Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, June 20, 2010

Ujian Allah

Huh dalam masa 24 jam berapa banyak update saya disini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Natrah kerana meminjamkan propeknya kepada saya. Sangat jeles kerana beliau balik Johor. Turn saya insyaAllah dalam mggu nie.

Saya baru selesai membaca satu artikel yang mungkin boleh dijadikan panduan atau pedoman untuk kite. "Cik Yana, saya rasa artikel ini mungkin sesuai untuk anda, walaupon saya tak tau apa masalah yang melanda anda. Just read your feelings from your blog"

Dan artikel ini, amat memberi kesan yang mendalam terhadap diri saya. Saya sangat bersetuju dengan apa yang cuba disampaikan. Saya berasa saya juga antara insan yang diuji oleh Allah. Bersabar adalah kunci segalanya. Apabila kita bersabar, pasti Allah akan melihatnya dan memberi balasan yang setimpal terhadap kesabaran kita. Dan yang paling penting, kita tidak keseorangan dalam menempuh ujian ini tetapi Allah sentiasa bersama kite. Kepada Allah saje tempat kite mengadu. Dan Die tak pernah jemu mendengar segala rintihan hambanya.

:::::::: `BUAT INSAN YANG DIUJI`
Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyadarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah. ::::::::

Credit to: iLuvislam.com

0 Kata-Kata Inspirasi:

0 comments on "Ujian Allah"

Disable Right Click