Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Monday, September 30, 2013

Masuk Wad?

Assalamualaikum dan hello,

Fuhh tiup sawang sikit. Harini baru berkesempatan and ada mood nak update blog. 

Rentetan dari check up last week, as expected result hb still maintain 10.0. Taknak naik-naik. Taknak naik sebab tak suka makan ubat. Maka terimalah akibatnya. Jumpa doktor maka kene dengar ceramah free. Doktor paksa untuk tahan di wad and tambah darah. Kali ni memang tak boleh nak escape lagi. 

Maka keesokkannya pagi-pagi lepas after breakfast terus ke HTJ (Hospital Seremban). Ya ampun susah ok nak cari parking kat sini. Terpaksa berjalan jauh naik tangga panjat bukit segala. Takpe cekalkan hati kuat berjalan senang bersalin. Husband nak hantar depan pintu, taknak sebab nanti kesian husband kene jalan sorang-sorang. Isteri mithali tak iolss??? 

Then, terus ke Screening Room. Buat registration and check up dengan doktor. Ramai jugak kes pagi tu. After sesi Q & A dengan doktor supposedly doktor cakap saya tak perlu masuk wad pun. Kes saya takdalah teruk sangat plus masa ni dah 37 weeks. Kiranya dah lambat untuk amik ubat dan tambah darah. Tapi disebabkan doktor kak KK dah directly call Dr Krishnan (if i'm not mistaken) maka atas arahan itu, saya dimasukkan juga ke wad.

Terus masuk wad cerita lain plak. Takda katil kosong. Memang penuh katil harini. Maka kene tunggu pukul 1 tengahari. Duduklah melangut kat kerusi sementara nurse panggil. Husband tak boleh teman plak tu. Takpe cekalkan hati suruh husband balik, petang nanti datang balik. 

Pendekkan cerita, pukul 4 petang baru masukkan darah. Masa nak cucuk kat tangan tu, ya ampun sakitnya sebab first time ok. Panjang gila jarum dia. Dah cucuk sekali tak masuk urat. Doktor siap-siap goyang-goyang jarum. Memang tahan sakit. Bila sakit sangat doktor kuarkan balik and cucuk kat tempat lain plak....

Proses masukkan darah. Atau doktor and nurse kat sini panggil prosedur TDI.
Pukul 7.30 p.m baru selesai.
Jenuh nak tunggu darah habis.
Nasib tak banyak yang kene masuk.

Macam-macam pengalaman saya jumpa masa masuk wad ni. Patient sebelah katil masa ni kes dia kene induce. Bila menjelang senja dia dah start mengerang sakit nak bersalin. Tengok muka dia pun saya jadi seriau. Ohhh macam ni ke menahan sakit contraction. Dahla waktu melawat dah habis. Husband tak boleh teman. Tahanlah sakit tanpa sokongan husband or family. Lepas tu dia cakap dah keluar darah. Tak lama lepas tu air ketuban dia pecah. Masa air ketuban pecah tak payah nak cakaplah. Terus panggil nurse and tolak pergi labour room. Haiii menakutkan sungguh situasi tu. Belum lagi tengok bila doktor datang nak check bukaan. Saya dengar akak tu cakap sakit sampai terangkat bontot. Adeihhhh sakit perut dengar. Taknak cite lagi la. Setiap orang kan lain pengalamannya.........

Ohhh banyak sungguh pengalaman saya di sini.......

At 37 weeks++
Semoga dipermudahkan segalanya....
Amin

Tuesday, September 24, 2013

Turun Tanda??

24 September 2013

Sengaja amik emergency leave untuk setelkan satu urusan yang dari dulu memang penting tapi sengaja menganggap itu tidak penting di dalam otak. Kalau diceritakan di sini pasti akan ada yang ketawa terbahak-bahak, mentertawakan life aku skang ni and membandingkan dengan diri beliau. Biar saya sorang yang tahu siapa gerangan yang dimaksudkan. Oh ya teringat husband ada cerita pasal kisah beliau. Nak tergelak pun ada. Isk tak baikla, biarlah beliau dengan life beliau.....walaupun saya tahu beliau masih mengikuti cerita saya di sini...(bajet hot sangat uolss)

Lepas selesaikan urusan tersebut saya ke opis husband nak tumpang internet. Nak check emel katanya sampaila ter-update blog di sini. Harap kali ni urusan itu berjaya dilangsaikan. Tak larat nak pikir and dengar ceramah free sana sini. Kalau hati tak kering memang boleh bikin gaduh. Tapi memang betol pon apa yang mereka cakap sebenarnya cuma hati yang ego....kuikuikui

Lega terima satu respon yang baik. Cuma nak tunggu satu respon lagi. Haishh dengan nak beranak lagi ni. Takpe cuti 2 bulan. Kalau susah-susah sangat lajak sampai 3 bulan. Satu bulan tanpa gaji. Redha.

Petang ni ada check up di Klinik Kesihatan. Scan and review result hb lagi. Menyerah diri memang takda amik extra pre caution pun. Makan ikut suka. Janganlah kalian tiru aksi saya ni. Nanti saya update apa yang terjadi ok.

Semalam saya bagitau husband, masa nak mandi pergi kerja nampak tanda lendir kat panties. Jap lendir tu macam mana ek?? Macam keputihan tu ke??? Tapi tak campur darah lagi. Husband dah mula gelabah. Tapi saya tak sakit lagi. Mula la beliau tanya orang sana sini smpai kakak ipar husband 2 3 kali call saya semalam tanya keadaan saya. Alhamdullilah saya masih ok lagi. Itu hanya petanda kecil tapi dalam masa yang sama kita kena bersedia. Agaknya kalau sakit betul-betul macam mana la reaksi husband. =p

Tak sabar tapi dalam pada masa yang sama tersangatla nervous!

Monday, September 23, 2013

Emosi Kurang Stabil

Makin nak dekat due date perasaan malas tu makin menjadi-jadi. Bukan malas apa, malas untuk ke opis dan mengadap kerja dan students. Dah rasa loya nak drive ke opis. Setiap saat rasa nak beristirehat di rumah. Kerja kat opis makin kurang. Tinggal satu kelas yang tak habis silibus and carry marks belum complete sepenuhnya. Yang lain semua sudah setel. Tolak tepi markah students yang tak achieve half of the carry marks. Dah bagi peluang tapi mereka yang tak mahu amik peluang. Senang-senang uolss resit la next semester. Bayar jela RM 150 kan, apa susah. Masing-masing anak CEO kan??? (Geram memikirkan attitude students)

Malas nak membebel panjang-panjang. Harini badan sangat letih. Kbai.

P/s: Baby dah kerap mengeras skang ni....adakah itu tanda-tanda bersalin....

Friday, September 20, 2013

Routine Check Up 36 Weeks

Assalamualaikum dan hello semua,

Terasa lama sangat menyepi tanpa sebarang update. Alasan yang sangat cliche, busy menyiapkan kerja opis sebelum maternity leave. Alhamdullilah sudah masuk 36 minggu. Sudah penghujung September. Nervous tak payah nak cakap. Menghitung hari bagaimana gamaknya sakit contraction untuk melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu selama ini. Doakan semuanya dipermudahkan.

Baru selesai check up minggu ni di KK dan jugak Klinik Dr Sukhilmi. Kepala baby dah masuk laluan mengikut kata nurse dan Dr Sukhilmi. Kedudukan masih normal. Alhamdullilah. Harap awak tidak buat perangai tukar posisi ye Cik Bunga. 

Di KK check up seperti biasa. Review BSP normal and tak perlu ulang prosedur BSP lagi. Hooray. Cuma next check up 24 September, doctor nak review lagi sekali result hb. Kalau masih bawah 11 without compromise doctor akan masukkan saya ke wad untuk masukkan darah. OMG! Maka berusahalah meningkatkan hb. Kalau tak berjaya saya serah diri sebab doktor risau saya tumpah darah masa bersalin nanti. Padahal last result 10.0 kot. Huhu....

Di Klinik Dr Sukhilmi tiada lagi scan macam biasa. Doktor terus buat CTG untuk monitor degupan jantung baby dan contraction. Alhamdullilah degupan jantung baby normal and pergerakan baby sangatla aktif sampaikan doktor cakap rahim saya tak cukup rehat. Contraction kecil-kecilan sudah wujud cuma saya kurang merasai kesakitan. Sekarang ni memang dah rasa contraction sikit-sikit tapi bukan kerap.

Keesokkan paginya tiba-tiba saya rasa ngilu sangat kawasan ari-ari and nak berjalan pun rasa susah. Sakit pinggang segala. And sepanjang drive ke opis memang saya menahan sakit. Sampai opis sakit hilang. And sakit datang semula masa saya dalam kelas. Rasa macam sakit nak datang bulan. Sakit senggugut. Then malam tu masa terlelap depan tv pun terasa jugak contraction. Saya dah siap warning pada husband balik awal sikit. Takut jadi apa-apa kan. Ini mungkin false alarm. Tanda-tanda yang nyata belum keluar lagi. Apa-apa pun perlu bersedia!

Tapi harini, tiada sakit seperti semalam. Semalam baby nak buat gempak je. Huhu. Nak bagi hint pada ibu macam mana rasa contraction tu. 

Lepas ni every week nak kene buat rutin check up kat KK and Dr Sukhilmi.

Oh ya stoking and nursing bra belum beli lagi. Bila nak pergi beli. Beg pun tak stand by dalam kereta. Hanya letak atas baby cot je. Tapi semua barang dah siap packing dalam beg.

Thursday, September 12, 2013

Breastfeeding Journey

Setiap ibu yang mengandung sudah semestinya menyimpan satu azam untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun seperti yang disyariatkan.
Banyak kelebihan jika ibu memberi susu ibu kepada anak,
Tak perlu dihuraikan disini kebaikan susu ibu.
Baca buku and google boleh dapat info.

Sejak awal lagi saya memang dah simpan azam untuk menyusukan anak sendiri sehingga 2 tahun jika diizinkan-Nya.
Oleh itu dari awal lagi kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.
Yang paling penting adalah ilmu tentang penyusuan susu ibu sebenarnya.
Tambah-tambah lagi first time nak jadi ibu, terlalu banyak sangat ilmu yang perlu saya pelajari.

Berharap sangat nanti pengasuh anak boleh terima EBM untuk anak saya nanti.

Breast pump Unimom Mezzo yang saya beli secara online di One Baby World.
Nanti saya review keberkesannya.
Nak beli yang electric masih tak mampu lagi setakat ini.
Semalam saja gatal try, tiba-tiba terkeluar colostrum.
Sepatutnya kita tak boleh nak stimulate nipple takut nanti boleh menyebabkan contraction secara tiba-tiba.
Harap takda perkara yang serius berlaku.
Memang dari awal pregnant saya dah start cuci kerak pada nipple setiap kali mandi sampaikan kadang-kadang terkeluar colostrum tu.

Pesanan khidmat masyarakat: Nurse dah pesan jangan cuba-cuba rangsang nipple di awal kehamilan

Beli botol susu Tommee Tippee sebab terpengaruh.
Tapi beli satu botol dulu yang 9 oz sebab takut nanti baby tak sesuai.
Beli kat Manjaku Senawang.
Kalau beli online lagi murah rasanya.

Yang ni pun sama grab kat Manjaku Senawang.
Ada 10 storage bottle and free storage plastic.
Untuk simpan stok susu nanti.

Cuma tinggal cooler bag, warmer dengan ice pack yang perlu dibeli.
Pada fikiran saya items ni yang penting untuk merealisasikan impian menyusukan Cik Bunga hingga 2 tahun.

Mari amalkan doa ini wahai ibu...

Sumber Mommyiskandar.

Wednesday, September 11, 2013

Prosedur BSP

Semalam seperti yang dijanjikan dengan nurse di Klinik kesihatan adalah prosedur BSP untuk saya. Apa dia BSP tu?? BSP stand for Blood Sugar Profile. Kenapa saya kene lalui prosedur ni??? Masa kene minum air gula masa kandungan 7 bulan, result gula dalam darah dah melepasi bacaan 7.8. Result saya dalam 9.6 kalau tak silap. Kira border line nak dapat kencing manis. Kalau bacaan melepasi 11.1 memang sah dapat diabetis la kan. So bila bacaan border lain ni ada beberapa prosedur yang perlu dilalui antaranya jumpa dietitian, jaga pemakanan and buat prosedur BSP.

Tak susuah mana pun sebenarnya prosedur BSP ni. Skang kat Klinik 1Malaysia pun boleh buat. Kita cuma perlu amik darah kat hujung jari sebanyak 4 kali sehari:

Pre-breakfast (8 pagi)
Post breakfast (10 pagi)
Post lunch (2 ptg)
Post dinner (8 malam)

Alhamdullilah setakat ni bacaan tidak melepas 7.8. Minggu depan nak review result macam mana. Kalau doktor tak puas hati saya kene repeat prosedur BSP sampai dapat result yang konsisten. Bukan apa just nak check kita punya pemakanan saja. Al maklum risiko pengidap kencing manis semasa mengandung kan tinggi.

Result saya semalam:

Pre-breakfast (8 pagi) - 4.6 
Post breakfast (10 pagi)- 5.8 --> Nasi goreng + telur mata + 1 1/2 ketul kuih keria
Post lunch (2 ptg) - 4.x (tak ingat) ---> Nasi + sayur kangkung + ikan masak sambal
Post dinner (8 malam) - 6.1 --> Pisang goreng + air kelapa + air milo + biskut

Nampak disitu bila ada makanan manis, automatik bacaan akan tinggi. 

Bacaan post dinner tinggi sikit sebab saya minum milo tambah gula. Lepas ni ibu promise tak letak gula banyak-banyak. Lepas amik darah baru saya bantai makan keoutiaw goreng tengah malam. 

Kihkih aci tak???

P/s: Breast pump yang di order sudah sampai tadi. Weekend ni kene cuci and sterilize botol susu segala. 

Tuesday, September 10, 2013

Tips Mudah Bersalin

Tips penting untuk ibu yang sedang menghitung hari untuk proses kelahiran. Saya ambil tips ni dari page Senang Hamil. Mari sama-sama kita praktikkan.

Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Amalkan semasa mengandung anak pertama. 

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan --> dah start minum masa kandungan 8 bulan. Nasib baik tiap hari ada orang jual air kelapa depan opis.

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan. --> hari-hari berinteraksi dengan Cik Bunga...

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan --> mencari ketenangan nak siapkan semua kerja opis. Berharap takda orang call saya masa pantang nanti.

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri --> belum minta maaf secara rasmi lagi. Confirm meleleh air mata ni....

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah. --> Tiap hari memang kerja rumah tak pernah tinggal. Masih mampu buat sendiri. Weekend lepas siap mop dapur....

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan. --> Takda feel la skang...pinggang sakit...opssss...

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu . Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku. --> harap mampu berjalan walaupun tengah menahan sakit kontraksi nanti..

8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang. --> Husband tolong pimpin saya nanti ye...

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah : (Ini paling penting..teknik meneran yang betol. Paksa diri tengok video orang bersalin walaupun takut sebenarnya..)

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) . 

P/s: Pagi tadi dapat berita gembira, sorang kawan husband berjaya hamil. Teringat raya haritu wife dia minta tips dari saya. Saya cuma kongsi berdasarkan pengalaman saje. Yang lain semua Allah yang tentukan. Mereka adalah weekend husband and wife....alhamdullilah rezeki dari Allah

Monday, September 09, 2013

9 September 2013 | Genap 2 Tahun

Harini genap 2 tahun kami menjadi pasangan suami isteri.
Alhamdullilah.
Diuji, diduga dengan pelbagai ujian,
Bersama di saat manis dan pahit,

Hingga saat ini kami masih bahagia dan tenang bersama.

Saya bukan hanya mahu menjadi isterinya di dunia tetapi tetap jua menjadi pasangannya hingga di syurga. 

Maafkan saya andai masih belum mampu membahagiakan. 
Saya masih mencuba untuk menjadi isteri yang terbaik dunia dan akhirat.

Friday, September 06, 2013

Isu Breast-pump Yang Terbaik

Niat dihati memang nak breastfeed Cik Bunga secara eksklusif. Selain daripada faktor susu ibu memang susu yang terbaik tapi terselit juga faktor penjimatan di situ. Susu formula yang bagus bukan calang-calang harganya. Boleh cecah RM50 ke atas. Tapi apa pun bergantung kepada rezeki Cik Bunga nanti. Kalau ditakdirkan susu badan kurang and terpaksa bagi Cik Bunga susu formula nak buat macam mana kan. Yang penting saya dah usaha and pasang niat. Selebihnya kita tawakal moga ada rezeki Cik Bunga nanti.

Barang untuk feeding pun dah settle. Botol susu, storage milk bottle, plastic storage milk pun saya stand by juga and yang paling penting adalah breastpump. Nak beli breastpump ni pun ikut pada bajet and kemampuan juga. Tak semestinya kalau kita beli breastpump yang mahal hasil pumping akan melimpah ruah. Saya pernah terbaca satu pendapat berkenaan breastpump ni. Seorang ibu ni hanya menggunakan breastpump yang murah, jenama yang biasa tetapi hasil susu melimpah ruah. Tak perlu nak breastpump electric, dual pumping bagai. Dah Allah nak bagi rezeki anak dia macam tu. Pakai breastpump yang biasa and murah pun tetap hasil susu banyak. 

Cerita itu yang menguatkan keyakinan saya. Dari segi bajet saya memang tidak berkemampuan untuk beli breast-pump yang cecah sampai RM500 ke atas disebabkan faktor kewangan skang. Ada banyak perkara lagi yang perlu saya gunakan duit berkenaan. Tapi kalau ada rezeki yang lebih tidak salah. Terpulang kepada hak masing-masing. Kawan ofis saya lagilah...saya tanya beliau pakai breast-pump apa...dengan selamba beliau cakap..."saya perah pakai tangan je..lagi cepat..." Sampai skang beliau masih breastfeed anak beliau. Rezeki Allah nak bagi susah untuk kita menidakkan.

Haritu masa nak lengkapkan barang Cik Bunga, saya ada survey juga breast-pump kat kedai. Bila tengok harga rasanya berbaloi saya beli online. Masa tu husband dah grab satu breastpum jenama Pigeon yang berharga RM 190. Pada saya price dah over budget. Punyalah kedekutkan...huhu. Terus saya suruh husband letak balik. 

And now saya memilih manual breastpump Unimom Mezzo. Hasil review di blog tengok macam ok je so saya tawakal je sebab One BB World buat promo. Mula fikir konon nak beli jenama Pureen or Anakku. Tapi bila tengok harga dalam RM50++. Saya hanya tambah RM50 untuk dapatkan brand Unimom ni...harap pilihan saya ni ok walaupun bukan yang terbaik.

Moga ada rezeki Cik Bunga....

#Justsaying

Ibu Hadapi Dengan Senyuman

Salam Jumaat sekalian,

Sekarang ni bukan lagi untuk fasa tido yang lena. Setiap malam wajib akan bangun tengah malam untuk pergi buang air. Kadang-kadang lebih dari 2 kali. Pundi kencing asik perlu dikosongkan walaupun tak sampai setengah jam tadi dah buang air. Kalau Cik Bunga gerak aktif lagi la cepat terasa nak terkucil. Kadang-kadang sampai tak boleh nak tahan kalau boleh nak berlari cepat gara-gara nak kosongkan pundi kencing. Padahal bukan banyak sangat pun hasil buangan. 

Lagi satu simptom, lepas makan confirm perut akan memulas and berangin. And seterusnya proses penyahtinjaan pun berlaku. Boleh dikatakan setiap kali selepas makan. Orang kata kalau perut kerap memulas and beri-beri tanda-tanda nak bersalin kan. Berdebar tiap kali fikir nak bersalin. Kalau boleh nak pejam mata terus nampak Cik Bunga depan mata je. Taknak lalui sakit contraction tu. Banyak cantik muka kau....huhu. Moga Allah permudahkan segalanya...

Selain daripada proses kerap nak terkucil yang menganggu tido yang lena, keaktifan Cik Bunga di kala malam pun salah satu punca tido saya tak lena. Bila malam bukan main lagi dia berlatih kungfu. Start pukul 10 malam ke atas pergerakan dia memang kerap terasa berbanding siang. Selalu pujuk dia supaya tido sebab ibu dia ni kene tido sebab esok nak kerja. 

Sakit pinggang waktu tido pun dah kerap berlaku skang. Ke kiri salah ke kanan salah, kalau terlentang rasa macam sesak nafas plak. Bape kali saya baring duduk atas katil. Husband kat sebelah memang tak sedar langsung. Cuma semalam dia macam mamai terbangun and bergurau nak bagi katak pada saya. Boleh plak kan...sebab pagi tu saya terpijak katak and cepat-cepat kejutkan husband untuk halau katak. Nasib baik husband bukan pengeli katak macam saya. Husband hanya takut serangga....Masa cakap nak bagi katak tu tak tau la husband sedar ke tak apa yang dia cakap....sebab biasanya itu adalah tindakan luar kawalan ...kelakar bila ingat balik....huhu

Agaknya skang ni adalah proses latihan pada saya sebab lepas ni orang cakap bila ada anak kecik jangan mimpi dapat tido dengan lena. Takpe wahai anak, ibu rela asalkan kamu bahagia dan sihat. Nanti dah besar jangan lupa pengorbanan ibu tau.

P/s: 10 September --> prosedur BSP...moga saya bukan penghidap kencing manis!

Thursday, September 05, 2013

Menjelang 9 September

Hari ini 5 September 2013
Lagi beberapa hari nak sampai ke 9 September 2013
Dua tahun menyemai cinta halal
Tarikh keramat yang tak mungkin dilupakan sampai bila-bila
Penyatuan dua hati menjadi satu
Menjadi kekasih halal untuk suami yang selalu disayangi dan dicintai
Moga ikatan tetap utuh hingga akhir hayat kami

Wednesday, September 04, 2013

Hb Rendah Belum Berjaya Diatasi

Salam dan hello,

Ok kita tutup cerita mengenai isu kenaikan harga petrol. Masing-masing ada pendapat sendiri. Yang penting apa pun berlaku, apa yang terjadi, apa yang kerajaan nak buat, kita fikirkan alternatif menyelesaikan masalah bukan membincangkan masalah. Lepas beranak, ayuh Fardilla cari kerja lain yang boleh improve status ekonomi keluarga. 

Now nak cerita tentang latest check-up baru-baru ni. Isnin lepas saya mc, penat sebab teman husband smpai 2 pagi baru tido, maka pagi tu satu badan lenguh-lenguh and tak bermaya akibat tak cukup rest. Memikirkan Cik Bunga saya gamble mc untuk haritu. Pagi tu lepas hantar repair tayar Cik Jagung, saya and husband ke Klinik Dr Sukhilmi. Patutnya appoinment 23 Ogos tapi takpela asalkan tetap pergi walaupun lambat. Kalau pergi check up kat sini, husband confirm nak ikut walaupun saya cakap saya boleh pergi sendiri. Cuma kalau kat KK saya malas nak ajak husband sebab bukan boleh bawak husband sekali jumpe nurse atau doktor. 

Patutnya harini dr suggest tak payah scan. Dr check perut sahaja. Saya kene repeat scan lagi 3 minggu bila kandungan dah masuk 36 minggu. Tapi saya pujuk jugak nak scan sebab dah lama tak tengok Cik Bunga. Alhamdullilah beliau sihat, and kepala masih berada di bawah. Dr estimate berat baby masa lahir nanti tak besar sangat dalam 2.5-2.6 kg macam tu. Senang nanti nak bersalin katanya kalau baby tak besar. Berita yang melegakan saya. Kalau boleh memang saya nak bersalin secara normal and bersalin dengan Dr Sukhilmi. Kene tunggu jugak scan 36 minggu nanti macam mana.

Then lepas makan saya check up di KK. 2 minggu lepas doktor ada buat iron study. And as expected result iron dalam darah saya adalah rendah. Tapi alhamdullilah ada peningkatan hb berbanding minggu sebelum ni. Masalah yang lain takda cuma dari awal mengandung sampai skang masalah hb rendah tak berjaya diselesaikan. Dr dah suggest saya masuk wad untuk tambah darah tapi disebabkan ada kenaikan berbanding minggu sebelum ni saya berjaya untuk pujuk doktor tak payah masuk wad lagi. Tunggu result 3 minggu lagi. Saya kene konsisten makan ubat and makan makanan yang boleh tambahkan darah.Lega!

Tapi tak boleh nk lega sangatla sebab risiko hb rendah tak boleh dipandang remeh. Wahai anak semoga kamu sihat and aktif selalu.

Tuesday, September 03, 2013

Sekadar Pendapat

Sekadar pendapat dan luahan.....

Isu hot harini sudah semestinya kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen. Semalam husband balik kerja cakap ramai gila manusia beratur nak penuhkan tank minyak kereta sebab mulai harini harga petrol dah jadi RM2.10 seliter. Oh yeker...memang saya tak tahu walaupun dok rumah pasang Buletin TV3 tapi fikiran bukan fokus pada tv tapi benda lain. 

Walaupun kenaikan hanya 20 sen tapi tetap memberi impak kepada yang berpendapatan rendah seperti saya. Huhu. Yang miskin bertambah susah. Yang berpendapatan tinggi bergaji besar berpangkat besar mungkin tidak terasa dengan kenaikan harga petrol ni. Setakat gaji RM6k sebulan kan...tapi bagaimana dengan pendapatan yang below than RM2k macam saya ni.....Kos sara hidup semakin tinggi. Macam-macam kos yang perlu dicongak setiap bulan.

Bila harga petrol dah naik, ni juga menjadi alasan untuk kenaikan harga barang yang lain. Memang kerajaan akan mengekang kenaikan harga barang yang lain, tapi setakat mana keberkesananya?? Bukan mahu menidakkan usaha kerajaan membantu rakyat yang berpendapatan rendah. So bersyukurlah siapa yang bergaji besar, berjawatan besar and dah dapat kerja yang stabil. Ye rezeki perlu dicari. Kita perlu berusaha untuk mencari rezeki yang lebih. Tetapi kalau rezeki masih belum muncul lagi bagaimana?? Bukan tidak berusaha....orang hanya mampu berkata-kata....tetapi diri sendiri yang menghadapi situasi berkenaan tahu macam mana rasa dan perasaanya untuk memajukan life sendiri.

Kadang-kadang saya terfikir mempunyai segulung (mahupun bergulung-gulung) Ijazah atau master bukan tiket untuk menjamin mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dengan gaji yang selesa. Kadang-kadang malu dengan diri sendiri. Sebab masih ditakuk lama dan tidak puas hati dengan apa yang saya ada skang. Bukan tidak bersyukur. Kalau nak fikirkan dari sudut yang positif memang banyak benda yang boleh saya syukuri. Tapi bila difikir-fikir saya mahu lebih dari apa yang saya ada harini. Sukati korangla nak cakap saya tidak bersyukur....sebab saya tahu apa yang saya buat. Kerja kerajaan?? Hurm dah putus ada sebenarnya mengharap kerja gomen ni....kalau takda kabel jangan harap boleh dapat walaupun ada experience dari fresh graduate and qualification lebih sikit. Experience and good qualification tu tak bawa ke mana pun.

Mengenai peruntukan BR1M bakal dinaikkan. Ye bersyukur kerajaan bantu rakyat isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3K. Tapi perlu rasanya fikir dari sudut yang lain. Duit RM500 nilainya bukan besar dengan keadaan ekonomi skang. Mungkin ada yang beranggapan saya tidak bersyukur. Again sukati korangla nak cakap apa. And now dengar cite kerajaan akan menaikkan jumlah RM500 ke RM1K-1.5K. Adakah setiap bulan kerajaan akan bagi bantuan ini kepada rakyat yang berpendapatan rendah?? Tidak bukan?? Dan adakah bantuan RM1.5K itu mampu bertahan hingga berbulan-bulan dan setahun?? 

Minyak adalah satu keperluan yang sangat penting. Kereta bukan lagi satu kehendak tapi satu keperluan. Sistem pengangkutan awam di Malaysia masih lagi di takuk lama. Kalau di sekitar KL atau Selangor tak apalah mereka ada KTM, LRT, monorail dan sebagainya. Kalau kawasan di luar KL macam saya yang tempat kerja and rumah cuma ada kemudahan bas sahaja...macam mana??? Itu pon tak ikut time and keadaan bas nauzubillah....

Hurmm mari berfikir tambah pendapatan, cut-off budget yang tak penting...fikirkan solution untuk tambah income. Kehidupan makin mencabar. Orang takkan paham situasi kita. Fikirkan cara penyelesaian bukan masalah. Semoga rezeki saya dan kalian makin bertambah walaupon minyak and barang keperluan yang lain naik...

Ala orang tak komplen tu sebab diorag dah bergaji besar, kerja gomen, kerja stabil, elaun ribu riban sana sini...tu sebab diorang berangin bila ada orang yang kuat komplen bila minyak naik walaupun 20 sen. Cuba mereka berada di bawah, rasa keperitan orang yang kerja swasta dengan gaji below than 2k ni...atau manusia lain yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang.... #Just saying.....

Monday, September 30, 2013

Masuk Wad?

2 comments

0 comments

1 comments

4 comments

Disable Right Click