2 November 2010
Semasa saya menulis post ni, saya sedang berehat di rumah. Wohooo...
Arini dalam sejarah saya terkena demam selsema. Dari semalam (Isnin) lagi saya dah rase tak sedap badan. Suara pon dah garau semcam. Mungkin akibat aircond yang kuat dalam dewan kuliah masa jawab paper finance ahad lepas. Pergh jarang saya sakit mcm ni. Bangun pagi kepala berdenyut. Tapi bile alarm berbunyi saya gagahkan jugak untuk bangun. Masa tu 630 pagi. Kepala terasa berdenyut, kaki rase lemah longlai. Tapi niat kat hati memang nak pergi keje, memandangkan students tgh final skg nie. Sebab time students final, lecturers akan ditugaskan untuk monitor students masa exam. Risau jugak kalau saya tak datang tak pasal-pasal saya dah susahkan lecturer lain plak.
So saya kol Nurul, rakan seofis. Masa tu belum pukul 7 lagi. Risau jugak nak ganggu orang lain kan. Saya tahu Nurul memang bangun awal. Saya pergi tanya soalan bengong kat die. “Bole ke mc kalau students tgh exam?” Macam tak biasa plak nak mc kan. Huhu... So Nurul kata bole jela. So saya amik keputusan tuk tidak pergi keje arini. Kalu pergi pon risau plak kalau saya benti tgh jalan masa drive. Pagi-pagi kan jem. You ouolss tahu la KL kan. Tak larat nak tekan pedal clutch tu banyak kali.
Duduk rumah sangat memboringkan. Jenuh jugak saya nak ilangkan sakit pala ni. Tgh dok sedap tido jiran depan umah ni tgh renovate umah. So memekak la bunyi mesin pengerudi tu. Tuhan je tau. Tapi saya paksa jugak diri untuk tido. Mungkin akibat kesan makan panadol acti-fast tu saya jadi lalok and tido tanpa pikir bunyi bising tu. And alhamdullilah bangun dari tido saya dah tak rase pening kepala lagi.
Pagi-pagi En Azli suh saya gi klinik. Tapi saya malas. Ni cume demam biasa saje. And now semasa saya sedang menulis ni pon saya dah terasa makin ok. Esok bole datang bekerja seperti biasa. Rupenye sangat boring bile dok kat umah tanpa membuat apa-apa kan. Takkan nak tido seharian kan. And malam ni belum tentu saya bole lelapkan mata dengan cepat. Pagi tadi dah tido sampai tengaharikan.
Pagi tadi Natrah msg saya. Die ingat saya ade problem memandangkan status fb saya yang bunyi seperti orang tgh jiwa kacaukan. Takda apa-apa la uolss..jangan cube-cube untuk membuat sebarang spekulasi. Saya akui saya ade sedikit salah paham dengan En Azli. Saya and beliau jarang gado, so saya mcm down gile bile kami tibe-tibe jadi tak sefahaman. And saya respect En Azli, beliau NEVER marah saya seperti lelaki lain yang selalu marah tunang die bile salah paham kan. Memang la bukan sume. Ada yang baik kan. Saya bukan nak puji die tapi tu kenyataan. Die sabar bile dengar saya mengarut tak tentu pasal. Tak taula plak kalau lepas ni die berubah kan. Who knows?? And now saya SAYANG beliau sampai mati. And saya berani kerat jari saya takkan jumpa lelaki mcm ni sampai saya mati pon. Bukan nak bangga diri tapi geram dengan setengah pihak yang cube memandang serong pada beliau.
Sgt annoying. Huh!
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment