Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, December 08, 2009

Khas untuk para wanita

TAKTIK TERBARU MENCURI KERETA

Penyamun kereta kini semakin bijak. Anda juga jangan leka. Peka dengan persekitaran dan sentiasa ambil tahu tentang maklumat seumpama ini. Kita tidak tahu sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Justeru berhati-hati dan tanamkan di dalam minda anda untuk memikirkan kemungkinan-kemungkinan itu.

Harap maklumat ini disebarluaskan untuk makluman sesiapa sahaja tidak kira lelaki dan wanita. Anda perlu beringat dan berhati-hati. Pelbagai taktik dan cara dilakukan oleh mereka yang berniat jahat.

Baca sepenuhnya dan uar-uarkan untuk kebaikan kita bersama.

BERHATI-HATI DENGAN KERTAS YANG DILETAK DI CERMIN BELAKANG – TAKTIK TERBARU MENCURI KERETA ( INI BUKAN JENAKA)

Anda berjalan menuju ke kawasan parkir, anda membuka pintu kereta dan masuk. Anda hidupkan enjin kemudian berundur ke belakang. Ketika anda melihat cermin belakang kereta, anda dapati ada sekeping kertas dilekat di cermin belakang yang mengganggu pandangan anda.

Tindakan anda, tentunya masuk semula ke kawasan parkir dan buka pintu kereta serta keluar untuk mendapatkan kertas tersebut. Ketika inilah pencuri kereta muncul dan menerpa masuk ke kereta dan terus melarikan kenderaan tanpa anda sedari yang itu hanyalah satu taktik jahat mereka semata-mata.

Anda terpinga-pinga dan tidak sempat berbuat apa-apa. Sedarkah anda segala barangan berharga seperti beg tangan, telefon, segala dokumen penting dan kunci rumah berada di dalam kereta. Kini semuanya sudah berada di tangan penyamun.

Sekali gus identiti dan segala tentang anda sudah diketahuinya!

BERHATI-HATI DENGAN TAKTIK LICIK YANG KINI GIAT DIGUNAKAN.

Jika anda ternampak ada kertas di cermin belakang dan kebetulan anda berada di kawasan yang tiada orang, biarkan sahaja kertas itu terlekat di situ buat sementara waktu. Selepas anda keluar dari kawasan parkir dan berada di tempat selamat, barulah anda berhenti di tepi dan membuangnya.

Kami berharap anda terus menghantar emel ini kepada rakan, saudara dan sesiapa sahaja khususnya wanita kerana kami tidak mahu ia berlaku kepada mereka. Pastinya anda tidak mahu segala dokumen peribadi anda terjatuh di tangan penjahat.
Kenapa khas utk para wanita? Sebab wanita manusia yang lemah. Lelaki manusia yg gagah perkasa. Berbanggalah wahai lelaki bile dengar statement aku nie.

0 Kata-Kata Inspirasi:

0 comments on "Khas untuk para wanita"

Disable Right Click