Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Friday, November 20, 2015

Rindu Nak Masuk Ofis

Assalamualaikum dan hello,

Bila dah fulltime duduk rumah kadang-kadang terdetik perasaan halus berkata-kata nak masuk opis balik. Haha nampak permainan di situ. Manusia memang tak pernah merasa puas kan? Dah duduk opis terpikir syioknya duduk rumah kan. Haishh...

Kenapa rindu nak masuk opis??

  • Rindu nak melawa. Pakai baju kurung cecantik. Kasut wedges bagai kan
  • Rindu nak sembang kongsi cerita dengan kawan-kawan
  • Rindu nak membebel depan anak murid
  • Rindu nak jadi glamour kalangan anak murid. Glamour sebab garang, cerewet..huhu
  • Rindu nak bawak kereta
  • Rindu rindu rindu....

Rindu yang manis-manis je. Bila tension dgn bos atau anak murid yang kurang ajar mula la pikir nak berhenti kerja. Haha

Itu semua hanya pengalaman yang berharga. Yang penting lalui apa yang ada depan mata ni penuh rasa syukur. Suri rumah ke ibu bekerjaya ke masing-masing ada manis dan pahitnya. Janji kita tahu apa yang terbaik buat kita. Takda yang salah atau yang betul. Hidup kita, kita yang tentukan. 

Semoga kita berjaya dan bahagia dengan kehidupan kita ☺

Tuesday, November 17, 2015

Dilema Pil Perancang

Bagus ke makan pil perancang ni? Dulu masa Mia confident say NO to pil perancang. Tu yang tanpa disangka melekat si adik. 

Sebelum Mia saya pernah keguguran. Lepas tu tunggu setahun baru dapat Mia. Pernah merasa pergi rawatan kesuburan tau. Risau kenapa susah nak lekat. Akhirnya Allah bagi rezeki jgk. Lepas tu Mia 11 bulan saya pregnant lagi. Masa ni rasa nak pitam plak. Tu namanya rezeki. ☺

Untuk precaution saya amik jugak perancang keluarga. Start dengan cucuk 3 bulan. Period ting tong abis. Hanya sebulan je period datang. Lepas tu balik Seremban kene continue makan pil plak sebab kat KK takda stock. Nak kene timing plak waktu makan. Salah makan melekat dik non. 

Lepas tu cycle ubat dah habis. Kebetulan period datang. Ingatkn period tak payah makan. So sesuka hati tak pegi amik ubat. Masa check up anak kene bebel dengan nurse. Kene tunggu next period plak katanya. Kalo pregnant akak tak jamin tau. Ceh nurse nak menakutkan saya plak.

Haritu dah period balik. Syukur. Haha. Nampak cycle dah ok. Kebetulan period kite balik Ipoh maka nan ado lagi pil perancang. Perasaan hati mula tak keruan bila husband nak ehem ehem. Adeihh di lema sungguh. Merancang sendiri rasa tak confident plak. Erkkkk 

Sori ni bukan entry nak melucah tau. Sekadar luahan perasaan yang gundah gelana.....

Monday, November 16, 2015

Macam Mana Nak Handle Dua Anak (Part 1)

Seriously suka baca blog Namee Roslan. Kene dengan jiwa iolss.

Malam ni kene teman husband buat kerja. Anak-anak dah tido baru boleh bukak laptop dengan tenang. Esok Isnin tak pening kepala nak pikir Monday Blues bagai bole la kite teman kan. Masa ni la bole lepaskan rindu nak update entry and buat blog walking. Ada peluang ni guna sebaik mungkin. Takut-takut lepas ni kene tunggu 3 bulan lagi untuk next entry. Ada lagi reader blog ni pon wallahualam....huhu. Lain la Namee Roslan, blogger famos amos tu.... =)

Saya salute dengan apa yang dia buat. Bagi positive vibes sangat. Mana nak urus anak, mana nak urus kerja rumah, mana nak urus bisnes. Ni seminggu lebih bisnes tutup. Orang dok wassap tak tahu nak bagi alasan apa. Sesungguhnya i need helper skang ni untuk lancarkan keadaan. Husband busy, busy dan busy. Tak dapat fokus sangat nak tolong saya. Lagi pon saya taknak ganggu kerja dia. Kesian jugak kadang-kadang ulang-alik sana sini. 

Memang struggle nak uruskan 2 orang anak kecik yang rapat-rapat ni. Alhamdullilah Sufiya memang tak banyak ragam. Nangis nak susu. Kalau mengantuk dia tido sendiri je. Lain plak dengan Mia. Dah besar makin bijak and makin banyak kerenah. Mungkin pada masa yang sama dia pon boring duduk kat rumah kan. Pagi je walid bawak naik kereta sebelum pergi kerja sebab menangis meraung nak ikut walid. Lepas bawak pusing beli breakfast ke, dia dah ok dah. 

Skang ni perangai Mia yang buat ibu menyirap. Bila dah berak mesti nak terus bukak pampers. Tak pon korek pampers and taik tu kene kat tangan. Aritu abis Patrick (patung) kene taik abis Mia lap-lap kat patung tu. Macam pagi tadi bukak pampers atas katil. Abis cadar kene tempias. Mula la kite nak naik angin kan. Tak boleh nak sabar sikit. Lepas ni bila dia cakap berak kene terus basuh, stop dulu buat kerja lain.

Kesian jugak bila Mia kene marah. Budak kecik kan. Mana bole fikir mana betol mana salah. Bad mother. Loser. Ouchhh...belum lagi kite tengah masak contoh macam tengah goreng ikan, dia pon sibuk amik senduk. Kalau terbalik kuali tu, tak ke naya kene minyak panas. Kalau nak tunggu dia tido baru masak, memang petang la baru dapat makan kan....

Uishhh kalau nak cerita bab handle anak, layan kerenah anak ni tak abis. Huhu... Tak boleh imagine macam mana la kalau hantar pengasuh/ taska, boleh ke diorang bersabar layan segala kerenah anak kite kan. Especially perangai Mia yang korek taik tu. Kihkih....Kite pon kadang-kadang tak dapat sabar kan.

Tiap hari adalah learning process untuk saya. Untuk kenal setiap kerenah Sufiya and Mia. Minta maaf ibu tak dapat nak jadi ibu yang sempurna. Tapi apa yang ibu tahu, waktu kamu kecil, ibu nak jaga sendiri kamu berdua. Biar ibu tak dapat kejar kerjaya tapi yang penting ibu nak kamu tahu ibu akan sentiasa ada untuk kamu 24 jam. 

Dulu masa kecil saya dijaga oleh pengasuh masa mak dan ayah kerja. Saya tahu betapa tak bestnya duduk rumah pengasuh. Saya masih ingat lagi moment tu. Mungkin nasib saya tak baik dapat pengasuh yang tak best. Bayangkan masa tu tadika, saya akan bangun sendiri untuk bersiap ke sekolah. Masa tu pengasuh saya masih lagi tido. Saya pakai baju sendiri. Takda sarapan pun. Tunggu pakcik naik basikal datang pick up. Semua buat sendiri. Serius tak best. Lepas tu dah la diorang jenis suka bergaduh anak beranak. Boleh dikatakan tiap hari. Gaduh yang tengking cakap kuat tak ingat tu. Tak solat. Tak bagus kan. Itu sebab saya taknak apa yang saya lalui, anak-anak saya lalui sama. Yang dapat pengasuh yang bagus, syukur alhamdullilah....

Dulu masa kecik, mana kite tau nak report kan. Tapi lepas tu alhamdullilah saya tinggal dengan opah. And tak lama lepas tu Ayah dapat tukar Ipoh. Syukur sangat. 

Eh dah 1 pagi. Esok-esok kite sambung lagi. Selamat malam

Sunday, November 15, 2015

Stay Hungry & Eat Clean

Pada awal-awal dulu sebelum kite run betol-betol De'nawalicious, first intention adalah untuk promote healthy food atau orang putih kata eat clean. Yela tu planning je dulu. Mungkin pendekatan dan cara saya tu salah. Yela buat pun tergesa-gesa tanpa proper planning. Pakai redah je. Nak nanti semua perfect sampai tahun depan pun tak ON lagi business kan. Nampak macam plan tu tak terlaksana dengan jayanya.

Bila dah jalan, dah kenal customer baru kite nampak rentak tu. Owh macam ni..macam tu...kalau tanya saya pasal menu. Saya memang takda spesifik menu. Tiap minggu mesti nak introduce menu baru. Nak tukar. Macam tak tetap pendirian plak. Nanti bila orang tanya menu A, takkan nak cakap kite dah tak jual dik. Baru 2 3 minggu operasi takkan tukar menu kan. Yang ni kelemahan saya yang perlu saya perbaiki dan decide secepat mungkin. Lepas tu banyak sangat menu yang saya nak offer. Too ambitious kan. Lepas tu pening meroyan sorang-sorang kat dapur nak siapkan. Kelam kabut dengan anak lagi. Kadang-kadang risau sampai nak nangis sebab takut tak sempat siap ikut masa yang customer nak.

So planning skang memang kene susun balik menu and cuba laksanakan #eatclean tadi. Dalam pada masa yang sama kene fokus. Ingat fokus. Ikut kesesuain. Kite takda assistant dik non. Sorang-sorang terkontang kanting kat dapur. Bukan senang nak senang. Bukan senang nak jalan business rupanya. Ni baru bisnes kecik je. Tapi takpe cuba positifkan diri insha Allah semoga Allah tunjuk jalan dan bagi idea yang mencurah-curah. Amin.

Last but not least,

Stay Hungry & Eat Clean 

Friday, November 13, 2015

Kerjaya Baru (WAHM)

Assalamualaikum dan hello semua,

Saja je nak war-warkan gambar di bawah ni la kerjaya baru skang. 
Merangkap ibu sepenuh masa.
Bole search FB page and Instagram De'nawalicious Food Delivery.
Jangan lupa LIKE and FOLLOW tau especially orang sekitar Seremban.

Nak buat bisnes ni pun banyak dugaannya.
Allah saje yang tahu.
Tapi beranikan diri and kuatkan jugak hati untuk teruskan hasrat.
Semat dalam hati takda jalan mudah untuk berjaya dan kaya.
Lain la mak pak tinggalkan harta berkoyan-koyan.

Saya anggap ini satu pengalaman yang berharga untuk maju lagi ke hadapan. 
Insha Allah.

Sebelum nak mulakan dulu macam-macam benda jadi.
Paling sakit hati bila HP tetiba rosak. 
Kalau takda HP macam mana nak buat marketing.
Itu pon plan asal lari dari waktu sepatutnya.
Tapi takpela dugaaannnn...

Eh story panjang lebar tentang tu saya akan update kemudian.
Layan dulu gambar kat bawah ni.
Peace

Jom klik and LIKE

3 bulan tanpa update

Assalamualaikum semua,

Dah 3 bulan tanpa sebarang update. Cycle life pon dah berubah 360 darjah. Dah tak sama macam dulu. Lagipon instgram dah ambil alih tugas blog.

By the way still rindu nak mengarang di sini. Insha Allah ada masa saya update ye.

Daa nak setelkan anak-anak pagi ni.

Monday, August 10, 2015

Bekerjaya Dari Rumah

Assalamualaikum dan hello everybody,

Gila rindu nak berblogging and blog walking. Dah lama tak update story diri sendiri and baca story blogger yang lain. Sumpah takda masa nak bukak laptop macam dulu. Dulu boleh la curi-curi update masa kat opis. Now dah fulltime kat rumah tak boleh nak on laptop langsung. Kalau bukak depan Mia confirm dia suruh bukak video Jenab. Kihkih...

Oh now officially dah duduk kembali ke pangkal jalan di Seremban. Kembali menjadi rutin isteri sepenuh masa bukan separuh masa macam dulu. Jaga 2 orang anak-anak yang banyak kerenah and ragam, especially Mia. Sufiya bila dah makin besar dia makin baik dan memahami. Dah tak banyak ragam macam masa dalam pantang dulu. Alhamdullilah. Saya tinggal je dia, and membebel sorang-sorang. Bila dah letih sangat kadang-kadang tertido sendiri.

Macam mana jaga anak 2 orang yang masih kecil?? Huhu kadang-kadang smooth je. Kadang-kadang rasa nak jadi incredible hulk. Sini nangis sana nangis. Sumpah pening. Time nak masak memang kene buat kerja macam lipas kudung. Zaas sana sini. Belum lagi start betol2 home business ni. Hp buat hal. Sabo jela. Macam mana nak buat marketing. Ni pon lepas campak-campak tetiba bole ON. Kang mesti terpadam balik. Terpaksa la beli hp baru. Haishh membazir.

Okla tunggu husband nak bawak anak pegi check up. By the way jangan lupa like and follow de'nawalicious kat facebook and instagram ye. Especially untuk orang Seremban dan sekitarnya. Ada servis terbaik untuk anda.

Bye~

Wednesday, May 13, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Ke-2 (Part 1)

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan saya akan share pengalaman bersalin anak yang kedua. Ni anak-anak dah tidur boleh la saya curi masa nak update blog walaupun mata ni mengantuk yang amat. Patutnya ni la peluang saya pun nak melelapkan mata kan. Tapi takpe, kang peram lama-lama dalam kepala otak ni terus takda mood nak menulis. Sekurang-kurangnya ni boleh dijadikan kenangan untuk saya... =)

Previous post saya ada story pasal dugaan akhir trimester kan. Yes memang drama sikit. Tak sensasi sangat pun tapi cukup menduga hati. Orang mengandung kan. Hati macam tisu...

Hujung April opah (belah mak)  tiba-tiba dimasukkan ke hospital akibat komplikasi pada mata. Nak tak nak mak perlu bergilir jaga opah di hospital dengan makcik. Masa ni husband not around, masih di Seremban. Tiap hari risau memikirkan macam mana kalau baby nak keluar awal. Siapa yang nak diharapkan hantar saya ke hospital. Siang hari saya tak heran sangat. Macam mana kalau turun tanda/sakit tengah malam macam Mia dulu. 2 pagi pergi admit hospital.

Then selang beberapa hari lepas tu ayah plak kene tahan wad. Sebelum ni ayah ada buat operation katarak. Now ada infection plak. Nak tak nak mak jugak yang kene teman ayah di hospital. Terus kol husband mintak balik Ipoh secepat mungkin walaupun kesian jugak kat dia, busy sikit dengan kerja. Sebab plan asal dah lari. Ingat boleh setel kerja sblum balik Ipoh. 2 malam hati dup dap dup dap sebab takut nak terberanak awal. Pikir Mia lagi. Siapa nak jaga Mia? Kalau ada kereta tinggal kat rumah boleh juga la gagahkan diri ke hospital andai dah sampai masa nak bersalin. Tapi nan ado...hati kuat mengatakan saya akan bersalin awal...

2 Mei 2015
Husband sampai jua di Ipoh. Lega yang amat. Kesian 4 pagi baru sampai sebab jalan jem gila sebab cuti panjangkan. Dah macam pesta kat highway katanya. Tengah malam masih lagi jem! Oh Malaysia! 

3 Mei 2015 
Tepat 38 minggu.

Malam tu ingat dah nak bersalin. Sebab banyak kali saya terjaga ulang alik pergi toilet nak buang air. Perut rasa tak selesa. Memulas. Baby pun asik gerak-gerak. Senang cerita memang malam tu saya tak lena tidur. 

Sama macam bersalin Mia dulu. Tengah malam ulang alik toilet, last-last air ketuban turun.

Tapi rupanya belum lagi. Tu baru mukadimah kata baby. Ibu dah kene stand by.

4 Mei 2015
Tasha (my sister) balik Ipoh dari Penang. Melawat new born baby katanya. Due saya dan adik ipar dekat-dekat. Takda tiket direct ke Penang terpaksa turun Ipoh ke UPM. Sempat lagi nak buat carrot cake untuk saya. Alhamdullilah sempat merasa 1 slice saja sebab hari ni saya langsung takda selera makan. 

Mengadu pada husband, harini badan saya letih yang amat. Ni mesti esok bersalin.

Malam tu lepas makan kek (tak makan nasi langsung), husband sempat buat air tembikai lagi. Thanks husband!

Kain pun saya tak sempat nak masukkan dalam mesin basuh. Kain baju saya gagahkan jugak diri untuk lipat. Kesian kat mak.

Malam tu saya tidur lena dengan aman. Baby pun behave je. 

5 Mei 2015
Hari Jadi Saya Yang ke-29!!

830 am nak mandi tengok ada lendir darah kat panties. Ya Allah aku dah nak bersalin ke? Hati berdegup kencang. Terus keluar bilik air bagitau husband untuk bersiap ke hospital. Then sambung mandi. Mandi cepat-cepat sebab orang kata anak no 2 sakit tak lama dah bersalin. Taknak bersalin dalam kereta. Macam adik ipar sampai hospital 955 am, pukul 10.04 am dah bersalin. Nyaris tak bersalin dalam kereta.

Masa bersiap nasib baik mak balik sekejap dari hospital. Boleh tinggalkan Mia kat mak sementara. Lega. Ikutkan memang kami nak bawak Mia sekali pergi hospital. 

Lepas mandi baru terasa sakit macam sengugut tu. Darah dah tak turun lagi. Dalam kereta pon sama. Sakit datang on off. Rasa macam jauhnya hospital. Huhu...

Owh lupa nak bagitau, saya bersalin di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh.

Sampai hospital dalam 930 am macam tu, daftar segala terus admit.

Macam biasa sampai wad, tukar baju and terus buat CTG. And bila check bukaan dah 5 cm. Masa ni sakit boleh tahan lagi. Sakit ala-ala senggugut macam tu. Lepas selesai buat CTG, masuk bilik and nurse suruh makan siap-siap. Baring-baring dulu sambil zikir nabi Yunus tu. 

Akhirnya tiba masa jugak harinya. Dalam takut-takut nak beranak tu, kene juga hadapi sampai baby selamat dilahirkan.

Lepas makan nurse suruh stand by ke labour room. Oh berdebarnya....masa hampir tiba...

(Bersambung)

Saturday, May 09, 2015

38 Minggu 2 Hari --> Selamat Bersalin

Assalamualaikum,

Alhamdullilah baca tajuk post dah tahu saya dah selamat bersalin adik Mia. Baby girl ye. Kondisi kami sihat walafiat. Sudah hari ke 4. 

Yang part paling best nak cerita, adik Mia lahir jatuh pada hari lahir saya. Maka kami berkongsi tarikh lahir 5 Mei yang sama. Betul firasat ibu adik nak buat surprise untuk ibu dengan walid.

Ok next entry kita share pengalaman bersalin anak yang kedua.
=)

Friday, May 01, 2015

Menuju 38 Minggu

Salam semua,

Dah nak masuk fasa 38 minggu. Mood menulis blog nampaknya semakin ke laut. Kalau masa Mia dulu masuk 38 minggu dah kene get ready. Kali ni pun saya amik pendekatan yang sama. Everything semua dah ready. Tunggu adik bagi signal nak keluar je.

Akhir-akhir trimester ni banyak nau dugaan datang. Tapi kuatkan hati semoga ada kemudahan yang akan saya dapat nanti. Nama pun kehidupan. Susah senang sakit semua kene harungi juga selagi masih bernafas. Allah ada tempat mengadu. 

Doakan saya selamat melahirkan ye kawan-kawan semua. Takda apa yang lebih penting dapat melihat adik yang lahir dengan sempurna dan sihat. Walaupun hati berdegup kencang tiap masa menanti tanda turun, tapi macam saya cakap tadi la...sampai masa memang kita kene harungi sakit nak bersalin tu. Positifkan diri.

Semoga semua dipermudahkan. Amin

Saturday, April 04, 2015

34 Minggu:Tendangan Adik Yang Power

Assalamualaikum,

Minggu ni dah masuk 34 minggu. Last check up doktor dah warning. Ingat tinggal beberapa minggu je lagi nak bersalin. Ya Allah nebesnya rasa. Mengadu pada doktor celah peha memang dah rasa sakit and ngilu. Doktor plak risau takut kita bersalin awal. Doktor risau kita lagi la risau. Mohon adik keluar 37 minggu ke atas. Pergerakan adik di hujung-hujung nak bersalin ni memang power betol la. Dulu ingat adik tak seaktif macam Mia masa dalam perut. Mia dulu memang sentiasa bergerak aktif dalam perut tapi boleh relaks lagi. Takda rasa nak terkeluar ke apa.

Tapi adik bila gerak masya Allah bergegar-gegar perut dibuatnya. Sampai ibu terpaksa kepit-kepit takut macam adik nak terkeluar dah. Last check up doktor cakap kepala memang dah turun ke bawah. Patut la bila pergerak kuat tu rasa ngilu je kat bawah tu. Kalau nak terkencing tu memang tak boleh di tahan-tahan.

Pernah suatu malam, ibu tak dapat tido langsung. Kerap terjaga. Ulang alik toilet. Ibu dah risau takut-takut adik dah tak sabar nak keluar. Keluar jugak la air mata menahan rasa tak selesa tu. Tak tau la punca sebab minum teh ais yang walid beli ke apa. Teh ais memang feveret. Agaknya kafein tu sebab adik aktif semacam.

Di saat menulis entry ni pun terasa kuat pergerakan adik kat dalam tu.  Doakan adik keluar bila dah betol-betol matang ye.

-Ibu yang nervous-

Wednesday, March 25, 2015

2nd Pregnancy: 32 Minggu

Assalamualaikum,

Minggu ni dah masuk 32 minggu! Cepat sangat masa berjalan. Rasa bersalah menebal dalam diri kat adik sebab jarang sangat update pasal dia kat sini. Tup tup dah 32 minggu. Skang ni pun kadang-kadang terperasan macam rasa adik nak terkeluar. Sekali dia bergerak rasa macam cramp perut ibu. Behave ye adik belum masanya lagi. Please keluar bila dah cukup matang ye...

Rasa pregnant anak kedua macam cool sikit. Bukan tak excited. Mungkin jarak dengan Mia agak rapat so macam segala persiapan tu kita dah lebih arif mana yang perlu dan tidak. Masa Mia dulu kalau boleh rasa macam semua benda penting nak kene beli. Kalau tak beli tak boleh. Kali ni pendekatan berbeza. 

Skang ni dok terfikit-fikir macam mana la nak handle bila anak dah 2 nanti. Mampu ke jadi ibu yang adil? Boleh ke nak bagi perhatian dan kasih sayang yang sama rata? Boleh ke nak manjakan Mia macam skang? Tiap hari selalu tanam dalam diri supaya tabahkan dan sabarkan hati untuk layan setiap kerenah Mia. Taknak marah-marah, jerit-jerit sebab budak besar Mia apa yang dia tahu. Tambah dengan keadaan badan skang, cepat letih memang menahan hati bila dia buat perangai. Tapi betol la bila tiap pagi kita buat azam and niat mcm tu memang sepanjang hari kita akan jadi lebih bersabar. Harap boleh terus konsisten bila adik dah keluar nanti.

Perkembangan 32 minggu:
  • Adik sangat aktif menjelang malam. Kalau tengah lapar lagi aktif. Bila dia bergerak rasa macam senak perut ibu. Pernah suatu hari rasa macam nak terkeluar sangat dah. Cuak ibu tau.
  • Perut nampak macam kecik je tapi haritu doktor scan sepatut berat baby 7 bulan lebih kurang 1kg tapi adik 1.3 kg. Lebih 300 gram.
  • Kali ni ibu rajin makan vitamin mungkin sebab obimin warna pink rasa tak seteruk iberet. Masa Mia ibu selalu skip makan vitamin..
  • Suplemen masa pregnant? Masa Mia ibu makan Salindah. Kali ni try makan Qaseh Gold Adinda. 
  • Insya Allah kali ni bersalin kat Ipoh
  • Start b*nt0t, peha ke kaki dah start lenguh yang amat. Especially tang peha. Bila baring and nak bangun berdiri masya Allah lenguhnya. Tak sabar nak urut!
  • Gender?? 50-50. Boy ke girl ibu dengan walid terima dengan hati terbuka.

Okla dah pukul bapa ni? Tak elok tido lewat, mentang-mentang kita pegang title full-time-baker. Jangan jeles. Nanti kita sambung update lagi kalau masa mengizinkan.

Selamat beradu.

Saturday, March 14, 2015

Resepi Spaghetti Bolognese Meatballs

Assalamualaikum,

Dah lama tak share resepi dalam blog. Harini rasa macam bermurah hati nak share satu resepi yang saya buat semalam. Sebenarnya adik baby teringin nak makan spaghetti bolognese. Nak makan kat kedai takut susahkan walid and tak kene dengan selera. So semalam gigih cari bahan buat sendiri. Pandai-pandai la adjust supaya kene dengan selera. Kalau tak sedap pun salah sendiri. Hukhuk...

First time bagi Mia makan, bukan main suka lagi dia makan. Ok lepas ni ibu boleh buat selalu kalau kita dah boring makan nasi.

Tambahan plak dalam peti ais ada daging kisar yang belum guna lagi. Peluang keemasan. Boleh buat meatball sekali. Saya suka packaging baru daging kisar Ramly. 400 gram tapi separate kepada 2 bahagian 200 gram. Separuh saya buat meatballs. Separuh lagi untuk sos spaghetti. 

Ini style spaghetti bolognese meatballs saya.

(Anggaran 5 orang makan)
Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • Bawang holland (cincang)- Kalau besar guna separuh dah cukup
  • Tomato concasse (rujuk note bawah)
  • Carrot (dadu) - tak letak sebab tak suka carrot
  • Cendawan butang - tak letak sebab kedai tu tak jual plak
  • Sedikit oregano - tak letak sebab takda kat rumah
  • Sehelai bay leaf - tak letak jugak
  • 400 gram daging kisar - guna jenama Ramly. Memang best
  • Satu botol besar Sos Spaghetti- guna jenama Kimball je. Nak guna tomato paste pun boleh.
  • 100 ml Susu segar

Cara-cara:

Meatballs:-
1. Campurkan daging kisar, bawang holland and kalau ada oregano boleh letak sekali.
2. Tak perlu garam sebab daging kisar memang sedia masin. Bentukkan bulat-bulat.
3. Celurkan dalam air mendidih 1-2 minit sahaja. Jangan risau takkan hancur.
4. Ketepikan.
5. Air celur tadi jangan buang, boleh guna untuk air stock sos spaghetti.

Tomato concasse:
1. Didihkan air.
2. Potong pangkah (X) kat hujung tomato sebab nanti senang nak buang kulit.
3. Tujuan celur dalam air panas untuk mudahkan proses buang kulit tomato.
4. Buang kulit dan biji tomato, dadukan atau cincang kasar.
5. Ketepikan.

Sos spaghetti:
1. Saute bawang putih dan holland. 
2. Masukkan oregano/bay leaf kalau ada.
3. Masukkan sayur (tomato/carrot/celery/cendawan) kalau ada.
4. Masukkkan daging kisar. Tunggu hingga kering sikit.
5. Masukkan susu.
6. Masukkan air stock meatballs tadi.
7. Masukkan tomato paste/sos spaghetti/prego
8. Saya tambah sikit cili giling untuk kurangkan kemasaman sos and nak bagi pedas sikit
9. Masukkan meatballs tadi. Reneh la sampai kuah agak kering. Ikut citarasa masing-masing.
10. Nak sedap biar reneh lama sikit. Dalam 1 jam ke.
11. Adjust rasa garam dan gula sikit.
12. Dah siap!
13. Jangan lupa celur spaghetti. Tengok arahan pada packaging.

Taraa dah siap!
My version
Kalau ada oregano, thyme, bay leaf and grated cheese mesti lagi terangkat...

Ingat memasak ini satu seni.
Terpulang kepada cara masing-masing untuk mengolah resepi ni.
Selamat mencuba.

Friday, March 13, 2015

Keperluan Berpantang: EPHYRA Dalam Senarai

Assalamualaikum,

Dah tak lama dah nak bersalin. Kalau ikut pengalaman lahirkan Mia dulu, 2 minggu awal dari tarikh EDD dah keluar. Tak tahula sebab dia dengar cakap ibu ke apa. Yela sebab masa tu Dr Sukhilmi takda nak pergi oversea. Ibu hari-hari cakap kalau nak bersalin dengan Dr Sukhilmi, keluar la sebelum Dr pergi berangkat ke oversea. Huh memang keluar tepat pada waktunya...keluar sehari sebelum Dr pergi. Good girl... =)

Tapi kali ni tak berani nak cakap. Orang cakap, lain anak lain pengalamanya. Fuuh nervous tiba-tiba. Ya Allah permudahkan adik keluar dari perut ibu dalam keadaan selamat dan mudah. Amin.

Kali ni berpantang tak boleh main-main lagi sebab masa Mia dulu rasa macam pantang main-main. Sebab takda amalkan apa-apa suplemen atau jamu. Mia kuning sampai 2 bulan so tak berani nak makan sembarangan. Skang bila dah pregnant balik baru terasa segala urat sakit-sakit. Badan lemah. Letih lesu bagai. 

Nak cerita tentang keperluan pantang. Rasa nak share sikit antara apa wishlists untuk pantang nanti. Saya memang tak amalkan mana-mana set pantang. Rasa lebih suka yang loose punya sebab nanti beli set bukan semua yang akan saya guna.

Untuk luaran:
  • Losyen Sejuta Anugerah
  • Minyak Pilis Anugerah
  • Feminin Wash
  • Mandian Herba
  • Herbal Tangas
  • Tungku
  • Bengkung 
  • EPHYRA SKIN BAR

Untuk dalaman:
  • EPHYRA
  • Set Shaklee

Gituww siap cap locks lagi Ephyra tu kan. Rasa macam fenomena plak. Memang rasa dah jumpa produk yang bagus untuk luaran dan dalaman. Nak amalkan masa pregnant rasa macam dah terlambat. Nak masuk 8 bulan dah. Kenapa la tak tahu kewujudan Ephyra dari awal lagi. Haishhh...

Takpela kita try masa pantang. Tak sabar nak kembali berseri lepas berpantang. Yang penting kekal bertenaga dan cergas nak melayan dua orang anak nanti.

Kalau kita baca kebaikan produk memang banyak dan sesuai untuk diamalkan.

Sesiapa nak cuba produk Ephyra boleh PM saya laju-laju. Jangan risau kita bagi harga kasih sayang.

WHATSAPP
011-21588611

Kebaikan ephyra skin bar

=)

Wednesday, March 11, 2015

Simptom Mak-Mak

Assalamualaikum,

Mia tengah tido baru boleh buka laptop dengan senang hati. Kalau Mia ada jangan harap nak buka laptop . Kita buat kerja atas meja, dia dah mula sibuk merengek nak duduk atas riba nak tengok laptop and tekan keyboard sana sini. Hp pun sama. Nak balas whatsapp pun sorok-sorok skang ni sebab bila nampak hp automatik dia akan suruh buka video. Tengok je takpe, ni tak nak tukar-tukar. Belum abis tengok nak tukar yang lain. Jenuh....

Takpela Mia sementara awak nak membesar ni, ibu layankan aje. Ibu la yang kene berfikiran kreatif macam mana nak melayan setiap kerenah awak. 

So skang adalah masa untuk ibu bersendirian sementara awak tido. Time ni la macam-macam boleh ibu buat. Google sana sini. Blogwalking...cari info sana sini. Nak tido? Saya bukan jenis tido siang. Kalau nak tido pun tido-tido ayam masa layan Mia main mainan depan tv.  

Bila duduk rumah ni macam-macam kita pikir. Seronok jaga anak sendiri. Yela kita tahu ragam dan kerenah anak kita, kalau duduk rumah orang atau taska, ikhlas ke mereka layan setiap kerenah anak kita. Tambahan bila nak bagi makan. Sabar ke diorang nak suap Mia sampai Mia kenyang. Ke penuh lagi nasi dalam mulut, terus suap lagi sampai macam nak termuntah. Haishh ni la dinamakan simptom mak-mak. Fikir jauh and negatif sokmo. Tapi kalau dah terpaksa, kene redha and berdoa semoga anak kita sentiasa terpelihara dan dilindungi-Nya. Hati kene kering.

Kalau rasa nak jaga anak sendiri. Tak percaya kat orang, haruslah fikirkan sesuatu. Bukan nak duduk rumah saja goyang kaki. Sapa kata goyang kaki. Banyak benda nak uruskan tau. Bila orang kata suri rumah mesti diorang expect kita ada banyak masa. Rumah sentiasa tip top. Kain baju mesti sentiasa berlipat. Pinggan mangkuk sentiasa bercuci. Senang cite semua aspek dalam keadaan terkawal. Tapi ada je suri rumah, tapi rumah lintang pukang. Harap saya bukan kategori itu.

Banyak perkara kene plan sebelum menunggu hari nak bersalin nanti. Sebab lepas pantang dah boleh terus ON tanpa lengahkan masa. Ini salah satu misi 2015 saya. Sebelum ni pun dah test market sikit-sikit. Tapi bila dah makin sarat rasa macam tak larat nak paksa diri. And ada la beberapa faktor yang tak dapat dielakkan. Ni pon ada beberapa tempahan yang terpaksa saya tolak. Insya Allah lepas pantang akan aktif semula.

Now tengah nak kumpul idea and marketing strategy. Kalau tak mendapat sambutan nampak gaya kene makan gaji la. Tapi siapa nak jaga anak??? Huaaaaaa (meraung)....

P/s: Simptom tak percaya orang menebal dalam diri....

Tuesday, March 10, 2015

Pasaraya Zemart Pilihan Hati

Assalamualaikum,

Dah jadi pengurus rumah tangga ni of course la tak terlepas daripada tanggungjawab memasak. Boleh dikatakan saya memasak setiap hari walaupun simple dish. Walaupun berperang dengan Mia masa masak, kita tengah goreng ikan dan-dan dia tarik seluar la, keluarkan segala mak nenek apa yang boleh dia capai la, itu la. Itu sebab saya selalu masak agak lewat tunggu Mia tido dulu baru la saya akan masak senang hati. Biasa pukul 200-230 ptg akan make sure setel masak and kemas dapur.

So bila masak barang dapur/ basah mesti kene sentiasa ada. Korang beli barang dapur kat mana ye?? Sebelum ni tempat wajib saya mesti Tesco. Kalau barang basah macam ikan, ayam atau sayur ke beli kat pasar. Kadang-kadang beli kat kedai mini market atau beli kat simpang jalan, ada orang jual ikan fresh dari laut. Tapi biasa la harga mesti mark-up sikit kan.

Tak prefer beli kat Tesco sebab kurang fresh. Pernah terbeli ikan. Biasa la kita membeli mesti nak buat stok lama kan. Ikan simpan 2 3 hari then masak buat asam pedas. Masya Allah tak tahu nak klasifikasikan apa rasa ikan tu. Tawar. Tak fresh langsung. Taubat taknak beli kat Tesco dah.

Now husband dah perkenalkan tempat baru nak beli barang dapur and barang basah sekaligus. Tak payah pergi 2 3 tempat, 2 3 kali. Harga pun berbaloi. Barang basah pun fresh. Kalau area Sendayan/Seremban and Bandar Enstek mesti tahu pasaraya Zemart. Kat Ipoh tak pernah lagi wujud kot. First time pergi rasa teruja. Terus say goodbye to Tesco and Mydin. 

Kesimpulannya saya memang suka pergi Zemart sebab jimat and fresh. Haritu beli ketam pun, bila masak terasa segar lagi macam beli kat pasar. 

Apa lagi jom la try pergi Zemart. Huhu...

P/s: Nak kurangkan entry bergambar. Jangan meluat kalau tengok tulisan berjela.

2nd Pregnancy: An Unexpected Journey

Assalamualaikum,

Wah nampak tajuk mengalahkan tajuk filem. Begitulah gambaran yang nak diceritakan tentang second pregnancy. Ye memang skang tengah mengandung anak kedua. Minggu ni dah masuk 30 minggu. Lagi berapa minggu nak deliver. Ya Allah bila fikir sakitnya contraction bole jadi pitam. Ingat lagi lepas Mia lahir, terus rasa serik nak mengandung lagi. Sebab serik tahan sakit contraction. Tengok tup-tup mengandung lagi di saat Mia belum pun cecah 2 tahun. Ni penangan tak amalkan pil perancang ye puan-puan. Tapi bila fikir balik siapalah kita nak menolak rezeki yang Allah beri.

Macam mana boleh termengandung?? Ke memang rancang nak anak cepat-cepat dalam masa terdekat??

Good questions!

Dapat tahu mengandung lagi masa umur Mia 11 bulan. Huhu konon ingat kalau kita fully breastfeed baby memang boleh jadi pil perancang semulajadi. Akibat hanyut dengan teori yang sesat dan suami isteri plak takda mengamalkan "play save" maka bulan itu terlekat jua. Haha... B lepas ni saya amik pil perancang ye...

Masa Mia dulu setahun lebih tunggu nak lekat balik lepas keguguran. Yang ini Allah bagi mudah saja. Alhamdullilah. Anak kan rezeki pemberian Allah. Kami terima dengan hati terbuka. Bersedia atau tidak, merancang atau tidak bukan perkara penting. Doa saya semoga Allah permudahkan segala urusan.

Cabaran mengandung anak kedua semasa anak masih kecil. Hanya Tuhan saja yang tahu kepayahan itu. Itu semua pengalaman. Nak tak nak kene harungi juga dengan sabar dan tabah. 

Part yang kelakar, kali ni pregnant rasa macam terkene penyakit berjangkit. Starting wife kawan husband, kire kitorang pon automatik jadi kawan. Memang ada plan dengan dia nak pregnant second baby sama-sama. Pagi tu dia whatsapp cakap "positif" and suruh saya cepat-cepat buat second baby. Gila apa Mia belum cukup setahun kan. Tapi masa ni period dah delay. Jarang cycle period buat hal. Tetap nak cakap hormone ting tong..nak denied jugak bukan pregnant.

Lepas tu angah balik Ipoh and announce Alisha nak dapat adik dah. Saya? Buat muka seposen. Korang jalan la dulu. Iolss tunggu Mia 2 tahun. Perghh padahal tak tahu perancangan Allah lebih baik.

And berlarutan ke kenalan-kenalan rapat yang dah lama tak jumpa. Berwhatsapp berfacebook. Semua tengah pregnant. Period masih lagi delay. UPT dah beli tapi tak excited nak test sebab alahai kesiannya Mia. 2 minggu delay baru test. Memang sah positif uolss. Nak habaq kat family pon segan-segan. Mak siap cakap lagi, mak mengandung angah masa saya baru 3 bulan. Amik kau lagi advance. Kuikui...angah lahir saya baru 11 bulan. At least nanti Mia dah besar sikit setahun 7 bulan lebih kurang.

Tapi macam biasa la bila pergi check up KK masa 8 minggu nurse bising kenapa tak tunggu 2 tahun pregnant semula. Dah Allah nak bagi macam mana plak nak tahan kan. Sebab masa pregnant Mia hb saya rendah dari awal sampai nak bersalin. Sekali tu je saya buat check up kat KK, lepas tu dah buat monthly check up kat private. Yang ni nanti saya story entry yang lain. Bukan sebab marah dengan nurse tapi ada sebab lain yang tak dapat dielakkan.

Dah 30 minggu ni rasa bersalah dengan adik Mia sebab jarang update and rekod perkembangan sepanjang saya mengandungkan dia. Nanti kite buat story secara pukal ye. Itu pon kalau ibu rajin... ;p 

Okla nanti continue lagi. Da~

Friday, November 20, 2015

Rindu Nak Masuk Ofis

0 comments

2 comments

Disable Right Click