Berbaloi ke nak beli barang masa expo?? Itu yang menjadi persoalan saya saat ini. Rupanya Expo kat MidValley dah start harini hingga Ahad (12-14 July). Mati-mati saya ingat minggu depan. Kalau minggu depan boleh jugak nak pergi merayap sebab ikut plan minggu depan Jumaat saya cuti untuk berbuka puasa di Ipoh. Sementara tu boleh la singgah sekejap tengok barang apa yang penting. Plus hari Jumaat bukanlah waktu puncak or ramai orang kan. Itu yang lebih penting sebab tak perlu bersesak dan berebut.
So bila dah tersilap tarikh ni maka terkeluar la persoalan di atas? Tambahan pula esok Sabtu saya bekerja half day. Nak pergi selepas opis rasanya tak kot dengan keadaan bulan puasa ditambah dengan kebanjiran kereta dan manusia.
Hari Ahad?? Mesti barang dah banyak habiskan. Sebab member pernah datang hari Ahad and banyak barang best yang dah habis. So rasanya tak payah la datang kot. Beli jela area Seremban. Seremban taknak buat expo baby lagi ke?? Tapi yang haritu Parkson buat expo pun harganya takdalah termurah sangat. Sekali tengok kat Jusco rupanya ada lagi yang murah. Pokok pangkalnya terpulanglah kepada diri masing-masing. Kalau rasa nak pergi, boleh pergi. Rasanya saya macam tak rajin la plak nak bersesak and menunggu parking and menempuh jammed ke KL.
Kesimpulan yang dapat dibuat setakat ini, nampak gayanya tak merasa la lagi saya pergi ke expo di Midvalley tu.....
And orang cakap Kedai Manjaku kat Bangi pun boleh tahan and murah-murah jugak kan??
Da~
P/s: Harini nak masak nasi ayam. Boring nak pergi beli kat bazar. Nasi ayam kukus semalam tak kene dengan selera saya.
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment