Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Monday, June 10, 2013

Kejang Kaki Semasa Hamil

Salam dan hello,

Sebelum ni ada jugak terdengar dari kawan-kawan yang sedang pregnant, yang mereka selalu terkene kejang otot di kaki semasa tidur. For now, diri sendiri yang dah alami macam mana rasanya kejang kaki. Tuhan je yang tahu. Tapi tak kerap. Rasanya sehingga skang baru 2 kali saya terkene kejang otot semasa tidur. Terasa macam kaki nak patah pun ada. Bila cuba nak ubah posisi kaki, masya Allah dia punya urat tarik tu seksa jiwa raga. Walaupun sakit kene tahan jugakla. Nak kejutkan husband sampai tak terkeluar suara, alamatnya tanggung sendirian la kesakitan tu. 

Kaki sebelah kiri memang tak kuat sangat sejak pregnant. Urat sengal-sengal je dari pinggul ke kaki. Kalau kene naik tangga pakai kaki kiri memang seksa sikit la. Mungkin pertambahan berat di perut. And skang ni jugak saya masih boleh baring terlentang masa tengok tv. Tapi bila nak kalihkan badan, rasa nak tercabut pinggang. Sapa suruh baring terlentang kan?? 

Apa pun doakan semuanya ok dan selamat hendaknya. Diri ini rela menanggung segala kesulitan dan kesakitan asalkan dear sihat dan sempurna sepanjang 9 bulan 10 hari.

Sedikit info tentang kejang betis untuk ibu hamil:

Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam?

Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda. 

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil: 
Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?

Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku: 
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan. 

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak: 
  • Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.

Baca artikel kami tentang kaedah rawatan tradisional bagi kejang kaki untuk mendapatkan lebih banyak tip berguna. 
Bagaimana kalau kesakitan itu berlarutan?

Ada satu lagi masalah yang jarang berlaku, yang turut menyebabkan sakit kaki, tetapi bukan kekejangan otot. Ini berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Jumpalah doktor jika: 
  • kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;
  • betis anda membengkak.

http://www.babycenter.com.my/a1043396/kejang-betis#ixzz2VrBjTnFs

Atau boleh rujuk info dari Dr Zubaidi ---> Klik sini [Memahami Kekejangan Otot Kaki]

P/s: Kene amalkan tidur pakai stoking untuk elakkan kejang kaki dan angin masuk dalam badan. Dan tips ni sangat berguna dan amat membantu.

0 Kata-Kata Inspirasi:

0 comments on "Kejang Kaki Semasa Hamil"

Disable Right Click