Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, August 28, 2013

Cik Jagung Pancit

Harini masa nak pergi opis check tayar belakang, tengok dah kempis balik. Pagi semalam dah perasan tayar kempis tapi beranikan diri drive ke opis. Then petang tu tengok memang dah lembik. Tak suspek pon tayar bocor ke apa. So masa nak balik singgah Shell and pam balik tayar. Terus ada angin and pulang seperti biasa.

Pagi tadi check balik memang sah bocor. Nasib baik husband tak pergi kerja lagi. Mengadu dekat husband maka pagi ni husband hantar ke opis. Kesian jugak tapi nak buat macam mana.

Petang ni confirm saya kene stay lama di opis. Harap tak sampai pukul 7 pm la. So that's why saya suka drive sendiri ke opis sebab saya amat paham dengan condition kerja husband saya. Ke sana ke mari tak cukup masa...

Esok ada event raya after office hours. Kalau kereta masih tak ok maka tak dapatlah saya menghadirkan diri. Melainkan husband rela nak amik saya pukul 9 malam macam tu.....

First time Cik Jagung buat hal. 

P/s: Teringat kes AFQ pancit kat Fakulti. Nasib baik pak guard sudi bantu tukar tayar. Sebab masa tu dah pukul 10 malam lepas habis kelas part time. Classmate lelaki semua dah balik.

Tuesday, August 27, 2013

Perkembangan Demi Perkembangan

At 32 weeks++ of pregnancy

  • Bila tengok gambar ni rasa macam besarnya perut saya walaupun pada hakikatnya ada lagi preggy mummy yang lebih besar perutnya dari saya.
  • Cuba lihat betapa lebarnya perut saya. Orang cakap kalau perut lebar, anak ..... (sila isi tempat kosong). And buat masa ni saya mengiakan selepas 2 kali scan.
  • Boleh rasa baby kicking kat atas berbanding bawah. Hopefully kepala masih di bawah hingga waktu bersalin.
  • Tak sempat lagi nak pergi jumpa Dr Sukhilmi for monthly checkup. Lepas opis tak sempat sebab klinik tutup 530 pm. Haiii bila la boleh jumpa awak wahai anak...maybe this weekend!
  • Emosi amatlah sensitif baru-baru ni...cepat sangat kecik hati tapi jenis saya pendam and tak tahu nak luahkan pada sesiapa. Takutnya baby keluar nanti cengeng...
  • Baru lepas jumpa dietitian. Menyampah gila bila refer and minta nasihat dari staff KK. Sokmo akan bagi nasihat yang menakutkan and negatif. Bukan nak bagi semangat ke apa. And jumpa dietitian pon just cukup syarat. Kalau google bab pemakanan untuk ibu mengandung lagi banyak info berbanding pegawai dietitian berkenaan. Oh maafkan saya sebab mengumpat anda...
  • Cannot stop makan makanan yang manis-manis! Ouchhh...
  • Dah ready nama awak! Hopefully you will like it!
  • Baby lebih teruja dengar suara walid daripada suara ibu dia...
  • Kuat sangat menendang skang..power btol tendangan awak..smpai ibu terkejut...
  • Harap awak lahir ikut due..and ibu tak sabar nak jumpa awak and awak boleh jadi peneman ibu everywhere, everytime, everyday......

  • P/s: Notes to myself--> (1) God has a perfect timing for everything. You must wait on His timing. (2) Don't rush things. Anything worth having is worth waiting for....

Friday, August 23, 2013

Braxton Hicks and 32 Minggu

Rasanya bakal-bakal mummy and yang dah jadi mummy tu mesti familiar sangat dengan perkataan braxton hicks ni. Atau secara dasarnya boleh disimpulkan sebagai kontraksi palsu menjelang trimester akhir. Rasanya tak perlulah saya nak huraikan panjang lebar apa maksud braxton hicks ni. Kalau google confirm berlambak sangat info yang keluar.

Ye bila dah masuk trimester ketiga ni baru saya tahu and merasai sendiri apa itu kontraksi palsu. Kerap jugak perut mengeras dengan tiba-tiba sampai senak tulang rusuk dibuatnya. Ada juga satu hari tu masa on day way nak balik kerja tiba-tiba rasa tersentak sebab terasa ari-ari terasa macam ditekan-tekan. Hilang concentration sekejap nak bawak kereta. Terus cakap-cakap dengan baby. Terus baby behave and dengar kata.

Semalam terasa lagi sakit kat ari-ari masa tengah rehat atas sofa. Masa ni agak cuak jugak. Dah pukul hampir 12 malam. Eh dah rasa sakit nak bersalin ke?? Baru 32 minggu. Barang saya ke hospital tak siap lagi ni. Yang ready barang baby je. Terus cakap dengan baby lagi. Please baby jangan keluar skang. Belum cukup time. Ibu tak ready lagi ni. Tarik nafas dalam-dalam. Makan bihun goreng husband beli and terus sakit hilang. Agaknya lapar kot. =p

Perut agak kerap jugak mengeras skang. Baby tetap aktif seperti biasa. Skang pon berjalan terasa berat kat kawasan ari-ari tambah kalau nak naik tangga ke kelas. Keputihan dah kerap datang di hujung trimester ni. Memang kene sentiasa pakai pantyliner. Perut pun semakin membesar. Orang cakap bila dihujung kehamilan baby cepat membesar and badan ibu pon naik dengan jayanya. Badan dah semakin berat maka perasaan malas makin menjadi-jadi. Cepat letih. Tapi letih and malas macam mana pun kene paksa juga merajinkan diri untuk setel kerja rumah. Tak suka tengok rumah dalam keadaan terbiar. 

Semalam sebelum tunggu husband balik kerja. Tido sekejap. Husband kejutkan makan saya buat dek lagi sebab letih sangat. Lepas tu bangun tido tengok husband tengah sidaikan baju and basuhkan balance baju dalam mesin basuh. Alahai walaupun dia penat kerja still nak tolong saya jugak. Thanks husband!

Ye diakui makin nak dekat due ni, kerja husband makin banyak. Sentiasa busy and terpaksa balik lewat. Saya pun kene bersedia jika berlaku apa-apa. Hati kene kuat and semangat. Sentiasa berdoa moga semuanya dipermudahkan and time sakit ada husband atau orang lain yang temankan. Selalu pesan kat baby macam tu......moga dipermudahkan segalanya....

Sebahagian baju cik bunga.

Bag awak dah ready!

--> Baju dah siap basuh
--> Bag baby dah ready
--> Weekend ni nak cari cukupkan keperluan saya ke hospital pula.
--> Prepare feeding items

Thursday, August 22, 2013

Oh Puding Trifle

Berjaya siapkan tempahan!
Lega!

Sesuai untuk doorgift.
Tambah riben dah cantik.
Puding trifle dalam jar mini macam ni.
Nanti kenduri akikah anak nak buat macam ni...=p

Wednesday, August 21, 2013

Sedia Terima Tempahan Dessert

Salam dan hello,

Cuba jeling di sebelah kanan anda sambil membaca entry ini. Ye ada iklan sedia menerima tempahan di situ. Sekadar hobi mengisi masa lapang di samping menambah pendapatan. Baking adalah aktiviti yang disukai. Diakui kalau ikutkan hati nak berhenti kerja buat kerja-kerja baking full time. Mak siap cadang suruh bukak satu kedai kek memandangkan minat dan skills saya ke arah itu. Insya Allah.....

Oh ya Jumaat ada tempahan puding trifle. Di saat ini gigih nak buat tempahan. Kepada sesiapa yang nak buat open house and nak tambah dessert seperti cupcake, fruit tartlet and puding trifle boleh la tengok-tengok iklan kat sebelah ye. Insya Allah ada kudrat lagi nak menyiapkan tempahan anda. =)

Haritu buat kek buah bawak balik Ipoh letak dalam bekas cantik-cantik. Siap buat loyang bintang, boleh plak my sister cakap i beli kat pasaraya. Sebab dia cakap rasa kek buah macam beli padahal gigih saya buat pukul 1 pagi di rumah mertua. Nampak permainan di situ. Sebenarnya nak suruh orang cakap saya buat kek buah sedap. Hukhukhuk....Tak sempat nak snap gambar sebenarnya. Ini versi bakar punya tak kuasa nak kukus sampai 4 jam. Tapi hasilnya tetap moist and sedap! Nak cuba boleh la try order.....

Kesimpulannya saya SEDIA MENERIMA TEMPAHAN anda.

Tuesday, August 20, 2013

Aidilfitri 2013

Salam dan hello,

2013 adalah tahun kedua kami menyambut Aidilfitri sebagai suami isteri.
Sama seperti tahun lepas, petang raya pertama baru saya balik Ipoh.
Tapi tahun ni berbeza, kami sampai Ipoh 4 pagi sebab bertolak dari rumah mertua (Paroi) pukul 1030 malam.
Puas beraya di Seremban dulu then baru balik Ipoh.
Berapa kali kami berhenti di RnR untuk melelapkan mata.

Tahun ni persiapan raya ala kadar.
Tak berkesempatan lagi nak tempah baju sedondon bersama suami and family yang lain.
Insya Allah raya akan datang jika dipanjangkan umur mahu rancang untuk berpakaian sedondon di pagi raya memandangkan rasa semangat nak menyambut raya bertiga.

Sempat jugak untutk titipkan kenangan bergambar raya 2013.

Bergambar semasa Maghrib lepas Majlis Kenduri Selamat 7 bulan.
Mak kata dia nak buat jugak walaupun menu simple and tetamu yang dijemput pun tak ramai.
Hanya jiran and saudara terdekat sahaja.
Gigih menyiapkan sendiri bihun sup tulang air tangan sendiri.
Mode rajin terlebih.

Raya ke-3.
Bersiap untuk ke Teluk Intan dan Parit beraya ke rumah saudara sebelah mak.

Dengan mak tersayang.
Mak maintain muda.
Mak cakap kalau nak maintain macam dia, kene ikut cara pantang dia.
Baik mak!

Generasi kedua

Sempat jugak bergambar bersama keluarga Ipoh.
Cuma tahun ni takda gambar family sebelah Paroi.
Masing-masing pagi raya beraya rumah mertua dulu.

Last but no least.
Us --> husband, me and cik bunga inside my tummy...

=)

Di Kala Ini, Ketika Ini & Waktu Ini

Di kala ini, ketika ini, di waktu ini....

  • Perut kadang-kadang jadi senak sebab baby aktif menendang, mentang-mentang kaki dia dah mencecah tulang rusuk saya skang ni....
  • Cepat lapar dan kalau lapar tak boleh tahan. Bangun pagi 430 am nak pergi toilet boleh rasa perut pedih and berkeroncong sebab lapar. Tapi takkan nak makan pagi-pagi buta tu...
  • Kerap rasa nak terkucil and boleh rasa pundi kencing ditekan-tekan kepala baby. Bila pergi toilet alahai bukan banyak pun hasil buangan. Tak boleh nak tahan kencing dah....
  • Lepas makan mesti rasa nak beri-beri. Mungkin sistem penghadaman dah makin sempit disebabkan pembesaran baby. Bagusla at least takda masalah sembelit.
  • Nak tido dah makin payah. Ke kiri salah..ke kanan salah...telentang salah...baby banyak duduk di sebelah kanan and boleh perasan perut senget di sebelah kanan....
  • Kaki masih belum bengkak tapi nurse cakap dah tambah berisi...kasut sarung pon macam dah ketat je.....
  • Sakit belakang mungkin disebabkan postur badan yang tak betul. Lenguh sebelah kanan je...kalau picit confirm angin keluar...
  • Angin dalam badan pun banyak....
  • Selera makan bertambah! Nak yang manis sokmo!
  • Bila tido kerap mimpi pasal baby...haritu mimpi dapat tengok muka baby, bersalin la apa la...walaupun baca doa banyak kali masa tido mesti nak mimpi jugak...ada suatu hari tu saya dan husband mimpi benda yang sama ---> saya nak bersalin...husband siap menangis sebab touching tengok pengorbanan perempuan melahirkan anak.
  • Yang pasti rasa nervous, mampu ke bersalin normal, masa bile datang sakit nak bersalin...kat opis ke tengah malam ke...macam mana rasa sakit nak bersalin..haishh bersedia ke saya???? Mampu berdoa semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya.

Saturday, August 17, 2013

At 31 Weeks of Pregnancy

Salam dan hello,

Selamat Hari Raya!

Rindu nak menulis di sini.
Baru pindah opis dah macam orang nomad, kabel internet masih tak berfungsi terpaksa online menggunakan lab computer students. Macam payah sangat nak online untuk privasi sendiri.

Saya sudah start bekerja Khamis lepas. Tapi students masih bercuti. Isnin ni baru kelas start macam biasa. Tak stress sangat bila masuk kerja masih boleh relaks lagi siapkan apa yang patut sebelum mengejar silibus bermula minggu depan. Caiyok Fardilla!

Khamis juga after cuti panjang dah ada appoinment dengan KK Sendayan. Kali ni kene check hb. As expected hb masih rendah jadi 9.6. Memang diakui sepanjang Ramadan boleh dikira dengan jari berapa kali saya telan iberet. Jangan tiru aksi ni ye. Sejak mengandung saya memang sangat liat untuk makan ubat. Confirm nanti Cik Bunga pun macam tu jugak...=p

Maka doktor telah mengambil langkah alternatif untuk buat iron study. Kalau iron rendah dalam darah, doktor cakap dia nak inject supaya before bersalin hb saya kembali normal. Apa-apa jela doktor asalkan semuanya selamat. Banyak jugak kene amik darah semalam. Rasa nak pengsan tengok darah sendiri. =p

Dos iberet pun dinaikkan 2 biji sehari. Yang sebijik tu pun malas nak makan apatah lagi bila kene makan 2 biji. Haishhh jangan malas. Kesian Cik Bunga nanti. Owh ya lupa nak bagitau berat saya naik mendadak selepas Ramadan. Sebelum ni turun 400 gram tapi kali ni dia naik 2 kg dalam masa 2 minggu. Yeaahhh syabas! Maka berat sudah mencecah 66 kg. Memang diakui masa raya selera saya seperti naga. Non stop makan especially yang manis-manis. Bila berat naik tak ikut jadual maka terpaksa check tekanan darah selang sehari. Haha macam-macam kan masalah saya....pasrah jela.

Minggu depan kene jumpa pegawai dietician and buat prosedur BSP gara-gara result MGTT mencecah 9++. Nasib tak sampai 11 kalau tak memang haru-biru la jawabnya. Skang ni memang kene kawal makan. Harap result kembali normal. Kalau detect diabetes berisiko nanti masa nak bersalin. Berdisiplin sikit wahai Fardilla!

Baju Cik Bunga pun dah siap basuh. Beg nak pergi hospital pun dah ready. Checklist pun tinggal sikit je lagi. Lega.

Perut sudah semakin membesar dengan jayanya. Tidur pun dah makin tak selesa. Bila dah melepasi 7 bulan baru nampak pembesaran perut dengan jayanya walaupun orang cakap perut saya kecik. Strecth marks di perut masih belum memunculkan diri. Harap tak muncul-muncul sampai ke sudah ye.

Perkembangan bayi 31 minggu:

Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki.

Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran.

Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan.

Anda mungkin telah meningkat berat badan sebanyak tiga hingga empat paun / 1.3 hingga 1.8 kilogram pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik satu paun / 460 gram seminggu semasa trimester terakhir sebab bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan.

http://www.babycenter.com.my/a1044621/perkembangan-fetus---hamil-31-minggu#ixzz2cByFtIE0      

Tuesday, August 06, 2013

Salam Lebaran Untuk Semua

Saya pasti ramai antara kita yang sudah pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Syawal bersama keluarga tersayang yang dirindui selalu,

Insya Allah saya juga bakal menyusul pada hari raya pertama selepas solat di sini (Seremban).

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitiri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Andai ada terkasar bahasa sepanjang anda membaca coretan saya di sini harap dimaafi.
Maaf Zahir dan Batin.

Bercuti hingga 14 Ogos 2013.
Blog akan bersawang tanpa sebarang update.

Berhati-hati di jalan raya.
Kepada ibu mengandung di luar sana, jaga diet anda sepanjang Syawal.
Pesanan khas untuk diri sendiri jugak!

With love,
Fardilla Fawzi

OMG! Result MGTT Tinggi!

Salam dan hello,

Baru dapat call dari nurse KK Sendayan. Esok kene refer doktor sebab result minum air gula kurang memberangsangkan atau erti kata lain bacaan tinggi! Dikala orang berseronok nak beraya tiba-tiba dapat perkhabaran yang men-cuak-kan. Maka esok kenelah dengar ceramah dari doktor. Hb rendah, suspek kencing manis plak. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Dahla last check up nurse cakap ada protein dalam urine. Ni kes sebab kurang minum air masak. Tambahan bulan puasa kan. Bila berbuka off course la air manis yang kita teguk dulu. Air tembikai la, oren twister la, cendol la. Air kosong memang sikit sangat yang kita minum. Lepas tu skang ni memang asik nak makan benda yang manis-manis je. Buah melaka atau orang panggil kuih onde-onde memang feveret nombor satu. Kalau boleh tiap hari nak mintak husband belikan kuih ni. Nikmat bila air gula melaka lalu kat tekak ni. Slurppp....

Maka hasilnya tinggilah bacaan air gula. Nampak gaya kene repeat lagi minum air gula. Arghhhh memang nightmare!!! Haritu minum nyaris nak termuntah. Tapi nasib mampu telan balik. Walaupun suka makan manis tapi bab minum air gula ni saya memang surrender, menyerah diri.

Apa petua nak kembali ke paras normal. Kalau boleh taknak la kene kencing manis. Berat turun. Lainlah kalau berat naik mendadakkan. Haiish la baby..kesian awak. Ibu makan ikut perasaan sangat....harap awak ok kat dalam perut ibu. 

P/s: Meng-google tips turunkan bacaan gula dalam darah.

Thursday, August 01, 2013

Allah Lindungi Kami

Alhamdullilah Allah lindungi saya dan Cik Bunga harini,

Ye hampir accident pagi tadi. Ya Allah ntah macam mana boleh hilang fokus masa drive. Ni kes terlambat penangan tidur lepas sahur. Badan keletihan. Terlupa plak pagi ni memang kene isi minyak. Maka drag lagi masa untuk isi minyak pula. Jam menunjukkan lagi 10 minit pukul 9 pagi. Office hours start pukul 9 pagi. 

Lepas isi minyak terus saya pecut konon takut lewat masuk 930 am. Nak jaga performance katanya. Ntah macam mana masa nak keluar simpang saya boleh tak perasan kereta dari arah bertentangan. Kereta tu brek emergency and tekan hons. Saya harap pemandu and penumpang kereta tu baik-baik saja. My mistake. Sepanjang drive ke opis saya tak henti berfikir tentang kereta tu. Rasa bersalah sangat sampai skang.

Kalau saya tak brek mengejut memang teruk jugak saya kene sebab kereta memang menghala ke arah seat pemandu iaitu saya. Agak laju jugak kereta tu sebenarnya. Masa saya pergi jugak saya nampak kereta tu berhenti. Harap takda apa yang serius berlaku kepada mereka.

Ini pengajaran untuk saya supaya lebih berhati-hati walaupun dah terlewat macam mana sekali pun.

P/s: Nak pergi check up. Tata

Wednesday, August 28, 2013

Cik Jagung Pancit

1 comments

2 comments

0 comments

Disable Right Click