Alhamdullilah sudah hampir 1 tahun lebih kami menetap di sini. Start tinggal di sini 1 January 2012.
Terasa macam dah lama sangat tak bercerita tentang Teratak Syurga Cinta kami ni. Takda progress yang menarik pun untuk dikongsi di sini. Masih mengekalkan konsep ikut keperluan bukan kehendak. Asalkan rumah kemas dan teratur. Cukup keperluan sudahla. Aksesori tambahan belum difikirkan lagi ditambah pula skang ni hal kewangan perlu difokuskan kepada anak yang bakal lahir.
Walaupun ada beberapa perkara kehendak yang perlu ditahan. Contohnya aksesori tambahan ruang tamu (frame gambar, bunga, langsir baru bla bla), kabinet dapur, set bilik ke 2 dan ke 3, extend dapur dan banyak lagi kalau ditanya hati banyak benda nak kene ubah itu ini. Haha. Tetapi takpela apa yang ada skang pun saya sudah bersyukur. Alhamdullilah.
Ruang tamu kami
Ruang nonton and ruang bergolek
Ruang kerja
(padahal depan tv je)
Sambil buat kerja tengok tv sampai ke sudah kerja tak siap sebab tengok tv lagi banyak dari siapkan kerja.
Tak pun kalau penat tergolek lah kat depan tv tu.
=p
Ruang makan.
Ruang di atas saja yang boleh dikongsi setakat ni.
Haiii tak sabarlah nak siapkan kitchen kabinet pula.
Wahai duit sila datang berkepuk-kepuk
Amin.
Duit yang ada banyak perkara yang perlu disalurkan perkara lain terlebih dahulu.
Dengan keadaan kerja saya yang masih tidak stabil.
Apa kan daya bertahan sahaja sementara dapat kerja yang baru tahun depan.
Tahun depan??
Eh lama lagi tu.
Bersalin bulan 10.
2 bulan cuti sampai Disember then baru fikir kerja baru.
=)
2 Kata-Kata Inspirasi:
ruang kerja tu simple tp nice..meja tu beli katne tu? mcm built in ke dinding je?
meja tu kami attach kat dinding..kalo taknak pakai bole lipat and jimat ruang..beli kat ikea...=)
Post a Comment