Jumaat yang lepas B terkocoh-kocoh suruh saya decide peti ais and mesin basuh macam mana yang saya mahukan. Saya nak biasa-biasa je cukupla sekadar mesin basuh yang takat 7 kilo tu pon saya dah bersyukur. Peti ais yang tak berapa besar sangat pun takpe, as long as saya ada peti ais.
Tapi pemikiran orang lelaki ni terlalu jauh. Terlampau memikirkan akibat masa hadapan. Tapi bila pikir balik betul jugak apa yang B cakap. Cuma saya risaukan dari segi kewangan je so that's why saya tak kisah kalau beli barang yang agak murah.
Jumaat lepas mandi bagai, macam biasa saya akan sampai dulu dari B walaupun jarak opis saya amatlah jauh. B balik belum sempat mandi terus rushing ajak saya pergi kedai berkenaan malam tu jugak. Dah macam takda hari esok kan. =p
Dah decide barang and harga. Kami beli peti ais, mesin basuh dan periuk nasi.
Esoknya (Sabtu, petang) barang berkenaan dah selamat berada di rumah. Thanks to my BFF, Cik Akmar Amon. Terpaksa susahkan dia. Plan awal saya mahu date dengan dia, tiba-tiba orang tu call nak hantar kejap tu jugak. Tak jadi nak ke Seremban Parade. Terus amik B kat opis and terus bergegas ke tempat kejadian. Thanks babe jadi driver we olss tak bergaji...=p
Kalau rumah i olss dah siap bole melepak kat rumah i olss je, main masak-masak..=p
Jangan tersilap.
Dalam lori tu takda harimau hitam.
=p
Tengah loading barang ke rumah.
Sibuk je baju belang oren hitam tu.
=p
Masih banyak lagi yang perlu dibereskan. Amik masa jugak nak complete-kan satu rumah. Berdikit-dikitlah.
Jangan tanya bila saya mahu officially pindah. Sebab masing-masing penakut. Terlalu banyak sangat dimomokkan dengan perkara yang negatif. Padahal Allah yang perlu kita takutkan. Ni tak hantu syaitan tu yang ditakutkan. Masya Allah.....
Now let's listkan barang yang amat diperlukan buat masa ni:
- Langsir
- Blind
- Kitchen kabinet murahan
- Penyidai baju
Kalau ada barang kat atas ni, confirm saya akan cuba beranikan diri.
=p
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment