Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Friday, December 30, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum dan hallooo...

Lagi satu hari kita bakal melangkah ke tahun baru 2012. So harini merupakan post terakhir sempena tahun 2011. Esok dah mula bercuti dan insya Allah kita akan berjumpa tahun depan.

Macam mana dengan impian yang ingin dicapai tahun depan?? Dah buat senarai panjang. Tahun ni saya tak mahu impian yang terlalu panjang. Alhamdullilah hasrat untuk mendapat permata hati tahun depan telah dimakbulkan oleh Allah. Semoga saya dan baby sentiasa sihat hendaknya. Syukur Ya Allah.

Ada beberapa misi penting yang saya perlu selesaikan tahun depan. Especially part paling mencabar adalah thesis. Saya kene kuat semangat untuk mulakan penulisan dari skang walaupun ada dear dalam perut. Harap dear tak nakal-nakal bagi morning sickness yang keterlaluan. =p

Tu bende paling penting saya kene buat pada awal tahun. Kalo lambat alamatnya bungkus la saya. Tak larat kot nak extend je. Bila nak abis daaa....

Sepanjang 2011 pelbagai peristiwa manis dan pahit yang saya lalui. Segala kepayahan berjaya jugak untuk diharungi dengan jayanya. Yup saya manusia yang suka hidup dalam kepayahan. Dan saya akan sentiasa belajar supaya tidak akan tunduk dengan segala kelemahan dan kepayahan itu. 

  • Dengan berhempas pulas mencari modal untuk berkahwin. Al maklum bukan orang kaya. Berkerja part time tuisyen hampir setengah mati. Buat preparation kawin dan sebagainya. Tapi bila saat majlis saya puas hati. Akhirnya walaupun majlis saya bukan majlis yang gilang gemilang tapi itulah yang terbaik yang saya lakukan. Terima kasih yang tidak terhingga untuk mak dan ayah yang bertungkus lumus! Tidak lupa kawan baik sampai mati...Akmar Amon...=)

Konflik yang berlaku antara kawan yang pernah saya baik suatu ketika dulu mungkin sebahagian lipatan memori 2011 yang mungkin saya akan ingat walaupun dalam hati saya langsung taknak ingat apa yang mereka dah lakukan pada saya. Pedih, terasa dan kecik hati. Saya biarkan saje. Mungkin mereka ada alasan tersendiri kenapa mereka bertindak sedemikian terhadap saya. Biarlah semoga berbahagia!

  • Tidak lupa juga di atas pemergian mak mertua di saat lagi 3 minggu bakal melangsungkan perkahwinan antara saya dan suami. Tak dapat nak gambarkan perasaan saat itu. Kenapa dia pergi terlalu awal, belum sempat melihat kami diijab kabulkan. Sedih...husband menangis di saat kami disandingkan. Teringatkan arwah. Hanya Allah yang tahu perasaan ketika itu.

Mak dan ayah selamat menunaikan ibadah haji. Alhamdullilah. Selesai rukun Islam yang ke-5. Walaupon payah untuk berpisah walaupun sekejap di saat suami pon tiada di sisi tapi hati perlu merelakan demi menunaikan ibadah kepada Allah. Doa saje yang kami utuskan dari jauh moga mak dan ayah selamat di sana. Alhamdullilah penantian itu telah berakhir.

Banyak lagi la memori yang terpahat dalam hati yang tak mampu untuk dicoretkan di sini. Semoga kedatang tahun baru membawa sinar kebahagiaan yang tidak terhingga buat keluarga, suami, baby dan orang di sekeliling saya. Amin.

Kita jumpa tahun depan.. =)

Wednesday, December 28, 2011

Good News Part 3

Perubahan yang berlaku sebelum disahkan pregnant:

  • Saya teringin sangat nak makan sup kaki ayam. Nak buat sendiri tapi cari kaki ayam tak jumpa. Husband ckp takkan seawal tu dah mengidam. Nampak nau menipunya. Huhu. Tapi saya dapat jugak melunaskan hajat nak makan sup kaki ayam yang adik saya buat. Masa ni mak dah siap tanya adik saya, saya dah ade ke belum. Saya tak syak langsung sebab kalau period pon saya akan ada teringin nak makan sesuatu.
  • Saya cepat marah, habis semua orang saya nak marah termasuk husband saya. Haiiipppp tak baik marah husband. =p
  • Perasaan sangatla sensitif. Tambahan kalau lepas kene tegur dengan husband automatik akan menitik air mata. Pelik.
  • Kalau terlalu letih pon air mata akan keluar dengan sendiri. Semalam saya sampai rumah agak lewat sebab traffik sesak walaupun saya dah kuar awal dari opis. Jangan anak saya lembik asik nak menangis je kerjanya dahla...=p
  • Dahaga yang tahap kritikal. Makan kurang. Tapi saya cepat rasa dahaga.
  • Tekak rasa lain macam tapi simptom muntah tak terasa lagi.
  • Sakit dibahagian ari-ari yang jarang-jarang. Kadang rasa sakit kadang rasa takda pape.
  • Sakit pinggang lepas bangun dari tido.
  • Kerap buang air kecil. Masa on da way balik Ipoh tiap kali hentian saya suruh husband berhenti untuk buang air kecil.
  • Badan rasa macam nak demam. Suhu badan meningkat waktu pagi.
  • Breast terasa makin membesar and lembut. Kadang-kadang rasa berdenyut. Dalam hati saya risau takut simptom kanser. Masya Allah.
  • Badan rasa letih and malas. Rasa nak bersenang lenang je...=p

Buat masa ni simptom inilah yang saya alami. Setiap orang tak sama perasaan dan pengalaman dia. 

" Ya Allah, kau peliharalah kandungan ku....."

P/s: Lepas makan vitamin warna pink (Obimin) yang doktor bagi saya rasa bertenaga.

Good News Part 2

Masih ingat dengan post yang semalam tentang good news. So post yang ini adalah sambungan post yang semalam...=)

Alhamdullilah syukur tu ungkapan yang wajar saya ucapkan saat ini. =) (Senyum lagi)

Ingat lagi dengan post saya yang ni ---> Rezeki Masih Belum Berpihak

Saya ada bagitau sebelum ni yang saya langsung tak pernah try pregnancy test. Rupanya bila saya pikir balik first test saya aritu adalah positif. Then kenapa plak saya cakap negatif?? Dalam pikiran saya kalu kite nampak satu garisan je yang terang maknanya negatif la. Padahal masa ni saya nampak satu garisan lagi yang kabur. Saya assume walaupun negatif kita masih boleh tengok garisan yang satu lagi. Huhu. Lagi pon masa ni saya try belum masa saya delay period.

Sepatutnya ikut perkiraan period akan muncul hari Khamis. Then Jumaat saya masih menunggu. 90 peratus perasaan dalam hati mengatakan saya akan datang bulan sebab saya dah terasa sakit di bahagian ari-ari macam senggugut. Yup saya memang ada senggugut tiap kali datang bulan. Masa di Penang saya masih lagi pelik sehingga hari Ahad masih tak datang bulan lagi. Amatla jarang period saya lewat 3 4 hari. Husband saya dah mengharap yang saya pregnant. Tapi saya sentiasa ingatkan dear supaya jangan terlalu mengharap.

Then hari saya balik Semban, Isnin husband suruh saya beli pregnancy test untuk buat 2nd test. Selasa pagi saya buat test dan resultnya masih sama. Satu line sangat terang yang satu line lagi kabur. Saya simpan test tu and sempat snap pic untuk tunjuk pada kawan yang berpengalaman. Masa ni hati saya 50-50 mengatakan ia adalah positif. Then sampai Kak Shima and Siti cakap tu maknanya positif. Saya masih tak percaya sehingga saya dapat sahkan dari doktor.

Mula-mula ingat nak hold dulu sampai bape hari sebab dalam pikiran masih baru lagi. Mungkin kalau pregnant pon dalam 2 3 minggu. Tapi atas desakan husband and kawan sekolah saya pergi check jugak malam tu di Klinik Iman kat Paroi Jaya. Masa nak menunggu dipanggil masuk husband dah berdebar tapi saya relaks and bersedia menerima apa jua keputusan. Bila doktor panggil masuk, terus doktor cakap positif. Kelegaan...akhirnya....saat yang paling ditunggu....

Saya disahkan pregnant 4 minggu 5 hari (tambah 1 hari untuk harini)...

Patutla saya perasan perubahan dalam diri saya. Saya ingatkan ia adalah simptom nak datang bulan..rupanya tak.....

Continue......

Selamat Bertunang Ekin & Malek

Assalamualaikum dan hallooo...

Cerita ni masih suam-suam kuku lagi. Hikhik lambat nak share je al maklum semester telah bermula. Mencari-mencari masa yang sesuai untuk update yang agak panjang. =)

Ahad yang lepas adik lelaki saya telah selamat mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya. Dapat orang Penang. I suka sebab bukan sahaja boleh datang merisik tapi berpeluang untuk pergi berjalan di sekitar Penang. Al maklum adik beradik kami berkawan dan berkahwin dengan orang luar daerah nak buat macam mana. So peluangnya dapat berjalan ke tempat orang yang jarang dapat kita pergi hari-hari.

Majlis berjalan dengan lancar. Kami bermalam di Homestay yang selesa. Thanks to my brother!

Tapi apa yang saya tak suka tentang Penang ialah kesesakan trafik mengalahkan KL. Tambahan masa tu memang cuti. Kami bertolak dari Ipoh dalam 330 petang. Banyak berhenti sana sini. Then time dah nak Maghrib kami sampai di Tol Juru. Masya Allah trafik sesak sepanjang-panjangnya sebelum tol dan selepas tol. Ingatkan bila pergi jauh dari KL saya bebas dari traffik jem. Huhu

Esoknya lepas majlis kami menyeberangi Jambatan Pulau Pinang. Keadaan yang sama jugak. Sempatla jugak pergi ke Padang Kota. Makanan kat situ sangatla cekik darah. Husband makan char keutiaw sampai kene RM 8 sepinggan, padahal sangatla tak sedap. Sedap lagi saya masak..=p

Mee udang?? Saya tak makan pun. Ntah selera makan dah takda bila terlalu penat. Itu perangai saya. Huhu. And baru saya tahu pasembor tu apa?? Bersusun dia punya segala fish kit, sotong, udang goreng. (Tak sempat nak snap pic). Saya tak pasti tahap kebersihan bila dia buat macam tu. Harga dia tak payah cakap. Saya tak amik sotong, udang and makanan yang saya bajet mahal still kene RM 9. Sangatla cekik darah. Kami bukan orang Penang so saya tak tahu tempat makan mana yang berpatutan. 

Then kami decide mahu ke Batu Feringgi. I love pantai! Again traffic sesak mengalahkan apa tah. Tak suke walaupun bukan saya yang drive. Kami singgah di Masjid Terapung. Pekena laksa Penang. Memang sedap rugi tak bedal 10 mangkuk...=p

Apa pun saya suka Penang kalau takda traffic jem. Kekangan masa menyebabkan kami tak sempat nak pusing satu Penang. Maybe next time akan datang lagi tapi bukan waktu cuti sekolah or cuti peristiwa yang lain...=)

Jom layan seulas dua gambar sepanjang majlis.

Sebelum bergerak ke rumah pihak perempuan.
Tema kami silver so i pakai baju nikah.

Ekin and my beloved mother.

Ni bukan saya walaupun muka hampir sama. =p
Ni adik no 3

Pengantin lelaki dengan budak comel, Mikail

Me diapit oleh bakal pengantin 2012
Hope jodoh berpanjangan

Adik ipar and kakak ipar
=)

Tuesday, December 27, 2011

Good News??

Kalo ada good news kan best.

Sempena tahun baru 2012.

Tengah menunggu berita gembira itu.

Tak bole nak komen wheather postif atau negatif.

Esok i update.

Daaa..

P/s: Semester dah bukak.. i olsss agak busy nak lead kelas yang pertama...

Thursday, December 22, 2011

Review Bilik Pengantin

Auww masih lagi bermood review majlis yang 3 bulan lepas. Huhu.

Kali ni nak review tentang Bilik Pengantin.

  • Bilik ni saya hias sangatla simple. No fancy-fancy. Lihat la pictures yang saya attach.

  • At first saya memang dah beli sendiri cadar masa Sogo buat promotion. Tapi mak tak berapa suka bila saya hanya mengenakan cadar cotton biasa. Biasalah mak lebih tahu dari kita yang muda ni...

  • Masa nak beli set katil mak dah siap book sekali cadar satin walaupun saya dah bagitau reason kenapa saya tak mahu cadar satin and renda-renda. Yela pakainya hanya sekali, belinya beratus. Baiklah saya simpan duit tu untuk tujuan yang lain. Tapi takpela duit mak. So i setuju je..=)

  • Sehari sebelum majlis, Makcik saya (kakak mak) bawakkan cadar tekad yang dah disimpan selama 30++ tahun. Can u imagine. Cadar tu masih elok lagi. Memang tradisi mana-mana saudara saya yang berkahwin pasti akan dipasang dengan cadar tekad ni. So bila belek album kawen masing-masing tema cadar sama je..huhu.

  • Orang Perak memang paham sangat dengan tradisi pakai cadar tekad ni. At last cadar satin tu tak pakai. Masa ni pakai 2 lapis cadar. Cadar satin lapisan bawah and cadar tekad lapisan atas. Cadar cotton saya buat pakai malam tu...

  • Ramai yang cakap klasik. Mula-mula saya agak bangkang jugak. Tema saya purple so kenapa perlu pasang cadar warna merah. At last suke plak sebab nampak naik sangat dengan set katil saya yang warna putih tu. Husband pon suke. =)

  • Saya hanya mengenakan set kelambu bulat putih and 2 stand flower yang diuruskan oleh butik pengantin. 

  • Walaupun simple, sudah cukup memberi aura pengantin baru kepada saya dan husband. =)

P/s: Hanya picture ni je yang ada dalam simpanan saya.

Azam Baru 2012

Lagi 9 hari kita akan melangkah ke tahun baru 2012. Saya pasti ramai yang telah memasang azam. So apa azam baru kalian.

Untuk tahun ni saya taknak senaraikan azam terlalu panjang. Cukupla saya hanya capai 3 perkara dalam hidup untuk tahun 2012.

Berharap saya mampu untuk merealisasikan azam baru yang ni. (Dah siap tampal kat blog sebagai peringatan. Rujuk sebelah kanan.  )

Apa yang saya mahu capai:

  • Peningkatan Kerjaya --> Saya mahu penambaikan dalam kerjaya. Kalau bole saya mahu dekat dengan husband. Penatla ulang-alik macam ni hari-hari..=(  [By the way kalo resume tak pernah nak antar macam mana nak dapat kan???]

  • Permata Hati --> Mungkin belum sampai rezeki lagi. Tapi saya berharap tahun 2012 saya dah bole kelek anak ke hulu ke hilir...=p

  • Bergraduat Master --> Ni yang paling memncabar. Hopefully saya tidak akan pernah beputus asa!

=)

Rezeki Belum Berpihak

Semalam buat julung kalinya saya terbeli pregnancy test. Sebelum ni memang tak pernah try and tgk mcm mana rupanya pregnancy test ni. Nak cari kat celah mana pon saya tak pasti. Nak tanya pada staf amatlah segan. Nasib baik saya ada kawan yang berkaki lebar....

Tibe-tibe je terbeli sebab smlm melepak di Jusco Maluri. Ada J Card Day uollss. Hari ni last day. Sape yang dah bergaji tu pergilah serbu. Pergi la awal sikit senang nak cari parking.

Ok sambung cite pasal pregnancy test. First i survey kat Guardian. Agak mahal, RM 8++ adalah mahal ye uolss. Harap maklum. Huhu. So taknakla beli..membazir baik saya membeli set twister kat KFC. Kaedahnya la...=p

Then saya ke Watson. Yang ni murah below RM 4. Huhu kedekut weiii minah ni...

Saje je mahu membeli walaupun hakikatnya saya memang tahu 100 percent saya akan datang bulan. Esok adalah hari Miss P saya.....

So pagi tadi saya test. And resultnya seperti yang dijangka adalah negatif. Sangat pantas result kuar. Ok pasni beli cap ayam je..murah dan tak membazir. Kalu membazir part lain takpekan...=p

First tengok result, saya takda perasaan. Perasaan sedih jauh sekali. Sebab saya tahu kenapa Allah belum memberi rezeki anak kepada kami. Jangan berasa simpati pada saya. Saya ok dan masih boleh menerima hakikat rezeki masih belum berpihak pada kami. =)

Yang penting saya perlu meneruskan perjalanan kehidupan berumah tangga yang panjang ni dengan penuh kesabaran. Masih banyak lagi hasrat kami yang belum ditunaikan. Semoga tahun 2012 memberi satu kenangan manis buat saya, suami dan keluarga. 

=)

P/s: Hasrat masih belum tertunai nak makan sup kaki ayam yang dimasak sendiri. And nasib baik ada orang willing nak masakkan. Thanks to my sister!

Monday, December 19, 2011

Monday Blues

Ke mana hilangnya mood?

Dari pagi tadi dirundung perasaan takda mood. Susah nak explain kenapa. Kadang-kadang sampai satu tahap terasa malas sangat nak bercakap dengan orang. Rasa nak tenggelam dalam dunia sendiri...

Kalau kelas dah start boleh ke nak buat tebiat ni. Sebab hari-hari kene bercakap dengan orang.

Ni mesti simptom Miss P la. Takpela biarlah saya bermain dengan perasaan buat masa ni.

Oh mood please be nice to me and others.

P/s: Sempat jugak saya tido dalam surau tadi. Now tak sabar nak balik rumah.

Bila nak pindah??

Jumaat yang lepas B terkocoh-kocoh suruh saya decide peti ais and mesin basuh macam mana yang saya mahukan. Saya nak biasa-biasa je cukupla sekadar mesin basuh yang takat 7 kilo tu pon saya dah bersyukur. Peti ais yang tak berapa besar sangat pun takpe, as long as saya ada peti ais.

Tapi pemikiran orang lelaki ni terlalu jauh. Terlampau memikirkan akibat masa hadapan. Tapi bila pikir balik betul jugak apa yang B cakap. Cuma saya risaukan dari segi kewangan je so that's why saya tak kisah kalau beli barang yang agak murah.

Jumaat lepas mandi bagai, macam biasa saya akan sampai dulu dari B walaupun jarak opis saya amatlah jauh. B balik belum sempat mandi terus rushing ajak saya pergi kedai berkenaan malam tu jugak. Dah macam takda hari esok kan. =p

Dah decide barang and harga. Kami beli peti ais, mesin basuh dan periuk nasi. 

Esoknya (Sabtu, petang) barang berkenaan dah selamat berada di rumah. Thanks to my BFF, Cik Akmar Amon. Terpaksa susahkan dia. Plan awal saya mahu date dengan dia, tiba-tiba orang tu call nak hantar kejap tu jugak. Tak jadi nak ke Seremban Parade. Terus amik B kat opis and terus bergegas ke tempat kejadian. Thanks babe jadi driver we olss tak bergaji...=p

Kalau rumah i olss dah siap bole melepak kat rumah i olss je, main masak-masak..=p

Jangan tersilap.
Dalam lori tu takda harimau hitam.
=p

Tengah loading barang ke rumah.
Sibuk je baju belang oren hitam tu.
=p

Masih banyak lagi yang perlu dibereskan. Amik masa jugak nak complete-kan satu rumah. Berdikit-dikitlah.
Jangan tanya bila saya mahu officially pindah. Sebab masing-masing penakut. Terlalu banyak sangat dimomokkan dengan perkara yang negatif. Padahal Allah yang perlu kita takutkan. Ni tak hantu syaitan tu yang ditakutkan. Masya Allah.....

Now let's listkan barang yang amat diperlukan buat masa ni:
  1. Langsir 
  2. Blind
  3. Kitchen kabinet murahan
  4. Penyidai baju

Kalau ada barang kat atas ni, confirm saya akan cuba beranikan diri.
 =p

Semester Baru 2011/2012

Officially semester baru dah bukak. Students dah ramai bertabur kat sana sini. Fikiran akan kembali semak dengan kerenah students. Saya amat berharap moga semester ni takda lagi konflik yang berlaku seperti tahun lepas.

Semester ni jugak saya dah buat keputusan untuk mengurangkan beban mengajar saya dengan mengambil 2 subjek praktikal. Food and Beverage Service Skills and Western Cooking Skills. Contact hours as usual 20 hours. 

Risau jugak sebenarnya nak amik subjek kitchen ni memandangkan dah bergelar Puan takut jugak kalau saya termengandung kan. Eh bole plak kan ter-kan..huhu. Walaupun hakikatnya memang berharap jugak untuk preggy. Doa-doakan la. 

Harap-harapla saya mampu harungi apa jua masalah yang bakal berlaku walaupun pada awalnya saya memang berniat untuk berhenti. Tapi ntah macam mana hati berkata teruskan jua berbakti di sini walaupun hakikat badan sakit-sakit sepanjang hari akibat travel hampir 1 jam lebih. Dari sudut yang positif, kalau dah ini jalan yang terpaksa saya harungi, saya akan cuba harungi sedaya mungkin. Pasti suatu hari nanti segala penat lelah saya hari ini akan mendapat ganjaran yang setimpal dari-Nya. Amin. =)

Semester ni jugak saya diberi satu tugasan yang bagi saya agak membebankan. Saya tak pasti sama ada saya layak untuk memadamkan konflik dalaman yang memang dah berlaku sebelum ni. Kalau bole saya hanya mahu jalankan kerja rutin saya. Memang dari dulu lagi saya memang agak tak berminat untuk melakukan kerja "tambahan". Dasar pemalas nak buat macam mana. Huhu.

Tapi bila dah diberi tanggungjawab perlulah dilakukan sebaik mungkin.

Moga 2012 memberi moment yang manis-manis buat saya dan keluarga.
=)

Next post: Azam 2012

Friday, December 16, 2011

Kalau Itu Takdir Ku...

Masuk hari ni dah 3 bulan 1 minggu saya menjadi kekasih halal untuk Mohd Azli Bin Mohd Nor. Alhamdullilah husband masih macam dulu. Kasih sayang cinta kasih masih seperti zaman bercinta malah graf dia semakin meningkat. Alhamdullilah.

Sudah masuk fasa 3 bulan pasti ramai yang bertanya tentang anak. Alah baru 3 bulan, belum 3 tahun. Betol tak?? Tapi mulut orang biasa la.

Yang pasti kami masih berusaha untuk mencuba. Tetapi Allah yang berhak memberi rezeki itu kepada kami. Kalau takda lagi buat masa ni anggapla Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat.

Keluarga kami tak pernah mengutarakan isu anak. Rezeki Allah takda siapa yang dapat jangka. 

Kadang-kadang saya pernah membayangkan bagaimana suatu hari nanti saya ditakdirkan tidak boleh melahirkan zuriat untuk suami?? 

Ouchhh tak sanggup nak hadapi kenyataan tu.

Fikiran yang negatif tak perlu dilayankan sangat. Skang ni zaman dah moden. Dunia dah canggih. Terlalu banyak teknologi, ubat-ubatan yang mampu memberi harapan kepada pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat. Usaha pokok pangkalnya skrang....

Kalau takdir itu untuk saya, mungkin saya akan relakan suami untuk mencari cinta yang lain. Takda apa yang membahagiakan selain melihat suami bahagia....

Semangat Bekerjaya

Hari ni Jumaat hari yang boleh bernafas untuk minggu ni. Boleh dikatakan sepanjang minggu ni setiap hari kecuali hari Jumaat penuh dengan aktiviti yang perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. Nasib baik esok Sabtu yang cuti. Minggu depan pon cuti jugak! Yeayy...pergi Penang my brother dah gatal nak bertunang. Tahun depan raya mak dan ayah dapat dua orang menantu la...=p

Memandangkan next week semester dah bukak, saya merajinkan diri mengemas meja yang layak digelar tempat pembiakan lipas dan tikus. Menjerit-jerit jugakla masa kemas tadi ada 2 3 ekor lipas yang cuba-cuba menjalar dalam kain. Huhu...Nasib tak jumpa Cik Tikus je. =p

Sebelum dikemas. Dah lama sakit mata tapi takda inisiatif langsung nak kemas. 
Tapi bila dengar Kak Ira menang award tempat paling ceria rasa teruja plak walaupun pertandingan dah tamat.. =p

Selepas dikemas. 
Sedap mata memandangkan.
Tapi next semester saya akan jarang berada di sini.
=(

Di satu sudut sebelum dikemas.
Selekeh gila pompuan ni...

Now dah kemas.
Isteri sapala yang rajin ni..
Ok sori jangan start muntah lagi...

Buku pon dah disusun dengan kemas.
=)

Masya Allah ko punya funny box!
Sila cari lipas dan tikus.

Yeayy dah menyahkan lipas dan tikus.
Berlambak taik lipas tadi.
Eiyark!

Ni meja sebelah.
Staf berkenaan dah berhenti.
So i tumpang letak segala assignment students.
Memang sengaja bersepahkan mcm ni.
Huhu

Kan lebih tersusun.
Tunggu nak "campak"kan je..

Last but not least.
Gambar yang B print 3 bulan yang lepas saya baru tampal kat partition.
Baru ada semangat.
Tengah nak select gambar kawen plak.
Nak tayang kat sini.
Huk huk..

Now uolss bole pergi muntah kot.
Story dah habis....

P/s: Oh by the way purple memang my feveret color sepanjang zaman.

1 2 3 Cubaan Suara...

Will update soon... 

 Please be patient... =)

Thursday, December 15, 2011

Academic Gathering

Assalamualaikum

Now tengah seharian di dewan aktiviti untuk sesi taklimat academic.

Seriously i dah cakap mggu ni busy dgn aktiviti.

Next week kami akan dihujani dengan student.

Okla just test update thru galaxy tab ni.

To puan yana i dah update. Hehe

Wednesday, December 14, 2011

Busy-Bee

Kurang entry dari saya??

Yes!!

Start Isnin ditimpa dengan pelbagai aktiviti.

Agak busy minggu ni.

Berharap Jumaat saya boleh melayari internet tanpa sebarang gangguan lagi.

Tata

Miss u so much!

Muah

Thursday, December 08, 2011

Macam Biskut Lemau

=(

Harini badan penat like hell.

Rasa nak tido sepanjang hari.

Bangun bila dah rasa ok.

Rasa nak berkepit dengan B je.

Ok saya tau saya dah start over.
Kbye.

=(

Wednesday, December 07, 2011

Wordless Wednesday

Suke buat muka macam gini,
Depan i jela dengan orang lain control.
Huhu
=p

Kalau lama berjauhan dengan husband i akan rindu muka dia yang ni.
Love and Miss You so Much Mr Hubby!

Review Bunga Pahar

  • Saya hanya sempat siapkan bunga pahar dalam 80++ batang sahaja. Punyala pemalas. Dulu bukan main lagi berkobar-kobar nak siapkan dalam above 100 batang la konon.
  • Saya kerap delay siapkan bunga pahar sebab warna riben and saiz susah sangat nak cari. At last saya guna apa yang ada. So that's why kalau sape yang bersama-sama saya menyiapkan bunga pahar tahu ada 10 batang punya riben besar yang berlainan warna.
  • Masa majlis bunga pahar laris macam goreng pisang panas. Ada yang amik tanpa pengetahuan saya. Hehe perlu ke nak minta izin dari pengantin kan?? Ko bajet diva??
  • Banyak konflik yang berlaku masa saya nak siapkan bunga pahar ni. Sebab saya sangat cerewet and sedaya upaya nak jugak warna yang saya inginkan.
  • Tambahan plak masa nak dekat-dekat kawen saya buat part time guru tuisyen after working hours. So after balik mengajar confirm la saya penat melampau. Tak sentuh sangat. Buat sikit-sikit then saya fed up.
  • Saya pulun siapkan balance bunga pahar masa bulan puasa and nak dekat raya. Padan muka. =P
  • Akibatnya banyak riben kecik yang berlebih and sampai skang saya masih simpan. Tak tahu nak bajet kan. Tak ke membazir. So for those yang nak DIY please buat perancangan betol-betol supaya tak membazir macam saya.
  • Minta maaf pada kawan rapat yang tak berjaya dapatkan hasil tangan saya yang tak seberapa tu. =p
  • Nasib baik Bee ingatkan saya and simpan 2 batang bunga pahar untuk dijadikan kenangan. Thanks hubby!

Gambar dah basi.
I terlupa nak snap bunga pahar on that day.
=(

Tuesday, December 06, 2011

Dari Seremban Ke Puduraya

Hari ni dapat lagi pengalaman baru. Hari ni 2nd time saya dari Seremban ke KL naik bas. First time masa saya buat assignment kat Golf Club Seremban masa degree. If i'm not mistaken masa part 4. Lama dah.

Nape tetibe plak nak naik public transport kan?? Kalau tak disebabkan kereta Super Power Kancil saya jangan harap saya nak susahkan diri macam harini. Haritu masa mak ayah pergi haji, kereta ayah ditinggalkan pada saya. So saya dok rotate 3 bijik kerata ulang alik Seremban. Kete ayah ada kat umah sewa saya kat sini memandangkan saya masih lagi menyewa kat KL. Security umah tu memang tip top so saya tak susah hati nak meninggalkan kereta di situ.

So bila ada kereta ayah mesti la saya kene tengok-tengokkkan. So bila ayah dah balik, saya tukarkan dengan kancil untuk balik ke Seremban. Sebab nak antar mak ayah balik Ipoh naik kereta ayah. Harap uolss paham la apa yang i cuba sampaikan....=p

Bila kereta ayah dah takda, kereta kancil tinggal kat KL, yang tinggal kereta Bee la. Saya nak pergi keje mesti kene guna kereta sebab jauh. Bee takpe dekat.....ngeee..

Dah 2 3 hari hubby pergi kerja menumpang, kadang-kadang saya hantarkan dulu sebelum gerak ke KL.

Sampai bila nak berkeadaan macam tu kan. So saya berkorban hari ni saya pergi kerja naik bas. At first memang terasa nak naik komuter je. Lagi senang. Tapi bila memikirkan komuter akan berhenti setiap stesen, nanti lambat. Saya cancelkan niat naik komuter. And saya terlupa KL pagi-pagi buta traffic sesak. Lebih kurang sama je kalu saya naik komuter. Takpela, saya dah selamat sampai pun. =)

Pagi-pagi Bee hantar saya ke Terminal 1. Kelam kabut memasing sebab saya bangun agak lewat. Penat sikit..=p

Pukul 7 baru nak gerak dari rumah. Nasib saya smpai ngam-ngam bas nak jalan. Dalam 715 saya gerak dari Terminal 1. Bila naik bas saya tengok sume seat dah penuh kecuali tempat duduk belakang sekali, sebelah India. Ceh!

Takpela selesa jugak sempat jugak saya tertido dalam bas tu. Huhu..

Sampai ke exit Bangi ada satu kemalangan berlaku. Traffic perlahan. Dalam hati reda jela. Hari ni saya lambat thumb in lagi.

Sampai Tol Sg Besi dalam pukul 810 pagi. Harapan nak kejar 830 pagi.

Sampai Jalan Tun Tan Cheng Lock saya berjalan kaki dari Pasar Seni ke Puduraya. Sebab geram jalan jem bas jalan macam siput. Tak heran sangat sebab ramai yang berjalan kaki tapi cramp jugakla sebab pakai wedges. =(

Sampai Puduraya saya terus ke LRT Plaza Rakyat untuk ke stesen Pandan Jaya.

Ok ni memang first time saya turun dari Pandan Jaya untuk berjalan kaki ke opis. Selama ni saya dengar cite orang je. Kali ni betol-betol saya yang perlu berjalan kaki mengikut jalan short cut yang menakutkan. Jalan tepi-tepi semak yang sunyi....

Sebelum meneruskan perjalanan tu saya sempat call Kak Shima tanya direction al maklum sebab saya tak berapa pasti jalan yang saya ikut tu. Sebab tak nampak macam jalan pon. Huhu.

Alhamdulillah takda apa perkara buruk yang berlaku. Risau jugak takut-takut kene samun kat situ. Kawasan tu memang sunyi.

Plus kalau kene kejar anjing mati saya nak lari dengan beg laptop kat belakang and kasut wedges yang menyakitkan.

Yang Bee plak tak abis-abis call tanya saya dah sampai mana. Risau la tu. Mula-mula Bee memang kesiankan saya sebab terpaksa naik bas untuk amik kereta. Tapi nak buat macam mana, saya kalau weekend takda maknanya nak turun KL kalau takda sebab urgent. Cara macam ni la nak elak turun KL waktu weekend...

Now satu masalah dah selesai...berjaya jugak misi saya harini dari Seremban ke Puduraya....=)

Whatever pun malam ni nak minta upah urut kaki kat orang tu....eh tak aci urut kaki nak urut satu badan sekali la... =p

Tiket murah i suke...tapi badan penat i tak sukee..
=p

P/s: Saya prefer untuk naik kereta memandu sendiri...anda bagaimana??

Friday, December 02, 2011

Suspek Leukemia

"...."

" Kalo ada sakit bagtau cepat-cepat, jangan simpan sakit.."

" Sakit apa?? "

" Leukemia ke, apa-apa jela.."

" Nape B tnya macam tu??"

" Tengok rambut asik gugur je pastu makin kurus..."

(Gelak guling)

Yang ni memang kelakar. Saya gelak guling-guling bila baca sms Bee yang ni.

Rambut saya agak panjang. Bila panjang biasalah confirm banyak gugur. Rambut pendek pon gugur apatah lagi kalau rambut panjang berjela.

Bila saya kutip rambut yang gugur kat atas lantai mesti saya akan buat muka sedih cakap kat Bee yang saya ada penyakit. Muka Bee dah pelik and dia tanya penyakit apa. Saya cakapla sakit Leukemia. Sebab selalu tengok dalam drama kat TV asal rambut gugur and botak je mesti sakit leukemia. So saya gunakanlah penyakit yang sama.

Niat saya main-main sebab saya memang suka bagi kenyataan palsu mcm tu sebab suka tengok reaksi Bee. 90 percent dia akan percaya. =p (Jangan tiru aksi ni)

Tak sangka plak harini dia tanya macam tu. Sebab saya ni memang suka pendam perasaan kalau ada apa-apa. Selagi terdaya saya akan usaha selesaikan tanpa libatkan orang lain. Mungkin dah kenal perangai saya yang macam tu, tu sebab Bee sms macam tu. Alahai...

Kalau saya ada penyakit leukemia, saya takkan sihat macam hari ni Bee...=)

Tapi part yang kurus tu saya sukeeee....berhasil penurunan berat badan i. Tersenyum bangga. =p

"Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik buat diriku, suamiku dan orang sekeliling yang aku sayangi...amin "

P/s: Dengar penyakit pon dah gerun. Mohon Allah beri kesihatan yang baik.

Thursday, December 01, 2011

Progress Surgaku Part 1

Skang ni dalam proses nak berpindah. Semalam lepas kerja mengangkat barang kat rumah sewa sorang-sorang. Patah pinggang uolss. Al maklum tak boleh nak tunggu B. So saya angkat dulu mana yang terdaya. So skang ni barang tinggal sikit je lagi. Lagi satu trip habis la.

Jom tengok progress rumah. Ni yang termampu. Ni pon saya dah cukup bersyukur. Alhamdullilah. (Ni bukan post nak menunjuk. Harap maklum. Manusia ni macam-macam penafsiran. Kang bile buat macam ni dikatanya kita berlagak. Sabar jela.)

Grill design by Bee.
Inspired masa buat penerokaan ke Homedec hari tu.

Lampu bunga kristal.
Beli sepasang.
Yang satu lagi ada problem plak.
Kene tukar kat kedai.

Lampu durian.
Dining area.

Rumahku kosong ibarat gua.
Yang ni tukar lampu kuning.
Baru romantik sikit.

Amik masa jugak nak completekan perabot.
Kalaulah gaji den ribut riban.
Yang ni pakai lampu putih.
Which one is better??
I vote for lampu kuning. (Refer pic atas)
=)

Pandangan dari dapur.
Kalau dah cat lagi ok kot.
Ruangan terhad.
So kene la pandai pilih perabot.
I mean sofa and meja makan.

Ada orang excited dancing tengah-tengah alam.
Huhu

Baru perasan amik pic kat hall je.
Dapur dengan bilik lain hari snap.

Keadaan rumah masa proses construction.
Tak sangka now dah boleh duduk.
=)

Syurga kami untuk membina keluarga bahagia.

P/s: Harini dah 1 Disember. =)
Suke abadikan setiap kenangan dalam blog so di masa akan datang kita bole flash back and buat perbandingan.

Alhamdulillah Mak Ayah Dah Pulang!

Pagi ahad yang lepas mak dan ayah dah selamat tiba di KLIA setelah 3 kali penerbangan ditunda.
Takpela asalkan mak dan ayah selamat pulang.
Gembira bila sambut mak dan ayah dalam keadaan yang sihat malah lebih sihat sebelum ni.
Terutama sekali ayah.
Ayah ada penyakit jantung.
Alhamdullilah sepanjang berada di sana ayah sentiasa sihat, lebih cergas dari mak. =)
Mak ada bercerita ada jugak jemaah yang sakit jantung terpaksa buat pembedahan kat sana.
Alhamdullilah takda sebarang komplikasi berlaku pada ayah.

Sebelum pulang ke Ipoh kami singgah di UPM untuk jumpa adik yang berhati kecil.
Mengada! =p
Sikit-sikit nak nangis.
Ada ke dia cakap saya tak inform mak dah smpai.
Cis..=p
Lepas breakfast baru bertolak ke Ipoh.

Sepanjang perjalanan mak dan ayah menceritakan pengalaman mereka di sana.
Seronok dengar.
Rasa tak sabar plak nak menjejakkan kaki di Tanah Haram.
Terutama sekali Madinah.
Mak ayah cakap bandar Madinah cantik sangat.

Macam-macam pengalaman yang diceritakan.
Tapi yang paling touching bila mak bercerita sambil menangis sebab ayah mampu untuk berjalan 6 km ke Mina.
Seperti yang kami tahu ayah kalau berjalan terlalu lama confirm dia akan cepat lenguh atau tak larat.
Tapi betapa bersyukurnya bila ayah dipermudahkan segala kesulitan di sana.
Berkat doa dari semua.
Mak cakap ayah lagi pantas berjalan dari mak.
Kelakar masa mak cerita... =)
Kuasa Allah tiada siapa yang mengetahui.
Alhamdullilah dan syukur yang mampu kami ungkapkan.

Alhamdullilah...alhamdulillah...alhamdulillah...
Penantian kami dah berakhir.
Mak dan ayah dah pulang ke pangkuan kami adik beradik.
=)

Sebelum berangkat ke masjid.
Org cakap saya dan mak macam kembar.
=)

P/s: Sayangilah kedua orang tua anda! Diri mereka tiada galang gantinya.

Friday, December 30, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

0 comments

1 comments

8 comments

3 comments

2 comments

Disable Right Click