Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, December 28, 2013

One Happy Family

Pertama kali gambar bertiga,
Tiap kali nak keluar mesti terlupa nak snap, kali ni taknak lepas peluang lagi.
Asik-asik tangkap gambar Mia sorang je sampai dah nak full memory hp.
Mia takda mood sebab kacau dia sedap tido.
Terserlah Mia memang copycat muka walid.

We are happy family
=)

Friday, December 27, 2013

Mia & Botol Susu

Mesti korang bosan kan. Saya asik cerita pasal Mia. Dah ada anak off course la asik nak cerita pasal anak je. Itu je cerita menarik yang boleh dikongsi di sini. Kalau nak cerita pasal kerja kang, lagi la bosan korang nak dengarkan. Banyak yang tak best. Kuikuikui...

Sejak dah nak masuk kerja, memang dah kene ajar Mia minum susu pakai botol. Itu pun lambat jugak train. Sepatutnya masa awal lagi dah boleh train. Berbekalkan sebotol Tommie Timmee yang saya beli semasa mengandung, botol tu yang saya guna untuk train Mia minum susu.

Alhamdullillah bila tiap hari train Mia dah boleh terima minum susu pakai botol. Dua hari lepas beli botol baru. Dalam pikiran, konon bila dah biasa minum susu pakai botol mesti dia tak kisah pakai botol brand apa pun. Konon nak try la beli botol lain kan.

Tapi nasib baiklah rasa tak sedap hati plak, beli la jugak brand yang sama. Esok pergi kerja dah siap pesan kat mak, bagi Mia try minum pakai botol baru. Balik kerja mak cakap Mia merajuk taknak minum susu sebab puting botol lain. Sehari asik nak tido konon mogok lapar. Minum 4 botol je. Itu pon pakai botol yang lama. Selalu dalam 5 botol.

Balik tu breastfeed Mia, dia nampak macam keliru dengan puting. Mungkin dia ingat puting botol yang dia tak suka tu. 

Alahai Mia.. ibu kene praktis dulu kat awak kalau beli botol baru untuk awak.

Cerita pasal awak, buat ibu rindu dengan keletah awak. Cepatla pukul 5 pm...

P/s: Malam ni makan ikan bakar. Dah lama tak pekena seafood lepas beranak ni. Bawak nenek, atuk dan aunty Wa. Esok diorang dah nak balik...

Mia & Nenek

Niat dihati dulu konon nak amik cuti tambah lagi sebulan untuk maternity leave. Kesian plak nak tinggalkan anak pada orang sebab kecik lagi. Tapi disebabkan terpaksa unpaid leave masa tu, niat terpaksa ditangguhkan atas alasan tertentu. Gaji 2 bulan cuti pun kene hold. Atas alasan yang malas nak saya tak tulis kat sini. Maka dengan ini saya akan aggressively mencari peluang baru. Kalau dulu alasan mengandung susah nak cari kerja jauh, so kali ni takda alasan lagi. Sejauh mana pun selagi ada peluang yang lebih baik saya akan pergi.

Masa mengandung dulu ada peluang tapi keadaan masa tu membuatkan saya menolak peluang tersebut. Kali ni saya dah bersedia. Asalkan Mia dan walid tetap bersama saya. Cewahhh...

Bila dah start kerja alhamdullilah parents willing nak datang Seremban untuk jaga Mia sementara. Ditambah cuti sekolah. Oh ya adik bongsu masih bersekolah. Tahun depan Form 5. Nak SPM so mak dan ayah perlu fokus dan beri perhatian sepenuhnya pada dia. Harap dia boleh ulang balik kejayaan macam PMR dulu. Amin..

Sabtu ni nenek dan atuk Mia dah nak balik. Minggu depan dah start sesi persekolahan. Kalau sebelum ni takda sekelumit risau pun bila nenek yang jaga Mia. Kita yakin macam mana mak jaga anak kita kan. Kalau nak kira jasa dan pengorbanan mak dan ayah memang tak terkira. Terlalu banyak. Tambah bila dah ada anak baru kita rasa macam mana kasih sayang ibu dan anak tu. Semoga saya dikurniakan rezeki yang lebih untuk mengembirakan mak dan ayah tiap masa.

Bila ada mak kat rumah, keadaan rumah terjaga. Mak siap masak and siap tolong lipatkan baju saya dan Mia. Walaupun saya tak suruh pun mak buat. Alahai...lepas ni bila diorang dah balik rumah akan sunyi and mampu ke saya untuk handle Mia seorang diri. Huhu...

Kalau dapat kerja dekat dengan parents kan bagus....

Lepas ni bermula la episod Ibu, Walid dan Mia di rumah kami...

Menulis Bukan Kerana Nama

2013 bakal melabuhkan tirai,
ups and downs semua menjadi pengajaran yang bermakna dalam hidup,
Boleh dikatakan 2013 adalah tahun yang mencabar bagi saya,
Tidak semestinya setiap hari adalah hari yang indah,
Dan tidak semua hari yang dilalui adalah pahit sentiasa,
Masih ada manis yang boleh dikenang,
Yang pahit biarlah disimpan dalam hati,

Moga-moga tahun mendatang akan buat saya lebih tabah dan melihat sesuatu perkara yang terjadi dari sudut yang positif,
Moga dihindari dari sikap putus asa,
Perjalanan masih terlalu jauh,
Masih banyak perkara yang belum tercapai,
Hidup mesti ada matlamat.

P/s: Just got an interview this coming Monday. Kalau ada rezeki petanda baik. Jika tidak masih perlu kerja keras lagi....

Menulis dan meluahkan buat diri rasa tenang. Persetankanlah stalker yang tidak bergaji itu. Ternyata hidup kita berbeza.

Thursday, December 26, 2013

Perkembangan Nawal Nur Ilmiah 2 Bulan++

Wah minggu depan budak tecik ni dah masuk 3 bulan, cepat sangat masa berlalu. Rasa baru semalam dapat berita gembira yang ibu dapat tahu mengandungkan awak setelah penantian selama setahun. That's why ibu letak nama awak Nawal. Nawal bermaksud anugerah. Awak adalah anugerah kurniaan Allah untuk ibu dan walid. Alhamdullilah.

Nak tahu perkembangan Mia sekarang ni???

  • Dah pandai bagi respon apabila diagah dan suka diajak bersembang. Mulut bising nak cakap jugak bila kita dok bercakap dengan dia.
  • Pernah sekali ibu main dengan awak, awak ketawa berdekah-dekah bukan main lagi. Ibu sangat teruja. Pdahal main cium-cium pipi je pon.. =)
  • Dah pandai tido lasak. Pagi tadi dah melintang tido. Bantal hilang kemana. Tengok-tengok celah ketiak walid. Nasib walid tak hempap awak wahai Mia. Sapa suruh ibu taknak letak Mia atas katil Mia kan...
  • Dah nampak potensi nak meniarap. Suka mengiring. Tido nak mengiring. Marah sebab lambat bagi susu pun nak mengiring....
  • Habit suka hisap jari bila nak tido. Hisap ibu jari kiri plak tu (kidal ke Mia ni). Kalau kita tarik bukan main lagi marah. Tak elok untuk gusi dan jari la wahai Mia...
  • Berak dah jadi 3 hari sekali baru berak. Kalau dulu dalam sehari sampai 3 4 kali nak berak. Kadang-kadang sampai terbersin pun nak terkenjit sekali. Tu sebab pertambahan berat masa check up 2 bulan kurang memberangsangkan. Hopefully check up 3 bulan pertambahan berat adalah normal.
  • Rambut tumbuh semakin lebat dan hitam...
  • Tak banyak ragam bila dibawa ke hulu ke hilir. Tiap kali masuk kereta nak tidur. Haritu bawa pergi Nilai 3 sepanjang shopping tido atas walid. Macam tak tidur setahun...huhu
  • Sampai ke saat ini masih fully breastfeed...alhamdullilah

Itu saja perkembangan Mia sebelum masuk 3 bulan....semoga awak membesar dengan sihat dan ceria....

Hari Yang Lesu

Menjelang hari Khamis badan akan bertambah lesu. Serius pagi tadi rasa malas sangat nak pergi kerja. I need energy booster. Baru rasa penangan beranak sorang. Cannot imagine anak dah berderet and tempat kerja plak jauh dari rumah. Memang skang tengah planning nak cari kerja jauh sikit dari rumah. Jadi balik macam dulu. Nak buat macam mana company ni tidak menjamin masa depan yang cerah. Rasa macam dah penat sangat bersabar dengan itu dan ini.

Planning for next year banyak dalam kepala otak ni. Arghh forget about new year resolution. Kita tak perlu pon letakkan azam hanya pada tahun baru. Tiap hari kene buat azam and semat dalam hati. Semoga tahun depan dipenuhi dengan berita-berita yang mengejutkan. Amin...

Wednesday, December 18, 2013

After a Long Silence...

Salam and hallo everybody,

Wahh it's been over one month plus since I last updated. Finally I'm coming back after a long silence. I'm quite busy after having a baby. Sangat cliche alasan. I already started the previous routine (working) after two months of maternity leave. Only two months because we are in the private sector. Luckily if you are in government sector then you can apply for three months maternity leave. Pray hard one day I will be a one of the civil servants. Arghh talking about job in government sector make me sick! 

Take a deep breath. Bersyukurlah apa yang ada.....alhamdullilah I least I have workplace to "cari makan"

Have a lot of works to be settled. 
Will update soon.

Last but not least, presenting......

Photo: <3 Nawal Nur Ilmiah Bt Mohd Azli is 2 months, 1 week and 6 days old <3

Nawal Nur Ilmiah Bt Mohd Azli is 2 months and 2 weeks old, today...

Sunday, November 10, 2013

Breastfeeding Journey Masa Pantang

Salam dan hello semua!

Terasa macam nak post sesuatu tentang breastfeeding journey saya dan Nawal Nur Ilmiah. Alhamdullilah memang rezeki Mia dapat breastfeed hingga hari ini. Syukur sangat. Apa yang saya belajar dari rakan-rakan yang turut sama menyusu anak secara ekslusif ialah kita kene yakin dan positif. Mindset kene betol. Kalau kita cakap tak cukup susu memang tak cukup susu. Kalau mindset betol and ikut cara yang betol, insya Allah susu sentiasa cukup and tak perlu pun supplemen tambahan untuk menambah susu. Itu yang saya tahu hasil daripada bacaan buku kat bawah ni.

Masa awal bersalin, saya agak terkejut jugak sebab Mia memang takda masalah nak hisap nipple. And susu awal (kolostrum) keluar lepas Mia hisap. Good girl anak ibu. Terima kasih jugak pada biras yang bantu masa nak susukan Mia kat hospital. Mula-mula memang agak kekok tapi lama-lama rasa seronok. 

Nak susukan direct pun ada banyak cara. Tapi saya selesa dengan posisi cradle hold. Pernah try baring masa susukan Mia, tapi dia tersedak mungkin aliran susu yang laju. Sejak tu saya tak berani nak baring sambil susukan Mia. Yang pangku ni pun dia tersedak jugak kadang-kadang. Pernah suatu hari tu masa baring sambil menyusu, Mia muntahkan banyak susu lepas tu. Paling berdebar time kite tengah mamai nak susukan dia waktu malam. Mengantuk macam mana saya akan duduk sambil pangku dia. Sejak tu saya memang sangat berhati-hati nak menyusukan dia. 

Husband belikan untuk tambah ilmu.
Thanks jugak pada Kak Shima sebab perkenalkan buku yang sangat berguna ni pada saya.

Hasil perahan pada hari ke-3 (sebelum urut).
Frust sesangat masa ni sebab hasil pumping tidak memuaskan.
Dah nak give up masa ni.
Cara pakai breast pump pun salah, sakit nipple.

Hari ke-5 (selepas urut)
Pandai Wan urut breast, lepas urut susu melimpah ruah.
Pump masa Mia kene warded sebab jaundis.
Hasil sebelah kiri.

Hasil sebelah kanan.

Yang ni adalah hasil yang latest untuk breast sebelah kanan.

Saya jarang pump. Stok EBM pun tak buat lagi. Skang ni tengah usaha ajar Mia minum pakai botol. Dengan syarat bagi masa betol-betol lapar, baru boleh habis. Saya hanya guna breastpump brand  Unimom mezzo yang manual. Memang agak time-consuming tapi kalau tahu teknik yang betol sekejap je kita dapat kosongkan breast. Kesimpulannya saya sangat berpuas hati dengan breastpump ni. Tak menyesal beli walaupon murah.

Apa yang penting kat sini kene sentiasa mantapkan ilmu di dada and positifkan diri. Berharap sangat dapat susukan Mia hingga 2 tahun!

P/s: Cooling bag, ice pack and warmer belum beli lagi.

Wednesday, November 06, 2013

Jaundis Susu Ibu

Yeay minggu depan dah habis pantang 44 hari. Tapi kalau boleh saya nak amalkan pantang 100 hari. Kalau boleh still nak amalkan minum air periuk (akar kayu), elak ais, elak seafood, elak makanan sejuk, nak mandi herba and sewaktu dengannya. Mana yang terbaik untuk badan kita la.

Sebab masa awal pantang dulu saya tak makan supplemen apa pun memandangkan Mia kene jaundis. Doktor diagnos Mia kene breastmilk jaundice. Nak buat macam mana, dah la Mia memang fully breastfeed. Takda campur dengan susu formula. Masa awal bersalin je aritu campur susu formula sebab Mia macam tak cukup susu. Lepas tu masa Mia kene warded sebab jaundis. Saya tak buat stok. So relakanlah nurse bagi susu formula. Saya takdala rigid sangat berkeras nak bagi susu badan kat Mia. Depends on situation jugak. Tapi lepas kejadian tu Mia memang minum susu badan sepenuhnya. 

Sampai skang kuning masih tinggal sikit-sikit. Jaundis susu ibu memang boleh berlarutan hingga 2-3 bulan. Mia dah siap buat blood test (direct In direct) takut sistem hati and buah pinggang tak normal kan. Alhamdullilah nothing serious. Haritu jugak doktor cakap boleh discharge. Maksudnya tak perlu ulang alik klinik check bacaan kuning. Berat Mia bertambah, berak and kencing normal and dia pun aktif. So skang ni tunggulah dengan sabar bilalah kuning Mia nak hilang sepenuhnya. Kulit pun still gelap lagi. Kadang-kadang je macam nampak merah-merah.

Malam semalam Mia taknak tidur. Wah setiap hari banyak perkara baru ibu kene belajar tentang awak. Dia asik nak menyusu and mengempeng. Dah tido lepas tu nak alihkan atas tilam, dia terjaga. Kalau kita biar dia merengek. Baring atas rocker pun taknak. Biasa kalau henjut atas rocker dia akan senyap and terus tidur. Bila waktu siang plak kalau kita biarkan atas tilam, dia akan pot pet pot pet and sedar-sedar dah tido sendiri. Nasib baik ada nenek. Saya dah mengantuk gila sebab memang jenis tak tido siang. Pukul 130 am semalam baru dia tido.

Skang ni pon saya tengah menulis ni Mia jaga tapi saya biarkan atas tilam. Tak merengek pun. Pot pet pot pet bahasa dia je. Padahal tengah berak tu. Eh tengok tu dah nak tertido pun. Mia Mia....hehe baby memang banyak ragamnya. Kene bersabarlah nak handle kan...macam mana la kalau dah balik Seremban nanti.

Esok pergi klinik. Check up sebulan. Tunggulah for next post. Da~ 
Nak salin pampers Mia.

Pengalaman Bersalin Gula Hati Ibu (Part 2)

Jumaat (4 Oktober 2013)

  • Dah bukak 2 cm and sakit pun tak sakit sangat. Pagi tu sambung tido. Memang kene tido nak simpan tenaga. Sebelum tido minum milo and roti dulu. Memang saya set dalam minda saya perlukan tenaga, nanti nak bersalin dengan izin Allah senang nak push.
  • Sampai pagi masa takda lagi blood show. Yang hanya ada air ketuban. Pagi-pagi saya dah rasa nak buang air. Risau sebenarnya nak buang air dalam keadaan macam ni. Tapi memang betol sebenarnya nak buang air. Hihi
  • Buat ctg memang dah ada contraction. Heart beat baby normal. Saya masih menunggu sakit contraction yang menggila.
  • Kak Long datang bawak makanan. Saya makan macam biasa. Masih ada selera. Diorang pelik tengok saya macam tak sakit. Bukan tak sakit. Sakit memang ada tapi saya masih boleh tahan. Dalam hati memang tak henti baca doa Nabi Yunus.
  • Nurse check bukaan dah 5 cm. Diorang suh saya stand by dalam labour room. Saya masih takda sakit yang menggila. Saya keluar balik dari labour room sebab tak tahan nak buang air. Dari semalam memang asik nak buang air kecil je. Saya berjalan-jalan area katil nak cepatkan bukaan.
  • Nurse kat situ tak habis-habis tanya saya. "akak ok tak?? Rasa sakit tak???" Diorang yang risau tengok saya sebab diorang cakap kalau orang lain dah tak tahan sakit. Sumpah saya memang takda rasa contraction yang menggila walaupun dah 5 cm masa ni.
  • Nurse datang buat ctg. Ini ctg yang terakhir. Ok masa ni saya dah terasa sakit MAKIN KERAP and MAKIN SAKIT. Bukaan dah bukak 6 cm. Saya terus stand by dalam labour room. Nurse assume saya akan bersalin dalam pukul 3 pm selepas solat Jumaat. Masa ni dah tengahari dalam 12 lebih macam tu. So doktor Sukhilmi sempat pergi solat Jumaat dulu.
  • Dalam labour room, husband memang 24 jam dengan saya. Alhamdullilah. Husband la yang tenangkan saya, urut badan saya, bacakan zikir untuk saya, bagi saya minum air zamzam. Memang tak buat air selusuh pun. Thank you husband!
  • Sakit makin menggila. Oh macam ni ke sakit contraction. Sakit datang makin kerap. Bila sakit memang saya pegang palang besi katil macam nak tercabut. Siap tepis tangan husband bila dia picit-picit. Kuikui sori husband. Itu adalah tindakan luar kawal.
  • Contraction berlarutan sampailah saya rasa nak teran berak tapi bukan nak berak. Nurse pesan kalau rasa nak teran, teran je. Masa ni saya tak sempat nak amik epidural pun. Hanya sedut gas tu je sebab memang tak tahan sangat, rasa baby nak keluar sesangat.
  • Doktor masa ni takda sebab solat Jumaat. Nurse call banyak kali tak berangkat. Nasib baik ada bidan yang berpengalaman. Sakit contraction yang menggila tu tak lama. Selepas beberapa kali teran, Mia pun keluar tanpa sempat tunggu doktor. Mia keluar ngam-ngam selepas solat Jumaat, pukul 2 pm.
  • Masa hujung-hujung nak teran tu saya putus asa jugak. Semua orang bagi semangat terasa macam masuk lumba lari acara suka sekolah plak. Huhu. Bayangkan dalam labour room tu ada lebih kurang 5 orang nurse and husband yang bantu saya.
  • Takda episiotomy tapi still terkoyak jugak. Kene 4 jahitan.
  • Bila Mia dah keluar memang rasa nikmat yang amat. Hilang segala sakit tadi. Doktor jahit pun dah tak sakit. Tapi lepas bersalin terasa fobia, rasa macam taknak mengandung lagi. Serik menahan sakit contraction.
  • Doktor datang semua dah selesai. Doktor keluarkan uri and jahit yang koyak. Doktor siap cakap tak sangka cepat keluar sebab dia expect dalam pukul 3 pm baru baby keluar. 
  • Alhamdullilah tak susah nak bersalinkan Mia. Saya bersyukur Allah permudahkan segalanya. Menahan sakit pun tak lama.
  • Sempat Mia bersalin kat Hospital Sukhilmi sehari sebelum doktor pergi oversea. Kalau ikutkan awal 2 minggu dari due date.
  • Husband insaf tengok saya bersalinkan Mia. Skang terasa makin dihargai. Terasa diriku begitu berharga...=p
  • Syukur Mia anak yang baik dan tak banyak ragam. Senang nak jaga masa dalam pantang. Tapi tecik-tecik mulut dia dah pot pet pot pet la...ikut sapa la ni???

=)

Tuesday, November 05, 2013

Sembelit Masa Pantang

Salam dan selamat sejahtera semua!

Sudah sebulan berpantang. Amalan berpantang memang sinonim dengan orang Melayu. Kaum lain pun dah pandai ikut cara pantang macam Melayu. Nak berurut and bertungku segala. Kalau tak ikut pantang betol-betol nanti bila dah tua baru terasa sakit-sakit badan.

Teringat masa pantang hari ke-20, saya kene sembelit yang teruk, berlarutan sampai 3 hari. Kalau ingat balik alahai seksa sangat tak sanggup nak lalui balik walaupun ada orang nak offer sejuta ringgit. Kuikui...nak bagitau betapa seksanya.

Dahla masa tu nurse datang check ibu and baby, saya sibuk dok ulang alik toilet tapi yang nak keluarnya takda. Rasa nak b*r*k tu macam rasa nak teran keluarkan Mia. Mak kata jangan diikutkan sangat. Takut nanti rahim jatuh. Orang tua cakap rasa "renggat".

Nurse check tekanan darah ok and peranakan pun ok dah kecut. Jahitan pun ok. Berat Mia dah naik 400 gram dari 2.9 kg jadi 3.3 kg. Nanti nak timbang sebulan tak tahu la naik berapa kilo. Skang ni dukung menyusu pun terasa dah "hantap" anak ibu.

Berbalik kepada sembelit. Saya kerap rasa nak teran. Bila rasa nak teran tu tak boleh ditahan-tahan. Memang rasa nak teran macam nak bersalin tapi tak keluar sebab najis keras and besar (maaf entry meloyakan). Nak paksa teran takut jahitan terkoyak plak. Sebab jahitan saya memang lagi sikit dengan tempat tutttt....

Bayangkan dalam pantang kene macam ni. Dengan menyusukan Mia lagi. Saya memang tersangat tak selesa. Tido pun tak lena. Stress sangat masa ni. Memang takda mood. Berdoa tak habis-habis.

Hari ke-3 tak dapat tahan saya ajak mak pergi klinik. Memang dah sanggup dah. Walaupun malu nak cakap jumpa doktor sebab sembelit. Sekali kene ceramah dengan doktor. Dia bagi nasihat jangan ikut pantang orang dulu-dulu. Jangan pantang makan. Masa pantang boleh makan semua especially makanan yang berkhasit. Jangan terikut-ikut dengan orang tak boleh makan itu ini. Kita kene makan buah and sayur banyak untuk elak sembelit. Memang diakui saya tak makan sayur and buah konon takut sejuk and berangin. So saya tanya buah apa yang boleh dimakan. Senang je doktor tu cakap, MAKAN BUAH YANG KITA SUKA, BUAH TAK SUKA JANGAN MAKAN. Paham tak maksud di situ.

Sejak jumpa doktor saya memang tibai makan buah and sayur banyak-banyak. Minum air banyak. Alhamdullilah penyakit sembelit berjaya diatasi. Saya memang dah tak pantang makan. Saya hanya pantang tak makan seafood and sayur/buah yang berangin. Sebab badan saya jenis angin banyak. 

Amalan berpantang ni ada yang boleh kita ikut dan tidak. Kalau orang dulu hanya makan nasi and ikan kering/ ikan bilis. Mana nak dapat khasiat kan. Pokok pangkal fikir secara rasional and kebaikan diri sendiri dan anak. 

Saya memang takda menu dalam pantang. Dalam pantang makan sedap-sedap siap masak sendiri lagi apa yang saya nak makan.

Sekian. Wallahualam.

Monday, November 04, 2013

Persamaan Gula Hati Ibu & Sinchan

4 November 2013
Anak ibu dah cukup sebulan. Nanti 7 hbln nak pergi cucuk.
Alhamdullilah sampai hari ini ibu masih breastfeed awak.
Ibu harap awak terus membesar dengan sihat dan bijak.
Ibu dan walid sayang awak sangat-sangat

Ibu cakap awak dah macam sinchan.
Jangan marah 
=p

P/s: Journey breastfeed awak akan menyusul

Sunday, November 03, 2013

Pengalaman Bersalin Gula Hati Ibu (Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama sungguh tak menjenguk kat sini. Internet access takda. Bila Tasha balik barulah boleh online dengan gembira. Sudah sebulan berpantang. Sekejap sangat masa berlalu. Nanti sampai masa dah kene masuk kerja balik. Part tu yang paling tak suka bila kene tinggalkan anak pada orang lain. Nak buat macam mana, ibu dan walid kene cari rezeki untuk Mia =(

Sebenarnya ada hutang satu entry di sini berkenaan pengalaman bersalin Mia.

Khamis (3 Okt 2013)

  • Hari Khamis (3/10/2013) masih bekerja seperti biasa tapi dah rasa lain macam. Harini macam kurang selera makan, badan pun macam berat and bila jalan rasa macam mengah sangat. Sebelum balik opis, saya kemas meja and angkut barang penting bawa balik rumah. Rasa macam tak sedap hati. 
  • Sebelum balik terserempak kawan opis bagitau Sally dah start turun air ketuban. Kawan saya ni nak amik anak Sally sebagai anak angkat. Panjang ceritanya. Tak perlu hurai di sini. Masa ni saya dah rasa nervous. Bila plak turn saya??
  • Seminggu sebelum ni saya memang dah pulun kemas rumah. Dah rasa-rasa macam nak bersalin awal. 
  • Balik rumah saya rasa penat sangat. Solat Maghrib and baca surah Maryam. Itu pun tak sempat habis sebab terlalu mengantuk sangat. Sebelum tu sempat sumbat baju dalam mesin basuh. Kalau sakit nanti senang, baju dah siap basuh.
  • Malam ni tido awal. Husband tak balik lagi sebab banyak kerja. Takda rasa sakit apa-apa pun masa ni. Tapi saya kerap buang air kecil. Saya dah biasa tinggal sorang and husband balik agak lewat.
  • Husband balik dalam pukul 1 pagi. Itu pun sebenarnya kerja kat opis tak setel lagi and dia kata kat kawan dia nak balik sebab rasa macam tak sedap hati. Saya selalu cakap dengan Mia kalau nak sakit kene tunggu walid balik, jangan biar ibu sorang-sorang. Mia anak yang patuh!
  • Saya sedar husband balik and pergi toilet. Kemudian sambung tido. Tiba-tiba dalam pukul 1.30 pagi macam tu saya terasa air laju turun kat bawah. Ingat kencing tak lawas. Saya terus bangun and cakap pada husband. Masa bangun nak pergi toilet, air keluar lagi meleleh sampai basah seluar. Dalam kepala otak..owh air ketuban dah pecah la kot. Tengok kat panties banyak lendir tapi darah takda.
  • Terus bersiap nak ke hospital. Tapi sempat mandi air panas dulu. Sebelum pergi sempat jugak sidai baju. Masa ni sakit takda sangat. Barang semua memang dah stand by dalam kereta. Call hospital untuk maklumkan sebab tengah malam kan.
  • Perasaan masa ni?? Macam dah tak sangka masa nak bersalin hampir tiba. Husband tak abis-abis pegang tangan saya, tanya sakit tak?? Sakit hanya macam senggugut tu. So tak sakit sangat sebab saya dah biasa dengan sakit senggugut.
  • Sampai hospital dipendekkan cerita, bidan check bukaan dah 2 cm. Ingatkan bila check bukaan kat hujung-hujung je padahal...(isi tempat kosong). First time check bukaan agak sakit sebab tak bersedia. Huh perit....
  • Air ketuban still turun tak henti sampai meleleh kat lantai. Dalam kereta tak payah nak cakap, basah tempat duduk. Tapi darah sampai ke sudah tak nampak.....

Bersambung.....

Tuesday, October 15, 2013

Mambang Kuning Menyerang

Salam dan selamat sejahtera,

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Hari ini sudah masuk hari ke-12 berpantang. Badan makin sihat rasanya. Cuma baby Mia kurang sihat sebab kene jaundis atau demam kuning. Memang kebanyakan baby yang baru lahir confirm akan terkene demam kuning kan. Selang sehari kene ulang alik klinik nak amik darah untuk dapatkan bacaan jaundis.

Mia start detect ada kuning masa nurse KK datang buat lawatan. Seingat masa tu hari ke-4 pantang. Petang tu terus amik darah. Kami pergi check di Klinik Dilon kat Seremban. Masa ni bacaan 192. Doktor cakap masih ok. Then keesokkan harinya nurse datang check and cakap still kuning. And bole plak dia ckap maybe bacaan kat klinik tu kurang tepat sebab amik kat tapak kaki. Sebab kat KK Seremban 2 nurse amik darah kat tangan. Alahai kesian anak ibu asik nak kene amik darah.

Then keesokkannya kami ikut nasihat nurse and amik darah kat KK Seremban 2. Dahla kene tunggu 1 jam nak dapatkan result. Takpelah demi anakanda. Sekali result 279 terus kene admit kat hospital. Hati dah gundah gelana. 

Petang tu terus refer hospital. Tak sampai hati tengok baby-baby lain yang duduk bawah lampu tu dengan mata yang kene tutup. Apatah lagi tengok anak sendiri kan. And bertambah malang katil untuk ibu menunggu pun penuh. Yela cuma ada 15 katil saja. Memang bukan nasib untuk tunggu Mia kat hospital. Dengan berat hati terpaksa balik rumah and tinggalkan Mia dengan nurse. Mata dah bergenang. Dalam kereta bercurah-curah air mata keluar. Baru tahu macam mana perasaan menjadi ibu. Tapi kene kuatkan semangat jugak asalkan Mia sihat. Malam tu tido berendam air mata. Huhu ibu memang sangat tacing. Tambahan bangun pagi esoknya susu abis penuh basah atas cadar. Lagilah bertambah sayu. Nak cakap macam mana sayangnya terhadap anak memang tak tergambarkan perasaan tu...

Esoknya alhamdullilah sampai hospital Mia dah bole discharge. Bacaan dah turun ke 231. Tapi still 200 lebih kan. Hari berikutnya sebelum balik Ipoh untuk sambung pantang nurse suruh amik darah lagi. Bacaan 252. Tinggi jugak kan. Tapi doktor cakap ok sebab turun dari sebelum ni.

Then Isnin lepas repeat amik darah lagi. Bacaan jadi 253. Rupanya ibu pun kene pantang makan benda yang ada rempah ratus macam bunga lawang, bunga cengkih dan sebagainya. Ikan goreng pun tak boleh makan. Halia and lada hitam pun tak boleh. And yang paling terkejut rupanya makan ikan bilis pun efek bacaan kuning anak. Dari awal pantang halia dengan ikan bilis memang jadi makanan ruji saya. Patutla bacaan kuning Mia tak turun sangat.

Hari ni pun (hari raya) still kene repeat lagi amik darah. Bacaan menurun tapi sangatlah sikit. Bacaan kuning hari ni 251. Alahai sikit sangat kuning awak turun. Padahal macam-macam petua dah saya cuba. Antaranya mandi dengan daun kucai, mandi dengan daun belimbing, minum air zamzam. Hari ni saya try bagi Mia anggur hitam. And husband beli ubat kat kedai Cina. Memang orang cakap jangan bagi anak makan benda yang tak patut masa baby takut perut anak tak tahan. Tapi nak buat macam mana kita tawakal jela. Sebab harini sudah hari ke-12. 

Lusa repeat amik darah lagi. Nak tengok keberkesanan anggur hitam dengan ubat kedai cina tu. Saya jugak dah pantang makan makanan yang tak sepatutnya. 

Ingat kawan-kawan sesiapa yang tak tahu tu ikan bilis and ikan yang bergoreng boleh sebabkan bacaan kuning naik.

Harap-harap jaundis Mia cepat sembuh. Tak sampai hati nak kene tengok amik darah je. Tapi nasih baiklah klinik kat Ipoh amik darah kat tumit kaki. Tadi Mia tak nangis pun kene cucuk. =)

Sekian, kisah Mia kene demam kuning.
Da~

P/s: Terima kasih nenek hantar Mia ulang alik pergi klinik....

Monday, October 14, 2013

Kenangan Terindah Buat Ibu & Walid

Kenangan terindah...
 baru tahu macam mana rasanya seronok jadi ibu,
Alhamdullilah ya Allah

Ohh kaki awak...buat ibu geram

#1 
Hari pertama awak lahir
Tengoklah rambut awak yang sangat lebat,
Patutla ibu tak henti menggaru dan asik nak pergi buang air je...

Awak dengan nenek

Ibu, awak, nenek dengan bidan yang sambut awak.
Nanti ibu cerita entry yang lain

#2
Hari pertama awak
Skang ni pipi awak dah tumbuh ruam sebab alahan susu, dah tak segebu dulu.
=(

Sunday, October 13, 2013

Alhamdullilah Selamat Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah seminggu lebih menyepi tanpa sebarang update. 

Alhamdullilah saya sudah selamat melahirkan seorang puteri pada 4 Oktober 2013 bersamaan hari Jumaat. Ye sehari sebelum Dr Sukhilmi berlepas ke Australia. Ternyata baby memang nak bersalin dengan Dr Sukhilmi. Nanti saya akan update details tentang kronologi bersalin.

Nawal Nur Ilmiah Bt Mohd Azli
4 Oktober 2013 (Jumaat)
2.00 petang
Hospital Bersalin Dr Sukhilmi
2.9 kg
Normal delivery

Mode risau skang ni baby kene jaundice. Rata-rata kebanyakan baby zaman skang memang mudah sangat dapat jaundice. Esok nak amik darah lagi. Harap bacaan makin turun. Ibu tak sanggup tengok awak kene tahan kat wad lagi. =(

Thursday, October 03, 2013

Check Up Oh Check Up ~ 38 Weeks

Klinik Kesihatan Sendayan

Bila dah makin dekat due date, appointment dah jadi setiap minggu. Minggu ni takda check hb so result hb after TDI belum diketahui lagi. Berdebar nak check hb next week. 

Yang menjadi isu untuk check up yang lepas ialah berat badan. Last week check up berat turun 400 gram. And this week check up berat turun lagi 900 gram. Nak salahkan siapa?? Timbang yang salah ke, nurse yang salah amik bacaan ke atau saya yang kurang makan??? 

Rasanya makan tetap macam biasa. Tiap malam makan nasi goreng pukul 12 tangah malam. Tapi tak tahu ke mana semua kalori yang saya makan. Atau mungkin sebab sejak akhir-akhir ni saya kerap buang air besar lepas makan. Kadang-kadang dalam sehari 2 3 kali jugak membuang. Mungkin tu faktor kenapa berat turun. Boleh pakai ke teori ni??

Bila berat turun maka kene refer doktor. Nurse risau air ketuban kurang atau berat baby berkurang. Maka nak kene tahu semua punca tu kenelah scan lagi sekali walaupun dah scan minggu lepas. Alhamdullilah air ketuban and development baby ok. Takda masalah. Kedudukan baby pun normal. Kepala baby dah engaged. Nurse tu pun ada cakap, ada setengah orang bila nak dekat bersalin, berat turun. Yeker??? Wallahualam...

Klinik Dr Sukhilmi

Then terus jumpa Dr Sukhilmi. Kat sini dah takda scan segala. Terus naik hospital and buat prosedur CTG macam biasa. Nak tengok heart rate baby and contraction. Baby dalam keadaan bertenang berbanding CTG yang lepas. Heart beat baby pun ok and contraction pun belum ada tanda-tanda baby nak keluar lagi. Everthing ok.

And berita yang tak best plak, Doktor Sukhilmi ada conference kat oversea dari 5/10-9/10. In case kalau baby nak keluar time tu saya kene refer SALAM Senawang. Oh tidak saya memang plan nak bersalin dengan Dr Sukhilmi. Due date saya 16/10. Orang selalu dok cakap baby maybe akan keluar awal seminggu dari due date. Doktor siap bergurau nak induce ke?? Induce?? Oh tidaklah doktor. Selagi boleh nak rasa sakit tu datang secara natural. 

Ermm kalau takda rezeki nak bersalin dengan doktor nak buat macam mana. Cakap dengan baby, kalau awak nak doktor sambut awak, awak kene tunggu doktor balik 10 hbln. And kalau ikut appointment, memang 10hbln tu next check up. Takpela kita doa and tawakal jela. Bersalin kat mana-mana pun tak apa, asalkan awak dan ibu sihat dan selamat sejahtera.

P/s: Mode Kriss Dayanti~ Menghitung hari...lalalala

Tuesday, October 01, 2013

Car Seat Penting Ke Idok??

Hello October!!

Alhamdullilah almost semua barang baby dah complete.
Maksudnya yang KEPERLUAN.
Kalau ikut KEHENDAK memang sampai bila-bila checklist barang tak pernah padam.

Stroller and car seat memang dah siap sedia walaupun orang dok bagi nasihat jangan beli stroller awal-awal sebab bukan semua baby suka duduk dalam stroller. Takut nanti membazir. Ada orang bagi pendapat lebih baik beli baby carrier. Tapi rasa macam tak sampai hati plak nak tengok anak tersepit. Tapi husband cakap perlu beli jugak baby carrier, just stand by. Tapi tak beli lagi buat masa ni. Tunggu anak keluar dulu.

Car seat baby ni memang kene beli awal-awal. Memandangkan insya Allah saya akan bersalin di Seremban dulu, then baru balik berpantang di Ipoh. Seremban-Ipoh almost 5 jam perjalanan, kalau cara pemanduan yang berhemah. Takkan nak meriba baby sepanjang perjalanan. Kesian nanti si anak. Maka beli la awal-awal. 

Plus sebagai ibu yang berdikari (cewah), kadang-kadang kita perlu ke suatu tempat tanpa ditemani husband atau sesiapa. Maka car seat ni penting walaupun orang dok cakap nanti anak akan meraung-raung and tak boleh duduk diam masa kita tengah drive. At least keselamatan anak terjamin kan.

Nak beli car seat ni pun berlaku argument jugak antara saya dan husband. Husband nak beli yang boleh terus boleh pakai smapai at least 3 tahun macam tu. Yang saya plak tak kisah, nanti dah besar and tak muat boleh cari lain. Tapi pandangan husband lebih baik beli yang boleh pakai besar terus walaupun harga lebih mahal. Tapi ikut pengalaman adik saya sendiri, anak dia 6 bulan kaki dah terjulur keluar bila masuk car seat yang untuk baby tu. Betul jugak pandangan husband. Maka saya setuju.

Ada beberapa tempat yang kami survey dan akhirnya kami berkenan kat Manjaku Senawang. Harga pun berbaloi. Jenama belakang kira. Kami bukan beli barang based on jenama tapi lebih kepada mengikut kemampuan.

Harga asal RM 300++ almost RM 400
Tapi kami dapat denga harga RM200++
Sesiapa yang berada sekitar Seremban boleh pergi kedai berkenaan.
Banyak pilihan, harga pun still affordable.
Tapi jangalah compare dengan harga expo kan....

Kedudukan boleh laras.
Yang ini untuk baby.

Cushion dia pun lembut dan selesa.
Warna sedondon plak dengan stroller.
Kebetulan...

Tapi bengang jugak sebab staff kat situ teragak-agak nak tunjuk cara pasang kat dalam kereta. Takpe nasib baik semua maklumat di hujung jari.

P/s: Sekadar pendapat....

Saturday, December 28, 2013

One Happy Family

1 comments

Pertama kali gambar bertiga,
Tiap kali nak keluar mesti terlupa nak snap, kali ni taknak lepas peluang lagi.
Asik-asik tangkap gambar Mia sorang je sampai dah nak full memory hp.
Mia takda mood sebab kacau dia sedap tido.
Terserlah Mia memang copycat muka walid.

We are happy family
=)

Friday, December 27, 2013

Mia & Botol Susu

0 comments

2 comments

4 comments

Disable Right Click