26 Januari 2012 (Khamis)
Kali ni saya nak recall apa yang terjadi pada saya selepas doktor masukkan ubat yang ke-2 secara pantas dan mudah untuk difahami. Hope so...=)
- Ubat yang pertama tidak berjaya mengeluarkan baby dalam perut. I mean bukanlah baby. Bentuk fizikal masih tidak kelihatan. Apatah lagi jantung dan otak. Saya relakan dear pergi jika ini telah tertulis. Jika dear survive mungkin akan berlaku komplikasi yang agak serius.
- Ubat yang ke-2 dimasukkan di bahagian alat sulit menjelang 5.30 petang if I'm not mistaken. Maksudnya malam ni saya perlu bermalam di hospital. Pertama kali dalam hidup setelah usia menginjak 25 tahun. Dulu saya selalu terpikir mungkin first time saya akan masuk hospital diwaktu melahirkan anak nanti. Tapi lain pula apa yang saya fikirkan sebelum ni. Allah Maha Mengetahui...
- Perut dah mula memulas seperti sengugut. Saya tak kisah sangat perasaan sakit tu sebab sebelum ni saya dah biasa menahan sakit senggugut bila datang bulan. Doktor tanya sama ada saya mampu tahan sakit atau tidak, sebab doktor akan bagi ubat penahan sakit jika saya tak mampu menahan sakit tu. Alhamdullilah saya mampu menahan sakit...
- Sakit tu datang kejap-kejap, boleh dianggap macam contraction masa nak bersalin. Kadang-kadang rasa ok, kadang-kadang rasa sakit sangat. Sampai berguling atas katil sorang-sorang. Sebab masa ni husband and parents dah pulang ke rumah. Lepas Isyak baru husband datang hospital balik untuk temankan saya malam ni.
- Bila sakit datang, makan pon tak lalu. Bercakap pon tak larat. Semua rasa serba tak kene.
- Masa saya ke toilet, terasa macam ada sesuatu yang keluar dari bawah. Mungkin ketulan darah. Tidak terlalu besar. Agaknya sebab ni la saya rasa sakit perut sangat.
- Alhamdullilah malam ni saya masih lagi boleh tido lena. Mungkin terlalu penat seharian tak tido dan menahan sakit.
- Saya berharap dear mampu keluar semua tanpa meninggalkan apa-apa dalam rahim/ perut saya. Berharap sangat saya tidak menjalani proses DnC.
Prosedur D & C.
Ihsan Google
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment