Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, December 31, 2009

Post Terakhir 2009

Ni mungkin post yg terakhir untuk 2009...

Sana sini org sibuk bercakap mengenai tahun baru yang akan meyusul pada esok hari...

Kat facebook sume dok tulis status hepy new year 2010..slamat tahun baru...selamat tinggal 2009 and so on...

Apa pon...

"Berbahagia la kepada sesiapa yang dah temui kejayaan dan kebahgiaan dalam hidup. Bersyukurla kepada-Nya. Usah sia-siakan peluang ada kerana peluang keemasan itu hanya datang sekali saja dalam seumur hidup. Ingat dunia ni bersifat sementara. Tinggi mana darjat seseorang itu, bile die mati nanti same jer tempatnya ngn org lain. Dibawah jgk akan bersemadi bukannyer di langit ke tujuh. Marilah sama-sama berusaha untuk mengapai apa yang diingini dalam hidup nie. Semoga semuanya sukses. Bila kite ingin cuba mendapatkan sesuatu yg kite sangat ingini, cubala dapatknnya dengan cara yang bermaruah. Kerana itu akan lebih bermakna"

~Selamat Tinggal 2009...SELAMAT TAHUN BARU 2010~

Reception Hulu Langat

Haha nk gelak dulu..sebab baru pas tgk fotopages mior...

Huhu die baru upload gambar majlis resepsi Zai and Shah kat Ulu Langat..

Sangat kelakar and chantek2 pic tu..

Pic yang paling atas tu paling tak tahan..huhu..opsss

P/s: all pictures are taken by en mior (miorsakuragi.fotopages.com)

Wednesday, December 30, 2009

Kak Samaratul

Sibuk je 2 org minah tu..

Cake for Kak Sama..home made by Lisa

Arini merupakan last day Kak Sama keje kat Cybernetics. Wah sgt sedih. Takda lagi geng gi makan...takda tmpt nk luahkan perasaan..takda tmpt nk kongsi masalah...takda tempat nk tanya pendapat...Sedihnye...

Kak Sama seorang kakak yg sgt baik. Seriusly baik...hope we can still contact..jgn lost contact...semoga dapat baby yg comel nanti..hehe

Tuesday, December 29, 2009

Suka Duka 2009

2009 bakal berlabuh..2010 bakal menyusul...

So apa azam anda untuk 2010...

Sebagai seorang manusia pasti kite mahu yang terbaik dalam hidup kite dan sentiasa berusaha untuk ke arah itu. Ade tak manusia dalam dunia ni yang nak hidup berjaya and taknak hidup bahagia??

Apa pon pasangla niat anda untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum nie...

Antara kisah suka duka 2009 (yg aku ingatla ek)...

  • Dapat tukar department ke SHS..tu yg aku nak sebenarnya sebab kene ngn jiwa. Huhu..
  • Dapat amik exam DPLI tp sedih tak dpt pon DPLI tu...
  • But at the same time dpt sambung master walaupon masa tu lambat antar borang. Nasib Dr Salleh tlg. Mule-mule rase mcm tak dpt. Kalo tak dpt kene tggu intake Julai thn depan. Thanks Dr Salleh..jasamu dikenang...
  • Kes rumah sewa yg mcm sial b@3!...thanks En Azli, Ayoi and the geng, Zai, Shah and Joe di atas pertolongan kalian semua menyelamatkan aku...
  • Rumah sewa (Taman Medan) masuk pencuri time cuti raye haji..tak selamat hidup wahai penyamun...
  • Laptop yg aku pakai sejak 2005 kene curik. Buruk cmtu pon ade org nak kan...huhu. Banyak berjasa tu..jangan main-main tau...
  • Perfume Versace En Azli hadiahkan time my besday kene rembat gak..Sgt sgt sgt sedey...sowi syg sbb sy tak jaga elok-elok...
  • Paling best 1 November our engagement... Termetri satu ikatan antara Cik Dilla & En Azli...
  • Paling best gak dapat bonus...wink wink...mcm tak pecaya jer. Anyway thank you so much Cybernetics...
Semoga 2010 yang bakal menjelma nie memberi lebih kebaikan dalam hidup aku. Semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di dalam rahmat-Nya...

Monday, December 28, 2009

Kerenah

Arini Isnin 28 Dec 2009..semester baru di Cybernetics bermula...

Pagi-pagi lagi aku dah ade kelas. Erm tak kisahla students ni pon mmg aku dah penah ajar. So diorang dah phm la aku mcm mane.

Tuk first week ni aku mmg tak mengajar..just bagi briefing dalam kelas mengenai pantang larang syllabus and bla bla...

Seperti sedia maklum students ni mmg kaki loyar buruk. Kalo bab loyar buruk mmg handal. Kalo suh presentation...speechless..

Dalam kelas tadi aku ade bgtau mengenai pembahagian markah 60% coursework and 40% lagi exam paper. 60 % tu termasukla participation, attendance, kuiz, assignments...

So aku tanya la bdk2 ni...

"tau tak participation tu ape..."

And sume bising nak bagi jawapan. Seperti sedia maklum students kurang paham istilah English.
Tibe-tibe ade satu student ni dengan lantang brckp..

"sy tau miss...participation tu party..yeah..." (sambil berjoget konon tgh berpesta)

Student ni mmg aku aim die sbb masalah datang kelas. Student tersebut ialah seorang perempuan yg bukan rupa perempuan. Paham-paham sendirila. Sabo jela. Berjogetla kau ye. Tau la ko langit tinggi rendah pasni.

Ermm macam2 kerenah diorang ni...

Sg. Tekala Part 2

Nurul & Huda...

Me & Nurul...

Cik Dilla, Nat & Murni...

Dilla & Nat + rambutan beli kat tepi jalan...

Sudaa sampai...

BBQ!!...

Santapan kami berlima...terlupa tikar..huhu

Yummy...

Very delicious...

Posing 1...

Peace..wah sejuk gile...

Ahad

Semalam (Ahad) aku gi Seremban. Erm bosanla kalo dok umah tak bt pape. Mesti aku sedaya upaya untuk cari aktiviti yg boleh menghilangkan kebosanan. Aku tak suke dok umah sorang-sorang. Rase mcm otak tak berkembang jer. Walaupon smlm Kak Na ade kat umah. Sorila Kak Na tinggal sorang-sorang. Dahla pregnant. Sian die.

Gerak gi Seremban dalam tengahri. Tu pon mengejut jer aku nak dtg sana. Kalo ikut plan En Azli dtg KL coz nak gi org kawin kat Padang Jawa. Tapi tak jadi plak. Erm takda aktiviti la aku. So decide nak gi sana walaupon penat kat badan sebab mandi air terjun tak abis. Janji aku puas hati ade bende yg aku nak buat.
Kitaorang gi tgk filem Santau kat MBO Terminal 2. Tak ramai and selesa berbanding tempat lain. Tu pon tiket hanya pukul 615 pm. Pada pendapat aku, citer die best. Memang best. And En Azli pon setuju ngn pendapat aku tu. Bukan senang die ckp filem melayu ni best. Bile tgk citer tu mmg ade kebenarannya. Sanggup kawan baik sendiri yang sangat dipercayai bole buat keje terkutuk tu. Alasan dengki dgn kejayaan dan kebahagiaan kwn baik sendiri. So berhati-hati dengan makanan yang anda makan. Huhu...Hati manusia ni sukar diramal. Depan kite bukan main lagi baik. Konon sahabat dunia akhirat. Tapi sebaliknya tikam kawan dari belakang. Sampai sanggup santau. Bukan bole percaya sangat. Kadang- kadang kiter tak perlu meletakkan 100% kepercayaan kepada orang lain. Takut nanti makan diri.

Ermm pas tgk wayang terus balik. Highway jem gile. Terlampau banyak sangat kete. Petang tu pon dah mulai penuh. Tapi takpe. Kete still jalan kan. Die tak stuck teruk cume banyak sangat kete. Biasala org balik cuti.

So smlm la last day kami berdating untuk 2009. Untuk 2010 tak tau la jumpa bile lagi. Aku harap hubungan kami baik-baik saje. Amin.

Saturday, December 26, 2009

Sg. Tekala

Wee arini best dpt bersuka ria bersama Nat, Murni, Huda and Nurul.

Arini kene kerja. Yela after kene sound ngn bos. Huhu.. Kalo takda kelas wajib dtg keje ari Sabtu. Erm whateverla. Tinggal sabtu ni je lagi. Pasni kelas aku dah start dah. Arini aku bgn pagi agak lewat. Sangat lewat. Semalam dah bajet nak gi opis kul 8 am dari umah. Konon jalan tak jem. Tup tup bangun pukul 8.10 am. Amik ko. Lambat gile. Nak mandi lagi. Nak iron baju lagi. Nak pikir pakai baju ape lagi. Nak packing baju tuk gi picnic. Haishh banyak nak kene buat dalam masa yang suntuk tu.

Lame aku termenung kat atas katil. Sama ada nak gi keje ke mc. Erm tapi dah plan ngn diorg nak wat preparation tuk picnic kat umah Nat. At last decide terusla nak pegi keje gak. Thumb in dalam pukul 9 am lebey kurang. Then terus gi umah Nat. Pukul 11 am ade taklimat learning outcomes plak. Ermm takpe ilmu tu.

Pas opis bersiap terus gi Sg Tekala. Menu sangat banyak. Sandwich, nasi goreng, sosej, coselow. Siap bt BBQ lagi. Wah sgt excited and best. Tempat pon sgt strategik. Atas batu btol2 tepi air. Sangat best. Masa sampai tu hujan lebat gak. Tapi redah jer. Lama-lama dah surut. Best...

Tak rugi pegi menghilangkan tekanan. Mandi takda sangat. Tersangatla sejuk. Tapi makan sangat banyak. Wahhh gemukla..huhu

P/s: Pic kat camera Nat. Tak sempat nk amik..huhu~

Friday, December 25, 2009

Haishh

Beberapa perkara yang perlu dibuat:

  • Sediakan nota student dari chapter 1 - 4. Boring bangat. Ssh nak cari term yg sesuai dalam bahasa melayu. Bile mgajar dlm english kang tak paham plak mereka ni..Exam midterm sampai bab tu je
  • Cuci gambar tunang. Dah 2 bulan berlalu takda lagi gambar yg aku cuci sendiri. Kenangan tu. Just album dari Mior jer.
  • Skg ni dalam proses taknak makan nasi. Sampai buntu tak tau nak makan ape ni. Bajet nk kurangkan berat badan. Tapi tak taula berjaya ke tak. Nak pikirkan menu apa yg sesuai tuk dimakan.
  • Yuran master ni nak settlekan bile. Tngok kat bil tak kuar lg pon. Haishh..
  • Wei hotel maluri tu ape citer. Haishh susahnya
  • Sediakan segala keperluan tuk study coz class will start soon
  • Beli barang keperluan umah yg dah takda. Tunggu pasar malam khamis depan
  • Apa aku nak bt tuk thesis aku ni. Haishh buntunya rase
  • Tak sabar nk tggu Zai angkat barang coz dah ade dalam pala otak ni cmne nak minimize kan ruang and decorate apa yg patut
  • Byar bil air dan elektrik. Kang tak pasal-pasal kene potong plak.
Iskk terasa banyaknye perkara yg kene di take note kn...

Thursday, December 24, 2009

Mimpi

En Azli: Erm kalo kiter mimpi gigi patah apa maksudnye ye?

Cik Dilla: Abg mimpi gigi patah? Erm gigi depan ke gigi geraham? Kalo gigi geraham maksudnya ada antara famili kita yg akan pergi tinggalkan kite. Kalo gigi depan mungkin sedara mara atau org terdekat yg kite kenal. Tak pon mungkin kita akan kehilangan barang yg kita sayang...

En Azli: Awk takkan tinggalkan abgkan...awak takkn tinggalkan abgkan...

Cik Dilla: La...Nape abg ckp mcm tu? Mane ade saya nk tinggalkan abg. Jangan risau la...

********
Tula perbualan serba ckit yg terjadi antara aku and En Azli pagi td Kelakar mungkin sebab kejadian mlm die tanya soalan yg pelik mcm tu.

Mimpi gigi patah?? Erm tak taula btol ke tak tafsiran tu. Sukar dijangkakan. Ajal maut di tangan Tuhan. Siapala kite hamba yg lemah ni.

Hope semuanya baik-baik saje~

Mandi Wajib

Sebagai renungan untuk kita....

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

From:JAKIM

Wednesday, December 23, 2009

Dugaan Cabaran

Ya Allah, dugaan apakah yang Kau berikan pada hambaMu ini,

Tabahkan hatiku ini dalam menghadapi dugaan hebatMu ini,

Aku berserah Ya Allah,

Hanya Kau Yang Maha Mengetahui di sebalik kejadian yang berlaku padaKu,

Aku tau Kau tidak akan mendugaku dengan dugaan dan cabaran yang tidak dapat ditanggung oleh diriku,

Aku redha Ya Allah,

Biarlah orang itu berbahagia bersama dengan dunianya,

Semoga ade sinar dan kejayaan dihujung sana,

Amin...

Tuesday, December 22, 2009

Konflik

Haishh susahnya nak bagi org pikir mcm mane kite pikir.

Kadang-kadang terasa pelik jgk nape la diorang ni ssh sgt nak pikir mcm mane aku pikir.

Rase sakit hati bile kita sorang yang beria padahal yang lain bole lepak terkangkang and lepas tangan. Aku memang tak pecaya ngn manusia yang bergelar perempuan yang pemalas. Bukan nak cakap diri sendiri tu rajin. Can u imagine bile dah kawin nanti ade ke suami yang nak buat sume tu. Perempuan ni la yang kene buat sume tu. Bole ke ko nak dok umah dalam keadaan bersepah and serabut mcm tu. Tapi tak taula plak kalo ade yg tahan hidup mcm tu. Lainla kalo ade org gaji nak tlg kemaskan. Tu ko punyer pasal la. Masalahnya skg ni ko takda org gaji lagi. Dan yg paling penting aku bukan org gaji ko.

Sejak kecik aku diajar oleh mak supaya sentiasa dalam keadaan kemas. Tak kisahla umah ko kecik ke besar ke. Walaupon tak banyak perhiasan + perabut yang menarik and cantik-cantik tapi bab kemas sangat diambil kira. Aku pon ade ari-ari bersepah aku jugak. Tapi takdala setiap masa nak tgk keadaan bersepah tu. Hei tak selesa la hidup mcm tu! Bende tu sume common sense la.

Yang penting tepuk dada tanya hati.

Penatla

Aku penat,

Kat opis banyak keje,

Tlg la paham aku,

Balik umah nak rest sepuasnya,

Tapi lain plak yg jadi,

Lagi bertambah tension,

Aku benci keadaan serabut,

Peace no war~

Monday, December 21, 2009

Wall of tension

Masuk opis terus terpikirkan keje yg harus dibereskan dgn kadar segera.

  • Find a syllabus for subject catering system management. How come la this subject takda syllabus. How to make sure that the contents of the subject will meet the MQA's requirement. Ermm as usual, this kind of thing could happen bile melibatkn subjek baru. Dah bajet pon. Redha jela.
  • Student's notes. How to translate all the notes in English to BM. I hate that.
  • Collaboration project wif Hotel Maluri. Hope the management will agree wif our suggestions.
  • Prepare examination questions for catering system management subject. How to create the questions...syllabus pon takda. Hope can complete this task before 4 Jan 2010.
  • Contribution contribution contribution..that word yg selalu dilaung2kan diwar2kan kat opis ni skg...
  • Erm one more thing yg melibatkan contribution..new program project for my department...
  • Stand by physically, mentally, emotionally...

Here we go..the tendency to be a person yg huru hara akan terjadi~

Sunday, December 20, 2009

=)

Ari yang mengembirakan bukan lagi membosankan.

Walaupon bermula dgn lewat bgn pagi tp takpe tak mematahkan semangat aku. Set alarm pukul 630 am and 7 am. Tapi tak tau nape tak tersedar langsung. Tersedar pon dalam 724 am lebey kurang. Terus tgk msg from zai. Minah ni nak aku ajak sekali gi make up kat kedai pengantin. Dekat je kat area sini jer. Terus bangun and bersiap. Sepatutnya aku dah kene stand by kat umah akak zai 730 am.

Dah siap terus gi sana semantara menunggu En Azli sampai PJ.

En Azli dah sampai. Famili Zai pon dah sedia. Kami gerak sekali gi Hulu Langat. Dalam pukul 12 pm smpai di umah Shah. Sanding, makan2 and lepak jap. Dalam kul 1 pm aku and En Azli terpaksa gerak dulu sebab nak gi kenduri kwn En Azli kat Banting. Erm jauh gak perjalanan. Berpandukan map dlm kad jemputan pengantin. Alhamdullilah selamat sampai di tempat yang dituju.

Pastu gi Damansara coz En Azli nak gi Ikea. Erm tgk2 brg lebey kurang trus shoot balik PJ. En Azli hantar umah dalam kul 9 pm cmtu. Erm tak puas jumpa. Helo jgn tamak ok. Org tamak selalu rugi. Huhu.

Ternyata arini ari yang mengembirakan bukan lagi membosankan. Sy sgt hepi arini. Thanks En Azli. I love u so much. And now sy da terasa rindukan awk lg....poyo gile!

Majlis Resepsi Zai & Shah Hulu Langat

Before pegi...

Cik Dilla & En Azli

Sekali pandang mcm Cikgu Besau @ Guru Besar

Amik berkat as a "pengepit"

Jeles..huh

Saturday, December 19, 2009

Cuti yang membosankan

Sumpah tak tipu mmg aku tgh bosan gile skg. Cuti dok umah tanpa aktiviti yang menarik dah cukup bt hidup ni mati kutu.

Jumaat and Sabtu dok umah. Dah siap kemas-kemas sume dah tak tau nak bt ape lg. So aktiviti seterusnya bukak laptop connect broadband. Tula keje sejak 2 arini. Boring gile.

Erm sok mungkin ok. Ade aktiviti yang bole diisi. Gi org kawin. Sok kenduri umah Shah plak. Aku and En Azli jadi pengapit diorang. Semoga pasni cpt kami naik pelamin. Huhu. Crossed fingers.

Tak sabar nk tggu esok...

Membina Rasa Cinta

Wahai wanita cuba amalkan doa ini...

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Tuhanku, aku akui KekuasaanMu, nikmat, lagi rahmat, buat diriku tak terbalas olehku, ya Allah. Ya Tuhanku, hambaMu ini mensyukuri, rahmat yang Kau beri, umpama rezeki, melimpah-ruah, ya Allah. Alhamdullilah.

Dengan rahmatMu ya Allah, Kau pertemukan kami, maka, satukanlah hati kami, titipkanlah rindu antara kami, mekarkanlah cinta antara kami. Lantas, peliharalah kami ya Allah, dari bisikan iblis yang datang menggoda, agar kami sentiasa teguh dalam syariat agama.

Ya Rahim, permudahkanlah jalan jodoh kami, serta dipermurahkan rezeki kami. Jadikanlah kami antara pasangan yang bersyukur. Dengan rahmatMu, ya Allah, lagi sinarilah hati kami, dengan nur iman yang bergemerlapan, agar kami tidak hanyut, dengan godaan dunia, yang kami hanya pinjam semata.

Amin, amin. Ya Rabbil A'lamiin"

Amalkan doa ini untuk mententeramkan hati yg mengelocak. Perasaan cinta memang begitu, indah untuk dinikmati tetapi juga menyimpan seribu misteri. Ia juga mnyimpan banyak tanda tanya. Maklumla cinta meskipun bersatu, ia milik dua individu...

Petikan daripada Dr HM Tuah Iskandar-Membina Rasa Cinta

Friday, December 18, 2009

Terharu

Baru pas bace blog akma. Wah sgt terharu dgn her latest entry.

.................

"My bff, Dilla. Babe..hari tu dapat bergelak sakan kejap je. Tak puas babe. Bila you nak datang Melaka ni? Bila nak tengok wayang lagi? I remember that time masa kita nak pergi tengok Kala Malam Bulan Mengambang. Ingat tak? Hall tu kosong..only ada you and I. Lepas tu keluar pulak iklan cerita Congkak. Aduh...seram kot. Nasib baik ada couple tu datang. Tak kisahlah diaorang nak buat wayang ke...janji ada orang lain jugak. Haha. Rindu you, babe!"

Thanks babe. Ade gak org yang rindu kat i. Huhu. I pon rindu kat u jgk. Banyak sangat best moments yang kiter lalui bersama. Aritu u dtg pon sgt sekejap. Tu pon kebetulan. Kalo ur sister ade kat Seremban maybe kite tak jumpa kan. Nanti dtg la lagi babe before school holiday abis. Umah kunk pon kat dekat je ngn umah i kan.

Kalo nak citer sume bende yg best sangat banyakkan. You still cam dulu gak. Sentiasa paham hati i kan. Huhu. Hope we can be a bestfriend forever. Nanti kalo ade masa i dtg Ganu ke Melaka ke. U pon tau kan, bile da keje susah nak cari masa yg sesuai.. tunggula i cari masa yg seswai. Ermm sal umah sewa u kat Ganu tu takut plak i dgr...huhu

P/s: Apeni ckp i u plak.. Lainla kalo u ckp ngn kunk kan...huhu

Cuti

Cuti dok umah jer. Merehatkan diri la konon.

Lazo dah tgk santau die ckp sgt berbaloi. Citer melayu yang berbaloi tgk kat wayang. Erm terasa mcm nak tgk esok jer. Dah plan ngn En Azli. Ingat nk dtg Semban jer. Best sikit tgk kat sane. Tak sesak sgt mcm kat KL. Erm tgkla mcm mane.

SINOPSIS

Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga Halim, Nina dan anaknya Tuti yang tinggal hidup aman damai di sebuah perkampongan Melayu moden. Halim seorang yang berjaya dalam kerjaya di samping mempunyai sebuah keluarga bahagia. Jirannya Usin dan Ana begitu baik denganya manakala rumah disebelahnya masih kosong. Apabila Man dan isteri, penyewa baru masuk rumah itu berbagai kejadian aneh menimpa keluarga Halim terutamanya Nina. Halim yang selalu balik lewat tidak percaya dengan cerita-cerita karut lalu meminta bantuan Usin untuk menengokan keluarganya. Namun apabila keadaan makin gawat Man cuba membantu Halim dengan membawanya bertemu dengan seorang pengamal perubatan tradisional. Bomoh itu tidak dapat mengatasi masalah Halim lalu dia mencadangkan Halim bertemu dengan Lebai Kudin. Di situ terbongkar misteri bahawa Halim dan keluarganya terkena serangan santau yang dihantar oleh orang yang dengki dengan kejayaannya. Lebai Kudin berjaya memulihkan Halim dan keluarganya. Dalam masa yang sama Usin menerima pembalasannya kerana sebenarnya dialah yang menghantar santau kepada Halim.

Thursday, December 17, 2009

Factors

Emm mcm mana le nak meningkatkan sifat teruja untuk perform abis-abisan.

Terasa diri ni takda semangat nak buat sume keje yang di suruh. Rase malas sangat. Feel teruja tu tak sampai lagi. Apa le faktor gamaknya aku jadi begini?

I have to discover that factors as soon as possible. Before that factors will ruin my entire life.

First thing to do~sila kemas meja and buang sampah sarap yang tidak berguna.

New semester will start by next week.

Change~

Gedix~

Huhu arini bukak fotopages mior (cameraman merangkap member aku), baru nmpk gmbr terbaru yg di upload masa majlis akad nikah Zai.

www.miossakuragi.fotopages.com

Wednesday, December 16, 2009

Kisah Silam Part 2

Melalui hari-hari yang membahagiakan.

Tak pernah rase mcm ni sebelum nie. Maksudnya melalui ari-ari yang mengembirakan and membahagiakan bersama org tersayang. Org ckp tak baik nak bandingkan yang dulu ngn skg.

Alhamdullilah hubungan aku dan En Azli berjalan lancar. Syukur sangat. En Azli seorang yang bertolak ansur, berfikiran matang, tak cemburu buta, ambil berat pasal aku, sangat supportive. Dan yang paling penting tak panas baran. Bukan nak angkat bakul En Azli tau. Seingat aku penah sekali je aku penah kene marah gile-gile ngn die. Tu pon sebab aku cube untuk berskandal ngn lelaki lain. Mane die tak angin satu badan. Erm tak payah citer lebey-lebey pasal ni. (Tak plak kalo kene mrh gile2 lg pasni)

Pernah suatu ari tu aku dtg Semban. Aku terpaksa tunggu lama die lama gile. Dalam hati terasa hot sangat-sangat. Dok berjam dalam kete kena plak masa tu tengahri panas gile. Bertambah panas dalam hati nie. Bajet bile die sampai nak buat muka la tanda protes. Konon nak marahla die. Tapi sampai je die kat depan mata automatik hilang rase marah tu. Jadi tak sampai ati nak marah. Dah selalu mcm tu. Bila terasa nak mrh or buat muke mesti terasa bersalah sangat.

Erm kalo dulu sukati aku jer nak tengking mcm mane. Memang kurang ajar gile aku dulu. Sebab apa aku jadi mcm tu-sebab die pon tak penah nak cakap elok-elok ngn aku. Tak penah nak hargai aku. So amik ko kalo time aku tengah marah.

Dalam tempoh tu aku selalu berdoa supaya ditemukan dengan lelaki yang tak panas baran, yang tak suke marah-marah mcm mane Wan buat kat aku and yg memahami diri nie. And pencarian tu berhasil Allah temukan aku dan En Azli. Siapa sangka. Alhamdullilah.

P/s: Aku sayang bangat sama En Azli.

Tuesday, December 15, 2009

Gemukkah?

Wei sangat tak bole terima kenyataan bile orang asik ckp aku semakin gemuk and berisi. Cakapla aku kurus, please. Nak wat mcm mane, diet seimbang pon tak jalan gak. Nak kate makan banyak aku rase biasa je. 3 kali sehari je wei..bukan 6 kali sehari. Waaa bencinye...

Tadi gi Jalan TAR jumpa Farah, die cakap aku sejak cuti nie makin gemuk...nak menangis rase. Gemukkah?? And Ahad aritu, Akma dtg umah and die ckp bende yang sama gak. Tak sukenye rase. Wei aku kurusla..(perasaan je konon nak sedapkan hati jer. Padahal mmg terasa gemuk pon)

Camne ek nak bagi kurus. Tekanan perasaan plak rase. Huhu.

P/s: Org ckp makin berisi sebab senang hati and bahagia dgn org tersayang. Susah hati susah, senang hati pon susah....Huhu

Si Butakah?

Tibe-tibe teringat cite yang berlaku pagi tadi.

Masa on da way nak gi ke ke kreta (agak jauh gak parking) aku berselisih dgn seorang kanak-kanak lelaki bersama seorang lelaki, mungkin ayah die kot. Yang menjadi tanda tanya kat hati nie. Si ayah membawa tongkat mcm orang buta. Mata die kalo kite tengok memang mcm org buta. Tapi yang pelik si ayah memimpin tangan si anak dan berjalan dengan pantas mendahului si anak. Maknanya si ayah bukanlah buta seperti yang di sangkakan. Hala tuju mereka tak dapat dikenal pasti.

Dalam hati aku terpikir ni mesti kes nak menipu. Si anak membawa si ayah meminta simpati atau bahasa mudah minta sedekah kat org ramai. Alah mcm biasa kite nampak kat kedai-kedai makan, kat pasar malam, kat lorong jalan kakai tu. Ingat lagi masa aku gi makan ngn famili En Azli kat Semban. Tibe-tibe datang 2 orang perempuan. Sorang buta sorang lagi tukang pimpin. Konon datang kat meja kitaorang nak minta sedekah Mak En Azli hulurla jgk. Kesian tgk. Tup tup masa tgh makan aku tgk 2 org perempuan tadi berjalan bukan main laju lagi. Yang buta tadi dah dapat melihat. Alhamdullilah. Huhu. Siap angkat kain lagi. Apakah maknanya ini??

Kat Shah Alam lain plak citernya. Banyak kes mcm nie. Dalam satu hari bape kali round kedai yang sama. Pagi gi breakfast org yg same. Malam pon orang yang sama. Sampai ade orang citer penah nampak ade van yang hantar diorang. Kire macam ade sindiketla. Bile pihak polis buat rondaan kelam kabut cabut lari. Takut kene tangkap. Apakah maknanya ini??

Aku bercakap bukan nak menghina orang yang kurang upaya. Tapi sangat kesal dgn manusia yang hanya nakkan keje mudah. Takda duit gi minta sedekah. Orang yang tlg bawakkan tu pn satu. Tak tau malu. Ade kudrat plak nak bawa orang yang kurang upaya (kononnya) ni ke hulur ke hilir. Apalah salah gi keje and tlg carikan rezeki untuk si kurang upaya.

Manusia zaman skg....~

Weee~

Arini terasa sgt meyesal sebab makan gaji buta kat opis. Huhu. Malas nak dok opis- aku, Nat, Murni, Huda and Nurul gi merayap gi Jalan TAR. Cari tudung and kain. Puas ati dpt berjalan mcm ni. Memang arini kejenya merayap untuk puaskan hati. Pukul 4 pm lebey kurang baru balik. Amik kau!

Cantik kan colour baju tu. Curi-curi snap pic kat kedai pengantin kat Jalan TAR. And kantoi jgk. Ingatkan nak amik banyak gambar lg. Huhu. Soft je kaler die. I like~

P/S: Pencarian bermula. Weee~

Monday, December 14, 2009

Seriusly tak paham~

Arini Cik Dilla sedikit emo dengan keadaan yang berlaku arini. Disebabkan myzone tempat meluahkan perasaan yang bersarang di hati nak tak nak i have to throw away my feelings tu so that i will feel relief after that. What is the issues?

Erm rase menyampah nak ckp. Tapi inilah yang berlaku. Tak paham dengan sesetengah orang yang bajet dia paling bagus. Padahal dalam kepala otak zero. Bukan lagi zero tapi negatif. Rase malas nak amik tau. Tapi rase meluat sangat2. Si pengikut ni pon terpedaya sangat dgn si polan yang zero nie. Konon geng la. Hidup berpuak-puak. Sukati ko la nak tafsirkan kami ni sebagai apa. Macam aku ckp sebelum nie. Aku bercakap berdasarkan fakta dan bukti yang sahih. Bukan omong kosong. Terasa menyampah sangat2. Tak tau nak explain mcm mane. Hanya dalam hati je yang tau.

Apa yang ko nak sebenarnya????

Bagitau jer!!!

Not in the mood~

Permulaan bangun pagi yg sgt baik. Badan terasa segar and ceria. Tanpa rase sengal malas nak bangun pagi. Pagi2 dah gelak ngn Akma. Gelak pasal ape. Rahsia. Tak bole nak bgtau nanti ade yg kene ketuk kepala. Akhirnya semalam ade jgk teman yang paham isi hati aku selama ni. Thanks babe. Hahaha (rase nak gelak gile2). Biasala bab mengutuk org bagi kat aku. Tapi takda sape nk share. Nasib ade akma smlm. Terlepas geram kat hati ni. Huhu (nak gelak lagi). Kutuk pasal ape tak payah la nak tau. (Jangan tiru aksi ni. Mengutuk perkara yg tak baik untuk diikuti). Watever pon ia berdasarkan fakta yang sahih ok.

Sampai opis terus terasa lemau and tak bermaya. De-motivated secara tibe-tibe. Perkara yang sudah berlaku tak dapat nak diulang semula. Kalo ade peluang memang aku nak perbetulkan sangat kesilapan aku tu. Tapi apakan daya, kite manusia biasa. Cume perlu mengambil iktibar di atas apa yang telah berlaku ke atas diri kiter. Nak tak nak perlu redha.

Dan skg apa yang perlu aku lakukan supaya perkara tersebut tidak akan berlaku pada masa akan datang. Ini melibatkan masa depan. Terlalu banyak sangat perkara yang complicated dalam hidup ni. Kiter sebagai manusia perlu pandai untuk mengambil peluang untuk menyelesaikan perkara tersebut sebaik mungkin. Skg ni aku cube untuk memberi suntikan semangat dalam diri nie. Tak semua bende yang kiter buat akan menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk diri kita.

Sempena dengan tahun baru 2010 yang bakal meyusul, marilah kiter bersama-sama pasang niat dalam hati untuk menjadi seorang manusia yang sempurna. Segala kekurangan dan keburukan yang terjadi pada masa lampau, perlu ambil iktibar dan cube perbaiki dari semasa ke semasa.

P/s: Erm lega rase. Thanks My Zone

Jimat

Tadi bertolak dari Ipoh pukul 5 pm lebey kurang. Isi minyak full RM 20 kat Hentian Sebelah Simpang Pulai. Pic ni di ambil sebaik je aku sampai di Taman Medan. Can you imagine tersangatla jimat naik super power kancil ku. Kalu ikutkan tinggal half maksudnya Rm 1o jer dari Ipoh ke KL. Kelajuan pada tahap biasa 100-110. Sampai sini dalam lebey kurang 730 pm equal to 2 jam setengah perjalanan.

P/s: Malam ni aku tak tido sorang2 sebab akma (member masa u) datang. Selamat~

Sunday, December 13, 2009

Zai and Shah Part 2

Layan~

Saturday, December 12, 2009

Zai and Shah Part 1

Tula pic serba sikit yg di share kan bersama. Masa ni baru pas akad nilah. Zai and Shah. Kawan zaman sekolah bainun lagi. Ni la kawan yg still together2 until today. Berapa lama tu kawan. Erm lebey kurang dah 10 tahun kami bersahabat. Dan tak sangka semalam beliau dah jadi isteri org. And mungkin pasni kiter dah tak bole nak ronggeng macam dulu lagi.

Kenangan antara kami terlalu banyak. Balik umah sampai pukul 6 pagi, sebab gi karaoke. Ingat lagi masa ni sampai kene RM 300. Dasat karok masa tu. Kirenye aku peneman ke mana die pegi. Banyakla lagi bende yang kami buat bersama. Kisah lelaki yang bersama die. Sume aku tau. And akhirnya Shah yang jadi suami die. Salah paham belakang citer. Tapi die tetap sahabat aku.

Aku doakan korang kekal bahagia hingga akhir hayat.

Thursday, December 10, 2009

Sesi Ribut Otak

Lecturer DHC fokusla konon..huhu

Banyak gile gule2 yg aku makan~

Lecturer SHS (School of Human Sciences)

Nat nyibuk~

Me, Maryam and Kak Lida~

Tak sabar nak abis~

Aktiviti : Sesi Ribut Otak atau Brainstorming department SHS
Venue: Dewan Aktiviti

P/s: Bosan asik post berjela-jela. Kali ni letak pic je and suka hatila nak tafsirkan sebagai ape~

Thursday, December 31, 2009

Post Terakhir 2009

0 comments

2 comments

1 comments

Disable Right Click