Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 24, 2014

2nd Pregnancy?

Ho ho ho...Merry Christmas...gaya Santa Claus punya suara. Al maklum esok dah start cuti. Mesti teruja sikit nak meninggalkan opis. See you next year ye!

Eh berbalik kepada tajuk di atas. Auta atau benar? 
Korang rasa?

Dah berapa minggu/bulan?
Ermm tunggu tahun depan la kita story...
Okbai.

Tuesday, December 23, 2014

Cuti-Cuti Malaysia Di Musim Tengkujuh

Sempena akhir tahun ni mesti ramai yang apply cuti untuk spend quality time dengan family. Kerja kerja jugak tapi masa dengan family jangan diabaikan. Saya dah apply cuti start Krismas sampai New Year. Hopefully bos tak banyak bunyi. Nak balas dendam jerit payah penat lelah handle kelas masa short semester. 

Before new semester start, I nak enjoy puas-puas dulu. Lately banyak sangat benda bodoh yang timbul. Kesimpulannya memang orang super annoying ni memang berada di mana-mana. Selagi kita boleh layan kerenah mereka, layankan aje. Tapi rasanya memang tak lama nak stay kat company ni. Tak lama lagi confirm angkat kaki jugak. Kita hold dulu story yang ni.

Erm plan nak pergi mana ye ditambah dengan cuaca yang tak menentu skang ni. Ipoh dari pagi semalam hujan non stop sampai saat ni. Hopefully ibu dengan walid dapat bawak Mia pergi somewhere untuk spend masa together. 

Jadi ke tidak planning saya??
Tunggu next entry.
Okbai.

Rindu Rumah Sendayan

Tinggal dengan parents dan hidup sendiri selepas berkahwin banyak bezanya. Saya sudah melalui kedua-dua fasa. Dan ternyata dengan ikhlas saya akan memilih untuk mencorak hidup sendiri selepas berkahwin, tambahan dengan kehadiran anak. Walau sesusah mana pun life kita masa tu.

Sesunguhnya sekarang ni saya sangat rindu rumah Sendayan. Rindu dengan life yang dulu sebagai seorang isteri dan ibu. Lakukan rutin dan tanggungjawab sendiri. Walaupun penat tapi itu tanggungjawab yang saya galas dengan penuh rasa ikhlas. Rindu nak masak, rindu nak bergolek depan tv dengan husband, rindu nak basuh baju, gosok baju untuk husband, rindu nak kemas rumah....segala-galanyala...

Rindu rindu rindu....

Kadang-kadang tak semestinya apa yang kita fikirkan baik untuk kita baik untuk kita. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya ketika ini. Positifkanlah diri. 

Moga kehidupan berjauhan dengan husband ini tidak berpanjangan. 

Monday, December 22, 2014

Mia & Walid

Ada kajian menunjukkan jika anak perempuan rapat dengan bapa, mereka lebih bijak dan IQ lebih tinggi. Wallahualam. Walaupun walid bukan 24/7 bersama dengan Mia, tapi bila walid balik saya boleh tengok Mia memang rapat dengan husband. Muka pun fotostat muka walid kan. Mau tak rapat. Walid plak memang pandai melayan setiap kerenah Mia.

Kadang-kadang rasa walid lebih pandai jaga Mia dari ibu. Dulu sebelum ada anak selalu curious bole ke husband handle anak nanti?? Rasa macam tak je. Huhu berdosanya underestimate husband sendiri. Tapi alhamdulillah syukur sangat sebab husband pandai urus Mia sejak Mia kecik lagi. Don't judge book by its cover uolsss.... =p

Bayangkan dulu masa kerja di Nilai, pagi-pagi saya tak perlu nak rushing pun nak uruskan Mia. Waktu kerja husband fleksibel so dia yang akan mandikan Mia segala. Dah siap bagi Mia susu baru hantar ke rumah pengasuh. Yang tu masa Mia 3 4 bulan. 

Now Mia dah besar sikit. Dah pandai nak tantrum nak mengamuk. Kalau Mia tantrum pandai je walid handle. Macam ada magik. Lagi satu bila part nak tidokan Mia. Walid tengah tengok tv pon, Mia dah boleh tertido kat atas bahu walid. Tengok betapa manjanya Mia dengan walid. Cuba ibu yang tidokan? Letak dalam buaian belum tentu lagi nak tido walaupun dah berjam dodoi nyanyi lagu itu ini...

Belum cite lagi tebiat walid masa drive. Husband memang dah biasa drive berdua dengan Mia tanpa car seat. Selamba je siap pernah warning dengan polis. Apa kisah orang tak makan saman kan. Haha. Kadang-kadang ibu duduk sebelah pun sibuk nak duduk atas riba walid masa drive. Walid pun sama layankan je. Ada masa saya berkeras jugak, alihkan perhatian dia. Bahayala Mia oiii....

Kalau walid balik memang dia akan all out spend masa dengan Mia. Dari mandi pagi-basuh berak-bagi susu-tidokan Mia semua dengan walid. Lagi satu kalau walid ada hari-hari walid bagi makan ice cream. Mentang-mentang tutti frutti dekat. Kata walid ice cream yogurt elok untuk perut Mia. Janji Mia happy....

Rasa kesian plak bila walid dah kene balik Seremban, momen nak berpisah tu memang sedih. Haii la anak takpe sikit masa lagi, lepas tu awak boleh kepit dengan walid selalu. 

Don't try this at home.

Terima kasih walid sebab jadi walid yang terbaik untuk Mia.
Love you so much.
xoxo

Wednesday, December 17, 2014

Cabaran Bisnes Online

Keadaan ekonomi skang memang memaksa kita untuk pikirkan sesuatu untuk tambah pendapatan. Sama ada kita kurangkan perbelanjaaan atau kita pikir alternatif lain untuk tambah pendapatan. Rata-rata kini dah ramai sangat yang tambah pendapatan melalui side income. Begitu juga dengan saya. Ini juga merupakan titik tolak bagi saya untuk jalankan bisnes secara serius suatu hari nanti. Amin moga tercapai.

Side income paling glamour yang sesuai dengan zaman di "hujung jari" skang ni of course jual produk melalui online. Antaranya facebook, blog dan instagram. Pilihan saya haruslah instagram.

Bukan senang rupanya. Tiap orang ada pengalaman dan cerita masing-masing. Kalau sales tengah kencang bulan tu happy bukan kepalang. Tapi of course kadang-kadang nak balas wassap satu-satu tak menang tangan. Sambil menyusu anak, mengajar dalam kelas, potential customer tak putus tanya itu ini. Kalau lambat respon ada juga customer yang main kata kasar. Alahaiiii....

Kene maki dengan customer?? Dah pernah kene pun. Berpunca sebab barang lambat sampai. Order harini, esok mereka expect barang akan sampai. Kadang-kadang customer ni macam-macam ragam. Ni kes yang tak paham konsep. Susah nak explain. Bukan salah kita pun. Kita kenela queue order. Yang nak buat order tu bukan 2 3 orang. Ramai dik non. Kene sabar la kan...kalau rasa tak boleh sabar pergi kedai kan...abis cite...

Tapi apa pun ni semua pengalaman. Nak cari follower bukan senang. Nak bina tapak kat alam maya ni bukan amik masa sehari dua. Semua kene berusaha dan sabar. Especially nak bina "trust". Bukan mudah orang nak berurusan dengan kita tanpa lihat dan kenal kita.

Skang ni sayang sebab bisnes terpaksa dihentikan seketika. Hp buat hal. Semua urusan melalui wassap tergendala. Rindu nak bisnes balik. Rindu nak tengok transaction dalam bank sebenarnya. Huhu. Dapatla jugak topup sikit-sikit kan. Bayar credit cards ke ptptn ke. Tak payah guna duit gaji....

Apa lagi ye idea untuk tambah income??

Friday, December 05, 2014

Biar Hidup Sederhana Janji Bahagia

Assalamualaikum dan hello...

Kejap je rasa dah masuk hujung tahun. Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru. Ya ampun hidup ku terasa makin complicated. Dah rasa tak tahu nak buat keputusan. Umur dah makin meningkat. Tapi masih mencari-cari kehidupan yang stabil...erti life yang sebenar.

Skang ni dah pening sama ada nak jadi part-time students-fulltime mother-and full time business woman. Arghh business woman gituww.. semua benda aku nak buat kan. Tapi at last kene pilih jugak yang mana menjadi priority. Bukan hanya nak puaskan hati sendiri tapi kene pikir banyak cabang-cabang yang lain. Yang paling penting tak mahu anak-anak terabai. Apa guna duit banyak tapi anak-anak kurang kasih sayang. Keluar pagi balik malam, masa dengan anak dan family ntah ke mana. Saya tak mahu kehidupan macam tu.....

Kadang-kadang rasa biarlah hidup sederhana..tak kaya tak mewah pun tak apa. Asalkan hati tenang dan bahagia. Setiap hari penuh dengan kasih sayang. Bila dah jadi mak-mak memang gini kan tahap pemikirannya. Huhu...

Harap ketemu jalan penyelesaian terbaik.

Tuesday, November 11, 2014

Yeayy Mia Dah Terima Susu Formula!

Salam dan hello,

Before saya start untuk new post ni, sempat saya trace stats yang menjenguk blog saya yang suam-suam kuku ni. Saya tengok kat search google then ternampak "fardilla fawzi". Terus kata wooowww...'ada orang nak stalk iolss ke'...

Siapakah gerangannya??
Stalk untuk negative side or positive side uols?
Kalau takat nak compare-compare life uolss dengan iolss baiklah uolss hentikan saje.

Nampak iolss dah perasan kat situ.
Opsss...
Abaikan...

*****

Sebenarnya entry ni bukan nak cakap pasal stalker tapi nak cerita betapa gembiranya hati ini bila semalam balik kerja mak cakap Mia dah boleh minum susu FM. Habis 2 botol. Selalu bila bagi susu FM confirm taknak. Bagila susu yang mahal macam mana sekali pun..sedap macam mana pun. 

Dah berapa bulan saya dalam dilema. Susu sangat kurang. Dah jarang dapat pump penuh-penuh. Tapi nasib baik bila dah masuk setahun Mia dah boleh diberi makan. Untuk ganti kalsium yang kurang, saya akan bagi calci-yumm atau yogurt. Tapi tak boleh bagi dengan kerap. Yang itu Mia suka makan. Kadang-kadang dah habis mintak lagi.

Macam mana Mia boleh terima susu FM?
Susu apa yang saya bagi?

Semalam Mia kurang makan..terus mak dapat idea tergerak hati nak bagi susu FM. Lepas tu terus nak tanpa reject uols. Masa mak cerita saya rasa macam nak lompat bintang. Ya Allah syukur sangat. Selama ni saya selalu risau. Nak tinggal lama-lama pun takut sebab stok susu memang takda. Syukur pada Allah selama Mia bergantung susu dengan saya, Allah beri kesihatan dan kelapangan untuk saya. Baru saja saya bercakap-cakap dengan Mia masa dia tidur, "macam mana la nanti kalau ibu masuk hospital, sapa nak bagi Mia nenen...."

Alhamdullilah beberapa hari lepas tu (semalam) Mia nak minum susu FM. Means boleh support susu saya yang makin berkurang ni. Nak cakap pasal brand susu memang macam-macam dah cuba. And finally susu Dutch Lady 1 2 3 Madu jugak Mia terima. Takda muntah atau sembelit ye. Maksud sesuai la tu...

Malam semalam bermula la episod saya bangun pagi untuk bancuh susu Mia. Sebelum tido stand susu and air panas. Rasa macam kelakar plak. Kuikui... Oh ya Mia sampai skang masih bangun malam untuk menyusu ye. Dalam 2 kali macam tu. 2-3 pagi and nak dekat subuh.

Tapi semalam lepas minum abis satu botol tetap juga nak mengempeng dengan nenen ibu. Baru dapat tido semula. Walaupun dah boleh terima FM, nenen tetap tidak dilupakan. Takpe lepas ni Mia boleh continue balik ye nenen dengan ibu...tapi bukan buat masa skang... =)

So skang tak sabar nak tambah botol susu baru and flask air yang comel-comel. 
=P

P/s: Tunggu 2 bulan lagi kot untuk next entry....=p

Monday, November 03, 2014

Pilih Untuk Berada di Sisi Suami

Salam uolss,

Allah dah November. Tengok entry untuk Oktober, masya Allah ada 2 ketul je. Mana semangat nak bercerita panjang lebar kat blog. Patutla hati macam makin sakit rupanya banyak sangat pendam hati. At least kalau meroyan kat sini terubat jugak hati kan.

Ayat cliche --> sebenarnya saya busy melampau. Dah 6 bulan go through makan gaji kat sini rasa macam..."eh tak best rupanya kerja sini" Segala expectation saya di awal masuk kerja dulu lenyap begitu saja. Haha. Skang rasa nak berhenti uols. Sumpah tak tipu. Passion dalam diri dah semakin menipis. Tiap hari bangun kerja mesti nak mengeluh memanjang.

Kenapa tetiba ubah fikiran jadi tak suka?? Banyak perkara sebenarnya. Tapi semester ni paling menguatkan rasa tak suka. Sem ni short semester. Dan credit hours saya dah cecah 30 jam. Dari Rabu sampai Jumaat ada kelas praktikal 830-530 pm. Sapa ajar bagi kelas praktikal time short sem melainkan nak bagi lecturer "mampus". And ada banyak lagi cara dan sistem yang tak kene and bagi saya banyak menyusahkan lecturer. Students ditatang bagai minyak yang penuh. Tak boleh dijentik langsung. Tapi alhamdullilah this sem saya tak jumpa students yang macam ba alif ba ya...Sem lepas yes....nak kene cerita jugak. Haishh tak payahla..kang menakutkan candidates lain yang nak cari makan kat sini plak. =p

Dah lama tak balik Seremban. Takda cuti langsung. Tak sabar tunggu Disember sebab dah abis sem yang super disaster ni. Sumpah rindu yang amat kat rumah sana. Then baru saya tahu erti manisnya bersama dengan husband walaupun sebenarnya waktu itu serba serbi kekurangan. Wujudnya suami di sisi sebenarnya memang penguat semangat walaupun robek sana sini, tak cukup sana sini..makan hati sana sini.

Skang ni tengah berfikir-fikir nak balik Seremban semula. Dan saya tahu saya tak boleh nak hadapi keadaan macam ni dalam jangka masa yang panjang lagi. Memang kene bertindak skang. Duduk PJJ memang sangat tak best. Harap saya boleh bersabar sedikit masa dan Allah buka jalan untuk untuk saya.

Ya pasti pengorbanan itu sudah semestinya.

Ketemu lagi!

Monday, October 13, 2014

Short Sem! I Need Vacation!

Hari ini merupakan minggu pertama semester baru bermula.
Short semester plak tu.
Timetable saya memang pack macam sardin.
Isnin sampai Jumaat memang penuh dengan kelas.
Paling sadis Rabu hingga Jumaat 830-530 petang.
Praktikal kelas.
Kesian sangat dengan diri sendiri.

Positifkan diri je.
Takpe Fardilla sampai 5 Disember je pon ko nak muntah bagai dengan kelas.
Lepas tu students dah exam and boleh amik leave lama sikit nak pergi vacation.
Vacation la sangat.
Sumpah memang dah lama tak merasa pergi bercuti lama-lama bawak Mia jalan-jalan.
Nak bawak pergi mandi swimming pool.
Hopefully kali ni punya hasrat akan terlaksana.
Lump terus untuk birthday Mia and anniversarry...

Ok nak sambung buat kerja.
Market list..purchasing semua atas bahu sendiri.
Moga saya tabah!

P/s: Sambil-sambil tu nak google nak pergi tenangkan jiwa kat mana ye??

Thursday, October 02, 2014

Harga Minyak Naik Lagi....

Assalamualaikum semua...

Haishh tengok blog macam hidup segan mati tak mahu. Dah kurang sangat melontarkan rasa hati di sini. Dah kurang berkongsi and bercerita. 

Bulan ni dah masuk bulan baru. Oktober sudah muncul. Oktober hari special bagi saya sebab bulan ni hari jadi Mia. 4 Oktober Mia dah setahun. Kejap sangat masa berlalu. Dah setahun badan tetap kecik nonet. Mia...Mia.... jangan bila dah besar awak obesiti sudah la ye. Tak boleh kontrol badan macam masa awak kecik.

Minggu depan akibat dek kerana kurangnya peningkatan berat badan, terus kene jumpa Pakar Pemakanan. Sungguh awak memang takda masalah selera makan. Makan banyak. Tak pernah pun makanan yang awak tolak. Semua awak suka. Mungkin betul kata nurse, kene top up dengan formula milk. Tapi masalahnya awak reject susu formula yang ke xx. Susu ibu jugak yang awak suka. Takpelah usaha tangga kejayaan. Dah cukup setahun ibu try bagi fm yang sedap-sedap. Awak pon dah boleh makan macam-macam.

****

Bulan Oktober jugak minyak naik 20 sen. Terima kasih Malaysia kerana banyak membantu rakyat yang susah. Pagi ni masuk opis rasa macam nak gelak guling-guling bila baca status/statement di facebook. Macam-macam pandangan dan luahan rasa. Tapi yang pasti saya sokong apa yang Ustaz Kazim cakap....

Last but not least, harap akan ada kerajinan untuk selalu update blog.
Terima kasih kerana masih sudi menjenguk.

Friday, September 05, 2014

Kompilasi Kisah Suka Duka Miss Vanila

Secara rasminya harini maka berakhirlah semester May 2014 saya di sini.
Minggu depan sudah sibuk dengan final exam.
Setelah melalui pelbagai cabaran dan dugaan sebagai seorang tenaga pengajar di sini,
akhirnya saya mampu bertahan hingga saat ini.

Secara jujur saya happy bekerja di sini.
Banyak perkara baru yang saya belajar.
Sem ni saya diberi 2 subjek praktikal.
Untuk pengetahuan kalian saya lepasan ijazah Foodservices Management.
Takda basic diploma.
Masa matrik saya dalam aliran Sains.

Maka forte saya bukan dalam bidang praktikal atau kitchen.
Basic yang ada saya banyak belajar sendiri di buku atau sumber internet.
Walaupun mengajar saya juga belajar.
Kalau teori kelas saya memang takda masalah.

Di sini banyak perkara baru yang saya dapat.
Sem depan nak kerja sini lagi.
Belum masa nak lompat kerja lain.
=p

So harini terasa nak buat kompilasi menu yang saya buat bersama students kesayangan di sini yang rata-ratanya bukanlah dari bangsa yang sama dengan saya. (Bukan nak bersikap racist)

(Entry ini adalah rujukan saya masa akan datang)

=)

Selamat hujung minggu!

Thursday, September 04, 2014

Nawal Nur Ilimah 11 Bulan

Alhamdullilah harini Mia genap 11 bulan.
Sebulan lagi nak setahun.
Ya Allah cepatnya anak dara saya membesar.
Anak yang tak banyak ragam.
Yang kurus.
Kuat makan dan kuat berak.
Jenuh nak bagi Mia gemuk.

Belum ada gigi.
Sampai saat ini masih lagi gigih menyediakan homemade solid food untuk Mia.
Hampir semua yang saya masak dia makan dengan selera.
Nampak gaya bukan memilih.
Hari-hari makan sayur dan buah.
Semua Mia suka especially apple, brocoli and potato.
Pernah bagi Salmon, at first buat muka jugak tapi tak pernah yang tak habis.

Mia minum susu ibu juga hingga saat ini.
Walaupun ada turun naik stok susu.
Tapi halangan tu berjaya di atasi dengan jerih payah.
Ibu stress...nangis malam-malam bila tengok Mia sanggup lapar sebab taknak susu formula.
Tapi Allah sentiasa tunjuk jalan supaya Mia dapat minum susu ibu.

Rasa bersalah menebal dalam diri.
Mana susu tak drop sebab hanya pam sekali sehari.
Minumlah booster apa sekali pon kalau tak follow demand and supply yang betol.
Ya Allah permudahkan urusan ku menyusukan anak ku.
Dah setahun dah boleh introduce susu formula yang ada flavour.
Dapat susukan selama setahun pun dah cukup bersyukur.
Janji perut Mia kenyang.

Mia pun dah semakin bijak.
Dah pandai menari dengar lagu kat walker
Dah pandai baca alif...ba..ta.. (3 huruf jela.. ;p)
Dah bole dengar arahan.
Dah bole salam..
Dah bole lambai tataaa bila ibu pergi kerja..
Tahu lagu tepuk amai-amai..
Mia memang clever girl...

Bertatih?
Oh skang bila cakap tatih..tatih...tatih terus berdiri lepas tangan..
Kadang-kadang lama...
Tapi nak melangkah setapak belum lagi...
Kene terus berlatih lagi.. =)

Erm kalo nak cerita pasal Mia sampai esok pun tak abis.

Sementara tunggu time nak balik ibu spend masa untuk coretkan sesuatu tentang awk...
Okla...nanti sambung lagi...

Wednesday, September 03, 2014

Aqiqah Nawal Nur Ilmiah

Alhamdullilah selesai sudah niat kami untuk aqiqahkan Mia. Takda buat kenduri besar-besaran pun. Kami "join venture" kenduri kesyukuran Kak Tam (kak ipar) yang nak pergi haji.

Niat asal nak buat masa Majlis Kesyukuran sikit masa birthday Mia setahun. Tapi tukar plan plak tetiba. Takpela asalkan niat aqiqah tu dah lepas.

Saya hanya buat preparation sikit-sikit. Mana yang mampu sebab bizi dengan rutin kerja.

Masa on the way balik Seremban.
Bertolak pun dah petang.

Homemade Muffin.
Oven pun kecik molek je.
Jenuh nak tunggu bakar semua.

Puding koktail untuk dessert.
Nasib ada Tasha yang tolong.
TQ Mak Lang.

Homemade fruit cake.
Ikutkan banyak lagi dessert yang saya nak buat.
Tapi hentikanlah niat murni tu.
Ada banyak sangat faktor halangan.

Doorgift.
Memang tema colorful.
Idea husband.

Ada bunga telur + telur puyuh
And muffin/choc moist cupcake

Gambar penutup.
Tak banyak tangkap gambar sepanjang majlis.
Awal sampai Mia tido.
Lepas tu terus lupa.

Demikianlah cerita Majlis Kesyukuran & Aqiqah yang serba sederhana.
Bulan depan Mia satu tahun.
Ada celebration tak???

Tuesday, September 02, 2014

Oh September

Bulan September.
Di sini lahirnya sebuah cinta.

Bulan September adalah bulan cinta saya dan husband.
Tahun ni anniversary ke 3.
Alhamdullilah 
=)

Mia pun bulan ni dah masuk 11 bulan.
Bulan depan Mia sudah satu tahun.
=)

Semakin malas nak berblog.
Okbai!

Tuesday, August 19, 2014

Sepi Seorang Perindu

Sudah lebih kurang 10 hari tak jumpa husband.
Sumpah rindu gila.
Sejak dah pindah Ipoh, memang PJJ dah menjadi rutin kami.
Husband masih ada kerja di Seremban.
Kerja kat Ipoh dah lama setel.

Tapi kesian sebab kene tipu dengan manusia hantu.
Oh tak kisahla bukan husband sorang yang selalu kene tipu.
Abis semua orang dia tipu kan.
Semoga Allah membalas segala perbuatannya.
Mungkin sekarang dia senang bersenang lenang di atas kesusahan orang lain.
Saya percaya suatu hari nanti Allah akan balas balik segala kejahatan yang dia telah buat.
Tapi yang pasti segala rahsia dia, kita dah tahu.
Senyum lebar.
=)

So skang kerja banyak tertumpu di Seremban.
Kerja kat Ipoh belum start ni dalam masa terdekat ni.
Dalam 2 minggu sekali or seminggu sekali husband balik Ipoh tengok pada keadaan.
Bila duduk dengan family, takdalah rasa boring sangat bila kene tinggal.
Tapi kesian dekat husband sebab kat sana kene urus diri sendiri.
Selalu ada saya kan, walaupun kadang-kadang tak masak pun...=p

Kalau Mia dah besar sikit confirm weekend je I dah balik Seremban.
Sabtu Ahad dah cuti kan.
Mia kecik lagi tak berani lagi nak travel berdua dengan dia.
Buatnya mengamuk taknak duduk dalam car seat, tak berani nak benti tepi highway..

Haritu pukul 3 pagi husband whatsapp cakap rindu...
alahai bangun tido terus melting gila.
Bila nak jumpa ni..
Counting the days.......
Kata minggu ni nak balik....
Ibu and Mia miss you...

Semoga ikatan kasih sayang ini makin utuh dari hari ke hari....
Amin

Miss the three of us together....

Bila walid nak jumpa kita ni???

Wednesday, December 24, 2014

2nd Pregnancy?

0 comments

1 comments

Disable Right Click