Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Friday, April 30, 2010

Budu

Aku bukan berasal dari Ganu aka Terengganu. Tapi aku sngt suke makan budu. Wah walaupon dalam proses mengurangkan makan nasi..tapi bile tgk budu depan mata tak pikir panjang terus amik pinggan amik nasi. Bukan sepinggan tapi berpinggan-pinggan. Huhu...

Tengahari td dah pekena budu ngn nasi berlaukkan ikan goreng and sayur bak choy...erm slurpps. Erm tu pon kat umah Natrah. Kat umah diorang jela aku dpt merasa makan budu. Erm nampak gayanya kene beli sebotol kat tesco ni buat bekalan di rumah sewa aku plak. Huhu...

Wei nyummy nyerrr..

Down to earth

Aku sgt salute and respect dgn seorang yang banyak income setiap bulan and beliau sgt down to earth. Tak pernah sesekali kuar perkataan yang membuatkan aku memberi imej bongkak pada beliau. Tabik spring pada beliau.

Semalam aku gi jumpa ngn seorang kakak nie yg income terkumpul die dah hampir sejuta. Wow sape nk bg income sejuta mcm tu. Mesti org ingat aku ni menipu je kan. Tapi ni bukan cobaan tapi realiti. Die sendiri yg tunjuk statement tu kat depan mata ni. Dah rezeki beliau kan. Buat bisnes apa sampai duit banyak mcm tu. Ermmm kite yang tak penah nak beri peluang pada diri sendiri. Banyak je bisnes dlm dunia ni. Sama ada mampu berjaya atau tidak. Tu je pokok pangkalnya. Bukan mudah untuk berjaya. Yes bukan mudah!

Apa pon smpai skg terasa sangat jeles dgn beliau. Haha..Pembakar semangat tu.

Apa yang penting di mana pon letaknya diri kite, tak salah kalo nak bersikap merendah diri. Tak rugi pon. Dari takda pape tapi nak membongkakkan diri sendiri. Aku mmg tak bole terima ngn manusia yang mcm tu. Pesanan untuk diri sendiri jugak---> Fardilla pls be humble ok!

And one more thing, statement yang aku akan ingat sampai bile-bile...

" Buat apa nak dgr pendapat org yang negatif, bukan die yang bagi pendapatan pada kita"

Wednesday, April 28, 2010

Manusia

Sifat Manusia Menurut al-Quran

Wednesday, April 1, 2009 16:55
Posted in category Utama

Manusia adalah satu-satunya makhluk yang diangkat martabatnya menjadi khalifah. Manusia selalu bertanya pada dirinya sendiri apa sahaja kesalahan-kesalahan yang dia lakukan? Memang setiap manusia cenderung menilai dirinya sebagai orang baik dan mudah mencela serta mengungkap kesalahan-kesalahan orang lain, bahkan ada juga apabila dia dicela akan kesalahan maka dia akan marah, walaupun dia sedar bahawa kesalahan itu memang terdapat pada dirinya.

Dan apabila dipuji tentang kebaikan-kebaikan, dia sangat suka dan gembira walau sebenarnya kebaikan-kebaikan itu tidak ada padanya. Bagi mengetahui apa sahaja kesalahan yang terdapat pada diri kita, maka kita harus mampu menemukan penyakit-penyakit yang melekat dalam hati dan batin kita. Tetapi kita menyembunyikannya kerana khuatir diketahui orang lain, tetapi tidak takut diketahui Allah swt yang maha mengetahui segala perbuatan dan rahsia hambaNya.

Sifat manusia yang terdapat di dalam Al-Quran terdapat beberapa sifat manusia. Antaranya ialah sifat yang menunjukkan manusia cenderung menjadi sombong dan bongkak serta membantah Allah seperti di dalam surah Maryam(67), surah al-Nahl(4), surah al-Nisa(28) dan surah al-Infitar(6-8). Selain itu, Al-Quran juga merakamkan sifat manusia yang melupakan Allah apabila menjadi kaya dan kuat dan ada juga sifat manusia yang ingatkan Allah iaitu merendah diri dan berdoa apabila ditimpa kesusahan contohnya di dalam surah Yunus(12), dan surah al-Isra(67).

Selain itu juga terdapat ayat di dalam al-Quran yang menunjukkan kemampuan manusia berbicara iaitu di dalam surah al-Rahman(1-4). Ayat-ayat ini jelas menunjukkan bahawa terdapat penerangan tentang sifat-sifat manusia didalam al-Quran.

ANALISIS SIFAT LUPAKAN ALLAH

Di sini, antara salah satu sifat manusia yang diterangkan di dalam al-Quran ialah sifat lupakan Allah apabila kaya dan kuat. Tetapi manusia akan mula ingatkan Allah apabila ditimpa kesusahan iaitu dengan merendahkan diri dan berdoa kepada Allah serta mengakui keagungan Allah. Antara ayat al-Quran yang menerangkan tentang sifat ini ialah surah Yunus,ayat 12:

Maksudnya: Dan kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu kami hapuskan tanda malam dan kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. dan segala sesuatu Telah kami terangkan dengan jelas.

Mengikut tafsir pimpinan Al-Rahman, tafsir ini menerangkan bahawa di antara rahmat Allah kepada manusia ialah diberinya kemudian belayar di laut untuk mencari rezeki, apabila mereka ditimpa bahaya, maka pada saat itu mereka hanya teringat kepada Allah dan mengharapkan pertolongan Allah swt. Tetapi setelah mereka tiba di darat dengan selamatnya, maka mereka pun mempersukutukan Allah dengan makhluk-makhluk yang mereka puja dengan sesatnya.

Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa al-Quran menerangkan tentang sifat manusia yang lupa diri dan tidak ingat akan Allah apabila manusia itu dalam keadaaan kesenangan. Malah, mereka tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan selama ini. Selain itu, mereka tidak menyembah Allah iaitu tidak melakukan perkara yang disuruh oleh Allah swt. Mereka juga mempersukutukan Allah iaitu dengan menyembah sesuatu yang selain Allah. Antara contoh perkara yang disembah oleh manuasia ialah patung atau berhala. Ini merujuk kepada kaum kafir.

Tetapi apabila berlaku sesuatu musibah atau bencana, maka manusia itu akan mula teringatkan Allah swt. Mereka akan meminta dengan bersungguh-sungguh kepada Allah swt iaitu dengan merendahkan diri kepada Allah dengan serendah-rendahnya. Mereka juga akan berdoa dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati. Apabila doa itu dimakbulkan, maka mereka akan sedikit demi sedikit akan melupakan Allah swt. Sifat ini merujuk kepada orang-orang Islam.

Dr. Aisyah Al-Buti menjelaskan bahawa manusia mempunyai kebiasaan iaitu sewaktu kaya dan kuat, ia akan melupakan Allah. Dan apabila ia ditimpa kesulitan, barulah ia teringat kepada tuhannya, merendahkan diri dan berdoa kepada penciptanya iaitu Allah s.w.t. Ini menunjukkan bahawa manusia itu memang wujud sifat bongkak dan takbur serta senang lupa diri apabila berada dalam suasana atau keadaan yang selesa. Hanya segelintir sahaja yang benar-benar mensyukuri dengan nikmat yang Allah yang berikan dan menggunakannya sebaik mungkin nikmat yang diberikan.

ANALISIS SIFAT SOMBONG DAN BONGKAK

Ayat yang menerangkan tentang sifat manusia menjadi sombong dan bongkak serta membantah Allah ialah surah Al-nahl, ayat 4:

Maksudnya:ia menciptakan manusia dari air(benih),kemudian(setelah sempurna
kejadiannya) tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas
bantahannya.”
Ayat ini menjelaskan bahawa Allah mencipta manusia, tetapi manusia itu sombong kepada tuhannya sendiri. Mengikut tafsir pimpinan Al-Rahman, diterangkan bahawa manusia yang membantah serta sombong itu merujuk kepada keingkaran manusia itu kepada tuhannya. Keingkaran di sini merujuk kepada sifat manusia itu yang tidak mahu menyembah Allah swt malah mempersukutukanNya.
Selain itu, keingkaran yang ditunjukkan oleh manusia ialah dengan tidak mensyukuri nikmat Allah swt. Mereka sombong dengan apa yang ada pada mereka tetapi semua itu adalah dari Allah swt. Allah swt mencipta manusia dan memberi Al-Quran sebagai petunjuk untuk menerangkan tentang kehinaan dan kelemahan manusia agar manusia tidak melupakan asal-usul penciptaannya.
Asal-usul penciptaan manusia adalah dari setitis air mani atau tanah atau dari segumpal darah,lalu segumpal daging,atau dari air memancar keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan. manusia sama sekali tidak memerlukan belajar secara ilmiah atau memahami kesedaran itu guna menahan dan mengendali kebongkakkannya, agar tidak melampaui batas-batas takdirnya sehingga menjadi keterlaluan dan pembantah. Manusia juga cenderung kepada sifat keterlaluan dan bongkak. Selain itu, manusia juga tidak menunjukkan sikap yang menyatakan rasa terima kasih kepada Allah swt. Dan manusia di sisi tuhan menjadi pembantah yang nyata malah tidak pula menyesali perbuatannya.
Oleh kerana sifat manusia yang membantah ini, maka manusia itu tidak memikirkan tentang sebab dia diciptakan iaitu untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Firman Allah swt di dalam surah al Zariyat ayat 56 :

Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Sedangkan manusia itu juga adalah makhluk yang lemah, iaitu hanya hamba kepada penciptanya. Tidak ada sebab dia perlu membantah malah apatah lagi berpaling tadah dari tuhannya iaitu Allah s.w.t dengan menyukutukanNya. Jadi, salah satu sifat manusia yang disebut dalam Al-Quran ialah sifat manusia yang cenderung menjadi seorang yang sombong dan serta membantah kepada Allah.

HUBUNGAN ANTARA SIFAT MANUSIA YANG LUPA DAN BONGKAK

Daripada analisis ayat yang menerangkan sifat manusia yang lupa dan bongkak, dapat disimpulkan bahawa kedua-dua sifat ini terdapat pada semua manusia, samada yang muslim atau kafir, akan tetapi sifat dapat dikawal apabila seseorang mukmin itu benar-benar bertakwa. Sifat bongkak dan lupa ini ialah sifat negatif yang terdapat pada diri manusia. Sifat bongkak ini hanya mendorong manusia untuk melakukan kejahatan terhadap makhluk Allah s.w.t yang lain bahkan boleh merosakkan manusia itu sendiri.
Sementara sifat manusia yang lupa juga akan membinasakan manusia itu sendiri. Dari sifat lupa itulah mewujudkan sifat bongkak seperti yang di atas tadi. Sifat lupa ini juga membawa keburukan kepada makhluk Allah yang lain. Keburukan yang dibawa oleh sifat lupa dengan sifat bongkak ini tidak banyak membezakan antara kedua-duanya. Ini adalah kerana kedua-duanya membawa kepada kebinasaaan.

Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah Al-Quran menerangkan sifat-sifat manusia sesuai bahawa Al-quran itu ialah wahyu dari Allah untuk manusia. Selain itu juga, hasil daripada penerangan dalam Al-Quran juga membolehkan kita memahami bahawa manusia itu mempunyai pelbagai sifat samada yang baik atau buruk. Ia juga dapat mengingatkan manusia bahawa manusia itu tidak sempurna dan banyak kekurangannya. Oleh itu, manusia tidak perlu berlagak sombong dan bongkak kepada penciptanya. Hal ini adalah kerana sifat tersebut akan menyebabkan manusia mendapat azab siksaan pedih api neraka dan ini menunjukkan Allah s.w.t itu maha agung lagi maha sempurna.

Sudut Pembaca :

Perkongsian Oleh : Mohd Badrul Hisyam

Sekadar berkongsi~

Nak Bantal??

Need a therapy...

Argh ngntuk and bosan. Napa la arini terasa masa terlalu lama. Malas nak bertapa lama-lama kat opis. Ade potensi tuk dibuang keje kah kalo berkata begini. Haha...

Erm cptla datang hujung minggu kerana hamba ingin berehat dan takmo bangun awal pagi menghadap jem setiap ari. Plus hamba mahu berjumpa kekasih hati yang telah lama tak berjumpa. Ceh padahal seminggu je tak jumpa. Minggu ni minggu cari pasal. Erm biasa la hormon kurang stabil. Kalo takda sifat sabar dalam diri rosakla. Isk isk...(sambil menggelengkan kepala)...

Tuesday, April 27, 2010

Menjengkelkan

Sangat menjengkelkan pagi tadi stuck kat traffic jem kat bulatan kg pandan. Cari sendiri bulatan kg pandan kat mane. Semalam pon nak balik lambat mcm siput jgk. Haishh fed up mcm nie. Sangat2 menjengkelkan. Di saat2 musim mencandat sotong sume mende kat depan mata ni terasa sangat menjengkelkan. Hilang sabar sekejap.

Erm skg pon tgh buat keje yang menjengkelkan hati dan perasaan. Marking paper final exam students. Sakit hati tgk. Diorang ni takda inisiatif ke nak jadi seorang yg berdedikasi. Padahal soalan aku dah bocor abis. Kadang-kadang terpikir adakah sebab aku nie tak reti mgajar. Student tak paham apa yang aku merapu dalam kelas. Erm sakit hati....bile nak abis marking nie...

Bila musim mncandat sotong tibe mula la aku buat perangai supaya En Azli terasa aku ni menjengkelkan. Huhu kesiannya. Semalam tido awal gile malas nak layan perasaan yang menjengkelkan ni. Tido lagi bagus.

Erm mcm mana nak hapuskan sifat menjengkelkan nie. Jap nak search kat tenet.

Erm cube kire berapa banyak perkataan menjengkelkan dalam post nie. Huh menjengkelkan btol.

Da~

Sunday, April 25, 2010

Analisa Peribadi

PERINCIAN ANALISIS PERIBADI

- Kawan mungkin akan menipu anda, penyokong mungkin akan membelakangi anda. Penyokong anda akan memberikan modal untuk melabur ataupun penyokong meminta bantuan anda. Anda akan jumpa ramai penasihat yang akan memberikan kata-kata nasihat dan bijaksana. Penyokong anda akan memberi banyak tekanan, tetapi membawa kejayaan, penyokong lelaki. Penyokong akan datang dan pergi dengan mudah.

- Sangat berdikari, namun ditikam belakang. Berjauhan (mental/fizikal) menyebabkan berpisah. Terlalu mudah mempercayai orang, mudah ditipu. Mudah belanja orang, mudah kasihan orang. Selalu keluar dan tiada di rumah/pejabat. Potensi mengumpul wang jika bekerja di luar (outstation). Mempunyai daya tarikan yang tinggi, pelaris semulajadi. Mudah terbabit dengan cinta 3 segi, mudah disabotaj. Sesuai menjadi jurujual, agen pemasaran, ahli politik dan artis. Banyak idea, tercari-cari kekayaan/kejayaan, mudah bosan dan terlalu suka berangan.

PERINCIAN ANALISIS KERJAYA

(KERJAYA SESUAI)
Perniagaan berasaskan perkhidmatan, minuman, tenaga buruh, agensi pembantu rumah, makanan laut, perkapalan, loji janakuasa air, pakaian renang, agensi pelancongan, agensi insuran, pengurup wang, jual beli, pertunjukan kebudayaan, pengarang bebas, jurujual, peniaga gerai, penapis air, internet, ahli silap mata, stesyen TV, stesyen radio, penyampai berita, DJ, wartawan, posmen, pemandu, nelayan, ahli matematik, ahli falsafah, diplomat.

(KERJAYA TERBAIK)
Makanan, restoran, surat khabar, majalah, telekomunikasi, penerbangan, kargo, minyak dan gas, loji penjana tenaga, kabel janakuasa, bahan api, kosmetik, penjenamaan, perhubungan awam, pengiklanan, tenaga buruh, makanan segera, kantin, fesyen, pencahayaan, kedai serbanika, perhiasan pakaian, senjata, minuman panas, pereka, penulis, karyawan filem, jururawat, pengumpul dana, penyambut tetamu, ahli psikologi.

"Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir"

Hanya sebagai renungan,
Rahsia-Tarikh-Lahir.Com

Hari Ahad

Murning sume!

Ahad yang ditunggu setiap minggu. Lepas dari study and keje. Even satu ari tp sangat memberi impak dalam kehidupan seharian ku. Cewahhh...

Arini takda perjumpaan bersama En Azli. Sangat rindu. Memberi masa untuk diri sendiri plak. Bosan juga kalo asik nak jumpa selalu kan.

Arini mungkin ari yang tidak membosankan. Harap penuh dgn aktiviti.

Erm semalam ade chatting ngn seorang hamba Allah nie. Die kate die terjumpe blog aku and terus add aku kat ym die. Tapi aku tak accept lagi. Sebab die seorang yang agak pelik. Sorry la kalo org berkenaan terbace post aku nie. Dari mane die dpt sumber sundae-strawberry ni pon aku tak pasti. Harap die bukan MANUSIA PSYCHO ----> aka wan, ex-bf. Erm taknak la ckp pasal ex-bf sgt menjengkelkan.

Da~

Saturday, April 24, 2010

Corat Coret Sabtu

Alhamdullilah...lega baru selesai exam global strategic management. Yg membuatkan aku risau menghadap exam ni sebab Dr Saleh dah ckp close book ek. Takda makna nak jwb exam open book. Tu yang risau menghafal bagai nk gila walaupon still tak terhafal2. Otak dah tepu. And nasib baik tadi, agaknya ramai kot yg mendokan supaya pintu Dr Salleh terbuka membenarkan kami sume jawab exam bukak buku. Hehe... tapi yg malangnya aku tak bawak buku yang berat berkilo2 tu. Malas la nak bawak berat sangat. Last2 amik ko pakai nota slide jer. Tu pon nasib baik bawak. Kalo tinggal tadi melopong la kau jawab exam. Soalan memcabar gak. 50 soalan objektif and 4 soalan esei. Soalan objektif?? Pelikkan mcm level diploma plak rase.

Tak dapat nak bayangkan kalo close book. Confirm aku fail. Huhu...Cth soalan apa 4 approaches yang pasal ethical bla bla tu. Aku mmg tak dpt nak jawab. Dah la esei 10 markah. Erm tu pon still tak cukup masa plus extra 5 minit. Still tak cukup. Hope subjek nie membantu jgkla tuk naikkan pointer. Amin......

Enough mengarut sal exam...

Now aku skg kat umah Natrah. Reason yang tak masuk akal. Takut dok sorang2 kat umah. Takut HANTU. Baru aku tau aku seorang yang penakut. Ni sume Kak Ija punya pasal. Citer lagi hantu kat penjuru umah. Ni kes pasal pergi pameran Keranda la. Org kata lepas gi tempat2 mcm tu kene bace 3 ayat KUL tu elak makhluk halus ikut kite. Lepas tu mula la memanjang citer. Yang tak bestnye aku terdengar. Apa lagi melompat ketakutan la aku terus ajak Natrah teman balik amik baju. Ntah hapa2 ntah. Aku dok ngtuk En Azli takut hantu. Aku pon sama jugak. Hehe...

Aku akan menjadi penghuni semntara di sini mungkin dalam 4 hari. Esok balik la kot. Sebab mungkin housemate yang lain dah ade. Tapi sian Kak Na (housemate) siap kol aku tanya aku balik ke tak sebab die pon dok tinggal sorang. Terasa rumah tu dah tak sebest dulu. Zai dah kawin. Lazo dah pindah dapat keje kat Teluk Batik. Takda lagi geng sebulu. Yang ade kat umah tu cume Kak Na, Ana and aku. Kak Lin pon mcm nak pindah. Nanti org baru member tempat keje Kak Na. Nampaknya sume housemate aku satu opis. Aku sorang je yang lain. Erm tak bestnya cepatla masa berlalu supaya aku tak tinggal lagi kat kawasan yang tak best tu.

Erm nampak sangat kurang bersyukur. Huhu...Bersyukur...bersyukur sekurang-kurangnya ade rumah tempat berteduh. Tapi tak tahan jugak kalo sorang je bertungkus lumus kemas umah kalo yang lain tau buat sepah je kan. Haisshhh mcm2 ragam manusia.

Thursday, April 22, 2010

Pameran Keranda

Geng ronggeng-Kak Ija and Natrah

Jgn igt tu lembu biasa, tp ia adalah keranda yg digunakan oleh masyarakat di Indonesia

Sekitar kawasan pameran

Suke sgt ngn lembu ni..malam2 dtg dalam mimpi..Subhanallah mintak dijauhkan

Tak tau la apa yang kami telah lakukan arini. Akibat kebosanan melanda gi pameran keranda kat muzium negara pon jadi. Tapi paling best dapat makan ayam golek kat Kerinchi. Thanks to our driver ke tempat makan-Natrah =)

Erm malasnye nak balik umah. Takda TV. Dah kene angkut oleh tuannya. Erm by the way congrates to Lazo kerana berjaya dapat keje kat Resort di Teluk Batik.

Da~

Wednesday, April 21, 2010

Sabrina's Wedding Reception

Tuesday, April 20, 2010

19 April

19 April 2010

Semalam kol mak, saje nak berbual. Mak siap main teka teki lagi.

Mak: “arini ari ape?” (nada gumbira)

Along (gelaran aku kat umah): “ari ape? Arini bape aribulan?

Mak: “19 April..cuba kamu ingat ari ape?

Along: “ Ooooo..(panjang ooo aku), anniversary mak ngn ayah yg ke 25...hehe

Mak: “haa yela..anniverssary mak ngn ayah..dah 25 tahun dah...23 hbln besday angah plak..mak dah beli hadiah utk die... (erm tu la anak lelaki kesayangan sorang..huhu)

Hehe begitula sedikit perbualan antara aku ngn mak. Dah 25 tahun mak ngn ayah bersama. Erm mampu ke aku jadi seperti mereka. Sentiasa bersama walaupon apa pon yang berlaku. Membesarkan kami berempat bradik sehingga kami sume berjaya menjadi “manusia”, tidak seperti anak orang lain yang masih mencari-cari nilai dalam kehidupan. Terima kasih mak dan ayah kerana bersusah payah membesarkan kami.

Walaupon kami dibesarkan dalam suasana yang sederhana. Tapi kami cukup lengkap diberi makan dan minum, pelajaran, pendidikan agama dan sebagainya. Jasa mak dan ayah memang tidak terbalas. Hanya Allah yang mampu membalas pengorbanan mak dan ayah. Walau seribu tahun aku hidup di dunia, pasti tidak mampu membalas setiap pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ayah dan mak. Sebab mak dan ayah Along jadi seperti arini. Sentiasa beri perangsang untuk memajukan diri.

Mampukah aku menjadi seperti mereka suatu ari nanti?

Apa pon Along sentiasa akan mendoakan kesejahteraan mak dan ayah. Semoga hubungan cinta akan terus mekar sehingga akhir hayat. Hehe...

Taknak luah panjang2, nanti kang ada yang banjir..rindu familiku di Ipoh...bile la mau balik Ipoh nie...adoi~

Friday, April 16, 2010

Cancel~

"Salam

Dukacita, dimaklumkan, atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, trip ke S'pore secara rasminya telah diBATALkan..
Agak pjg la kisahnyer kalo nak dicerita...kang kita citer kat kelas je...
Sorry & terima kasih byk2 sbb korang dah bertungkus lumus cuba menjayakan projek ni...esp fahmi yg fight utk projek paper...
Sorry kat rakan2 part timer kalo yg dah termintak cuti.....
Maybe xda rezeki time ni....next time kita buat program geng2 kita, dan prepare awal2....

Harap maklum....& gud lak for food toxic exam..."

Msg from Hazrey

Akhirnya trip ke Singapore dibatalkan. Membazir la aku buat pasport semalam. Kalo tau duit tu bole buat shopping. Adoi~

Kisah Semalam

Semalam gi buat pasport kat Setapak. Sementara menunggu 2 jam, aku and Natrah(selaku peneman setia) gi Carrefour. Huh terjumpe ini tudung yang lebih dikenali dengan tudung syria. Erm tapi mcm kurang sesuai je untuk dipakai. Erm nasib tak beli selori. Kalo tak membazir je kan. Huhu...
" Ko plak nat cmne..ok tak konsep terbaru tudung ni..huhu "

Semalam jgk, lepas opis gi Seremban lagi. Just nak send surat pengesahan jawatan kat En Azli. And paling best, mak En Azli belikan kain pasang ni yang sesuai tuk dibuat jubah. Katenya kawannya belikan kat Vietnam. Time kasih banyak-banyak. Really like it. Siap bagi aksesori gelang wana senada biru gak. Hehehe~

Motif corak bunga pada kain...

Semalam jugak, kat Carrefour aku berjaya menikmati INI--->SUNDAE STRAWBERRY~
Tak perlu makan nasi. Tapi smpai Semban EN Azli blanja nasi lemak kat Mambau. Tetap makan nasi jugak. GEMUK~

Kami berdua sukakan ini...hehe~

Thursday, April 15, 2010

Adoi~

Sesuatu yang tak ingin berlaku telah berlaku...proposal trip to Singapore has been approved by our Dekan. Lawatan sambil balaja la konon ke Food and Hotel Asia Expo.

Huh sgt malas nak gi memana skg nie. Bukan masa yang sesuai. Masalahnya trip tu dari Selasa smpai Jumaat. Mcm mana kami yang part time nie. Nak mintak cuti last minute ditambah mggu nie minggu final exam students. Lepas satu satu masalah melanda. Hidup tak penah lari dari masalah yang harus diselesaikan.

Kalo tak pegi kang tak dapat markah plak. Adoi ditelan mati mak diluah mati bapak. Sume tak kene.

Semoga sume berjalan dengan lancar~

Tag~

Siapakah diri anda di rumah?
  • Erm balik opis dok mnghadap TV
  • Suke mengemas umah. Tak suke dok dalam keadaan serabut. Bertambah pening nanti.
  • Suke memerap dalam konon nak siapkan assignment. Last2 tak sedar dah tertido. Sokmo gitu. Haishhh

Siapakah anda disamping rakan2 anda?
  • Outspoken...kadg2 ckp tak bertapis. Nasib la pada yg selalu sgt nak ckp besar ngn aku kan. Huhu
  • Sedia membantu pada rakan yang memerlukan
  • Erm ssh nak menilai diri sendiri nanti org ingt membangga diri plak kan.Huhu

Lima benda yang anda idamkan tapi belum tercapai?
  • Nak abiskan master. Insya Allah thn dpn 2011
  • Nak kawin...huhu sgt gedix
  • Nak buat bisnes sendiri
  • Nak jadi kaya dengan usaha sendiri...huhu
  • Nak kehidupan yang lebih bermakna

Siapakah nama pasangan anda?
Mohd Azli Bin Mohd Noor @ Ramlee...erm nak no ic sekali ke...huhu

Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda?
  • Sangat memahami dan sentiasa bertindak matang
  • Romantik..kalo depan org lain jgn harap die nak tunjuk..huhu
  • Tak suke memarah dan bukan seorang yang panas baran
  • Sngat kelakar dan suke menghiburkan sya
  • Sentiasa fikirkan masa depan demi kebahagiaan bersama...cewahhhh

Lagu tema cinta anda?
Terima kasih cinta~

Apakah perubahan yang anda ingin lihat dari pasangan anda?
Perubahan??? Erm apa ek. Tak terpikir la plak skg nie...

** Haha gedix nk buat bende nie yang di copy paste dari blog ntah sape2 ntah**

Hasutan

"Ikhlas itu ada dan ada kalanya gangguan syaitan merosakkan kbhagiaan, apa salahnya kita paksakan diri untuk melemahkan gangguan syaitan"

Yes sgt suke dgn statement di atas. En Azli yang bg di saat aku cube cari pasal ngn die. Huhu jahat btol Fardilla nie. Tapi btol apa yang cube disampaikan. Kdang-kdng bukan masalah besar sgt pon. Tapi terasanye mcm kesilapan yang sgt besar.

Ntahla aritu terasa mcm ade satu hasutan jahat yang mendesak aku cari gado ngn si die. Tapi yang bagusnya En Azli ni bukan yang jenis melawan and tak ckp kasar. Tu yang aku respect kat die. Berbanding dgn aku yang cepat naik angin nie. Sian awak dpt tunang mcm sy. Huhu.

Sabar itu penting dalam sesuatu perhubungan. Salah seorang mesti kene bertolak ansur. Ni mungkin salah satu cara untuk meredakan pertengkaran dengan pasangan anda.

JANGAN memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran.
Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda beralah. Selesaikan ketidaksefahaman ini dengan tenang dari hati ke hati. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini agar perhubungan tidak tergugat.

JANGAN melontarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya.
“The tongue is more to be feared than the sword”. Wah, anda perlu berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang anda lafazkan. Cuba kawal diri anda sesama bertengkar dengannya. Jangan menghina dirinya dengan ayat yang boleh menyinggung hati dan perasaannya. Bak kata pepatah lama, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!”

Erm renung2kan dan selamat beramal~

Wednesday, April 14, 2010

Aku GEMUK

Sangat tensi untuk kelihatan langsing dan kurus. Skg ni mmg tgh kurangkan makan. Tapi aku bukan la kuat makan mcm En Azli. Tapi aku tetap GEMUK jgk. Haishh tensinya rase. What should i do?

Masa lunch jer makan heavy ckit. Tapi takdala sampai 2 pinggan. Pastu balik keje dah tak makan. Kalo lapar cume minum milo jer. Tapi still tak berjaya lagi. Runsing sgt. Sudah ramai yang menegur. Malu la nok. Masalahnya my type of body ni....hasihhh

Jgn membuat sebarang spekulasi sembarangan pada pic di atas. Huhu. Ikutkan hati rase nak makan banyak2 biar gemuk lagi. Kurang makan pon mcm ni kalo banyak makan apatah lagi.

PLS HELP ME...

Ketegasan

Kadang-kadang ketegasan dalam diri itu penting. Tapi aku lebih tekankan disini ketegasan dalam diri seorang perempuan. Bole ke kita hanya berdiam diri bile diri sendiri di perkotak katikkan. kalau sekali dua bole la babe. Tapi kalo banyak kali memang sangat melampau.

Aku memang dah lame meninggalkan perkara sial marah-marah org tak tentu pasal. Tapi bila mulut tu dah tahap bau longkang busuk kene la kau. Nasib la ko depan org aku tibai. Kuang ajar sangat. Agaknya tu sebab ko takda awek sampai skg. Padan muke.

And now aku dah malas nak layan mana-mana jantan yang berperangai mcm sial. Bile kite sporting layan die pijak kepala. Ko ingat aku apa. So pada perempuan yang kat luar sana jangan sesekali bagi peluang pada lelaki untuk memperkotak katikkan diri kita. Die bukan beri makan pada korang kan.

Sejarah tak mungkin berulang. Aku bukan anti lelaki. Tapi masa sekolah dulu aku memang anti lelaki. Maksud aku lelaki yang bajet bagus dan perangai yang menjengkelkan. Tapi sekrang takkan nak buat perangai mcm tu lagi kan. Umur dah 24 tahun. Bole berfikir secara rasional. Bodo la aku kalo cakap tak suke lelaki padahal bertunang dan akan berkahwin dengan seorang lelaki.

So pada orang itu, tolong lah bertindak matang. Umur pon lagi "dewasa" dari aku kan. Really don't understand pada lelaki yang tak abis2 dalam kepala otak asik pikir pasal bende kotor aka SEKS. Kalo gersang sgt kawin la bro. Setel masalah. Kalo tak setel jgk bermakna memang ko SAKIT.

Tuesday, April 13, 2010

Update

Salam,

Minggu ni dah bermula final exam students aku. Erm itu bermaksud kelas sudah berakhir and sesi makan gaji buta akan bermula. Huhu mcm biasa bila takda kelas tak tau nak buat ape. Padahal banyak lagi keje berfaedah bole dibuat. Contohla kan kalo sape yg rajin sangat tu bole la mengaktifkan diri buat modul tuk sem depan. Tak pon prepare subject next sem. Wah rajinnya nok. Enough pasal keje.

Kelas master pon akan berakhir tak lama lagi, Erm saat yg sangat ditunggu2kan.Harusla balik Ipoh. Setelah sekian lama, hampir 2 bulan tak balik jumpa family terchenta. Last balik raya Cina. Erm sangatla beruntung pada sesiapa yang duduk dekat dengan family. Bole jenguk selalu kan. Erm selagi nyawa dikandung badan pegila berkasih sayang bersama orang tersayang sebelum menyesal di kemudian hari. Bukan setakat berkasih sayang dengan ehem-ehem je. Sesape yang ada peluang keemasan tu, janganlah sia-siakan peluang yang ada.

Erm semalam after keje sempat gi Semban berjumpa En Azli tersayang. Ade sedikit perkara yang perlu disetelkan. Erm cepatla tut tak payah nak berulang jauh semata-mata nak jumpa kan. Tapi kalo tak dapat keje mana2 haruslah stay di sini. And haruslah berulang setiap hari. Cekalnye kau nok. Takkan nak benti plak. Sayang. Pengalaman tu. Rugi disia-siakan.

Apa pon terjadi berjalanlah tanpa henti. Cepatla abis belaja. Kalo berjaya, 4 semester, tahun depan jugak aku abis. Chaiyok Fardilla. Malas nak pikir banyak bende, Bila dah setel satu bole concentrate bende lain plak. Focus focus focus!

Yes 2 report assignment lagi....

3 exam- 1 open book....

Friday, April 30, 2010

Budu

0 comments

Disable Right Click