Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, August 01, 2012

Rezeki Bulan Puasa

Entry pertama untuk bulan Ogos,

Moga-moga bulan puasa ni rezeki makin bertambah dari pelbagai aspek.
Rezeki datang pelbagai bentuk.

Alhamdullilah sejak kami (saya dan husband) "berhijrah" dari tempat kerja lama, rezeki tu sentiasa ada.
Dulu ingatkan hidup hanya cukup makan. Al maklum nak amik risiko bukan senang. Macam-macam dugaan kene tempuhi. Tapi kalau ini jalan yang terbaik yang Allah tunjuk, kami redha dan bahagia melalui kehidupan ini dengan penuh rasa syukur.

Kehidupan berkahwin tak sama macam kehidupan semasa bujang. Tambah yang bergelar suami lagi banyak tanggungjawab yang perlu digalas. B "berhijrah" mahu cari rezeki yang lebih untuk masa depan kami. Masa B amik keputusan tu hanya Allah yang tahu perasaan saya. Risau jika kami kesempitan. Tahu jela bila dah berumah tangga. Banyak komitmen yang perlu ditanggung. Tambah masa B amik keputusan tu, saya dah hantar surat resign di KL. B tak tahan tengok keadaan saya tiap hari. Saya ikut kata B berhenti kerja. Saya berhenti tanpa back up kerja yang lain. Alhamdullilah keputusan nekad saya diringankan beban oleh Allah. Tak lama lepas tu saya terima tawaran kerja di Nilai.

Memang pada awal-awal saya kerap mengadu masalah disini. Tapi saya kuatkan semangat dan cuba harungi kata-kata negatif dalam diri. Alhamdullilah saya berjaya tepis perasaan negatif saya. Dan harini sudah sebulan saya makan gaji disini. Sapa nak bagi gaji kalau tinggal di rumah. Sekurang-kurangnya saya dapat membantu husband bayar bil api air dan astro tiap bulan. Tambahan boleh jugak menyimpan dan shopping untuk diri sendiri. Tanggungjawab isteri meringankan beban suami. Itu memang perjanjian suami isteri bukan? Saling melengkapi antara satu sama lain. Yela suami dah sediakan keperluan lain, makan, rumah, kereta dan lain-lain. Bajet yang dikeluarkan 3 kali ganda dari bajet isteri. Bersyukurlah....

Alhamdullilah kehidupan makin stabil setakat ini. Esok lusa belum pasti.

Perubahan itu memang berisiko and payah untuk dibuat. Tapi bila kita dah lalui baru kita tahu macam mana perasaannya. Bila difikir perubahan memang sangat diperlukan dalam hidup. Yang penting berani amik risiko dan terima perubahan.

Jangan putus untuk berusaha dan berdoa. Yang penting jangan cuba burukkan orang lain untuk duduk selesa di atas. Dan jangan cuba-cuba cantas rezeki orang lain. Dalam business memang banyak sangat orang yang kita akan jumpa. Biasalah mana ada orang suka tengok kita senang. Biarlah orang nak buat kita macam-macam tapi jangan kita yang buat orang. Biar Allah yang membalasnya.

Saya berdoa semoga kami sentiasa dimurahkan rezeki. Amin. 

P/s: Cuba nak dapatkan "pakwe baru" sebelum raya tapi saya perlu korbankan kesayangan saya buat selama-lamanya. Banyak kenangan tu antara saya dan dia.....=(

Bersyukur dengan apa yang ada, dan bersabar dengan apa yang tiada.

0 Kata-Kata Inspirasi:

0 comments on "Rezeki Bulan Puasa"

Disable Right Click