Hampir saya terlupa yang sebenarnya kita dah pon masuk ke setengah tahun. Terasa cepat sangat masa berlalu. Terasa diri tidak mencapai target yang diimpikan. Hampir 2 tahun bekerja, saya masih tidak temui kepuasan yang saya cari. Tak tau di mana silapnya. Saya masih lagi mencari-cari hala tuju kerjaya saya yang sebenar. Tapi apa pon saya perlu bersyukur kerana saya mempunyai kerjaya yang saya inginkan walaupon saya belum temui titik kepuasan dalam bekerjaya. Mungkin mode kematangan diri tak sampai lagi. Tapi mcm tak logik plak. Tahun depan dah masuk 25 takkan tak temui kematangan dalam diri. Macam mana plak rasa graduan lain yang masih tercari-cari kerjaya yang sesuai dengan diri mereka? Bila memikirkan perasaan itu, saya perlu tingkatkan rasa bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana telah panjangkan rezeki saya di sini. Alhamdullilah.
Tapi apa pon saya masih lagi tercari-cari titik kepuasan dalam bekerjaya. Semoga saya temuinya. Amin~
Tapi apa pon saya masih lagi tercari-cari titik kepuasan dalam bekerjaya. Semoga saya temuinya. Amin~
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment