Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadan

Setelah diperkenan oleh Duli Yang Maha Agong...tarikh untuk berpuasa jatuh pada 21 Julai 2012 bersamaan hari Sabtu.........

Uolss dengar tak pengumuman ni kat TV semalam. Teringat masa kecik-kecik bukan main teruja nak dengar pengumuman puasa and raya oleh atuk tua tu...Ya ampun..pengumuman sebegitu kan sangat sinonim dengan lelaki yang sudah berumur berbaju melayu bersampin and bersongkok. Jangan marah ye kaum kerabat yang terbaca. Saya tak pernah nak amik tahu plak siapa gerangan yang memberi pengumuman raya and puasa tu. Anyone yang tahu??? General knowledge saya tentang perkara seumpama itu memang fail!

Bila dah diumumkan puasa, tadi kat saya ke Tesco, tengok ramai orang muda-muda bujang macam saya membeli keperluan untuk masak sahur and berbuka.. yang saya tengok sibuk shopping barang basah aka dapur sekumpulan lelaki mungkin masih belajar. Teringat zaman bujang dulu. Berbuka banyak beli lauk kat bazaar. Kat bazaar apa yang sedap. Lauk yang sama tiap hari. Naik jemu and muak. Bila berbuka puasa mulalah teringat masakan mak, keseronokan berpuasa dengan keluarga....sedih la jugak berbuka di perantauan. Perantauan la saaangaat....

Eh nak tanya masa bujang korang bangun sahur tak??? Kepada yang bangun tahniah diucapkan. Kuat semangat korang nak melawan nafsu mata. Kepada yang seperti saya lebih sayangkan mata dari perut...takziah diucapkan. Haha...bila dah kawen pandai-pandailah korang nak ubah perangai bila husband memang wajib makan sahur.....Huhu

Contoh macam saya. Ramadan kali ni lebih bermakna. Menyambut Ramadan buat kali pertama sebagai seorang isteri dan seorang yang rajin bangun sahur menyediakan makanan untuk suami.... =p 

Baru tahu perasaan mak macam mana kan. Skang terimalah pembalasan. Dah kawen baru tahu erti kehidupan. =p

So bermulalah rutin untuk memikirkan menu yang perlu dimasak untuk berbuka. Saya memilih untuk masak sendiri dirumah berbanding beli kat luar. Lauk kat bazar Ramadan belum tentu lagi terjamin tahap kebersihan dan kualiti makanan. Takut ada peniaga yang nak amik kesempatan je. Sebab setiap kali saya beli lauk kat bazar confirm tak kene dengan selera. Tertipu dengan mata sendiri. Luaran nampak menyelerakan bila dah makan paham-paham sendirilah....

So kene pikirkan menu yang sedap-sedap boleh simpan untuk sahur terus. Bila makanan sedap confirm ada selera nak makan sahur. Ini kata Kak Shima bukan saya yang kata... ohhh rindu kawan-kawan kat Cybernetics.... =(

So menu sahur untuk pagi nanti bubur ayam. Nak masak kene tanya pendapat husband dulu. Sebab dia yang berselera nak makan. So katanya nak makan bubur nasi je. Ok senang kerja saya... Buat bubur ayam, makan dengan telur masin dengan ikan bilis goreng..... =)

Menu berbuka kite simpan untuk minggu depan. First puasa berbuka di rumah bonda dan ayahanda serta nenda di Ipoh... =)

So di kesempatan bulan baik ini saya ingin memohon maaf andai ada hasil penulisan aka merapu saya menyinggung mana-mana pihak tanpa sengaja dan sengaja. Bersama-sama kita mengumpul pahala sebanyak mungkin di bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Moga Ramadan kali ini memberi seribu kenangan manis dan menjadi yang lebih baik dari Ramadan sebelum ini.

Selamat bangun pagi menyediakan menu untuk suami tercinta buat isteri sekalian. =)

Salam Ramadan.

1 Kata-Kata Inspirasi:

lady butterfly said...

"atuk" yg buat pengumuman pose & raye 2 ilah s/u sulit majlis raja2....2 mmg salah satu keje die.... ;-)

1 comments on "Salam Ramadan"

lady butterfly on July 20, 2012 at 4:55 PM said...

"atuk" yg buat pengumuman pose & raye 2 ilah s/u sulit majlis raja2....2 mmg salah satu keje die.... ;-)

Disable Right Click