Update ringkas tentang awak.
Semalam malas nak masak. Dua tiga hari ni balik kerja memang rasa nak tidur je. Ntah kenapa tak tahu la padahal kerja kat opis bukanlah banyak sangat pun. Macam biasa balik kerja saya akan call husband tanya dia balik pukul berapa and perlu saya masak tak?? As usual jawapan husband, kalau saya malas atau tak larat, dia belikan aje. Cakap je nak makan apa?
Semalam mode nak masak masih ke laut. Husband belikan nasi lemak rendang ayam kegemaran saya. Bila bukak polisterene mak aii banyaknya nasi. Tapi sekali mampu ok saya habiskan. Nak dekat pukul 10 malam masa ni. Habislah next check up berat naik berlebihan. Kene amik tekanan darah lagi la jawabnya. Kuikuikui...
Lepas makan melepak depan tv. Nasi dah turun ke perut saya bergolek dengan husband. Tiba-tiba rasa ada orang geletek perut saya. Dah tau dah sapa dia....masya Allah baby sangat aktif lepas makan nasi lemak rendang. Non stop ok dia bergerak, lebih 10 pergerakan dalam masa tak sampai setengah jam. Woooww ibu impressed!
Sampai tergelak-gelak saya menahan kegelian. Syukur Allah beri saya merasai nikmat ni. Gamaknya baby sangat suka dengan nasi lemak rendang feveret ibu dengan ayah dia. =)
Aktiviti baby dalam perut ibu.
Agaknya semalam yang mana satu la pergerakan awak kan???
Pic Ihsan Google
Sekian~
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment