Assalamualaikum dan hello,
Mode study Food Nutrition. Pukul 11 pagi nanti ada kelas. This is one of my favorite subject yang tak pernah jemu saya nak baca and kaji. Kaji??? Wah gituwww...
Kalau feveret memang ikhlas sangat nak mengajar dalam kelas. Habis semua benda saya nak cite. Yang out of topic pun habis saya nak korek and minta students berfikir. Cuba test tengok kalau subjek yang saya tak suka, contohnya cost control. Masa study dulu memang hazab sangat nak study subjek ni. Ingatkan lepas grad dah tak sentuh lagi subjek yang menyentuh hati tu. Sekali kene ajar semester ni. Memang best. I loikeee sesangat. (Sambil mata ke atas dan tangan ke bahu).
Sebenarnya saya menulis ni sebab nak tanya pendapat korang. Sejak kahwin ni saya terasa macam energy makin menyusut. Hari-hari macam biskut lemau. Orang cakap kalau nak tambah tenaga dalam badan kene makan supplement. Saya dah pernah makan supplement tapi macam takda kesan pada badan pun. Risau la jugak dengan kondisi diri yang dah nak masuk angka 3 series ni. Bila dah lepas angka 25 macam-macamla penyakit menerpa masuk.
So skang ni timbul kesedaran nak makan supplement. Tapi which brands and products yang patut saya makan. Blur sekejap.
Nak makan supplement apa ye???
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment