Mari merancang jantina anak. Tapi jangan plak bila tak dapat jantina anak yang dinginkan terus lupa bersyukur pada Allah tentang kurniaan yang tidak terhingga ini.
Kita merancang ALLAH jua yang menentukan segala-galanya.
MERANCANG ANAK LELAKI
- Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba.
- Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
- Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting sebab sperma yang membawa kromosom lelaki sangat pantas dan mati dengan cepat. Sebab tu kene bersama tepat pada hari subur.
MERANCANG ANAK PEREMPUAN
- Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. pantang memakan makanan laut
- Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur
INFO
1) Ovum adalah pembawa kromosom X, manakala sperma pula adalah pembawa kromosom X dan Y.
2) Jantina lelaki ditentukan oleh kromosom XY, manakala jantina perempuan ditentukan oleh kromosom XX.
3) Sperma pembawa kromosom X pecutan lebih lambat berbanding sperma kromosom Y tetapi kromosom ini boleh tahan lama dalam sistem pembiakan perempuan selepas proses persenyawaan. Sebab itu sesiapa yang merancang mahukan anak perempuan digalakkan melakukan persenyawaan sebelum telur keluar atau waktu subur.
4) Sperma pembawa kromosom Y sangat aktif dan pecutan lebih pantas berbanding kromosom X dan dapat menuju sasaran dengan lebih tepat jika disenyawakan tepat pada wakti subur; tetapi ia tidak tahan lama dan cepat mati. Oleh itu kepada yang mahu merancang anak lelaki sangat digalakkan melakukan persenyawaan pada hari subur iaitu pada hari ke-14 jika kitaran period anda 28 hari.
Owh begitu rupanya.....
Bila kita tahu sifat-sifat kromosom benih dari lelaki lebih mudah untuk kita merancang jantina anak. =)
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment