Manusia ada mcm-mcm cengkadak ragam.
Saya nak meluahkan sikit rase geram. Kalau uols taknak dengar pun takpe. Geram sangat ni.
Start next month saya akan berpindah secara rasmi kat Pandan Perdana (rumah tumpangan). Nak dijadikan cerita saya bagitau kat mangkuk ayun tu suruh tanya kekawan die kot-kot nak meramaikan puak die dalam rumah tu.
Tup tup tadi die msg sy cakap die tak dapat nak cari orang and die mintak saya yang carikan orang. Plus bilik tu die nak sewakan RM250. Mesti diorang tak puas hati saya bayar RM200 kan?? Pergi mampus la. Yang saya pelik, skg ni dalam umah tu tak termasuk saya ada 4 orang. Takkan la sekor pun taknak berdiskusi. Tak payah amik orang la and bayar jela RM 125 sorang. Banyak sangat ke???? Kedekut taik hidung masin. Kete takda. Pergi kerja pun tumpang kawan. Ofis sekangkang kera kat umah and nak makan pun masak kat umah. Tak abis jimat lagi ke??? Ada otak letak kat lutut. Kali ni saya malas nak cover-cover. Saya kasi hentam kat sini. Nak cakap depan-depan bukan tak berani. Tapi malas nak panjang cerita.
Tadi after kelas, saya balik rumah lahanat tu sekejap. Nak kutip barang sikit-sikit. Pastu nampak diorang selit duit bawah pintu bilik saya. Saya dah sedia maklum sebab saya dah dahulukan duit saya untuk bayar sewa rumah. Baik tak saya?? Mengelabah kol saya hujung bulan yela takda sape nak bayar sewa rumah. Pastu saya mcm pelik la. Kate nak bayar duit api air sekali. RM 20 sorang tu. Nasib ada Ana masa tu. Saya terus tanya die. Bole plak nak argue amount tu. Kasi pelempang baru tau. Yang tak bestnya diorang tak kutip pun sume. Lagi sekor tak bayar lagi. Ingat aku ni tukang sedekah duit api air ke. 20 hinggit pun duit jugak. Dahla saya memang tak balik umah. Nak jumpa sekor-sekor susah. Lagi mahu mehyusahkan saya. Bila saya dah inform tu pandai-pandai la letak duit celah pintu ke apa.
Kalau tengok umah tadi ntah mcm apa ntah. Rumah orang jantan lagi kemas kot. Sampai skg saya pelik, kalu uolss nak tahu ada satu bilik tu mereka dok 3 orang. Punya la sempit gile bilik tu bile dok 3 orang. Tak terfikir ke nak move ke apa bila saya dah nak pindah ni. Rela la nak bersesak dalam bilik kecik tu. Bukan master bedroom pun. Eii tak paham la saya.
Bagus pun saya dah nak berambus dari rumah tu. Ikutkan hati, bole je kutip barang time diorang takda. Padan la muka korang. Bukan ada sain agreement apa-apa pun. Deposit pun takda kan. Tak paham la ada pompuan pengotor mcm diorang tu. Skg ni saya risau bila nak recommend kan orang lain nak dok umah tu melainkan pompuan yang bakal nak duduk situ spesies sama macam diorang.
Jap nak post iklan kat MUDAH
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment