Kalau saya tak ikut membebel la dear bila saya balik umah nanti. Especially bab makan epal. B memang galakkan saya untuk makan epal tiap hari. Saya je yang malas sebab saya spesies tak makan buah sangat. Stok epal dalam peti sejuk memang lambat gila nak abis. Pagi tadi saya bawak bekal 2 biji epal kat opis. Smpai skang saya tak makan pun lagi. Balik nanti kalu husband ternampak dalam beg abis la saya...huhu...

Jumaat lepas B dah belikan saya satu set produk Salindah. Dear cakap bagus sebelum dan selepas bersalin. Punyalah bersemangat beli produk tu untuk saya amalkan. Sebab mengikut pengalaman opis mate dear, isteri kawan husband mengamalkan produk Salindah semasa mengandungkan anak pertama dan kedua. Alhamdulillah anak dia kuat daya tahan, cergas. Jarang sakit-sakit and demam. Masa bersalin pun senang walaupun anak besar 3 kg ke atas. Itu semua kuasa Allah. Kita hanya berusaha untuk kesihatan yang lebih baik. Ditambah dengan kehidupan suami isteri yang bekerja mana mampu untuk menjaga kesihatan anak sepanjang masa. So bermula dari dalam perut lagi husband dah mintak saya untuk sama-sama jaga kesihatan baby supaya sentiasa kekal cergas bila dah lahir nanti.

Saya pun first time nak try. Bila google kat internet hasil macam memberangsangkan. Takpelah demi kesihatan saya amalkan produk ni. Kadang-kadang bila pikir makanan yang tiap hari kita makan, tanpa sedar kandungan vitamin dan nutrien tak cukup seperti apa yang dikehendaki oleh baby.

Produk ni bole diamalkan bermula 12 minggu kandungan. Skang ni kandungan saya baru nak masuk 8 minggu. B terbeli awal plak. Semalam kawan baik husband datang, kebetulan wife dia pon pregnant jugak so kami promotela produk ni. Disebabkan usia kandungan saya masih terlalu awal, kawan husband beli dulu produk tu dari kami sebab wife dia dah masuk 13 minggu. Dah memang sepatutnya kene amalkan. Nanti kami bole cari yang lain....=) Harga produk tu dalam RM300 ++. Tapi berbaloi sebab bole makan smpai berpantang.

Produk Salindah

Kalau nak info lebih lanjut tentang produk boleh klik sini 

Atau boleh baca testimoni pelanggan yang telah mencuba produk ni..

Kalau rasa tak berapa yakin bolehlah consult dengan doktor sebab ada orang takut nak try pelbagai produk takut mengundang komplikasi pada kandungan.

Nanti bila saya dah amalkan bolehlah saya kongsikan kat sini. Mana yang baik eloklah dikongsi bersama. Moga kesihatan saya dan baby sentiasa sihat. Allah penentu segalanya. Kitalah yang sepatutnya merancang...yang lain terserah kepada Allah.

Mahu yang baik-baik saja. =)

Isnin Yang Menyakitkan

Harini hari Isnin. Semua orang pasti tahu harini merupakan hari Isnin. Cuma saya sorang saje yang taknak amik tahu yang harini hari Isnin.

Kenapa harini hari Isnin?? Bukan hari Sabtu yang tidak bekerja??

Rasa macam naik loya bila pagi-pagi terpaksa drive jauh-jauh semata-mata mahu mencari sen demi menyara life travel saya bekerja hari-hari KL-Seremban. Yup saya hanya bekerja untuk cover kewangan pergi ulang alik tempat kerja ke rumah saya je. Jangan harap duit gaji saya mahu shopping sakan or beli barang keperluan rumah yang macam gua ni. 

Setiap hari saya memang saya tak amik pusing tentang "duit pulang modal" tu. Tapi bila satu masa bila tiba masa saya "terpikir" tentang itu buat rasa kepala ni semak sangat. Napalah saya begitu bodoh sangat menyusahkan diri, menghabiskan tenaga dan wang ringgit semata-mata. 

Pening bila dipikir secara mendalam and terlalu "ilmiah". Buat masa ni biarlah saya berpikir seperti orang tak pernah belajar tinggi atau bahasa mudahnya berpikir secara tidak berilmiah. Tapi bukan bodoh ok...

Bila tiba hari Isnin saya memang sangat liat untuk bangun pagi. Dalam kepala dok pikir....arghhhh malasnya nak drive jauh. Tambah hari Isnin..dia punya jem memang luar biasa. 

Harini saya lewat lagi sampai opis. 3 tempat yang bikin hati saya panas. Kereta ntah datang dari mana. Tambah selepas Tol Sg. Besi. Eiiii...maaflah terpaksa mendengar luahan saya di sini.

Keputusan untuk mengalah tu dah lama ade dalam hati. Tapi buat masa ni saya takda kekuatan untuk teruskan apa yang dirancang. Saya amat takut jika apa yang dirancang itu akan mengundang masalah yang lebih teruk dari apa yang saya alami skang.

Sampai bila nak ditentukan oleh masa?? Saya sendiri pon takda jawapan untuk soalan itu.

Semoga Allah beri tunjuk buat saya....

Friday, January 13, 2012

Review Husband Part 2

Pada pandangan saya husband sume orang akan buat sama mcm husband saya...

I love when my husband....

  • Ukur langsir, pasang bidai semua B yang buat. Kuar pinggan mangkuk and barang hadiah kawin yang nak digunapakai semua B yang keluarkan. And dia akan susun kat tepi dapur untuk kegunaan saya. Ringan sikit kerja. Saya tak suruh buat pon. Kalau bole saya nak minimise kan barang dapur. Tapi betol jugak tindakan dia, bila ade tetamu takdalah melompat menyelongkar apa yang takdakan....

  • Smpai opis saya akan sms B untuk buang sampah and sidai baju yang dah siap basuh. Balik rumah saya tengok bakul sampah bersih suci murni and kain dh siap kering. Saya tinggal nak lipat je. =)

  • Kadang-kadang waktu malam lepas makan tak sempat nak basuh pinggan, tengok bila balik B dah tolong basuhkan. Alahai touching la plak. Huhu

  • B akan tolong saya basuhkan baju bila nampak kain dah penuh dalam bakul. Perangai saya suka simpan weekend je untuk basuh baju. B cakap senang bila dah basuh sikit-sikit. Bukan dia yang basuh..mesin yang basuh...Tapi ada part yang saya menyirap bila B masukkan sume tudung awning dalam mesin. Adoi abis kemek tudung awning saya. Nasib bole betolkan pakai iron. Nasib tak beli tudung ariani uolssss...=p

  • Sangat kagum bila B bole diharap untuk beli barang basah. Sayur kucai saya sendiri pon konfius sayur kucai dengan daun bawang. Haishhh apa daaaa...buat malu je...

  • Kalau time makan..saya akan sediakan makanan and B akan mula sibuk nak buat air jugak. Padahal minum air kosong pon takpe dah...

  • Lepas makan B akan tolong basuhkan pinggan and clearkan apa yang patut...penat jugak memasak kat umah kan. Saya baru merasa lepas 4 bulan kawen.

Sejak mengandung ni banyak jugak pantang larang yang kene ikut especially part angkat barang berat tu. Alhamdullilah bila husband rajin jugak membantu. Cuma B sangat lemah bab melipat baju. Sangat la sakit mata memandang. Lelaki asalkan bole. Cuma i yang sangat cerewet.

Akhir kata..i love my husband...=)

Monday, January 09, 2012

Nikmat Allah

Sabtu lepas parents dari Ipoh datang. Seronoknya at least rumah gua kami takdalah rasa sunyi sangat. Bila weekend memang kami akan spend time di rumah Sendayan. Skang ni dalam proses untuk tinggal secara tetap. Mahu hidup berdua. Eh bukan berdua tapi kami dah bertiga. Sorang lagi dalam perut...=p

Keadaan rumah masih lagi banyak yang perlu diperbetulkan. Sofa and meja makan rasanya mahu beli lepas buat kenduri dulu la. So takdalah semak sangat nanti. Al maklum rumah kami kecil molek.

Bila dah tinggal rumah sendiri barulah saya merasa menjadi isteri yang berjaya dan penuh kaliber. Rasa bahagia and seronok bila kita menguruskan rumah tangga sendiri. Alhamdullilah penantian yang ditunggu-tunggu selama ni menjelma jugak.

Saya dah mula masak untuk husband walaupun menu tu hanyalah yang simple. Makan bertambah and husband memang bukan kaki cerewet. Tak susah keje saya. Alhamdullilah. 

Semalam tiba-tiba saya soal husband sama ada saya mengada-ngada tak bila pregnant. Huhu. (Sebenarnya memang mahu jadi kuat and taknak mengada-ngada....)

Husband cakap tak....saya masih kuat setakat ni...tak banyak songeh. Bole buat sume keje. Steady je...

Kadang-kadang saya sendiri lupa yang saya tengah pregnant. =p

Husband banyak kali pesan jangan angkat barang yang berat. Ala kalau mampu buat jelakan. =p

(Kalau jadi pape padan muka ko!)

Mak pon pelik bila saya takda alah yang teruk and masih selera lagi nak makan apa sahaja depan mata. Kalau ikut history mak, dalam usia kandungan saya skang dia tak bole nak makan, tak bole nak masak and sebagainya.

Lain orang lain pembawakannya. Alhamdullilah saya masih punya tenaga untuk menjalani kehidupan ini...=)

Bersyukur dengan nikmat yang diberikan.

Saya berharap kesihatan saya akan bertambah baik sehingga 9 bulan saya mengandungkan dear...=)

Rindu nak balik rumah. Malam ni nak masak apa plak???

P/s: Harap kesihatan ini berkekalan hendaknya. Allah Maha Mengetahui..

Friday, January 06, 2012

Review Hantaran Part 1

Ada sesuatu yang saya terlupa nak review kat sini. 

Review Hantaran Kahwin.

CD baru dapat dari OP so bila pic dah siap insya Allah coming up next is review tentang hantaran...

Daaa...

Coretan Hati

Manusia ada macam-macam ragam dan sikap.
Rambut je warna hitam (kecuali pakai dye) tapi hati kat dalam lain-lain.
Saya agak terkejut jugak mendengar berita yang cuba disampaikan.
Tergamak dia buat macam tu pada saya sedangkan saya takda langsung buat salah pada dia.
Saya pun kurang pasti dengan masalah si polan tu. 
Biarkanlah....

 Kadang-kadang saya pon agak pelik apa motif dia bertindak sedemikian. 
Apa yang dia dapat????
Kepuasan???

Ala persetankanlah...
Dia takda kaitan langsung dengan hidup saya.
Tapi hati kecil berkata lagi....
Apa masalah dia dengan saya???
Kes tak puas hati???
Atau cemburu???
Kalau cemburu takda apa yang ingin dicemburukan dengan saya yang hina ni.
Cukup-cukupla tu....

Fed up nak melayan manusia semacam ni...buat rasa semak kepala.
Cukup-cukupla orang annoying dalam hidup ni...
Saya taknak lagi jumpa manusia macam ni...

Saya akan cuba untuk mengawal perasaan...mengawal diri di depan manusia semacam ini.
Buat manusia itu teruskanlah bertindak sedemikian..
Saya tidak rugi apa-apa pun..
Malah berasa sangat senang dan bangga bila ada yang cuba untuk selidik peribadi saya.
Nampak nau aku ni diva.....
Dan kau tak boleh tengok aku ni lagi diva dari kau kan...
Sebab tu la kau rasa tergugat....

Sekian terima kasih...

=)

Thursday, January 05, 2012

Di Ambang Tahun Baru

Assalamualaikum dan hello everyone..

Sudah hari yang ke-5 di tahun baru dan ini merupakan first entry saya untuk tahun 2012. Niat rasa nak berblogging ada tapi isu yang nak dibebelkan nan ado. =p

Alhamdullilah permulaan yang baik di tahun baru. 

Baby
Esok masuk 6 minggu dear dalam perut ni. So far tanda-tanda alahan yang teruk pada saya masih tidak kelihatan lagi. Saya masih sihat macam anak mak dara lagi. Ceh perasan. Yes frankly speaking alahan simptom teruk pregnant saya masih tak merasa. Cuma part yang letih-letih tu biasa la. But saya masih boleh lagi untuk mengemas rumah bagai. 

Tapi yang kesiannya my hubby terkene simptom tu. Saya perasan minggu lepas husband asik mengadu pening kepala and loya-loya. Ada satu hari tu kami makan nasi ayam, lepas je telan sume dia rushing pergi toilet untuk muntahkan balik apa yang dia makan. Alahai kesian pon ada. 

Kuasa Allah. Baby ni tahu mummy dia berulang jauh keja hari-hari KL-Seremban. So dear tak mahu nak susahkan mummy dia. Huhu tapi ni baru stage pertama. Mana tahu dah masuk 2 3 4 bulan saya terkene alahan yang teruk. Sapa yang tahu?? So skang ni saya hanya bersedia mental dan fizikal sahaja. =)

Workloads
Tambahan plak semester ni saya mengajar praktikal Western Cooking Skills. Bahasa mudahnya kene mengajar students masak Western food. Dalam hati dah cukup risau takut-takut saya alahan pada bau masakan atau bawang segala. Dah 3 hari kelas berjalan, takda apa-apa yang membimbangkan. Saya masih steady memberi tunjuk ajar mana yang mampu...=)

Kelas semester ni berjalan dengan lancar. Kelas hanya 5 kumpulan pelajar sahaja yang perlu saya monitor walaupun workloads adalah 20 jam kredit. Beban mengajar praktikal lebih kurang plus students pon sikit and mudah untuk dikawal memandangkan 3 kumpulan adalah pelajar yang penah saya mengajar. Bab pembahagian markah akan lebih mudah. =)

Teratak Syurga Cinta
Kami dah muula tidur di rumah baru awal tahun baru. 2 malam kami cuba untuk menyesuaikan diri tido di situ. Malam kedua kawan baik husband datang and kami melepak kat rumah kami yang kosong tu. Tak officially lagi pindah. Tapi barang dah beli sikit-sikit. And officially saya dah masak untuk husband. Tong gas dah beli. First menu char keuw tiau. 

Kelmarin husband dah upah orang untuk cat. Now tinggal langsir lagi tak tempah. Berdikit-dikit nak mengumpul barang rumah. Kewangan saya yang terhad membuatkan saya agak terbatas untuk membantu husband melengkapkan sume kelengkapan rumah. Sume tu 100 percent saya depends on husband. Kesian jugak tapi nak buat mcm mana. Gaji dahla kecik lepas tu terpaksa plak ulang alik jauh. =(

Kerja Oh Kerja
Masih menanti sinar rezeki untuk mendapat pekerjaan yang lebih berbaloi supaya saya tidak membazir  ulang alik jauh and boleh buat banyak lagi saving. Alahai serabut jugak pikir pasal kerja. -=(

Thesis
Terima kasih kerana mengingatkan saya....=)

Tuesday, January 31, 2012

Ber-urut Hari Pertama

1 comments

2 comments

0 comments

5 comments

4 comments

Disable Right Click