Saya tak suke diri saya skg. Awat plak tak suke. Nak propa lagi la tu. Nyampah ok. Hahahaha....
Lagi bape ari je nak masuk 2011 kan. Mesti orang sibuk dok pasang azam baru. Biasala tu kan, bile tahun baru je mesti kite akan di-momok-kan dengan azam baru. Mesti sibuk nak tanya ape azam baru skg. Kat tv, kat radio, kat paper, kat facebook even kat blog pon sibuk dok canang azam baru.
Bile kite ade azam tu menunjukkan bahawa kite sentiasa mempunyai matlamat dalam hidup. Abis saya yang tak decide lagi azam baru ni bermakna takda matlamat dalam hidup la. Huhu...bukan mcm tu la maksud saya. Azam baru ni tak semestinya bile tibe azam baru, baru terhegeh-hegeh nak list kan. List je panjang tapi buek takdo. Tu pon dikire manusia tak bermatlamat jugak .
Lately saya bence dengan diri sendiri. Banyak bende yang saya taknak buat, tapi saya buat jugak. Eh apa saya cakap ni. Harap uolss paham la ye.
- Lately saya suke sangat bangun lambat. I mean bangun pagi nak gi keje. Serius tak suke lengah-lengahkan bangun pagi. Saya tak tau mana pergi motivasi saya untuk bangun cepat. Bile bangun lambat saya mule kelam-kabut. Nasib baik la cuti sekolah so jalan tak berapa nak jem sangat. Harap saya dapat ubah tebiat buruk ni. Huh!
- Saya suke melengahkan tido. Maksudnya suke tido lambat walaupon badan kaw letih. Alasan suke buat keje tak berfaedah. Nak tau ape die? Berfesbuk and buat blog walking. Kan keje tak berfaedah tu. Keje yang lebih penting taknak buat kan. Benci bile jadi mcm ni. Rase nk terminate broadband. Hahaha orang lain ade relaks je. Mungkin saya masih tak pandai nak mengawal perasaan lagi. Haishhh. Macam bodo je kan.
- Seriously saya takda semangat untuk menghadapi sem baru January ni. Semangat study dah ilang. Rase dah fed up and muntah menghadap rutin harian yang dulu. Rase tak sabar nak abis and nak relaks sepuasnya.
- Until now saya tak sentuh satu ape pon research proposal saya. Serius takda mood langsung. Anyone can boost my motivation level? Nak antar 5 January ni. Saya tak tau la saya sempat buat ke tak. Don't worry saya memang akan submit jugak on that day. Mungkin kene buat keje last minute. Baru otak menjana banyak ideas. Yolahhh...
- Saya serabut dengan life saya kat rumah. Full stop. Rase nak pindah sendayan cepat-cepat. Tapi rumah tak siap lagi. Tak kisah la kalo saya terpaksa ulang-alik pergi keje jauh asalkan saya hepi bile ade kat umah. I mean bukan tak hepi mcm mana. Terasa nak deco rumah sendiri. Nak beli barang. Rumahku kan syurgaku. Kalo tak macam mana bole kuar pepatah tu kan. Ni nak beli barang pon kene pikir 44 juta kali. Haishhh..rase sgt tak bebas. Even nak ajak mak and ayah datang pon tak berapa nak sedap dngan keadaan tak terurus mcm tu.
- Nak buat preparation. Tapi blur nak mula dari mana. Napa la saya susah nak ulang-alik balik Ipoh kan. Napa la umah saya bukan kat Seremban. Haishh...mengeluh lagi...
Sebenarnya bende negatif ni bole ubah kalo kite setkan molek-molek dalam kepala otak ni. Cume saya belum temui kekuatan lagi untuk menghadapi realiti yang sebenarnya.
Huhu cukupla tu benci dengan perbuatan sendiri. Mahu bertakafur sebentar.
Yang penting apa pon yang melanda, hadapi dengan tenang and penuh bersemangat!
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment