Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Friday, June 29, 2012

ON AIR

Assalamualaikum dan hello everybody!

Terasa lamanya saya menyepi.

Now melepak kat McD after husband pergi kerja. Kerja rumah dah beres so saya pergi cari port nak online. Rindu sangat dengan kawan-kawan kat FB and blog. Twitter dh lama terkubur. Twitter yang baru macam malas nak update. Biarkan dulu..=D

Bestnya duduk melepak kat rumah. Baring-baring golek-golek. Isnin depan dah start kerja. Arghhhhh kali ni terasa macam cabaran plak. I dah amik silibus and workloads segala. My credit hours cuma 18 jeeee...I nak letakkan expectation tinggi-tinggi tentang my new workplace. Hopefully ia tak seperti yang saya jangkakan....=D

Nak cerita panjang lebar tapi terasa kat sini sangat tak selesa nak meroyan panjang-panjang.

See u later la....

P/s: Rindu BFF sekalian.....

Keadaan life makin stabil. Syukur saya rasa bahagia macam pengantin baru... ;-p

Friday, June 22, 2012

Berakhir Episod KL-Seremban

Malam nie berjauhan dengan Mr Ben lagi...

Esok last day bekerja di Cybernetics. Bermakna pagi tadi merupakan hari terakhir saya menyusuri jalan dari rumah ke tempat kerja. Lepas nie saya tak lalu lagi laluan yang sama setiap hari. Hari akan datang, laluan sudah berbeza. Saya tak perlu menempuh jem, tidak perlu spend masa hampir satu jam setengah, tidak perlu membayar duit tol RM 14.40 sehari, saya tidak perlu tergesa-gesa untuk keluar awal dari rumah bila semester telah bermula, tidak perlu isi minyak setiap dua hari, tidak perlu panik kalau smart tunnel tutup dan segala-galanya yang membebankan saya selama nie.

Alhamdullilah.

Dalam waktu saya bersyukur, tipulah kalau saya cakap saya tidak sedih. Tak tahu perasaan macam mana nak meninggalkan Cybernetics buat kali terakhir esok. Di sini saya mendapat pengalaman pertama bekerja. Walaupun orang bercakap negatif tentang tempat ini, jauh dalam sudut hati saya, saya amat berterima kasih sebab mereka sudi memberi saya pengalaman yang berharga itu. Saya ingat lagi macam mana susahnya saya sewaktu nak dapatkan tempat disini. Di saat kawan lain masih mencari pekerjaan yang sesuai, saya dipermudahkan untuk bekerja disini.

Masa saat interview, saya masih ingat lagi. Masa tu saya terbaca kekosongan jawatan dalam surat khabar The Star. Lepas grad terasa susah sangat nak mencari pekerjaan yang sesuai. Ntah macam mana haritu saya terbukak hati nak beli surat khabar The Star konon nak mencari peluang pekerjaan yang banyak. Salah satu company yang saya hantar application ialah Cybernetics. Seminggu kemudian saya terima panggilan temuduga. 

Masa nie dah pening sebab takda tempat tinggal dan tak tahu mana letaknya Taman Maluri. Dengan bantuan kawan masa kat UiTM, Khalida Salleh saya selamat jugak sampai disini untuk ditemuduga. Ada 2 sesi. Sesi yang kedua saya dipanggil untuk buat mock teaching. Saya akui memang masa ni mock teaching saya hancur. Al maklum lepas grad, budak mentah dan saya ingat mock teaching ni macam buat presentation dalam kelas. Masa ni program Hotel Katering baru nak mula. Masih dalam peringkat awal dan pengambilan Tutor untuk program ini tidak ramai sebab pelajar masih lagi sedikit.

Mungkin rezeki saya walaupun pada awalnya saya bukan di-offer sebagai jawatan Tutor. Mereka janjikan pada saya jika ada kekosongan baru mereka akan serap saya sebagai Tutor officially. Saya tidak kisah dan terima tawaran tersebut sebab memandangkan pada masa sekarang memang payah nak dapat pekerjaan yang sesuai dan kene dengan bidang yang kita belajar di universiti. 

Saya mulakan tugas di Cybernetics pada 16 Julai 2008. Dua bulan selepas grad (belum konvo lagi). First position saya di Cybernetics ialah Pembantu kepada Timbalan Ketua Eksekutif (Akademik). Dengan En Ihsan saya belajar macam mana nak buat kerja yang berbentuk admin. Saya belajar cara bekerja dengan orang atas sampai orang bawah. Disebabkan saya bekerja di bawah En Ihsan hampir semua staf di Cybernetics saya kenal dan mereka kenal saya walaupun masa tu saya masih lagi baru. Walaupun kerja dengan En Ihsan agak cerewet tapi dengan cara ni saya belajar dan belajar.

Lepas enam bulan (kalau tak salah saya), saya diberi peluang untuk mengajar satu subjek di bawah program Hotel Katering. First subjek saya ialah Food and Beverage Service Skills. Saya masih lagi staf En Ihsan tapi saya diberi peluang untuk mengajar. Dari situ saya belajar untuk memperkembangkan skills saya menjadi pengajar. Alhamdullilah.

Next semester saya ditawarkan untuk bertukar ke department SHS secara official di mana saya tidak lagi berada di bawah En Ihsan. Saya bergelar Pensyarah sepenuh masa. Alhamdullilah. Dan bermulalah tugas saya sebagai Miss Dilla sehingga semester lepas. Banyak kenangan saya di sini. Tak mungkin saya akan lupakan begitu saya. Satu perkara yang buat saya jatuh cinta kat sini adalah hubungan sesama rakan sekerja. Saya enjoy bekerja disini. Rakan kerja yang mesra dan sangat membantu. Environment kerja yang selesa dan fleksible. =)

Saya tidak pasti macam mana keadaan saya di tempat baru. Semua tempat takkan sama. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Sebarang dugaan dan cabaran dapat diatasi dengan penuh sabar.

Sedihnya nak meninggalkan Cybernetics tapi jika ini yang terbaik buat saya, saya terpaksa relakan.....

16 Julai 2008 - 23 Jun 2012

Thanks For Supporting Me

Julai akan muncul tidak lama lagi. Julai adalah bulan baru bagi saya dimana saya akan memulakan hidup baru. Tidak sabar tunggu Julai tiba.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Mulai Julai juga saya akan private-kan blog ye kawan-kawan. Pada yang dah hantar emel, selamat berkenalan dan insya Allah saya akan invite uolsss....

Thanks for supporting me... love you. =))

Thursday, June 21, 2012

Krim Kesuburan LumiGlow

Saya percaya ramai antara anda sekalian yang memang sangat mahukan cahaya mata untuk menghiasi rumah tangga kalian. Pelbagai teknik dan usaha telah dibuat tetapi rezeki itu masih belum berpihak lagi.

Apa kata saya kongsikan satu lagi usaha yang boleh kita lakukan untuk mendapat cahaya mata. Mungkin ada yang mudah untuk mengandung tetapi mungkin akibat beberapa faktor seperti rahim tidak kuat dan ketidakseimbangn hormon boleh menjurus kepada kes yang menyedihkan iaitu keguguran. Ada testimoni yang membuat saya teruja di mana seorang hamba Allah ini sudah keguguran 8 kali tetapi selepas menggunakan produk ini dengan berkat Allah, beliau mengandung semula tanpa ada masalah sama yang berulang. Alhamdullilah.

So saya terpanggil untuk share satu produk ini dan mungkin anda juga sudah tahu tentang kewujudan produk ni. So kepada sesiapa yang sudah like page Senang Hamil kat facebook mesti tahu produk apa yang saya cuba kongsikan di sini.

Maklumat lanjut:

Mana tau dengan berkat usaha, anda boleh hamil tanpa sebarang masalah. Produk ni bukan sekadar untuk senang hamil saje, pelbagai lagi kebaikan dan "magik" produk ni yang boleh kita gunakan.

P/s: Sekadar berkongsi, saya bukan agen produk ni pon... ;-p

Persiapan House Warming

Assalamualaikum dan hello silent people!

Bila semalam saya nak umumkan untuk privatekan blog, saya terima good respon dimana ada yang mintak jangan di-privatekan. Selama ni saya ingat hanya kawan terdekat saje yang tahu kewujudan blog merapu saya nie. Terima kasih kepada silent readers sekalian yang sudi menjenguk blog saya nie. Saya pun macam anda juga, suka sangat jadi silent reader follow cerita sekian-sekian. Bukan apa, kadang-kadang cerita orang lain juga boleh dijadikan panduan dan pengalaman untuk diri kita. Betol kan??

Lagi 3 minggu lebih kurang kami akan mengadakan "house warming". Plus majlis kesyukuran juga untuk sambut Ramadan. Sejak berpindah awal Januari, kami memang tak pernah buat house warming lagi. Asik tangguh tarikh je akibat beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan.

Apa preparation yang dah saya buat?? Risau jugak memikirkan sebab kami tak upah catering. Semua masak sendiri. Gotong-royong dengan adik-beradik yang lain. Nasib ada Kak Long (biras) yang memang dah biasa dengan bab catering nie.

Checklist:-

  1. Tetapkan jumlah jemputan
  2. Sediakan kad jemputan simple --> untuk elak yang dijemput lupa..;p
  3. Senarai menu --> Done
  4. Khemah
  5. Doorgift --> house warming pon nak kene ada doorgift. B minta saya buatkan muffin. Insya Allah.
  6. Senarai barang basah + kering --> not list yet. 
  7. Kemas rumah --> nie tugas paling mencabar!
  8. Apa lagi??? Takda idea dah....sebenarnya banyak lagi perkara yang dh dibincang dengan B...malu plak nak list-kan kat sini...

P/s: Kpd yang sudi nak baca my zone ni boleh tinggalkan emel and ur blog link ye. Bole tukar-tukar cerita. Blog ni akan terus di-privatekan. Terima kasih... =)

Wednesday, June 20, 2012

Private Blog

Pengumuman saya mahu privatekan blog ini untuk bacaan umum atas-atas menghormati rahsia kerajaan.
=)

Suami Saya Curang???

Saya terjumpa blog yang penuh dengan informasi yang saya mahukan..dari proses kehamilan, alam rumah tangga sehingga proses mendidik anak etc. 
Saya terbaca satu artikel yang boleh dijadikan panduan untuk mengenal lelaki curang. 
Tapi apa pun saya pasti suami anda diluar sana memang amat menyayangi anda melalui pembacaan saya di blog anda... =)
Jom kenali bila suami mula curang..apa tanda-tanda penting yang perlu anda siasat...check it out:-

1. Menjadi Panas Baran – Jika sebelum ini suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.
--> Eh nak marah je keje kau apehal plak kan...nak kene siasat ni...tahu marah dia je...belum tahu lagi marah kita kan...haipp tak baik isteri tak boleh panas baran dengan suami. Isteri kene patuh pada segala perintah suami...(yang tidak menentang syarak dan agama).
2. Tiba-Tiba Menjadi Sibuk - Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.
--> Pada pandangan saya tanda yang ini paling mudah dikesan. Asik keluar rumah..dah tak reti nak duduk rumah ke. Sepatutnya seorang suami pasti akan tak sabar-sabar nak terus pulang ke rumah setelah selesai urusan kerja. Tapi kalau kes suami yang terlalu sibuk dengan outstation sana sini dimaafkan dengan syarat akhir bulan tengok payslip suami....yela kalau outstation kan banyak boleh claim gaji. Yang untung siapa...isteri juga kan..;p
3.  Sering Berahsia - Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat mahupun kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila handphone berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik.
--> wooowweee..saya suke baca segala sms dalam hp/facebook suami walaupun saya percaya dia sayang saya sorang... setakat ini alhamdullilah tak apa yang mencurigakan...Saya bukanlah kaki cemburu, cuma saya tak suka bila ada rahsia antara saya dan suami. Kalau cakap kawan, saya akan terima dengan hati yang terbuka. Saya tak suka suami yang main skandal. Dengar tu Encik Burn... ;p
4.  Semakin Bergaya - Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian.
--> Nak mengorat skandal kenelah kacak-kacak. Macam mula-mula dia nak ngorat kita dulu-dulu. Awas ye tanda yang ini wahai isteri...
5. Menjadi Bertambah Penyayang - Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah, tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati.
--> Berlakon pandai. Tiba-tiba nak peluk nak cium menonjolkan sikap gelojoh dalam diri. Sebelum nie takda plak nak buang tebiat macam nie. Jangan tertipu wahai isteri. Mesti ada udang di sebalik mee. Nie adalah taktik kotor sang suami untuk elakkan isteri daripada berfikiran negatif dan berprasangka buruk. Bila suami dah mula meroyan nak hadiahkan itu ini kepada kita, so inilah masa yang terbaik untuk kita demand tinggi...kata nak tunjuk sayang kan....apa lagi mintalah macam-macam...;-p

Kita bukanlah nak menuduh suami kita main kayu tiga belakang kita. Ini hanya peringatan tanda-tanda pelik yang boleh kita 'monitor' kalau-kalau suami cuba main onar.

Tapi saya percaya suami-suami kita semuanya loving dengan kita and mencintai diri kita seadanya tanpa syarat. 
Tidak begitu wahai isteri sekalian???

Cuci Sawang 5 Hari

Assalamualaikum dan hellooo,

Saya sudah sampai di minggu terakhir di Cybernetics. Saat-saat nak berhenti kerja nie banyak pulak saya ponteng kerja kan. Minta maaflah ye kes tidak disengajakan. =p

Harini saya baru mula meredah KL dari Jumaat saya MC sampailah semalam. Harini saya dah ok and akan mula mengemas partition. Dari minggu-minggu lepas dah cakap nak berkemas tapi satu habuk pun tak buat. Ok harini nekad tau nak kemas and bawak balik segala harta masuk dalam kereta.

Ok tu saje hapdate ringkas dari saya.

Daaa...

Thursday, June 14, 2012

Hanya Mampu Berdoa

Saya masih menunggu red flag,

Keputusan samar-samar,

Esok baru nak buat confirmation.

Harap ada magik yang turun dari langit.

Kami hanya mampu berdoa.

Katakan Kenapa

  • Kenapa skang nie susah nak tido? Kenapa rasa tak selesa?
  • Kenapa area ni***e sangat sensitif skang nie? 
  • Kenapa mood merundum skang nie?
  • Kenapa B dah start demam skang nie?
  • Kenapa B pening-pening skang nie?
  • Kenapa rasa kurang selesa skang nie?
  • Kenapa malas nak kemas rumah skang nie?
  • Kenapa rasa nak tido je sepanjang hari skang nie?
  • Kenapa cepat sensitif skang nie?
  • Kenapa rasa nak memerap je skang nie?
  • Kenapa deria rasa kurang enak skang nie?
  • Kenapa rasa macam tak sihat je skang nie?

Kenapa...kenapa dan kenapa...

Wednesday, June 13, 2012

Positif??

Rezeki ada dimana-mana, datang tanpa diduga, tepat pada masanya. Yang penting usaha dan tawakal kepada Allah.

Speechless.

Harap mimpi jadi kenyataan.

Tuesday, June 12, 2012

Kosongkan Kepala Otak Berserabut

Tadi HR dari GIS (ofis baru) call untuk confirmation yang ntah ke berapa kali. Confirm saya terima offer tu, don't worry..

Sepatutnya saya habis di sini pada 23 Jun 2012 and saya perlu start kerja di tempat baru 25 Jun 2012. Dua hari je dapat rest kat rumah. Mana aci....

Tadi HR call saya inform pada mereka saya mahu start kerja on July. Nasib mereka on je. Tanpa banyak cerita. Alhamdullilah.

Memang saya plan dengan B nak rest seminggu kat rumah sebelum saya mula kerja di tempat baru. Mengikut perancangan B dia nak ajak pergi somewhere tuk tenang and kosongkan mind sebelum memulakan hidup baru...=)

=))

Tentang Cahaya Mata

Kita akan mendapat cahaya mata jika kita benar-benar bersedia ke arah itu

Ayat ini saya copy paste dari page Senang Hamil.

Saya sangat bersetuju dengan kenyataan itu. Tapi macam mana plak kalau kami sudah menunggu 7, 10 tahun? Adakah kami masih tidak bersedia untuk menerima kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga kami? Saya pun tidak pasti jawapan itu. Yang pasti Allah Maha Mengetahui apa jawapan di sebalik soalan itu. Kita manusia sebagai hambanya perlu bersabar dengan setiap ujian yang diberikan dan tidak putus untuk berusaha dan berdoa.

Lepas keguguran ada jugak hamba Allah yang suruh saya cuba itu ini untuk menguatkan rahim bagai. Tapi mengikut pembacaan saya, saya tidak mempunyai masalah rahim yang lemah. Saya keguguran akibat daripada kandungan saya yang tidak berkembang secara sihat. Salah satu masalahnya mungkin berpunca daripada ketidakseimbangan hormon semasa mengandung dan kecacatan pada kromosom. Saya banyak refer blog doktor Zubaidi selepas kes itu.

Masuk bulan ni dah 3 bulan kami mencuba tolak Februari. Tapi rezeki masih belum berpihak. Sekurangnya saya tahu saya boleh mengandung dan mungkin pada masa itu Allah hanya pinjamkan nikmat itu untuk sementara waktu. Mungkin Allah mahu memberi rezeki yang lebih dari apa yang saya dapat sebelum nie. Kami redha je.

So skrang ni bila nak bersama, kami tak set pun dalam kepala ni untuk dapatkan baby. Taknak menaruh harapan. Kalau ada, adalah. Kalau takda lagi kami masih menunggu. Bila terlalu pikir sangat pun boleh jadi stress bukan?? Lebih baik enjoy dulu dengan nikmat yang ada skrang. Saya percaya ada sebab kenapa Allah tak beri rezeki anak pada kami dalam masa terdekat.

Kepada pasangan yang masih mencuba seperti saya. Teruskan usaha kita. Jalan penyelesaian luas terbentang. Sentiasa positifkan diri.

Yang pasti saya bahagia dengan apa yang saya lalui skrang. =)

P/s: Jangan tanya kenapa saya masih tidak lekat, seolah-olah kita menyibuk dengan urusan Allah. Kenapa mesti nak sibuk dengan urusan orang lain, padahal diri sendiri belum tentu terurus....minta maaf. Saya jelek dengan soalan tue...peace no war

Kadang-kadang orang tak sensitif dengan keadaan sekeliling tanya soalan seperti kita tidak pernah berusaha. Pasangan mana yang tidak mahukan anak. Fikir-fikirkanlah sebelum tanya soalan macam tue. Suh kita cepat-cepat pregnant tapi kalau Allah belum mahu rezeki lagi macam mana??? Hurmmmm

Monday, June 11, 2012

Workloads by Today

Bila nak berhenti nie banyak la plak kerja yang perlu disetelkan. Bagimanapun ingatkan harini saya berjaya selesaikan semua masalah/kerja tertunggak saya. Rupanya tak. Kene continue lagi....

  • Tadi pergi LHDN untuk tanya kalau-kalau ada income tax yang tertunggak. Padahal dah tau gaji yang tak seberapa tu mana mungkin kene income tax. Dah pihak HR suruh buat, buat jela. Nak buat macam mana walaupun dah tahu gaji akan kene tahan selagi bende alah tue takda clarification. Susahnya nak benti..haishhh
  • Surat EL tak serahkan lagi. EL gara-gara ada orang tu masuk wad tiba-tiba. Terpaksa la amik cuti walaupun cuti memang dah tahap negatif sebab dah diberi cuti by semester. Redha jela. 
  • Modul dah siap walaupun ala kadar. Hentam saje labu asalkan saya berjaya siapkan. Konon harini nak print. Dah siap print chapter one ink plak habis. Tak kuasa nak pergi susahkan diri minta ink and pasang sendiri. Tunggu jela sesapa yang akan gantikan ink esok. Dasar pemalas kan. Nasib la labu...
  • Clearance foam?? Belum buat lagi...tunggu dah setel semua baru sibuk nak buat.
  • Tempat tak berkemas satu apa pun. Tengokla esok lusa. Memang nak bawak barang sikit-sikit mulai minggu ni. Banyak jugak nak kene kemas ni. Assignment and soalan exam latest kene kumpul satu tempat. 
  • Apa lagi kerja nak kene buat?? Habaq mai cepat....
  • Oh ya tempat baru tak pergi lagi. Nak tahu silibus, credit hours and bla bla....bila bole curi masa nie???

Birthday Present

Assalamualaikum and hello,

Harini mood teruja sebab semalam tiba-tiba En Burn belikan hadiah besday untuk saya. Lambat nau baru dapat. Sebulan lebih saya tunggu. =p

Biar lambat asalkan dapat. Syukur.

I tak kisah pasal birthday present ni tapi kalau dapat alhamdullilah. I sayang u lebih la kan.

Semalam jugak baru husband bagitau plan asal dia. Konon nak beli senyap-senyap and letak dalam kereta saya. So bila saya nak pergi kerja bila nampak hadiah dalam kereta teruja habis la. Konon nak buat surprise macam tu. 

Tapi last-last husband kasi can pilih sendiri. I taknak yang mahal-mahal pun. Taknak jadi isteri demand. Cukuplah apa yang husband dah beri selama nie. Cewahh..=p

Thanks husband! I love you so much!

Saturday, June 09, 2012

Aku Ada, Kau Ada?

Saya kurang fahamlah kenapa ada orang yang tak puas hati dengan life kami. Apa masalahnya?? Apa yang tak puas hati sangat?

Ye saya salah sebab melontarkan perasaan di sini tanpa buat soal selidik secara terperinci. Tapi selepas apa yang saya lalui dan dengar, saya boleh buat kesimpulan awal.

Saya tak kisah mereka nak buat apa dengan life saya dan dia. Mereka ada mulut, telinga, tangan, kaki nak jaja cerita yang tak sedap didengar.

Sebelum menceritakan perihal orang lain lebih baik perbaiki diri and keluarga sendiri. Kamu bekerja tu ikhlas ke untuk keluarga. Keluar rumah konon pergi buat kerja tapi sebenarnya lebih kepada lepak kedai makan menjaja cerita palsu. Sebab kamu sebenarnya tidak betah duduk di rumah.

First time saya lihat, saya dah tahu permainan yang bakal dimainkan. Saya boleh agak yang kamu sebenarnya bukan kawan sejati. Kawan makan kawan. Yang bukan support kawan yang tak boleh lihat kawan lebih dari kamu dalam segala aspek.

Saya bukan bodoh nak menilai. Saya bukan budak tadika. Saya berpendidikan tinggi dari kamu. Minta maaf jika saya meninggi diri. Itu kenyataan yang saya mahu kamu tahu. Dan saya juga ada ilmu batin yang kamu tidak tahu.

Apa salah saya dan dia?

Rasanya tak perlukan penjelasan. Biarlah apa yang kamu nak buat pada saya dan dia yang penting kita sedar diri dan tak jadi penipu macam kamu. Orang yang menipu akan berlari walaupun tiada siapa yang mengejar. 

Semoga Allah memberi kamu hidayah dan kembali ke pangkal jalan.

Semoga kamu mampu membimbing keluarga kamu ke jalan yang benar sebelum kamu kisahkan keluarga orang lain. Sayangi keluarga kamu seikhlas hati. Kerana aku sangat kasihan mereka sangat mempercayai dan menyayangi kamu setulus hati.

Saya akan berdoa semoga jodoh kamu berpanjangan hendaknya.
Semoga rezeki yang bakal kamu peroleh halal dan dirahmati-Nya.

Jangan risau saya dan dia tidak akan berdendam dengan kamu dan kamu. Takpe kami akan serahkan segala kemenangan kepada kamu dan kamu. Kami tidak memiliki kekayaan dan nikmat seperti apa yang kamu dan kamu miliki harini.

Kami miskin dalam segala sudut. Kami manusia yang hina yang memang selalu dihina dan dicaci. Ye kami memang kawan yang khianat. Ye kami memang suka memotong rezeki kamu dan kamu. Kami memang tak berhak atas apa yang kami miliki sebelum dan sekarang ini.

Tahniah kerana menjadi gunting dalam lipatan. Api dalam sekam. Yang membakar secara senyap. Yang menikam dari belakang. 

Kami tidak pernah berasa iri hati dengan apa yang kamu dan kamu miliki. Tapi hakikatnya kamu dan kamu yang kurang senang dengan apa saja yang kami miliki walhal apa yang kami miliki tidaklah seberapa dimata orang lain. Sehingga sanggup nak buat perkara yang tidak sepatutnya seorang kawan buat kepada seorang kawan.

Saya dan dia tidak takut dan gentar. Saya dan dia sangat berbesar hati menerima kawan yang tidak diundang dalam hidup yang sering menjadikan hidup saya dan dia kayu pengukur kamu dan kamu. Padahal siapalah saya dan dia....tapi kenapa kamu dan kamu tidak boleh senang melihat kesenangan saya dan dia? Kenapa??

Kalau kamu baca saya tak kisah jika kamu mahu ceritakan kepada kamu. Saya tidak kisah jika kamu menyalah tafsirkan apa yang saya tulis dan luah. Yang pasti matlamat asal saya kepada kamu telah dilunaskan.

Dari sudut hati saya dan dia, ternyata saya dan dia kecewa dan terkilan kenapa Allah temukan saya dan dia bersama kamu dan kamu. Dulu saya dan dia ingat, kamu dan kamu akan jadi kawan sejati tapi......

Kita berkawan tetapi dalam hati kamu dan kamu penuh hasad dengki.

Semoga kamu dan kamu berbahagia hendaknya!

P/s: Betul kata ____, jangan dekati and berkawan dengan orang yang macam tu sebab ternyata mereka akan jadi parasit dalam hidup kita. 

Petikan filem: Aku ada, Kau ada???

9 Bulan Mencari Cinta Halal

Cuba tengok ticker our wedding kat atas tu...dah genap 9 bulan. Bila tengok tarikh, OMG harini dah masuk 9 June 2012. Dah masuk setengah tahun. Tak lama lagi dah boleh sambut anniversary.

Terasa terlalu cepat masa berlalu meninggalkan masa lalu. Lagi 3 bulan genaplah setahun menyemai kasih menyulam cinta. 

Semoga cinta ini terus mekar dalam hati kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insanYa Allah,

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnyaTetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlenaYa Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat MuYa Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..Ya Allah, Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihiIsteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin.

Ihsan Google
Jom sama-sama amalkan doa di atas.
=)

Merenung masa depan...

Friday, June 08, 2012

Dia Di Sana

Saya di sini.
Dia di sana.

Malam ni kami berjauhan.
Sementara saya menghabiskan sisa-sisa kerja saya di sini.

Esok Sabtu yang bekerja.
Dia pon bekerja esok. 
Alang-alang nak balik ditambah dengan keadaan PLUS highway yang time Jumaat memang banyak kenderaan menghala ke Nilai-Seremban.
Better saya spend masa dengan kawan saya.
=)

Mode: Rindu

Rindu la kat awak...
=))

Tentang Masa Depan

Alhamdullilah satu masalah yang sering saya "bebelkan" di sini berjaya diselesaikan. Memang niat nak mencari pekerjaan yang lebih dekat telah dipermudahkan. Sampai hari ni saya masih tidak percaya. Dulu ingatkan sampai bila-bila saya akan berada di sini berjuang mencari sesuap nasi dan rezeki.

Skang ni ada satu lagi misi yang perlu saya selesaikan. Moga jumpa kekuatan!

P/s : Malam ni tak balik Seremban. Bagaimana suatu hari nanti ditakdirkan saya dan B akan PJJ buat sementara waktu?? Adakah saya akan kuat mengharungi kehidupan seorang diri??

NikmatMu Yang Tidak Terhingga

Pengakhiran Bulan Mei ke bulan June adalah hari rezeki bagi saya. Macam-macam berita yang mengembirakan berlaku dalam diri saya, suami dan keluarga. 

Moga hingga akhir June dan awal Julai saya bakal mendengar berita baik tentang rezeki lagi.

Alhamdullilah.

Syukur.

P/s: Semalam dengar ceramah Dr Rubiah dalam semanis kurma, saya ingat satu ayat beliau, "Jika kita redha dengan suatu kehilangan, Allah akan beri ganti/ ganjaran yang lebih baik dari itu"

Saya akan pegang kata-kata itu sampai bila-bila....

Wednesday, June 06, 2012

Rumah & Dekorasi Raya

Mode deco rumah datang serta merta lepas menjenguk KK Home Deco tadi. Saya suka hiasan dia kat Ampang berbanding tempat lain. Sebelum ni pernah tengok kat Nilai 3 tapi mood teruja tu tak berapa nak smpai.

Tunggulah lepas kenduri naik rumah baru boleh pikir pasal deco rumah. Skang ni rumah masih tunggang langgang and takda konsep lagi. 

Biar life kembali stabil then baru pikir pasal nak hias rumah etc.

Nak raya memang wajib la nak deco rumah walaupun tak seberapa. =))

Wishlists banyak lagi yang pending. (Refer kat sebelah)

Sekadar gambar hiasan

P/s: Kawan-kawan nanti jemput datang rumah...

Episod KL-Seremban Bakal Berakhir

Alhamdullilah dan syukur walaupun perasaan berdebar-debar dan tak tentu hala dikala mahu meninggalkan comfort zone yang didiami hampir 4 tahun. Banyak kenangan dan di sini titik segalanya dalam saya memacu kerjaya di masa depan walaupun pelbagai rintangan dan cabaran dihadapi. Paling memilukan bila memikirkan saya akan meninggalkan kawan baik saya di sini. Kak Shima, Roslinda, Kak Ira, Kak Amy..ni antara teman rapat sepanjang saya berada di sini. Dengar mereka saya berkongsi cerita dan masalah. 

Alhamdulilah dikala saya membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sementara waktu, semalam saya menerima satu offer kerja dari tempat kerja yang saya pernah datang untuk temuduga dalam 2 bulan yang lepas. Sebelum ni memang saya kencang mencari peluang pekerjaan yang terdekat tetapi pasrah bila tak menerima apa-apa respon dalam masa terdekat. Takda rezeki, takpela.....

Tup tup semalam dapat berita tu. Selepas berbincang dengan husband, saya terima offer dari mereka. Position yang sama sebagai lecturer jugak tapi bidang yang lain. Di sana insya Allah saya akan mengajar pelajar dari bidang kulinari. Tidak banyak beza sebenarnya dengan Foodservice. Walaupun gajinya agak kurang dari tempat skang. Yang membezakan dekat dengan rumah, saya tak perlu rushing untuk ke opis, saya tak perlu menempuh jem. Insya Allah sempat buat breakfast untuk husband. =p 

Yela sebab kolej tu terletak di Nilai je... =))

Sekurang-kurangnya saya ada back up dari tinggal di rumah. Memang niat hati sangat gembira bila husband dah bagi can untuk saya jadi suri rumah sementara waktu. Dapatlah bergoyang kaki and menguruskan rumah tangga dengan jayanya. Tapi apakan daya plan itu berubah serta-merta. At least saya ada back up dari segi financial and boleh dapat pengalaman yang baru di tempat baru.

Mode: Berdebar-debar

P/s: Rasanya dah boleh berkemas sikit-sikit....

Rindu....

Assalamualaikum dan hellooo,

Wednesday Blues..ahaks rasanya hari-hari mood blues....

Saya kembali bekerja setelah bercuti di kampung. Heaven.

Rindu kat korang semua. Rindu nak baca semua cite-cite korang.

Nak siapkan satu kerja, nanti i sambung balik k..=))

Friday, June 01, 2012

Silent Mode

Sambung lagi update. 

Malam ni akan bertolak ke kampung halaman, Ipoh. Majlis sambut menantu akan diraikan pada hari Ahad. Merasa nak jadi organiser wedding plak. Kali kedua majlis kawen diadakan di rumah sendiri. Nebes. Eh macam majlis kawen sendiri plak. Hope tak hujan la ye...

Bila tiap minggu takda kat rumah, rasa rumah semak gile. Lantai tak bersapu and mop. Kain baju macam bukak kedai bundle. Cadar tak berganti. Bilik air berlumut. Haishhh 

Oh by the way saya bercuti sampai Selasa. Takda update dari saya mahupun dari blog, facebook and twitter. Tak payah nak stalker sangat. Selepas hari Selasa baru datang balik jenguh status saya ye.. =))

P/s: Jaga-jaga ada yang memerhati kita....

Pasrah Segala Keputusan Part 2

Assalamualaikum, salam Jumaat dan hello,

Hari ini perasaan sangat lega walaupun masa akan datang masih tidak pasti dan sama-samar. Post ini merupakan rentetan daripada post yang sebelum ni. Pasrah Segala Keputusan.

So kali ni saya nak share experience apa yang berlaku kepada saya semalam. Moga boleh dijadikan rujukan untuk bakal-bakal yang lain. Sebab saya merupakan pengguna tegar Google dimana setiap masalah dan tanda tanya yang menyelubungi diri saya akan tanya pada Encik Google. =)

Tahun lepas saya pernah dipanggil untuk temuduga jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41. Akibat daripada dokumen tidak mencukupi saya dipaksa untuk balik. Sedih sangat masa tu. Sebab harapan semua di atas bahu saya. Walaupun tak dapat jawatan tu takpela, at least saya ada pengalaman macam mana ditemuduga and apa bentuk soalan yang bakal ditanya. Saya pulang dengan keadaan yang hampa. Allah je yang tahu. Takut nak menghadap B masa ni. Saya dah banyak kecewakan dia. Haishhhh.....

Please make sure uolss bawak semua dokumen yang diperlukan seperti tertulis dalam surat panggilan temuduga. Dan susun ikut nombor dalam fail supaya mudah pegawai nak semak. Sebelum masuk ke bilik temuduga akan ada pegawai yang akan menyemak semua dokumen. Jika salah satu tak lengkap, anda tidak akan dibenarkan untuk ke bilik temuduga. Itu yang terjadi pada saya tahun lepas. Sediakan dokumen original dan salinan sekali.

Dokumen yang diperlukan:
  1. Kad pengenalan
  2. Surat beranak
  3. Sijil SPM
  4. Skrol Sarjana/ Sarjana Muda/ Diploma dalam Bahasa Malaysia (Ikut susunan)
  5. Transkrip Sarjana/ Sarjana Muda/ Diploma (Ikut susunan)
  6. Sijil kokurikulum/penghargaan/penyertaan
Tapi yang paling penting no 1 hingga 5. Dan satu tips sediakan partition dalam file supaya mudah panel temuduga nak lihat. Contoh label Kad Pengenalan, Sijil Akademik, Sijil Penghargaan, Sijil Penyertaan pada file and susun sijil ikut partition. Semalam saya dapat pujian daripada panel sebab buat macam ni. Extra credit boleh tambah markah kot...Yang ni saya ikut cara Murni Ali. Dia yang ajar saya macam mana nak susun file. Thanks nok =)

Kes saya takda skrol dalam Bahasa Malaysia. Saya dapatkan surat pengesahan penganugerah ijazah daripada UiTM. Alhamdullilah sijil itu sah untuk saya masuk ke bilik temuduga.

Temuduga kali ni berbeza. Kami akan masuk by group. Sekali masuk 4-5 orang. Cuak jugak masa ni. Bukan takat panel yang akan menilai. Candidates yang lain pun akan menilai and cuba cari kelemahan kita. Saya ditemuduga oleh Datuk Mukhtar dan En Amin. Nasib baik dapat penemuduga yang baik dan tak skema. So sape yang dapat dengan mereka jangan risau ye.

Pendekatan mereka berbeza dengan interviewer yang lain di mana mereka tidak akan fokus pada general questions like NKRA, PSPTN, nama menteri or whatsoever. Awal-awal mereka tanya soalan basic tentang diri kita sambil semak pengenalan/sijil kita. Macam soalan "Tell me about yourself" tapi pendekatan yang lebih santai.

Then baru proceed dengan mock teaching. Kami dikehendaki buat mock teaching ok. Unexpected. Kejap tu jugak kene come out dengan tajuk yang bakal diajar. Tapi group saya semua bagus-bagus belaka walaupun mereka bukan ada background education macam saya. Salute sangat. Dalam 5 minit macam tu then panel tanya soalan and kita jawab.

Lain panel lain cara dia. Bilik kami je yang ada mock teaching. Sebab panel nak tengok macam mana kita deliver lectures dalam English. Then sesi end up dengan Q&A. Kami pun tanya la soalan macam-macam. Tanya je apa tapi yang berkenaan la. Lebih kurang 1 jam setengah la kami kat dalam tu...

Apa pun harini sangat lega. Saya tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Kalau ada rezeki adalah. Tapi sekurang-kurangnya saya tahu saya boleh lepas ke bilik temuduga. Peluang itu masih ada. Berserah pada Allah. 

Tips saya:

  1. Pastikan berpenampilan kemas. Kalau pakai blazer lagi bagus.
  2. Susun sijil dalam file ikut partition seperti yang saya explain tadi.
  3. Datang awal.
  4. Yakin dengan jawapan.
  5. Kalau ada port folio berkenaan bawak sekali masa temuduga.
  6. Prepare speaking London sekali.
  7. Jangan kekok untuk bergaul dengan candidates yang lain. Ia sangat membantu masa temuduga nanti.
  8. Selawat dan doa banyak-banyak moga dipermudahkan.

Kalau tak berjaya kali ni boleh ulang lagi sekali proses temuduga. =)

Friday, June 29, 2012

ON AIR

3 comments

0 comments

1 comments

15 comments

Pengumuman saya mahu privatekan blog ini untuk bacaan umum atas-atas menghormati rahsia kerajaan.
=)

Suami Saya Curang???

2 comments

5 comments

4 comments

Disable Right Click