Assalamualaikum dan hallooo...
Lagi satu hari kita bakal melangkah ke tahun baru 2012. So harini merupakan post terakhir sempena tahun 2011. Esok dah mula bercuti dan insya Allah kita akan berjumpa tahun depan.
Macam mana dengan impian yang ingin dicapai tahun depan?? Dah buat senarai panjang. Tahun ni saya tak mahu impian yang terlalu panjang. Alhamdullilah hasrat untuk mendapat permata hati tahun depan telah dimakbulkan oleh Allah. Semoga saya dan baby sentiasa sihat hendaknya. Syukur Ya Allah.
Ada beberapa misi penting yang saya perlu selesaikan tahun depan. Especially part paling mencabar adalah thesis. Saya kene kuat semangat untuk mulakan penulisan dari skang walaupun ada dear dalam perut. Harap dear tak nakal-nakal bagi morning sickness yang keterlaluan. =p
Tu bende paling penting saya kene buat pada awal tahun. Kalo lambat alamatnya bungkus la saya. Tak larat kot nak extend je. Bila nak abis daaa....
Sepanjang 2011 pelbagai peristiwa manis dan pahit yang saya lalui. Segala kepayahan berjaya jugak untuk diharungi dengan jayanya. Yup saya manusia yang suka hidup dalam kepayahan. Dan saya akan sentiasa belajar supaya tidak akan tunduk dengan segala kelemahan dan kepayahan itu.
- Dengan berhempas pulas mencari modal untuk berkahwin. Al maklum bukan orang kaya. Berkerja part time tuisyen hampir setengah mati. Buat preparation kawin dan sebagainya. Tapi bila saat majlis saya puas hati. Akhirnya walaupun majlis saya bukan majlis yang gilang gemilang tapi itulah yang terbaik yang saya lakukan. Terima kasih yang tidak terhingga untuk mak dan ayah yang bertungkus lumus! Tidak lupa kawan baik sampai mati...Akmar Amon...=)
Konflik yang berlaku antara kawan yang pernah saya baik suatu ketika dulu mungkin sebahagian lipatan memori 2011 yang mungkin saya akan ingat walaupun dalam hati saya langsung taknak ingat apa yang mereka dah lakukan pada saya. Pedih, terasa dan kecik hati. Saya biarkan saje. Mungkin mereka ada alasan tersendiri kenapa mereka bertindak sedemikian terhadap saya. Biarlah semoga berbahagia!
- Tidak lupa juga di atas pemergian mak mertua di saat lagi 3 minggu bakal melangsungkan perkahwinan antara saya dan suami. Tak dapat nak gambarkan perasaan saat itu. Kenapa dia pergi terlalu awal, belum sempat melihat kami diijab kabulkan. Sedih...husband menangis di saat kami disandingkan. Teringatkan arwah. Hanya Allah yang tahu perasaan ketika itu.
Mak dan ayah selamat menunaikan ibadah haji. Alhamdullilah. Selesai rukun Islam yang ke-5. Walaupon payah untuk berpisah walaupun sekejap di saat suami pon tiada di sisi tapi hati perlu merelakan demi menunaikan ibadah kepada Allah. Doa saje yang kami utuskan dari jauh moga mak dan ayah selamat di sana. Alhamdullilah penantian itu telah berakhir.
Banyak lagi la memori yang terpahat dalam hati yang tak mampu untuk dicoretkan di sini. Semoga kedatang tahun baru membawa sinar kebahagiaan yang tidak terhingga buat keluarga, suami, baby dan orang di sekeliling saya. Amin.
Kita jumpa tahun depan.. =)
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment