Salam dan morning people,
Harini saya lebih bersemangat dari semalam.
Semalam macam-macam saya mengadu kat facebook just nak share dengan kawan-kawan apa yang saya rasa ditempat baru. Memang betol bila kita buat sesi luahan dengan kawan-kawan automatik perasaan itu akan lebih lega. Macam harini....
Harini saya ada 3 kelas dan alhamdullilah setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Yang menguatkan semangat saya disini adalah students. Walaupun baru berkenalan tapi ikatan antara saya dan students kat sini dah semakin rapat. Students kat sini lebih menghormati lecturers dan mendengar kata. Memang senang nak handle, Mungkin jugak sebab kuantiti yang sedikit dan tak macam ragam.
Saya tak tahu sampai bila saya akan berada di sini. Memang ikut perasaan nak macam nak blah and menghilangkan diri macam tu je. Tapi bila saya pikir nasib students saya, macam kesian plak. Sepatutnya saya kene pentingkan diri tapi tengoklah macam mana. Bila saya menghilangkan diri ada 6 kelas yang akan terima akibatnya. Hurmmm....
Saya sedang mencari dari sudut positif kenapa saya perlu meneruskan mencari pengalaman di sini.
Kadang-kadang kita perlu berfikir dalam keadaan yang waras bukan perasaan yang marah. Baru kita boleh buat keputusan yang tepat.
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment