Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bulan depan dah masuk September. Bermakna 9 September 2012 kami akan sambut first anniversary. Ya Allah kejap sangat masa berlalu. Rasa macam baru lagi kami pegang title pengantin baru. Tak sangka dah sampai stage yang pertama.
Bila dah masuk setahun pasti ada yang bertanya tentang zuriat. Alhamdullilah masa raya hari tu takda yang bertanya tentang tu. Bukan nak cakap saya sentap bila ditanya soalan tu. Tapi saya tak tahu nak bagi jawapan apa sebab saya sendiri pon tak tahu bila Allah akan kurniakan zuriat kepada kami. Kami hanya menunggu dengan sabar dan dalam pada masa yang sama perlulah berusaha hingga segalanya tercapai.
Perasaan trauma masih melekat dalam jiwa. Takut sejarah lama berulang lagi. Tapi rasanya segalanya pasti berubah sebab life saya sudah kembali tenang selepas berhenti kerja di KL. Alhamdullilah. Dulu saya akui dari segi dalaman saya tertekan dengan rutin harian yang memenatkan. Mungkin masa tu badan belum bersedia untuk menerima orang baru dalam hidup.
Tapi kali ni rasanya dah bersedia. Pernah jugak saya bertanya dengan seorang hamba Allah. Dia ada ilmu yang boleh lihat benda yang tak boleh nampak dengan mata kasar. Percaya kepada benda ghaib salah satu rukun iman bukan? Saya bertanya apa masalah saya hingga susah jugak mahu mengandung. Risau takut ada sesuatu yang menghalang dalam diri saya. Jawapannya, badan saya penat dan tak cukup rehat. Insya Allah suatu hari nanti Allah akan kurniakan zuriat jugak. Cuma saya perlu bersabar. Lega saya dengar jawapan beliau.
Puasa tahun ni saya tinggal 2 hari je, gara-gara period lewat. Dalam hati menidakkan sebab sebelum ni pernah terjadi kes sebelum ni. Kali ni saya tak nak berharap dan biarkan period delay hingga 2 minggu. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau takda takpela. Allah lebih tahu yang terbaik. Saya terima dengan redha.
Sepatutnya saya period pada 11 Ogos, memandangkan kitaran saya memang tetap antara 28-29 hari. Memang sangat jarang period delay so bila delay saya berjaga-jaga. Tapi dalam hati kuat mengatakan yang saya tak pregnant. Saya tunggu hinggalah pada hari Jumaat 17 Ogos, period datang macam biasa. Tapi musykil jugak kenapa lewat. Dan period pon tak banyak macam selalu. Legalah jugak sekurang-kurangnya saya hanya tinggal puasa 2 hari. =)
Musykil jugak adakah perubahan hormon masa bulan puasa. Atau kesan saya menggunakan krim Lumiglow. Ok untuk pengetahuan semua, saya menggunakan krim ini untuk menguatkan rahim dan memperbaiki sistem peranakan. Al maklum sebelum ni pernah melakukan DnC. Ini jugak salah satu usaha. Dah habis pon satu botol. And nak beli lagi... =)
First period saya terus berjumpa doktor Sukhilmi. Saya dah jatuh hati dengan servis Dr Sukhilmi. Masa kes yang dulu doktor pernah pesan kat saya, kalau masih tak mengandung lepas raya jumpa dia masa first period. Lagi beberapa hari nak raya, tak sempat sebelum raya saya dah berjumpa doktor. Tu pun atas desakan husband. Thanks B!
Ini jugak merupakan salah satu usaha. =)
Doktor bagi satu pil hormon untuk dimakan pada hari kedua period. Ubat dia masya Allah pahit gila walaupun kecik. Saya amalkan selama 5 hari. Dan husband jugak ada makan pil untuk kesuburan lelaki. Saya bersyukur sebab husband sama-sama berusaha untuk mendapatkan zuriat. =)
Dan harini saya ada appointment dengan doktor untuk check kematangan telur (ovum). Risau jugak. Dan mengikut doktor ada kes jugak bila makan ubat ni, dia akan merangsang telur dan boleh jadi mungkin lebih dari satu telur yang akan keluar. Dan adik ipar pun saya ada bercerita tentang ini. Ada sorang kawan dia, setahun lebih tak dapat anak and bila dia makan pil hormon, dia dapat anak kembar. Walhal dia memang takda keturunan kembar. Subhanallah. Kuasa Allah tiada siapa mampu melawan. Sekali Allah bagi rezeki double tu. Dan untuk pregnancy yang kedua, alhamdullilah Allah dah permudahkan. =)
Saya takdalah sampai berharap kembar. Yang penting saya dan husband sihat untuk mendapat anak. =)
Kat opis ni pun takda siapa lagi yang bertanya tentang anak. Mungkin mereka takut nak bertanya secara direct. Bagus jugak kalau takda siapa yang kepochi kat sini. Aman dunia.
Kepada ibu yang sudah melahirkan, tahniah diucapkan. Semoga tabah mengharungi stage yang berikutnya. =)
P/s: Ada satu lagi kes yang saya belum diceritakan di sini untuk dikongsikan. Saya simpan dulu hingga tiba masa untuk saya kongsikan. Jangan salah faham dengan title diatas. Belum masanya lagi untuk khabarkan berita gembira tu. =p
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment