Sebelum saya balik Ipoh nanti, baiklah saya sediakan satu checklist supaya saya tak terlupa agenda apa yang saya mahu lakukan. Bukan apa, otak ni cepat sangat nyanyuk tak seiring dengan usia. Huhu
- Design baju sanding. Search dalam tenet dulu. Agak-agak mcm tak berapa yakin apa kata try baju chantek kat butik tu. Dah berkenan satu baju harap takda orang sewa masa saya datang butik nanti. Kadang-kadang baju tu dari segi luaran memang nampak chantek, cuba tengok pakai. Kene tak dengan body kite. Saya dah penah kene masa try baju kat Semban. Baju tu memang wa cakap lu, chantek gelll (gile) tapi bila saya pakai sumpah tak cantek. Hahaha....
- Warna tema baju sanding. Bukan setakat hanya cakap kaler purple je. Tapi tunjuk sekali warna yang saya mahukan.
- Deco pelamin and kaler sekali. Dah ada sample. Hope aunty tu tak banyak songeh dengan saya. Eh saya yang banyak songeh or aunty tu??? Huhu
- Nak test make-up. Bole tak??? Or gedikz. Hahaha
- Bawak kain nikah. Mahu tempah terus. Jangan lupa bawak sekali contoh design. Bagi tempoh masa sekali.
- Deco bilik pengantin. Pilih warna bunga.
- Pilih warna bunga-bungaan. Nak mcm mana ek??? Alamak yang ni kene search betol-betol sebab nak kene matching dengan baju segala bagai. Tak mahu jadi carca marba. Bunga pelamin, bilik pengantin and flower stands (walkaways)
Apa pun sangat berdebar bila pikir pengalaman B2B yang lain mengenai butik masing-masing. Takut aunty ni tak bole nak bagi seperti apa yang saya harapkan. Haishh bole meroyan bile pikir.
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment