Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Friday, July 27, 2012

Boleh Ke Nak "Bersama" Semasa Bulan Ramadhan??

Boleh ke "bersama" semasa bulan Ramadan???

Minta maaf soalan hanya ditujukan buat pasangan yang sudah berkahwin. Yang belum berkahwin kalau nak belajar dialu-alukan. 

Kalau tak salah saya, masa Kursus Kahwin ada disentuh tentang bab ini. Masih ramai yang tak berapa faham tentang konsep sebenar.

Konon kalau malam semalam dah "bersama" (kes terjadi di bulan Ramadan), kemudian nak dijadikan cerita pasangan berkenaan terlepas waktu sahur dan terjaga apabila matahari hampir terbit. Adakah mereka masih boleh meneruskan berpuasa seperti biasa. Niat sebelum kejadian "tu" sudah pasang dalam hati. 

Adakah puasa kita sah sebab kita tak mandi wajib lagi???

Saya rasa knowledge ni sangat penting kepada pasangan berkahwin yang baru pertama kali nak berpuasa bersama.

Termasuklah diri saya yang takdalah arif sangat dengan hukum hakam agama...

Berikut beberapa soal jawab yang berkaitan yang boleh dijadikan rujukan untuk kita semua. Kes yang diutarakan diatas sama seperti soalan dibawah....

Soalan Pertama:

Berjimak Ketika Masuk Subuh Bulan Ramadhan

Soalan

Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?

Amat Unus, KL
Jawapan
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

Soalan Kedua:

Mimpi (Inzal) di Malam Ramadhan 
Soalan
Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya. Bolehkah dia meneruskan puasanya dan sahkah puasanya itu?

Anwar,JB

Jawapan
Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.

Sharing is caring.

Selamat Berbuka Puasa!

P/s: Islam itu mudah. =)

0 Kata-Kata Inspirasi:

0 comments on "Boleh Ke Nak "Bersama" Semasa Bulan Ramadhan??"

Disable Right Click