Assalamualaikum dan hello...
Kejap je rasa dah masuk hujung tahun. Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru. Ya ampun hidup ku terasa makin complicated. Dah rasa tak tahu nak buat keputusan. Umur dah makin meningkat. Tapi masih mencari-cari kehidupan yang stabil...erti life yang sebenar.
Skang ni dah pening sama ada nak jadi part-time students-fulltime mother-and full time business woman. Arghh business woman gituww.. semua benda aku nak buat kan. Tapi at last kene pilih jugak yang mana menjadi priority. Bukan hanya nak puaskan hati sendiri tapi kene pikir banyak cabang-cabang yang lain. Yang paling penting tak mahu anak-anak terabai. Apa guna duit banyak tapi anak-anak kurang kasih sayang. Keluar pagi balik malam, masa dengan anak dan family ntah ke mana. Saya tak mahu kehidupan macam tu.....
Kadang-kadang rasa biarlah hidup sederhana..tak kaya tak mewah pun tak apa. Asalkan hati tenang dan bahagia. Setiap hari penuh dengan kasih sayang. Bila dah jadi mak-mak memang gini kan tahap pemikirannya. Huhu...
Harap ketemu jalan penyelesaian terbaik.
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment